Assalamualaikum ..terimakasih kerana admin sudi approved kisah aku yang tak seberapa ini..oleh kerana ini adalah firsttime aku menulis panjang2 harap korang fahamlah apa yang aku ceritakan ye..
Ok ceritanya begini…sewaktu aku tamat spm aku dah mula hijrah ke bandar untuk mencari kerja ..yelah aku bukan cerdik sangat nak sambung belajar bagai,aku fikir kerja terus lagi baik walaupun cuma kerja sebagai jurujual.. lagipun itu sahaja peluang yang ada masa tu..aku cakap dalam hati takpelah kerjalah dulu nanti ada lah tu rezeki lain yang lebih baik..
Dalam family aku lah yang paling tak bertuah sekali aku rasa masa tu memandangkan yang lain semua kerja hebat2..abang aku jurutera kakak aku misi adik aku pulak bakal doctor! Apa korang rasa agak2 kalau korang duduk tempat aku masa tu..yess..aku rasa rendah diri sangat2..rasa tak guna je..itu belum aku cerita bab mak aku yang seolah2 macam tak endah je kat aku..kalau kakak abang balik dia punya layanan first class..sampai durian pun mak aku yang tolong kopekkan..alahai mak2..
Namun aku tekad nak berjaya macam adik beradik yang lain..aku pun berhak disayangi kott..hahaha.. apa yang mengguris hati dan perasaan aku masa tu aku jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk aku ubah diri aku..untuk pengatahuan korang aku memang suka berniaga dan aku tanam niat nak berniaga dan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti..
Bermula dengan menjadi jurujual selama 2 tahun aku beralih kerja menjadi penyambut tetamu disebuah hotel 5 bintang..disitu lah aku berjumpa dengan ramai orang..dan secara tak langsung aku belajar macam mana nak berhadapan dan berinteraksi dengan orang ramai..aku seakan suka dengan kerja aku masa tu..tapi masa ni aku belum start niaga lagi..aku fikir aku nak kerja dulu dengan niat nak simpan duit nak buat modal niaga..
Tiga tahun aku kat hotel aku telah naik pangkat menjadi assistant manager..alahamdulillah gaji aku naik sikit..masa itu lah aku berjumpa dengan kakak S.dialah yang yang menjadi pendorong kearah cita2 aku selama ini..kakak s adalah peniaga emas.asalnya dia promot emas dia..aku pun ada jugak beli tp hutang la..bayar sikit2..lama2 aku dengan kak S jadi rapat macam adik beradik..dia tawarkan aku untuk jadi dropship dia..aku terus setuju tanpa banyak cakap..maklum lah dah memang minat kearah tu cumanya aku tak tahu aku nak niaga apa..kira2 kak s ni adalah pembuka jalan untuk aku..thanks kak s!
Mula2 kak s ajar aku promot kat fb dan insta..(masa ni masih kerja lagi..curi2 masa untuk promot)uii..leceh jugak nak kena pos selalu..lagipun macam sepi je xde orang like dengan komen..aku dah fedup..dua tiga bulan duk promot masih tiada yang berminat nak beli…aku fikir aku sendiri pun tak beli emas dekat online takut kena tipu..mesti orang lain pun akan fikir macam aku fikir…semangat aku dah luntur.. tapi kak s bayak bagi nasihat dan tunjuk ajar kat aku…aku rasa semangat balik..
Aku cuba buat apa yang aku belajar dari kak s..iaitu SABAR ..ye sabar itu amat mahal harga dia dikk..tak semua orang boleh sabar macam aku..haha..akhirnya apa yang aku usahakan membuahkan hasil..bak tajuk lagu ukays yang pahit akan manis akhirnya.. bemula dengan seorang pembeli hingga lah ramai yang duk pm..pm..pm.. aku hari2..
Dipendekkan cerita,akhirnya aku upgrade status dropship kepada jurujual emas sebenar(maksudnya ada emas sendiri)..ye! aku sendiri tak percaya aku boleh pergi sejauh ini..aku mampu beli emas tongkol untuk buat barang emas sendiri.ofcoz aku dah behenti kerja masa ni..bagai bulan jatuh ke riba..aku sekarang dah ada kedai emas sendiri walaupun kecil dan tak semewah kedai kak s..aku dah mampu tersenyum bangga.aku bersyukur pada Allah dan berterimakasih pada kak s..aku doakan semoga perniagaan kak s juga bertambah maju..
Layanan mak aku dah sama rata sekarang..mungkin mak aku pun dah sedar dari kesilapan dia..apapun aku sayang mak aku sangat2..
Akhir kata aku nak bagi nasihat sikit kat korang ye..untuk capai sesuatu yang kita inginkan bukan semudah petik jari..kerja biasa tak kisah janji tak menganggur..memintalah dengan berusaha bukan hanya menyalahkan takdir..
Ok setakat ini sahajalah kisah aku..korang doakanlah semoga perniagaan aku bertambah maju..dan diharapkan kisah aku ini menjadi inspirasi untuk korang diluar sana ye!
– siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment