Thursday, 26 July 2018

Malang Aku

PengakuanKu

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana siarkan cerita saya ni. Ucapan maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan dengan penulisan saya ni. Kisahnya begini, aku baru ditawarkan bekerja di negeri terkemuka pertengahan tahun , aku datang tanpa kenal sesiapa.

Keluarga datang hantar aku ke sini. Aku akur dengan niat mencari rezeki untuk keluarga aku di utara. Bermulalah episod kehidupan di dunia yang penuh pancaroba. Permulaan, aku dapat cari tempat tinggal yang selesa. Ada sekali kawan bertanya mengenai rumah sewa, jadi aku dengan senang hati, ajak mereka tinggal sekali.

Lama kelamaan, kami semua rapat tapi mungkin faktor umur yang masih muda, keseronokan melampau, asyik keluar , habiskan duit sana sini. Jenis up to date. Lagi 1 ,semua lawa-lawa masih bujang. Aku tak mampu nak follow setiap benda bersama. Jadi, aku mengundur diri slow-slow. Kerana aku harus berjimat untuk membantu keluar di kampung. Memandangkan masih ramai adik-adik bersekolah. Aku ingin membantu dari segi wang ringgit. Lagi pula, keluarga aku ada yang sakit.

Bila aku makin slow, jurang kami nampak ketara, dengan bermasam muka dekat aku, bila bercakap atau bertanya selalu kena marah. Layan tak layan. Lain pula di ofis, ada yang suka jaga tepi kain orang. Nak control kerja aku, sebabkan aku muda baru masuk. Aku x ada kawan untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati.

Bayangkan. Duduk di ibu kota, ada kawan tapi selalu diabaikan, sebab tak sekepala yang happy go lucky. Aku cuba nak menjalinkan hubungan kembali seperti mula dulu. Tapi, tak dilayan. Malah dengan orang lain boleh bermanis muka, tegur. Apa salah aku.?

Aku rasa sangat malang, dirumah xde kawan, di ofis pun sama. Cara apa lagi yang harus aku buat untuk berbaik semula. Aku buntu. Terasa kesunyian. Aku pun manusia yang penuh dengan khilaf. Tapi tak akan xde peluang lagi untuk aku. Walaupun nampak aku gaya biasa2. Tak layak ke aku nak berkawan.

Kadang-kadang rasa mcm stress, sakit rasa hati ni. Kenapa aku diperlakukan begini. Tolonglah bagi cara untuk aku merawat hati ini. Betulah orang cakap, jangan tinggal dengan orang yang 1 kelas, 1 tempat kerja, 1 umur sebab nanti, akan ada perbalahan. Jadi macam mna aku nak buat

Tq admin

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.