Bestnya jadi anak lelaki.
Kalau admin post terima kasih diucapkan. Kalau admin tak post aku bacalah sendiri berulang kali.
Ada sesetengah takdir memang dah tersurat. Takdir yang tak boleh berubah. Dan ditakdirkan aku dilahirkan sebagai seorang anak perempuan.
Bestnya jadi anak lelaki
Bila bangun tidur lewat. Nak makan tengah hari tak siap lagi, eh jemputlah habiskan sarapan pagi tadi.
Bahagian anak perempuan, kerja tak buat lagi dah isi perut? Hah, bangun terus nak sidai kain? Patutnya sapu sampah dulu. Bila hari menyapu dicapai dahulu, hah terus nak sapu sampah? Sapulah sawang tu dulu? Aduh.. Mahunya apa? Tak kisahlah buat apa pn dulu, kerja siap juga nanti kan?
Bestnya jadi anak lelaki. Makanan siap dihidang terus boleh duduk makan. Bahagian anak perempuan, kalau aku tak masak tak berasaplah dapur. Ayat perli bila tak menolong masak. Kalau masuk memasak pula..eh itu bukan periuk untuk gulai. Goreng ikan patutnya kuali lain. Tumis bawang dulu sebelum lada. Jangan guna senduk ini guna senduk lain.
Bestnya jadi anak lelaki. Bila dah siap makan, pinggan tak perlu dibasuh. Katanya kalau basuh pun pinggan tak bersih. Bahagian anak perempuan pula tersalah terap pinggan or tersimpan barang habis bising 1 rumah. Katanya tak cakna dengan barang2 yang ada. Kuali letaknya di sini. Periuk di kabinet ini.
Bestnya jadi anak lelaki. Bila pakai baju boleh melepet lepet di mana mana. Bahkan mereka juga tak perlu menyidai baju atau melipat baju. Bahagian anak perempuan pula bila basuh baju dan tersalah campur, gegak gempita jadinya. Dituduh kerja mudah juga tak pernah reti dibuat. Bila sidai baju tak dilibas membuatkan baju berkedut. Bila melipat kain kenapa tidak diasingkan jadi begini begini. Kenapa baju abang terletak di almari abah. Kenapa begitu kenapa begini.
Bestnya jadi anak lelaki. Bila memberi duit atau hadiah, bertubi ucapan terima kasih dihulur. Malah dipukul canang anak lelaki membelanjanya. Bahagian anak perempuan pula bila hulur duit atau memberikan hadiah, satu ucapan terima kasih pun tidak kedengaran. Umpama tiada harga yang perlu dihargai.
Bestnya jadi anak lelaki. Bila buat hal atau masalah. Cukup bertelagah untuk satu hari. Esoknya sudah boleh berdialog seperti biasa. Bahagian anak perempuan pula, entah apa silapnya, tiba2 ada silence treatment dijalankan. Tak bercakap apa. Tak diendahkan. Tak dipedulikan.
Bestnyaaaa jadi anak lelaki…. Arggggh mataku sudah lecun. Barangkali aku yang terlebih emosi. Aku yang terlebih fikir. Maafkan aku. Yang tak pernah menjadi anak yang menyenangkanmu. Maafkan aku yang tak berjaya menjadi anak terbaik buatmu. Maafkan aku…
Bukan salah mereka andai timbangan kasih sayang tak pernah sama. Bukan salah mereka.. Boleh jadi kerana aku jauh dari sempurna.
Terima kasih buat air mata kerana kau sering menemaniku dikala ku kesedihan. Terima kasih bantal kerana sentiasa menampung tangisku. Terima kasih juga bilik air… Kerana selalu menjadi saksi air mataku tumpah. Terima kasih juga buat jari2 kau yang setia menepis air mata yang hadir.
Jangan risau ya korang. Aku cuma mencari medium untuk melepas rasa hati. Kerana jujur dibalik hati yang punah dan rosak ini.. Aku masih sayangkan mereka.
Dari aku,
Yang tak lagi punya hati.
– Miss N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment