Friday, 27 July 2018

Peninggalan Keturunan IV

PengakuanKu

Salam. Hi korang. Tak sangka pulak ramai yang follow cerita ni. Tujuan utama aku share cerita ni kat sini bukanlah untuk dapat publisiti murahan, tapi aku nak korang tahu yang benda2 mistik ni memang wujud, walaupun aku pun macam half2 percaya dengan tak percaya lagi. Sampai kadang2 aku rasa macam kakak dengan adik aku ni dah berkomplot dengan Ustaz2 tu. Hahaha. Untuk bahagian I, II dan III boleh baca kat sini.

Bahagian I : https://iiumc.com/peninggalan-keturunan/

Bahagian II : https://iiumc.com/peninggalan-keturunan-ii/

Bahagian III : http://iiumc.com/peninggalan-keturunan-iii/

Aku suka baca komen2 yang korang tinggalkan kat setiap episod confession aku. Dari yang bash aku masa first episode sampai yang tak sabar nak aku teruskan cerita. Kadang2 tergelak jugak aku baca komen korang. Untuk yang marah sebab cerita asyik bersambung dan lambat, meh cek nak habaq mai :

1. Setiap cerita yang aku tulis ni, aku tengok balik video yang aku rakam masa proses rawatan tu. Aku taknak tertinggal setiap details apa yang jadi supaya cerita ni betul2 sampai kepada pembaca. Sebab tu nak mengarang setiap cerita pun ambil masa yang lama.

2. Aku bekerja. Aku terpaksa karang cerita ni senyap2 masa kat office sebab aku takkan tengok video rawatan tu masa kat rumah. Tambah2 waktu malam, memang simpang 44 la kalau aku nak buka.

3. Kitorang sekeluarga masih dalam proses berubat, kalau aku habiskan cerita semua proses rawatan sekarang, korang still kena tunggu ending cerita ni yang tak tahu bila ending tu akan sampai (korang doakan la urusan family aku berubat dipermudahkan dan jin2 saka tu keluar dari badan ahli keluarga aku cepat).

4. Untuk yang nak tanya lokasi dua2 Ustaz ni. Rumah diorang di negeri jelapang padi di utara tanah air. Kalau korang sanggup nak pergi, nanti aku kakak aku pm maklumat diorang. Aku takde nombor dua2 Ustaz tu.

Macam yang aku cerita sebelum ni, proses untuk keluarkan jin kat badan adik aku ni sangat lama. Botol yang ada pulak limited. So Ustaz Azman desak jin yang kat adik aku ni bercakap untuk tahu salah silah dia. Tapi yang bestnya sebab Ustaz Azman ni kelakar sikit. Dia bercakap dengan jin ni pun asyik buat lawak je. Kitorang kat situ dah macam tengok teater Lawak Ke Der pulak.

‘Kau saka keturunan siapa?’

TOK NANG.

‘Tok Nang ni mana sekarang?’

DIA DAH MAMPUS! NI CICIT DIA. DIA TUAN AKU SEKARANG NI. AKU NAK DIA TAPI DIA TAK NAK KAT AKU. DIA BENCI AKU.

‘Dah kau bawak penyakit kat dia, memang la dia benci. Tok Nang ni siapa?

DIA BOMOH. BOMOH SIAM

‘Oo. Kau tahu cakap siam la kan? Cuba cakap siam sikit? Mek au mek au.’

XXX XXX XXX PAI (Pergh, adik aku cakap siam. Dasyat weh, macam orang siam betul.)

‘Tapai tak dak sekarang ni nyok habis.’ (Ceh, Ustaz Azman buat lawak pulak. HAHAA)

‘Berapa ramai dalam badan budak ni sekarang?

80!! (Bapak la sampai 80 ekor jin dalam badan adik aku. Mana nak cari botol? Kena pergi beli botol kat kilang kicap ke apa ni?)

HAHAHAA. KENAPA? KAU TAKUT?

‘Tak la takut.. tapi botol la yang takde.’

‘Kau kata Tok Nang dah mati, habis tu kau nama apa?

ACAI

‘Tipu la. Acai tu nama cina’.

AKU SIAM LA BODOH. (Haha. Dia bodohkan je Ustaz tu)

‘Sekarang ni budak ni tak nak terima kau, kau keluar la dari badan budak ni’.

AKU AKAN BAGI BUDAK NI TERIMA AKU. KALAU DIA TAK TERIMA AKU, AKU SIHIR BADAN DIA. AKU BUNUH DIA.

‘Alah, kejap lagi kau keluar dah pun. Kau tunggu kejap je lagi. Sekarang ni kau duduk dalam badan budak ni, kau suruh budak ni buat apa?’

BAGI AKU MAKAN

‘Kau makan apa?’

DARAH KHINZIR.

‘Kau pun tahu cakap elok2 ye, cakap la B.A.B.I. Hahaha. Habis tu dah budak ni tak bagi kau makan, buat apa kau duduk dalam badan dia lagi?’

AKU LAPAR

‘Tuan lama kau bagi kau apa lagi?

KEMENYAN

‘Lagi?’

DIA PUJA AKU. DIA SEMBAH AKU.

‘Ok Acai, sekarang ni aku nak kau keluar. Aku tak kan bagi budak ni.

AKU TAK KISAH. AKU CARI KETURUNAN DIA.

‘Siapa lagi keturunan dia?’

TU TU TU (Demn, dia tunjuk adik beradik aku). DALAM BADAN DIORANG SEMUA ADA JIN JUGAK. SEMUA AKU BUAT. AKU BUAT DIORANG TAK BOLEH MENGANDUNG. TU, DIORANG DAH KAHWIN TAPI TAK MENGANDUNG, AKU LAH YANG BUAT. YANG TU, AKU BAGI DIA JADI DEGIL. AKU BAGI DIA JADI JAHAT. DIA SOMBONG, DIA EGO. AKU BUAT DIA MELAWAN MAK DIA. AKU BUAT KELUARGA DIORANG PORAK PERANDA. AKU BAGI DIORANG SALING MEMBENCI. BAPAK DIA PUN AKU BUAT JUGAK

DIORANG SEMUA ADA SAKA. TAPI SEMUA TAK NAK TERIMA AKU. SIAPA NAK BAGI AKU MAKAN KALAU SEMUA TAKNAK TERIMA AKU? KAU NAK BUANG AKU? KAU BUANG DALAM BADAN DIORANG DULU, BARU BUANG DARI BADAN NI.

Finally, dia keluar semua cerita. Seriously, semua terpaku tak boleh nak brain tak tahu nak percaya ke tak. So untuk memastikan yang Acai ni cakap betul atau tak, Ustaz Azman decide untuk scan dalam badan semua adik beradik aku. Sebelum tu dia tanya sama ada kami adik beradik pernah kena gangguan atau mimpi apa2. Kakak aku cakap dia pernah mimpi menyusukan baby. Kami yang lain tak ada mimpi atau gangguan apa2.

Bermula dari kakak aku. Macam biasa, start je Ustaz Azman baca Ruqyah, kakak aku start mengunyah senyum2 balik. Bila tanya tak bersuara sampai ke sudah. Dan sama macam Acai, kita ingat dah keluar, tapi kejap lagi masuk balik dalam badan kakak aku.

Turn aku pulak, elok pulak sebelum turn aku tu, aku berdebat dengan Si Acai. Ceritanya jin Si Acai dalam badan adik aku ni ada lagi tapi Ustaz Azman suruh dia duduk kat tepi dulu. Isteri Ustaz Azman pasang Surah Yaasin kat fon dia dan letak fon dia dekat laluan nak pergi toilet. Tiba2 Acai cakap adik aku nak pergi toilet. Mak aku cakap pergi la. Tapi dia suruh tutup Surah Yaasin tu dulu sebab dia tak boleh dengar. Aku pun kutuk la dia, kata hebat sangat takkan Yaasin pun tak boleh dengar. Hahaha. Dia pun bengang je dengan aku.

Bila sampai je turn aku, dia cakap kuat2 ‘ Hah, kat dia tu ada banyak. Dalam badan dia paling banyak jin saka’. Kurang asam punya Acai. Aku dah cuak je dengar. Tapi nasib baik bila Ustaz Azman scan kat badan aku tak ada, kat badan adik-beradik aku lagi sorang pun tak ada. Alhamdulillah. Dan betul la Ustaz Azman cakap, jin ni suka menipu, jangan percaya cakap dia. Dia kan suka menyesatkan manusia.

So sekarang ni ada dua jenis jin je, satu geng Acai dalam badan adik aku. Satu lagi jin nenek dalam badan kakak aku. Ustaz Azman suruh datang balik petang esoknya untuk sambung rawatan.

Dan petang esok tu lagi dasyat. Masa dalam kereta on the way pergi rumah Ustaz Azman, jin nenek kat kakak aku dah start menyerang. Dalam kereta lagi kakak aku dah resah semacam. Sampai je rumah Ustaz Azman, kakak aku tak nak masuk rumah Ustaz Azman. Dia menangis merayu2 sampai Pak L aku yang bawak dia masuk rumah.

Sebelum Ustaz Azman mulakan rawatan balik. Dia mengadap Mak, Tok dengan Pak L. Dia cakap malam tadi dia dah buat Solat Hajat dan boleh concludekan yang sekarang ni ada dua jenis jin. Jin pertama, Jin dalam badan adik aku, Saka Tok Nang. Tapi yang dalam badan adik aku ni hanya jin bawahan. Ketua dia ada pada waris Tok Nang paling kuat (maksudnya pertalian darah paling kuat). Tok Nang hanya ada seorang anak iaitu Tok Wan aku yang dah lama meninggal dunia. Ayah aku pulak cucu sulung Tok Nang. So ketua saka tu memang ada kat ayah aku walaupun ayah aku sendiri tak pernah tahu.

Jin kedua, Jin kat badan kakak aku, Saka Nenek Tua. Tok aku cakap, mungkin Saka Tok Nah iaitu mak kepada Tok Nang. Tok Nah ni merupakan keturunan bidan ketujuh iaitu bidan paling hebat pada zaman dulu. Dia boleh tolong orang yang susah nak bersalin dengan hanya melangkah perut orang tu je. Memang dia paling hebat masa tu. Tok Nah ni ada seorang je anak lelaki dan cucu lelaki. So bila saka bidan, dia takkan pas kepada waris lelaki. Kakak aku merupakan anak sulung perempuan kepada cicit dia. Mungkin sebab tu saka tu pergi kat kakak aku.

So untuk ubatkan adik aku, hanya ada satu cara iaitu dengan buang saka kat ayah aku. Tapi ayah aku kan tak ikut masa tu, rawatan ni terpaksa ditangguhkan. Yang saka kat kakak aku, kena bagi dia cakap dulu siapa ketua dia. Kalau betul kakak aku, dia akan keluar terus. Tapi sekarang ni tak keluar pun lagi.

Masa Ustaz Azman tengah bincang dengan family aku tu, kakak dengan adik aku dah kena rasuk balik. Kali ni tak payah Ustaz Azman seru pun, dua2 dah kena rasuk dulu. Yang kelakar bila Si Acai ni duduk bersila kat tepi kerusi sambil buat gaya bomoh menurun (Korang bayangkan macam bomoh2 yang dalam cerita melayu tu). Kakak aku pulak duduk bersila kat tengah ruang tamu dengan mengadap Si Acai sambil tangan macam menari ulik mayang. Tiba2 dua2 ni dah berbalas2 macam baling bola dalam cerita Dragon Ball. Pastu dua2 senyum gelak2. Haha. Jin ni tengah berkomplot ke apa dua2 ekor ni. Kelakar weh.

Tapi yang bagusnya jin nenek ni, dia dengar cakap Ustaz Azman. Apa yang Ustaz Azman suruh buat semua dia buat. Cuma dia tak bercakap je. Kat rumah Ustaz Azman ni banyak tongkat2 kayu yang dia gunakan dalam merawat orang, macam2 jenis kayu ada, tongkat putih, raja kayu dan lain2 lagi. Dan ada juga rambut bunian. Rambut bunian tu dia letak dalam baling kaca, bila dia keluarkan je rambut tu, satu rumah akan bau wangi sangat. Kalau kita pegang rambut tu, tangan kita akan melekat bau wangi tu sampai balik. Tapi jin2 ni akan bau busuk dan diorang boleh mati kalau letak rambut bunian tu kat hidung diorang. Ustaz Azman cakap dia jarang keluarkan benda tu kecuali untuk kes2 yang susah macam ni sebab bila dia keluarkan rambut tu, orang bunian akan turun dan datang kat rumah dia. Allahualam.

Untuk bagi saka nenek ni jawab soalan, Ustaz Azman terpaksa keluarkan rambut bunian tu. Dan kali ni berhasil. Ustaz Azman tanya siapa tuan asal kau? Kakak aku tunjuk adik aku. Si Acai. Akhirnya dah tahu yang semua punca memang Si Acai. Selagi ketua Saka Si Acai ni tak keluar, selagi tu saka kat kakak aku pun tak keluar.

Ustaz Azman beralih kat adik aku pulak. Dia paksa adik aku untuk bagitau ketua saka ni ada kat siapa. Adik aku tak bersuara. Ustaz Azman suruh pembantu dia seksa jin tu dengan ayat Al-Quran dulu bagi dia lemah. Tapi adik aku still melawan. Ustaz Azman letak rambut bunian kat hidung adik aku sambil pembantu dia pegang adik aku. Adik aku menjerit sekuat hati tapi still cakap tak tahu ketua dia tu kat siapa. Ustaz Azman buka satu lagi balang, dia keluarkan sanggul rambut bunian pulak. Dia paksa lagi lepas tu sekali lagi diorang usaha balik bagi benda tu keluar sampai adik aku pengsan.

Bila adik aku terjaga, dia macam ok dah. Dia mintak kat pembantu Ustaz Azman air. Pakcik tu bagi la dia secawan air, sekali dia pergi campak cawan kaca tu kuat2 kat tengah rumah, habis terabur kaca satu rumah, apa lagi mengamuk la Ustaz Azman. Ustaz Azman terpaksa guna cara lain. Dia keluarkan satu bungkusan kain dan dia suruh pembantu dia bentang bungkusan kain tu. Dalam bungkusan tu ada 14 jenis senjata kecil tembaga macam miniature. Ada pedang, sabit, kapak, parang, cangkuk dan macam2 lagi.

Kali ni memang nampak yang Ustaz Azman betul2 marah. Dia cabar Si Acai ni seru semua geng dia datang kat situ. Pembantu Ustaz Azman pegang tangan dan kaki adik aku. Ustaz Azman ambil satu pedang tembaga yang macam miniature tu. Dia pegang tangan adik aku dan ukir ayat Al-Quran guna pedang tu kat lengan kiri adik aku tapi tak kena kulit pun. Lepas tu dia lepaskan adik aku. Adik aku bangun, dia cuba buat macam menurun balik tapi macam tak boleh. Dia menangis sambil pegang lengan dia tu. Kami tengok kat lengan dia tak ada apa2 pun, tapi dia rasa sakit. Dia cuba menurun lagi, tapi tak boleh juga.

‘Sekarang ni aku nak kau panggil semua kau punya saka keturunan, kau punya jin semua datang sini, berkumpul kat rumah aku.’

Pembantu Ustaz Azman bagi adik aku minum air yang campur dengan akar kayu lagi. Adik aku tak nak, diorang paksa jugak. Ustaz Azman suruh adik aku panggil lagi. Adik aku melawan. Kali ni semua pembantu Ustaz Azman pegang adik aku balik. Ustaz Azman ambil kapak tembaga miniature pula dan ukir kaki adik aku pulak. Lepas tu bila dia lepas, adik aku sakit kaki pulak.

‘Kau sakit? Kalau kau tak nak sakit, kau panggil semua suku sakat kau datang sini sekarang.’

Last sekali Ustaz Azman ambil miniature cangkuk pulak. Ustaz Azman pegang je benda tu, adik aku pegang leher dia. Dia takut.

‘Kenapa? Kau takut? Kalau kau tak nak cangkuk ni lekat kat leher kau, kau panggil semua suku sakat kau sekarang’.

Adik aku menjerit ketakutan. Tiba2 kakak aku dah resah tak tentu arah dah.

‘Kau nak panggil ke tak nak?’

NAK NAK. NAK PANGGIL.

‘Kau panggil sekarang.’ (Ustaz Azman biar adik aku duduk tepi dinding, kakak aku duduk depan adik aku.)

Adik aku start menurun.

