Assalamualaikum everyone, hi its me again, Nana. Alhamdulilah untuk hugs, untuk positive vibes, untuk doa. Semoga hidup kita semua terus bahgia di dunia & akhirat, aamiin. Ini cerita aku, setiap orang ujian tak sama, kita semua ada ujian masing masing, don’t judge okay. Tak sangka betul ramai yg baca cerita aku ni, ingat akan krik2 sebab cerita macam ni patut kat page KRT untuk tatapan makcik dan pakcik bawang je hahaha
Confession aku haritu sangat lah simple, banyak benda aku skip tak cerita sebab nak make it short. Lagi pun lenguh babe nak menaip panjang panjang hahaha. Tapi ramai yg tertanya-tanya itu ini. So kali ni aku nak try cerita deep sikit untuk senang nak faham dan moga korang tak tertanya tanya lagi.
First thing first, memang benda paling bodoh yg aku rasa aku buat adalah merayu & pujuk dia masa iddah. Macam ada orang komen, dah orang takmau pun kita masih terhegeh hegeh. Hahah yes, aku macam tu la masa tu. Terhegeh hegeh nak kan orang yg taknak aku. Terhegeh hegeh nak prove aku ni valuable untuk dia. Aku time tu rasa aku kena try my best selamatkan marriage aku. Walhal bila aku sedar, aku buka mata. Aku realize, aku ni tak perlu pun nak prove anything. Orang yang hargai kita akan nampak manisnya kita tanpa kita tunjuk pun. Sebab tu bila aku sedar, aku taknak lagi buang masa aku. Chin up and jalan terus.
Ada orang tanya takkan tetibe je dia jadi macam tu? Macam something wrong somewhere je. Entah2 dia kena mandrem kan? Ok secara jujurnya, awal2 pun aku fikir dia kena mandrem sebab dia ‘tidur’ tu dengan minah indon (ex gf dia). Dan yes, aku dah try berubat pun. Bukan satu, dua, tiga, empat tempat aku try. Sampai lah aku pergi kat satu orang alim ni, dia kenalan arwah tok wan aku. Pak cik tu rilek je cakap ‘takde apa masalah pun, your husband ni sebenarnya tak beriman, kalau dia masuk iman balik insyaallah benda ni akan ok’. Baru lah time tu aku balik rumah dan fikir panjang, yes tu bukan setan pun. Tu memang diri dia. Hahahah buang masa aku berubat nak buang setan, rupanya dia yang setan. Macam ada yg komen kata dia takkan berubah sampai mampus, betul aku nampak dia memang macamtu. Tau sebab apa?
Sebab dia bukan saja ‘tidur’ dengan indon tu, dalam masa yg sama dia ada gf lain, hindu. Dia jugak try ejas staff bawah dia dan pompuan tu melayan (k ni another story, team sondol menyondol haha). Dia try vendor yg supply barang kat company dia. You name it apa dia tak buat, so jelaslah pada mata aku bahawa dia memang ‘sangat berguna’. Sebab aku sedar dia ‘sangat berguna’ lah, aku nekad lepaskan dia pada yang lebih memerlukan, silakan sapa nak sambung bayar hahaha. Aku? aku takpe, aku nak sambung shopping ni (if you know what i mean haha)
Pada mulanya lepas aku tau semua cerita kat atas tu, aku lansung tak salahkan dia dan try bagi peluang untuk dia berubah. Sebab aku tau, aku pun far from perfect, aku tau aku pun bukan isteri solehah, aku pun terkadang terabai tanggungjawab aku as a wife. Sebab tu aku bagi dia second & third chances. Sebab tu aku hulur tangan untuk sama sama fix our marriage at first. Tapi apakan daya, aku fight alone macam orang gila, dia tak berminat. Aku kuat macam mana pun, aku wife weh. Husband yg should drive a marriage.
Aku decide nak let go ni pun lepas aku dah try my best weh. Aku bukannya main give up gitu je. Aku di pihak aku, memang aku ada satu perasaan ‘i’m leaving this time with proud’ sebab aku tau aku dah setel bahagian aku. Sebelum cerai first, aku try ajak berbincang, aku dah try hulur second chance, aku dah try ajak kaunseling (tapi dia mati2 nak cerai je), aku dah try pujuk dia dan diri sendiri masa iddah, aku dah try maafkan orang yg tak meminta maaf, aku try lupakan semua benda hitam yg dia calit dlm marriage kami, aku try berubat, aku try ubah semua yg dia complain pasal aku. Tapi mungkin Allah dah tulis, aku bukan untuk dia. Aku redha. Macam ada yg komen cakap, aku dah bagi peluang kat dia, sekarang masa untuk aku bagi peluang kat diri aku. Yes, aku tengah bagi peluang kat diri aku ni. Dan aku sedar, self care is not selfish pun.
Aku move on dengan buat apa? Aku try kenal Diyana Tahir kat facebook. Aku ikut program dia, aku beli buku, aku beli cd dia. Aku rasa dia membantu kuatkan aku sedikit sebanyak. Aku beli buku ustaz Ebit Lew jugak , tajuk isteri ku bidadari. Buku ni buat aku buka mata, perempuan ni betul2 kena shop around before getting married. Bukan main sapu je, sapa depan mata haha. Baru haritu aku join program, Breaking Barriers 7.0. Best weh, conference tu buat aku rasa, aku tak berseorangan, ramai sama sama dengan aku fight for this kind of ujian, perempuan memang satu makhluk yg kuat, we can do this. Dan aku realize, Allah uji aku untuk tengok aku grow. And i’m growing now, alhamdulilah. Aku follow rapat2 Aida Azlin kat facebook dan instagram. Team Aida Azlin (AA) ni banyak bagi aku positive vibes from day to day. Aku peminat setia Fynn Jamal jugak, aku dengar lagu Suatu Pernah dia hehari sampai aku berani bangkit. Fuhhh bait2 Fynn Jamal memang selalu buat aku jadi diri aku. Aku jugak buat balik apa aku suka yg dah lama aku tinggal. Contoh kecil, aku slow2 tengok balik bola yg masa aku dengan dia sampai tahap aku kena delete liveScore dekat phone sebab dia taksuka aku tengok bola dengan alasan ‘you perempuan, takyah jadi laki’. Eh beruk tengok bola je kut.
Aku sekarang engineer to be (sebelum ni aku tolong family bisnes), aku dah dapat second interview. Doakan aku dapat kerja tu gais, aamiin. Aku dah move on ke? Dah redha ke? Yes, on the way ni gais. Redha, move on semua ni senang nak cakap, susah nak buat. Allah ada tolong aku ni, aku mesti boleh. Aku kuat pun sebab Allah weh. Dengar macam cliche tapi tulah realitinya, without Allah aku tau aku dah kelepet macam kain buruk. Aku happy life aku dengan family & member2 aku sekarang ni, alhamdulilah dorg yg banyak tolong aku, dorg support system aku. Aku bersyukur sangat2 time aku susah, semua ada dengan aku, semua peluk aku erat. Aku gain kekuatan dari situ.
Ada ke yg takut nak kawen lepas baca cerita aku? Haha rilek la sister, ramai je lagi laki baik kat luar sana. Be positive, keep doing good. Jaga diri, insyaallah soon laki baik will come to you. Sebab yg aku pernah dengar DMFK kata, bila kita positive kita akan tarik orang positive ke arah kita. Kalau kita negative, kita akan tarik orang negative ke arah kita. End up, kita dapat pasangan yg negative. Fokus apa yg kita nak, bukan fokus apa yg kita taknak. Insyaallah kita akan dapat apa yg kita fokus tu.
Journey aku ni jauh lagi. Longggggggg way to go. Doakan aku berjaya dunia & akhirat. Doakan aku kuat. Aku baru nak menapak bina balik hidup aku ni. Memang bukan senang nak kutip dan sambungkan balik benda yg berderai hancur, tapi aku akan try my best. Aku maafkan diri aku yang bersalah dulu. Don’t lose yourself again, Nana.
Sometimes you need to fall down into a black hole in life, to make you appreciate life better.
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment