Thursday, 26 July 2018

Sesuatu Yang Belum Pasti

PengakuanKu

Assalamualaikum. terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan. Tindakan aku spontan untuk menulis selepas aku membaca confession Zana berkenaan “Akulah Wanita Malang Itu”.

Aku tertarik dengan perenggan terakhir, “Mungkin Kelemahan aku jugak bila aku tak boleh tahu diri ditipu. Kepada semua wanita berhati-hatilah memilih suami terutama dari lelaki yg bertopeng agama.” dan aku selaku pembaca, mengambil ia sebagai satu nasihat yang baik memandangkan aku dalam proses mengenali seseorang untuk dipilih sebagai suami dan sedang berhati-hati menilai. terima kasih, Zana. aku doakan usaha Zana terhadap suaminya berhasil dan kepada Allah jua, aku doakan moga hati Zana yang makin tawar, pulih serta suaminya berubah dgn izin Allah.

Kisah aku, mungkin dalam fasa awal yan Zana dah buat iaitu kenal dan selidik seseorang untuk dijadikan suami. kerana itu, aku berkongsi rasa di sini untuk mendapatkab sedikit maklum balas dan pandangan.

Aku punya kelemahan dan ia sendiri dah dinyatakan oleh Ahmad (lelaki yang aku kenali sekarang). Kelemahan aku itu, mungkin jugak kekuatan aku untuk sesetengah perkara. Aku seorang yang berterus terang tentang sesuatu dan suka berdiskusi tentang masalah yang kami hadapi sehingga aku dapat sesuatu untuk belajar. Melalui pembacaan, bagi aku komunikasi merupakan elemen yang penting dalam sesuatu hubungan dan kerana itu, aku cuba belajar untuk mengharmonikan komunikasi dengan

cara Ahmad dari mula aku kenal sehingga sekarang.

Tetapi bagi Ahmad, sikap terus terang aku itu baginya tak perlu untuk menjaga hati. tapi bagi aku dalam fasa untuk takruf, kalau ada sesuatu perkara yang dia tidak berkenan, seharusnya dia perlu tegur walaupun pahit untuk diterima. ya, aku seorang yang boleh dikatakan mudah percaya dengan orang sekeliling sebab sikap aku yang suka berhusnudzhon. tapi sikap sangka baik aku ini, ada had dan bukannya meluru,. aku observer. memerhati sehingga aku perlu bertindak. dan aku tahu, Ahmad belum aware dengan sikap aku ini.

secara ringkas, aku kenal Ahmad melalui kawan, dan kami sudah berjumpa dua kali secara berdepan. Ini proses dan cara aku mengenali Ahmad. Jumpa kali pertama berteman kawan, untuk memastikan gambar yang dikirim dan tuan adalah orang yang sama. jumpa kali kedua, hanya kami tapi di tempat umum, untuk menyatakan jawapan aku.

jawapan aku bagi persoalan dia untuk terima dia dan rancangan khusus dia untuk bertemu mak ayah, bertunang dan berkahwin tahun ni. soalan ini, Ahmad tanya selepas perjumpaan pertama kerana dia yakin dan boleh terima cara aku, cara pakaian dan pegangan agama aku. aku memberi tiga soalan yang selalu aku tanya pada orang yang aku takruf dan Alhamdulillah Ahmad memberi jawapan yang aku yakin untuk berjumpa kali kedua.

apa jawapan aku? aku bagitahu secara terus terang, aku terima dia dan tanya dia tentang rancangan pertama dia datang jumpa mak ayah. dia bersungguh dan masih dengan rancangan itu jika aku terima, lalu dia setuju. memandangkan ketika kami berjumpa, dia ada urusan lain yang perlu diuruskan, rancangan untuk jumpa mak ayah tertangguh. tertangguh sehingga sekarang (jumaat, 27 julai). dan itulah asbab aku spontan menulis confession ini.

selepas pertemuan kedua itu sehingga sekarang, aku anggarkan dalam sebulan dah. maksudnya hampir 4minggu berlalu dan sudah masuk tiga kali, hasrat dia untuk berjumpa mak ayah aku dibatalkan dengan alasan-alasan tertentu. dua alasan pertama aku terima kerana melibatkan mak ayah. dan aku sangka baik, aku cuba faham. untuk alasan ketiga, berkenaan kawan. aku cuba faham tapi awareness aku dah bergiat aktif. aku terima, sabar dan bertenang.

aku tahu, fasa aku mengenali Ahmad mungkin tak seteruk orang yang dah bertunang, berkahwin dan lain-lain. tapi ia tetap melibatkan perasaan. perasaan mak ayah aku yang baru semalam bertanya. aku tahu, mereka bertanya bukan kerana mendesak tetapi rasa ingin tahu lelaki yang bagaimana yang aku kenal dan aku buat keputusan sebesar ini dalam hidup. aku senyum dan aku nyatakan pada mereka, jika Allah izin, Allah akan gerakkan hati dan fizikal dia untuk datang. lebih kurang macam ni, jawapan selamat aku untuk orang tua aku yang bertanya. tapi dalam hati aku, macam-macam aku rasa dan fikir sebab selama aku hidup 30 tahun ini, ini kali pertama aku bincangkan hal lelaki datang rumah. ya, aku introvert. mengenal lelaki adalah sesuatu yang asing bagi aku kalau bukan sebab kerja atau belajar.

petang semalam, aku terus terang dengan Ahmad berkenaan rasa tidak sedap aku terhadap tindakan dia akhir-akhir ni kerana aku tak mampu nak bersangka baik. aku tak mendesak tetapi aku berbincang dengan Ahmad. dan jawapan yang aku terima sama seperti yang aku pernah fikir, negatif. hati aku? yang merasa akan faham. aku pernah baca, orang yang bersangka baik ni sebenarnya dia fikir perkara negatif lagi banyak dari orang normal biasa tetapi keupayaan dia untuk atasi fikiran negatif membuatkan dia memilih bersangka baik sebagai satu solusi. jadi banyak negatif yg aku fikir dan aku mintak jauh, tetapi ternyata ia berlaku. Allahu.. sedih jugak tapi aku kena kuat sebab aku perlu fikir untuk diri aku, mak ayah aku dan aku utamakan Allah. perkara apa yang negatif, cukuplah aku nyatakan ada orang lain selain daripada aku bersungguh untuk jadikan dia pasangan. dan orang itu, dia kenali sebelum aku.

Ahmad memberi aku pilihan sama ada mahu tunggu atau boleh berdiam diri. semua atas aku.

aku terkedu. tahu apa aku fikir, kalau betul die bersungguh, dia takkan memberi pilihan pada aku. dan kalau betul dia memang jadikan aku keutamaan dia untuk takruf, dia takkan bagitau aku begitu.

semangat yang tinggal pada aku sekarang adalah, dia nyatakan dia tidak berminat dengan orang berkenaan kerana tidak menepati ciri-ciri yang dia mahukan. tetapi ada sesuatu berlaku pada dirinya yang membuatkan dia resah sejak akhir-akhir ni. wallahu’alam. aku letakkan segala kebenaran apa yang berlaku antara Ahmad dan orang itu, hanya pada Allah.

pagi tadi, dia minta aku tunggu. tunggu sehingga semuanya kembali okay dan mintak aku berdoa, solat hajat. dan rancangan untuk berjumpa mak ayah, dia maklumkan semula bila dia sudah bersedia dan keadaan kembali pulih.

maka, aku saat ini masih berfikir dan doa yang baik-baik. berperang dengan fikiran dan sangkaan yg negatif, positif. aku berbincang dengan kawan baik aku, dan dia menyatakan aku supaya hati-hati dan buat keputusan yang melulu. aku sembunyikan kisah ini dari mak ayah sebab aku masih dalam fasa memerhati.

if people treat you like an option, leave them like a choice. ini yang aku terfikir-fikir. dan aku confess di sini, untuk melepaskan sedikit rasa aku yang macam-macam. apa yang perlu aku buat sekarang? perlu tunggu dan memerhati sehingga bila? adakah aku perlu selidik kisah perempuan yang datang dalam hidup dia sekarang? atau adakah tu tindakan tak rasional yang lelaki tak suka? atau yang paling aku nak elak fikir, adakah dia sebenarnya tawar hati tapi menjadikan semua itu alasan?

beratus-ratus sangkaan yang aku ada sekarang sebab aku seorang overthinker. hanya pada Allah aku mengadu dan mohon pertolongan. medium ini sekadar untuk aku meluahkan dan untuk belajar sesuatu jika ada antara kalian memberi sedikit pandangan. sesungguhnya, doakanlah urusan aku dipermudahkan dan jika benar Ahmad adalah jodohku, aku mohon doa yang baik2 dari kalian walaupun secara personal, diri aku, diri Ahmad tidak diceritakan secara terperinci.

moga redha Allah mengiringi setiap langkah dan tindakan kita semua.

terima kasih pada yang membaca.

dan sekali lagi, doakan aku untuk sesuatu perkara yang aku belum pasti.

assalamualaikum.

ps: kalau ada yang tertanya-tanya, aku selidik atau tidak tentang latar belakang Ahmad. ya, aku dah selidik. dia jaga solat , berjemaah zohor asar dan tahu asas agama kerana tiga soalan yang aku tanyakan memerlukan asas fahaman agama yg baik. aku yakin tentang itu, insyaAllah. proses istikharah dan istisyarah(mak ayah, kawan rapat, ustazah) juga sudah aku lakukan, dan kerana itu aku jadi yakin untuk memberi jawapan pada Ahmad.

– Ms. Serenade

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.