asalamualaikum. aku dyna. berumur 22 tahun. aku dilahirkan dalam family yg bergama. bapa aku seorang yang panas baran. ibu aku seorang yg lemah lembut. aku ada 4 org adik beradik and aku sorang je perempuan. aku anak sulung. bagi org anak sulung adalah role model bagi adik adiknya. tapi tidak bagi aku. aku gagal jadi role model untuk adik adik. maafkan aku ayah.
ayah aku seorang polis. aku dididik sungguh tegas. setiap kali ada kesalahan aku akan dipukul. masa sekolah rendah aku pernah dipukul kerana ikut kawan pergi deepavali. aku jugak pernah di suruh tidur dalam bilik mandi dan tandas tanpa sebarang baju kecuali seluar kecik. aku pernah didenda tidur di dapur. setiap kali salah besar atau kecil aku akan dipukul and tiada sesiapa pun yg dtg memujuk. aku selalu nangis keseorangan. masa kecil ku penuh dgn ketakutan. masa aku darjah 6 ayah aku pukul aku and potong rambut aku sebab aku balik lewat and x pakai tudung keluar rumah. tapi nasib ada nenek aku yang tolong touch up balik rambut aku and pujuk aku. aku syg nenek aku.
masa sekolah rendah juga aku pindah di kpg. aku sebenarnya student yang agak pandai. tapi di sebabkan kesempitan hidup aku berjual beli di sekolah dan pada petangnya aku menjual kuih sambil pusing satu kpg. aku balik lewat. bapak aku mcm biasa salah sikit kena. rumah nenek aku 2 tingkat. tingkat 1 stor yang dh busuk. dekat bawah tu jugak ada bilik mandi. bapa aku suruh aku tidur kat bilik mandi tu. esoknya baru boleh naik atas. nasib nenek aku yang tolong pujuk. bawa aku senyap senyap naik atas. tolong ubatkan luka. aku syg nenek aku.
bila menginjak sekolah menengah aku dimasukkan ke sekolah asrama penuh. disitulah hidup aku bermula. aku jauh dari mak and bapak. aku mula ada kawan rapat. mesti laa lelaki kan. salah aku jugak. adik aku sekolah tahfiz. jadi bapa aku belikan sebuah telifon untuk adik aku. seumur hidup aku. aku tidak pernah di bagi telifon oleh mak bapak aku. ada terlintas perasaan cemburu dalam hati. tapi sapala aku kan. bila aku salah aku masih di dipukul sehingga umur aku 16 tahun. bapak aku pernah pukul aku hingga patah penyapu. pernah tampar muka aku. setiap apa yg jadi aku akan luah perasaan aku kat kawan lelaki. dia jer yg aku ada. aku pernah diberi rm5 je tanpa ada makanan lain sebab bapa aku denda aku. kadang satu masa aku sampai mencuri makanan org lain sebab terlalu lapar. kadang aku makan roti kosong yg dh di masuk angin. aku menjadi budak nakal. selalu ponteng kelas. aku x tahu sama ada bapak and mak aku syg kat aku x masatu. sampai satu saat aku pergi kaunseling untuk luahkan apa aku rasa. tapi dh terlambat sebab aku terlalu nakal. mak aku pernah pesan cmni “jangan bagitahu cikgu cikgu yg bapak pukul takut cikgu lapor polis. kalau bapak masuk mcm mana” aku diamkam jer
mcm aku bagi tahu kat atas tadi aku hanya ada seorang pendengar je. iaitu kawan laki aku bernama Man. dia mcm merangkap boyfriend laa. masa di sekolah menengah jugak aku suka jalan sensorang. pergi mana mana pun sorang. aku xda kawan. aku juga ada masalah self confident. ia berlanjutan hingga sekarang. kawan aku laa boyfriend aku. tempat aku becerita mengadu masa kat sekolah dulu. aku pernah lari dari rumah sebab bapak aku pukul aku guna penyapu and ambil parang kat dapur. aku jugak pernah cuba nak bunuh diri. aku pernah x pulang rumah seminggu sebab tkt.
perasaan tkt tu sampai sekarang x hilang. adakah ini mental abuse. aku selalu teringat dgn masa lalu yg bapa aku buat. tapi aku sygkan bapa aku. cuma aku x dpt nak lupakka apa yg pernah bapa aku buat ke aku. aku tahu aku yg salah. maafkan aku bapak x jadi anak yg solehah. sekarang aku suka keseorangan. duduk dalam bilik. tidur. kadang fikir nak bunuh je diri. allah masih ada. setiap kali terkenang. aku akan menangis. doakan aku tabah yer guys.
yg iklas
dyna
– dyna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment