Friday, 27 July 2018

Liku-liku Kerja

PengakuanKu

Hai hampa. Disebabkan aku lone ranger takdak kawan nak bercerita jadinya aku tulih la kat sini. Saja nak meluah isi hati terpendam.

Aku baru ja mula keja.. baru tak baru dah dekat 2 tahun la jugak. Syarikat aku keja ni memang gah nama dia. Dah bertapak lebih 30 tahun. Kalau sebut kat makcik2 semua duk ooooooo. Kira pemes dalam kalangan makcik2 la. Merata ada kedai dia. Dalam tb pon ada besa masuk produk dia. Mengikut kata2 dan cerita2 dari senior aku, syarikat sejak beroperasi hingga ke tahun yg ke 30+, sangat2 gempak. Pelanggan sentiasa ramai tak putus2. Kadang sampai nak rehat pon takdan sebab pelanggan duk beratuq ja. Tak pernah tutup kecuali Raya cina dengan Raya puasa. Boss pon sangat2 jaga staff2 dia. Bonus, duit raya, kenaikan gaji cakap la apa semua boss bagi. Kadang boss pi melancong, buah tangan wajib beli untuk staff dia.

Tahun 2016 aku join syarikat. Ni zaman kejatuhan boss dan syarikat. Awai2 aku masuk belum nampak sangat. Start tengah tahun 2017 dah mula dah masalah timbui. Tiba2 hutang syarikat menggunung, hutang bank, hutang supplier, hutang kedai, hutang hat takdak lesen (ANGAH) hehe. Gaji start masuk lambat, epf boss tak carum. Produk tak boleh import sebab tak bayaq fasiliti. Bila produk takdak pelanggan dah mula lari. Hat pelanggan yang ada yang setia dari dulu sampai la memang aku respek. Cawangan2 dia ada yang dah mula tutup sebab sale takdak. Boss makin botak pikir masalah dia. Huhu.

Staf biasa lah ada yang support boss ada yang dah mula cakap2 belakang boss. Yang buat aku rasa nak tulih benda ni bila tengok keadaan syarikat sekarang. Staf tak percaya boss. Staf maki boss belakang2 siap ada yang celakakan bos lagi. Depan boss bukan main baik okay2 belakang boss punya canang tak tau nak kata. Yang tak boleh brain ada staf dulu masa dia susah hutang *angah* teriak2 kat kedai, boss yang tolong dia bayaq dulu. Lump sum tau bayaq. Sekarang gaji lambat ja dia yang bising dulu. Tapi bising belakang bos depan2 muka manih. Ada pengurus2 yang duk maki boss celaka la pegi mampus la.

La ni aku tak faham jenih staf duk merungut duk kutuk belakang boss ni. Konsep aku senang ja. Kalau rasa tak boleh tahan keja berenti ja. Ni duk merungut gaji sikit gaji lambat bonus takdak tapi dah 10 tahun duk keja jugak kat syarikat ni. Ada tu yang dah berenti konon boss bayaq tak padan keja tapi takdan sat mai masuk balik. Pengurus2 yang duk maki boss tu awat tak berenti ja pi cari syarikat lain keja.

Kalau hampa nak tau sebenaqnya depa rasa susah kalau berenti lepas tu keja tempat lain. Pasaipa? Dekat syarikat apa boss tak sedia. Kereta untuk setiap pengurus. Wifi kat kedai. Line telepon bos bayaq. Duit minyak klaim syarikat. Roadtax semua syarikat bayaq. Depa hidup senang lenang yg depa tau keta depa hidup sentiasa. Kalau keja tempat lain tak dapat kemudahan mcm ni lepas tu kemungkinan depa kena keja bawah orang. Depa jadi pengurus cawangan ibarat depa boss sendiri tau untuk kedai tu.

Aku bukan kata aku baik. Tapi aku baru keja tak sampai 2 tahun. Zaman kegemilangan boss pon aku takdan rasa. Tapi aku tak sampai hati nak berenti nak tinggai syarikat. Apalagi nak kata boss mcm2. Aku suka keja aku. Aku sayang keja aku. Boss bagi kepercayaan kat aku urus hal2 hutang. Dia mintak tolong aku susunkan hutang2 dia. File2 dia segala creditor la apa. Aku staff biasa ja bukan kerani akaun bukan PA dia bukan Seketari syarikat. Kalau ikut aku tak mau campur dengan urusan hutang dia tambah2 yg melibatkan hutang *angah* dia tu. Tapi yala bila boss pecaya kita tambah selama aku keja boss memang baik gila2 aku tolong jugak. Claim ot ja la. La ni segala hutang dia aku tau. Kalau org lain aku rasa dah lari kot bila tengok jumlah besaq yang kalau kita dapat 7 keturunan tak habis makan. Lagi dengan keadaan syarikat tak stabil mcmni. Bos pernah cakap bagi dia masa dia clearkan balik semua dia naikkan balik syarikat dia. Sedih rasa masa tu.

Boss aku boss paling baik setakat aku pernah keja ni. Jaga kebajikan staf dia. Tak tau kat mana silap dia sampai syarikat dia jatuh dalam keadaan mcm sekarang. Yalah macam orang kata bisnes ada turun naik dia. Tapi jatuh dia ni jatuh menjunam. Tengah naik bukit tiba2 kat dalam gaung dah. Betui ka dak metafora aku pon tak tau. Aku masih nak bekerja dengan boss masih nak berkhidmat utk syarikat. Sekarang boss tengah pelan2 settle hutang2 dia. Selesai satu2 mana yang penting. Hal epf dia dah naik court haritu so dah settle tunggu caruman masuk balik ja. Dia naikkan gaji staf walaupon hanya 27 ringgit sebagai ganti gaji asyik lambat. Bonus raya tahun ni ada naik sikit sebab gaji masa raya haritu lambat masuk.

Aku sangat2 harap boss mampu naikkan balik syarikat dia. Sayang dah 30 tahun lebih. Dari dia muda sampai sekarang dia dah dekat 60 dia usaha bisnes dia. Dari dia jadi boss cum driver cum storeboy sampai la dah ada cawangan seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Aku doa syarikat akan semakin pulih nanti dan harap2 sempat tengok bos berada di puncak kejayaan semula. chewah.

Aku tak tau la ada pengajaran ka dak. Aku saja nak luah isi hati ja. Hampa cari sendiri la pengajaran dia. Zaijian.

– Nor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.