DATANGLAH DATANGLAH DATANGLAHHHHHHHHH

DATANGLAH DATANGLAH DATANGLAHHHHHHHHH

DATANGLAH DATANGLAH DATANGLAHHHHHHHHH

‘Keturunan Tok Nang. Yang kau berjanji dengan iblis. Hari ini hari pengakhiran kau iblis. Panggil semua yang bersangkut paut dengan Tok Nang untuk datang ke sini.’

‘Sekarang ni, kau cara kau, dia cara dia. Korang sebagai konco sahaja. Aku nak ketua datang ke sini. Korang berdua panggil ketua korang datang ke sini sekarang!’.

Ustaz Azman luruskan kaki kakak dengan adik aku dan bagi diorang berdua duduk mengadap tapak kaki bertemu tapak kaki. Ustaz Azman pegang kepala adik aku.

‘Dengar cakap saya wahai iblis. Sekarang ni, anak cucu Tok Nang dah tak nak bersetongkol dengan kau iblis. Sebabnya diorang memang tak nak dengan kau tapi kau yang paksa diorang dan kau yang culik diorang. Jadi, pulangkanlah mereka. Pulangkanlah balik keturunan Tok Nang. Faham? Kau panggil semua keturunan kau sekarang!’

Ustaz Azman pegang kepala kakak aku pulak.

‘Hei, iblis. Kau jangan tipu aku. Aku tahu kau keturunan Tok Nah, betul? Jawab!’

YA.

‘Kau panggil semua keturunan kau datang ke sini sekarang. Aku nak selesaikan semuanya hari ini. Panggil!’

Kakak dengan adik aku start panggil dengan cara masing2. Kakak aku cara dia macam orang kusyuk berzikir. Tapi tak tahu apa yang dia sebut sambil kepala ke kiri dan ke kanan. Adik aku, tangan dia macam orang buat tarian ular. Sesekali dia depangkan tangan sambil gosok jari macam orang main duit.

‘Hei bidan keturunan. Kau bidan yang ke tujuh betul?’

YA. (Kakak aku jawab)

‘Hei iblis laknatullah. Kau bersetongkol dengan Tok Nang?’

BETUL. (Adik aku jawab)

‘Kau, bidan yang ketujuh. Ajaran kau, kau minum darah bayi yang pertama dilahirkan. Betul?!’

HUH HUHH (Kakak aku menggelupur)

‘Kau yang bersetongkol dengan Tok Nang. Kau minum darah khinzir, betul?!’

BETUL!

‘Bidan yang ketujuh, sekarang sudah tamat riwayat bidan yang ketujuh, faham?’

Ustaz Azman baca Al-fatihah. Kakak aku menangis sayu.

‘Kau yang bersetongkol dengan Tok Nang. Yang sekarang ni ada pada badan Najib Bin Mahadhir (Nama ayah aku). Kau tipu aku. Hari ni ketua kau tak datang, betul?

DIA TAK NAK DATANG.

‘Baiklah sekarang ni aku nak selesaikan dua benda ni dulu.’

Ustaz Azman minta pembantu dia letak dua botol kicap kat bawah tapak kaki kakak dan adik aku. Lepas bacaan Al-Fatihah 3 kali dan Allahhhu Akbar, kakak dengan adik aku terus terbaring lemah. Aku pun tak tahu masa ni jin2 kat badan diorang betul2 dah keluar ke tak. Sebab sebelum2 ni pun lepas tu masuk balik.

Sebelum balik tu Ustaz Azman cakap kat mak aku. Saka keturunan Tok Nang ni bukan calang2. Sekarang ni akar keturunan iaitu ketua dia yang dekat ayah aku tak keluar lagi. Nak bagi dia keluar, ayah aku kena datang sendiri untuk dirawat. Dan kaedah rawatan tak boleh guna botol kaca. Lepas Ustaz Azman terangkan apa yang perlu dibuat. Kami pun bersurai. On the Way kami balik, ayah aku call kakak aku. Out of no where, tiba2 je. Dia cakap saja nak tanya dah habis berubat ke? Jeng jeng jenggg….

Korang doakan ayah aku nak datang berubat tau. Ayah aku kan baru nak start percaya kat benda2 ni. Aku takut bila dia tahu ketua tu dekat badan dia, dia jadi tak percaya balik. So, cerita ni akan bersambung sehingga lepas aku sekeluarga bawak ayah aku berubat. InsyaAllah dalam bulan ni juga. Aminnnn.

– NN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.