Assalamualaikum gais.. aku Umaira , aku saje je letak tajuk “Husna” sbb cerita yg aku nk confess ni sedikit sebanyak berkaitan sidrom Husna perampas Laki orang dalam slot drama petang.. dua tiga hari ni watak husna dapat kecaman drpd golongan hawa.. aku mempunyai seorang saudara yg mengalami pengalaman jadi Husna aka perampas laki org, bercinta dgn laki org..
Awal tahun lepas, cousin aku(Mira) call aku dalam keadaan menangis . Sebab dia menangis ,family dia tak restu hubungan terlarang Mira dgn suami orang. Aku yang sebelum ni memang sangat tahu tentang hubungan dia orang ni, and banyak kali dah aku nasihat tapi Mira still macam tu. Mira berscandal dengn rakan sekerja , and dah banyak kali kena serang dengan wife scandal dia.
Setiap kali mira call aku, aku tahu mesti ada something yang berlaku. Tapi kali ni, sesuatu lebih dasyat berlaku ,Mira nak kawin lari dengan bf dia. Aku terkedu tak tahu nak cakap ape, aku cuma cakap istifar Mira. Sebelum Mira call aku, siangnya Mira bawa bf berjumpa dengan parents dia untuk mintak kebenaran berkahwin tetapi direject siap dengan dapat maki hamun daripada abang mira.
Mira merupakan anak kedua and satu satunya perempuan dari 3 beradik, ada seorag abang berkerja sebagai pengawai navy dan seorg adik yang still belajar. Mira bagitahu ,abah dan abang tak setuju Mira kawin dgn lelaki tu atas sebab menjadi bini kedua, jarak usia yg agak jauh (mira 27, bf dia 46 thun) lagi satu wife pertama lelaki tu tak bersetuju, bakal jadi peruntuh rumah tangga orang dan Mira pulak berterus terang pd family yang mereka nak sembunyikan perkhwinan diaorang drpd wife pertama. Ye mmg kerja gila, aku pun tak sangka mira berani bagitahu parents dia semua ni. Jadi malamnya Mira call aku, bagitahu dia org rancang nak kawin lari ke siam.
Aku yang terkedu,tak tahu nak cakap ape.. aku cuma boleh ckp sabar dan istifar je. Aku bagitahu dan Nasihatkan mira ,yang dia terlalu mudah mempercayai lelaki, sanggup kau ketepikan family untuk lelaki orang. Aku tahu, mira saja bagitau aku malam tu sebab dia buntu ,dalam keadaan marah dan tak ada tempat dah nak mengadu dan perlukan kata2 nasihat. Sebagai seorang rakan dan saudara,aku cuba nasihat yang terbaik untuk mira. Perempuan kalau dah sayang memang akan jadi bodoh, Mira dah cukup gila untuk terima cadangan bf dia lari kawin kat siam. Lagi pulak bf Mira dah tabur janji macam2, Mira pulak jadi buta ,sanggup jatuhkan maruah untuk janji murah lelaki murahan.
Mira bagitahu lagi yang dia dah tak jumpa jalan untuk keluar daripada masalah ni,even buat istikarah. Dia cuba untuk lupakan laki tu, but still lelaki tu akan cari Mira sampai tidur depan gate pagar rumah Mira. Merayu dan follow mira ke tempat kerja. Bf Mira ni bukanlah lelaki berduit macam Shah drama pukul 7 tu, hidup pon cukup makan, nafkah Anak bini pon kelaut. lelaki ni pun sama bodoh, dah ada bini and anak2 still cari perempuan lain.
Kali ni aku betol2 basuh fikiran Mira, aku cakap pikir masa depan. Fikirkan kehidupan 10 tahun akan datang, redha dari umi and abi., redha Allah dan juga nasib bini pertama and anak2 madu dia nanti. Sanggup tak Mira hidup dalam kecaman masyarakat and ape jaminan lelaki tu tidak akan ulangi perkara yang sama yg dia buat dengan wife pertamanya. Mulanya Mira mcm dah tak tentu hala, tak tahu nk buat apa. Mira dah letak harapan tinggi dan termakan janji palsu laki orang. Then aku nasihat Mira suruh dtg rumah aku. Mira smpai rumah aku dalam pukul 3 pagi, start dia smpai rumah aku hingga ke subuh aku nasihat and dengar luahan hati dia. Dia tak jumpa jalan keluar, kalau dia tak kontek lelaki tu,lelaki tu tetap akan call dia, pergi rumah Mira dan ganggu housemate Mira. Kali ni aku bagi cadangan supaya Mira tukar no phone, hantar notis berhenti kerja, tutup social akaun, and duduk dengan aku sementara keadaan reda. Ye nak buat semua ni memang susah, lagi2 bukan mudah nak dapat kerja sekarang. Mira terima cadangan aku dan mula berkhalwat diamkan diri dalam rumah aku.
Mulanya masa first mira duduk dengan aku, diri dia asyik menangis. Banyak termenung. And bila dah tinggal dgn aku, banyak lagi cerita aku dengar dari Mira sendiri. Antaranya bf Mira pernah cadangankan agar diaorg buat hubungan kelamin and cuba hamilkan mira. Alasannya, bf Mira sedar yang family Mira tak akan terima dia dan ni satu cara supaya dia orang dapat berkahwin. Hat ni memang betol2 setan, aku yg dengar rase mendidih hati. Murahnya harga diri seorg wanita dimata lelaki celaka. Dengan Mira pun aku rase marah sangat, kenapa bodoh sangat nakkan lelaki serupa bangkai macam tu.. Walaupun Mira tolak cadangan bf dia, Mira still nak kawin dengan laki tu. Hat ni paling tak boleh blah. Sorry Mira.
Mira tinggal dengan aku selama 3 bulan, dua bulan jugak Mira langsung tak on phone,Mira banyakkn mengaji dan bangun solat tengah malam. Masa ni Mira still banyak menangis, tapi kali ni berbeza. Mira menangis dengan tangisan keinsafan, mengaku kesilapan bercinta dengan suami orang, cuba runtuhkan rumah tangga orang and cuba tinggalkan family. Mira malu dengan perbuatan dia, yang pernah kena serang dgn wife bf tetapi Mira tutup mata demi lelaki taguna tu. Dalam masa ni, aku memang tiap hari kontek dengan umi Mira secara diam2 and sampaikan berita positif. Family mana tak sayangkan anak sendiri. Tiap hari Umi Mira menangis bila aku call .
Semakin hari Mira semakin ok, and Mira ambik keputusan untuk balik jumpa family dia untuk minta maaf. Mira jugak secara diam2 hubungi bini exbf dia utk minta maaf. Alhamdulillah ,Mira pun dah ada life sendiri sekarang, lebih tenang dan tidak serabut seperti dulu. Sepanjang 3 tahun Mira berscandal dengan laki orang , banyak masalah yang selalu berlaku, hidup tak tenteram dan hidup dalam ketakutan.
Setiap masalah ada penyelesaianya , aku tak pandai karang lebih2, risau jugak ape yg aku nak sampaikan ni tak sampai maksud. Kita sebagai seorang yang dewasa , kita sebenarnya amat tahu yang tindakan kita buat ni betol atau tidak,cuma kita sengaja membutakan hati untuk secebis angan angan disokong hawa nafsu bani adam yang tak pernah surut . Kadang 2 kita kita merasakan perbuatan kita betol, tetapi hakikatnya kita adalah dipihak yang salah. Buat insan insan yang mempunyai sindrom “Husna” ,masih ada jalan untuk anda kembali, usah butakan mata dengan menidakkan hak org lain. Banyak lagi pilihan di luar sana, and jangan cuba utk membina sebuah masjid dengan meruntuhkan masjid yang lain.
Tinggikan harga diri ,banyakkan muhasabah diri . Jangan jatuhkan maruah kau demi seorang lelaki yang belum tentu boleh jaga kau umpama parents kau jaga. Ingat sikit perasaan wanita dan anak2 yang bakal terluka dengan perbuatan bodoh kau. Untuk lelaki pulak, korang tahu nilai seorang wanita yang mengandungkan dan melahirkan korang, yang melahirkan anak korang. Jangan cuba tabur janji, ingat sikit perasaan isteri kau,.anak2 kau. Yang penting ,ingat azab Allah tu sangat Dasyat untuk insan yang menzalimi insan yang lain.
Oh ye ,aku tulis cerita ni dari saranan Mira selepas kiteorg bergosip dan membawang tentang watak Husna yg pernah Mira bawa. Assalammualaikum.
– Umaira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment