Sunday, 29 July 2018

Ibu atau Kerjaya

PengakuanKu

Assalamualaikum buat pembaca. Aku menghadapi tekanan disebabkan buntu dengan masalah yang aku hadapi berkaitan ibu aku dan masa depan kami.

Untuk pengetahuan semua, ibu aku dah sakit 7 tahun yang lepas disebabkan sakit saraf dan gangguan misteri yang aku sendiri tak faham sampai jadi kurus macam mayat hidup. Kiranya bermula daripada aku mula sambung belajar, dan ibu aku dijaga oleh ayah tiri aku tapi dia dah meninggal tahun ni. Tiap semester aku xpernah miss cuti semester dan tolong jaga ibu aku walaupun adik aku kurang minat jaga ibu kami. Senang cerita aku selalu bergaduh dengan adik-adik aku sebab dorang abaikan ibu aku dan lebih berminat untuk enjoy.

Sekarang, aku baru je tamat pengajian dan tanggungjawab jaga ibu aku jatuh pada tangan aku sepenuhnya. Cuma sekarang ni, ibu aku hilang tempat bergantung selepas ayah tiri aku meninggal. Family ayah tiri aku halau kami dari rumah yang ayah tiri aku sewa. Jadi, dgn pertolongan adik beradik mak aku, bawa mak aku datang kl dan tolong carikan sewakan rumah.

Masalah terbesar aku ialah macamana aku nak uruskan ibu aku yang perlu perhatian 24 jam dengan aku kena keluar kerja dan tanggung diri kami berdua. Adik no 2 aku pula, hanya boleh bagi duit belanja ikut kemampuan sebab gaji dia pun kecil. Tak lama lagi dia pun nak kawin dan ada keluarga sendiri. Pakcik aku baru ni bagitahu adik beradik mak aku dah tak mampu tolong untuk kewangan dari segi kos rumah dan perbelanjaan yang lain memandangkan mereka dah pencen. Jangan tanya aku kenapa mereka tak tumpangkan ibu aku je, senang cite dorang ada life masing2. kalau tanya pasal ayah kandung aku, dia dah halau aku dah lama sebab aku bergaduh dengan mak tiri aku. Yang tolong aku sekarang ni cuma nenek aku buat masa ni. Aku kesian dengan nenek sebab dia sendiri pun ada masalah.

Sekarang aku dah dapar tawaran kerja dari syarikat yang aku baru praktikal cumanya mak aku tak sanggup nak pindah jauh ke selatan atas faktor kesihatan. Aku pun tengah binggun sampai aku tak boleh tido sampai pagi, kalau kerja kat kl, kos sewa rumah termasuk bil2 dengan perbelanjaan je dh cecah 1k. Nak cari pembantu pun, aku fikir 1000x sebab kos lagi, dengan aku lagi nak tanggung kos study. Macamana aku nak pujuk mak aku, dan bawa dia ikut aku.

– Aisy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.