Assalamualaikum sahabat semua.
Saya akan cuba ringkas kan cerita sependek mungkin. Saya seorang isteri kepada seorang lelaki yang hidup susah. Pendapatan bulanan kami tak sampai rm700. Kami tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah ayah dan mak suami.
Setakat hidup susah serba serbi tak lengkap, bukan la cabaran yang terbesar buat saya. Tapi malang datang bertimpa timpa. Sudah lah susah, kami suami isteri di uji dengan penganiayaan orang lain terhadap suami. Saya masih ada keluarga jauh di selatan tanah air. Saya masih mempunyai mak dan ayah. Akan tetapi, saya seorang yang sukar nak meluahkan segala masalah yang dtg menimpa saya.
Baru baru ni, suami saya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengahari. Dia sempat memetik sayur sayur yang tumbuh liar di kawasan kebun milik arwah ayah nya untuk di bawa pulang ke rumah. Tiba tiba, suami saya mendapat panggilan dari kawan nya yang sedang memetik buah sawit, minta tolong sama sama memetik sawit dan dia akan bahagi sama rata hasil bila di jual nanti. Suami saya pun setuju untuk pergi menolong dia. Sampai di sana, suami saya parking motor sebelah motor kawan dia dan tinggalkan telefon di dalam raga motor.
Setelah suami selesai menurunkan 15tandan sawit, tak semena mena kawan si suami ni tadi menjerit suruh lari dan dari kejauhan, suami saya sempat melihat kawan dia menolak motor nya sahaja dan membiarkan motor suami saya. Suami saya tak sempat nak pergi ke motor kerana lori sudah sampai. Suami saya hanya mampu menyorok dan bila dia keluar, dia dapati motor nya dah kena angkut dengan lori. Bila suami saya tanya perkara sebenar kepada kawan dia, rupa rupanya, lot pokok sawit tu, bukan milik dia atau bukan mengupah dia. Itu lot kosong yang di miliki oleh pekerja pekerja kontrak. Suami saya ajak kawan dia pergi balai, tetapi kawan dia menolak.
Di rumah, saya mendapat panggilan telefon dari IPD meminta saya atau suami datang ke balai. Mereka dapat menelefon saya melalui mesej yang saya hantar kepada suami memintanya membelikan saya sepaket minyak masak. Saya terpinga pinga dan tak tahu apa yang berlaku sehingga lah suami saya pulang ke rumah dan mencerita kan semua nya. Saya menasihati dia agar pergi ke balai untuk selesaikan perkara ini, tetapi kawan kawan nya yang lain mencadangkan suami saya agar melarikan diri buat sementara waktu, dan biar mereka uruskan hal tersebut.
Setelah berminggu minggu saya dan suami hidup tak tenteram, tak dapat pulang ke rumah, menumpang di rumah kawan suami, akhirnya berita buruk sampai ke pengetahuan suami malam tadi. Kata seorang kawan suami yang ulang alik pergi ke balai untuk selesaikan masalah ni, polis dah sabitkan suami saya dengan kesalahan yang lain iaitu sebagai penjual dadah. Anak pekerja kontrak yang mengangkut motor suami ke balai yang membuat report mengatakan suami saya seorang penjual dadah.
Demi Allah, saya kenal benar dengan suami saya. Di rumah, memang tak ada apa apa yang curiga. Saya cukup yakin, yang kalau polis datang menyiasat sampai ke dalam rumah, mereka takkan temui apa apa seperti yang di dakwa oleh anak pekerja kontrak. Suami saya hidupnya memang banyak di habiskan dengan saya. Kerja, dan terus pulang ke rumah. Malam malam kalau nak ke kedai, dia akan ajak saya keluar sekali. Ramai kawan kawan suami yang tengah marah kan anak si pekerja kontrak tu. Suami makin runsing. Kami memang benar benar pihak yang teraniaya.
Persoalannya, apa yang akan jadi pada suami saya? Adakah cakap cakap si anak pekerja kontrak tu akan di terima bulat bulat oleh pihak polis? Adakah ianya akan berakhir dengan suami saya harus membayar denda?
Macam mana lah orang boleh buat cerita seumpama itu. Kereta kami kereta buruk, rumah dah hampir roboh, makan minum bercatu, bil air berbulan bulan tak kami bayar, bil elektrik sampai banyak kali denda, baru dapat kumpul duit bayar. Mcm mana orang boleh tuduh suami saya penjual dadah. Kalau betul suami saya penjuak dadah, hidup kami dah lama selesa.
Memang berani kerana benar takut kerana salah. Tapi, bak kata suami saya, kes yang di sabitkan ni, amatlah berat. Polis akan buat macam macam untuk paksa suami saya mengaku. Kalau kena bayar denda, mana pula nak di cari duit sebanyak itu hanya untuk membayar denda benda yang tak benar sama sekali. Atas nasihat kawan kawan, suami saya akan ke balai esok lusa.
Tolong doa kan suami saya. Allah bersama sama dengan orang yang benar dan saya memang percayakan suami saya sebagaimana ramai penduduk di situ percaya kan dia. Allah…
Tak tertanggung berat nya dugaan ini. Dugaan yang harus saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga saya demi kebaikan bersama.
– pemendam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment