Sunday, 29 July 2018

Menganjing

PengakuanKu

Assalamuallaikum..hai semua terima kasih sudi baca dan mungkin bagi pendapat lepas ni. aku nak cakap pasal M.E.N.G.A.N.J.I.N.G. bagi sesetengah orang mungkin nampak macam benda kecik je . tapi hakikatnya yang hadap yang dengar setiap apa yang keluar dari mulut orang tu sampai bila2 pun tersimpan dalam hati. Sebab tu ada yang depression hanya sebab kena menganjing. Tolong jangan pandang rendah isu ni. N tolong kalau takde benda baik yang keluar dari mulut tolong diam dan berpaling ke arah lain. Yang selalu kena benda2 cam ni selalunya yang ada masalah berat badan (gemuk) ini manusia2 ni kalau kurus boleh je cantik dan hensem macam korang.bagi la moral support sikit. Lepastu golongan2 yang takde rupa macam aku.(ada tak ke aku sorang je).

Ni cerita aku. Kadang2 aku rasa aku ni macam ada dua rupa tau. Orang perempuan pandang aku wajah lain dan orang lelaki pandang aku wajah lain. Dan semestiny benda2 yang dituju dekat aku tu keluar dari mulut LELAKI. Aku dah kena hadap benda ni semua sejak dari sekolah rendah. Tapi sekolah rendah kecik lagi kan jadi macam tak faham dan tak heran sangat apa pun orang cakap dekat aku.

Lepastu habis sekolah rendah aku dimasukkan ke sekolah berasrama dan sekolah tu semua perempuan. Tapi 3 tahun sahaja aku sekolah disitu (jadi 3 tahun la aku jauh dari benda2 negative ni) dan waktu tingkatan 4 berpindah ke sekolah yang ada LELAKI dan bermula dari situ la aku mula faham semua. Minggu pertama sekolah sebagai murid baru dan kau kena hadap orang duk mengata kau. Kau rasa?? Setiap hari. Aku pun tak pasti kawan2 aku perasaan ke tak aku berdepan masalah tu. Aku pernah menangis dalam kelas sebab semua ni (time ni orang pergi rehat so takde orang tahu aku nangis lencun gaiss dah la tak bawak kain sapu). Sakit sangat rasa hati ni. Rasa nak lari balik rumah je time tu tapi rumah jauh la pulak.

Sampai hari ni sakit tu tak pernah hilang. Sebab aku tak pernah beritahu atau luah dekat sesiapapun even keluarga aku sendiri. bagi aku benda tu isu kecik je. Tapi tak, setiap kali aku teringat setiap kali tula rasa sakit sangat dekat hati. Sampai harini aku masih hadap benda yang sama. Kalau keluar nanti ada la yang pandang2 pastu gelak . teruk sangat ke apa yang ALLAH ciptakan untuk aku. Kenapa korang gelak?? Kadang2 rasa diri macam paranoid pun ada. Ntah2 orang tu gelakkan benda lain tapi rasa macam gelak dekat aku. Aku tak mintak tau semua ni. Aku tak pernah persoalkan dekat Tuhan kenpa cipta aku macam ni tapi kenapa korang seolah2 persoalkan kerja Tuhan.

Satu je aku nak cakap dekat orang2 yang pernah mengata aku menganjing aku, aku dah maafkan korang. Aku harap korang dapat la isteri persis bidadari. Anak2 comel macam Barbie. Dan aku harap takde orang keliling kauorang hadap benda yang aku hadap ni. Sebab aku dah rasa sakit dia macam mana. Terima kasih. Is. Aku harap dah cerita dekat sini kurang la sikit rasa tu. Dan tolong ubah pemikiran korang yang suka mengata dan menganjing orang ni. Tolong jadi matang. Dan tolong fikir dosa dan pahala.

– iqa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.