Saturday, 28 July 2018

Mulut Puaka

PengakuanKu

Assalamualaikum terima kasih admin sebab approve saya punya confession, Cerita ini melibatkan beberapa orang aku+dia+sipuaka+kawan2 aku. Ceritanya begini, beberapa bulan lalu aku putus dengan cinta hati aku disebabkan sipuaka yang aku anggap selama ni kawan aku, sipuaka ni adalah rakan sekerja aku dan rakan kepada cinta hati aku. Peah sipuaka (bukan nama sebenar) di office dia banyak luahkan perasaan dekat aku mengenai kawan2 aku yang dia tak suka, aku hanya menjadi telinga kepada dia, mendengar setiap luahan hati yang lama terisi dek kerana terlalu marah/dendam dengan kawan2 aku.

Sifat aku hanya mendengar dan cuba memberi nasihat kepada sipuaka. Dialah bawang no. 1 dalam office sehinggakan hal-hal kecik sanggup dijaja kemerata. Sipuaka kerjanya di office tidaklah terlalu susah kerana kerjanya hanya 1 kerja fokus kepada 1 tugasan yang diberi oleh manager, tetapi buat 1 kerja bagaikan 1 minggu nak disiapkan, aku pun tidak tahu apa yang dia cuba lakukan. Pernah beberapa kali sipuaka pulak menasihati aku mengenai cinta hati aku, bilangnya aku mesti tackle cinta hati aku, mesej sweet2, tanya kabar selalu, bak kata dia cinta hati aku banyak luahkan apa yang terpendam, so dia ceritalah pada sipuaka. Sipuaka tidak boleh simpan rahsia kerana dia tidak mahu hati cinta hati aku dirobek begitu saja.

Cinta hati aku, namanya jun (bukan nama sebenar) dia bekerja di salah sebuah syarikat ternama di ibukota, tua 2 tahun dari aku. Aku sayang dia sebab beberapa perkara, Pertama mulanya aku mengenali dia di ruangan sembang laman sosial, akhlak yang baik buat aku tertarik padanya. Bak kata orang dia tidak suka melayan lelaki sangat dan patuh pada agama. Kedua yang membuatkan aku tertarik padanya selalu bagi nasihat dekat aku, mahu tidaknya sebab aku ni masih mentah dan muda padanya.

Ketiga pernah beberapa kali aku mencuba masakannya, menambat lagi hati aku untuk menjadikan dia sebagai suri di hati aku. Ohh lupa, jun berasal dari Johor, semua masakannya semacam orang utara yang masak. Pernah beberapa kali aku beritahu mak aku untuk masuk minang dan terus memperisterikan dia. Tapi disebabkan aku masih mempunyai masalah keluarga yang tidak dapat dielakan, maka mak dan ayah aku cakap tahun depan InsyaAllah bulan 2 nak hantar cincin tanda supaya orang lain tidak boleh ambil dia. Tapi apakan daya semua dah berakhir, duit yang aku simpan sikit2 pun tiada guna lagi, melainkan aku hanya simpan untuk masa depan saja. Semua ni disebakan sipuaka tersebut.

Kawan2, adalah sahabat aku di office antaranya Mat, John, Minah, D, Nur (Bukan Nama Sebenar). Aku rapat dengan semua tidak pernah kekok untuk ak berkawan, bagi aku diorang adalah superb, sebab boleh menggila sama2, yalah aku masih muda, so sebelum kawen aku nak habiskan sisa2 zaman bujang aku. Diorang lah tempat ak luahkan segalanya, sejak aku putus dengan jun diorang tempat aku ketawa, tempat menangis, tempat aku pinjam bahu, tempat segalanya2. Diorang pun paham dengan situasi aku, diorang tidak mahu aku terus bersedih dengan orang yang tak mahu menghargai jasa dan pengorbanan aku.

Cinta aku berakhir dengan kejahatan mulut sipuaka, dia memberitahu macam2 pasal aku dekat jun cinta hatiku. Sipuaka juga pernah ugut aku semasa dia masih bekerja di office sama dengan aku, katanya kalau aku masih rapat dengan perempuan dalam office dia tidak teragak2 nak sampaikan pada si jun. Mulut dia memang puaka, selepas dia berhenti dari sini, dia bergaduh dengan kami semua dan menghasut jun untuk backup dia. Padahal jun tidak tahu menahu dalam hal kami, sehinggakan dia juga turut termasuk dalam kes kami, ramai kawan2 aku suruh putus dengan jun, tapi apakan daya aku sayang dia, aku sayang dia.

Walaupun aku baru tahu perangainya, suka mendengar sipuaka, tapi kalau dibaiki masih elok keadaanya, setiap malam aku mesej jun, tapi tidak berbalas, sampai 2 minggu selepas itu jun mesej aku katanya dia nak putus dengan aku, katanya lagi bukan siapa2 yang menghasut untuk kami berpisah. Memang sipuaka menjadi dalang disebalik kejadian ni. Ingat sipuaka Dosa dengan Manusia hanya kan diampunkan melalui Manusia itu sahaja. Aku redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan, mungkin Allah hadirkan dia buat aku cuma pinjaman sahaja, mungkin ada lebih baik yang aku akan dapat selepas ni. Buatmu jun, jagalah diri jangan ikut cakap orang, kadang2 dia cuma nak pisahkan kita, mungkin sebab jeles/mungkin dendam kesumat dia… Berfikir sebelum bertindak jangan kerana sipuaka dirimu juga akan ditarik ke neraka…

– Is

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.