Friday, 27 July 2018

Depression (Take It Easy)

PengakuanKu

Kenapa tajuk macam tu?

Sebab orang depressed selalu merasakan diri mereka lagi rendah once they knew they have depression. But hey, saya mahu kita semua faham, take it easy. We can heal from depression.

Penulisan di bawah ni, sebenarnya saya taip untuk share dengan seorang sahabat yang meminta tips macam mana nak survive. Saya rasa it could help some other people too, so I decided to share in this page.

So here it goes..

Bismillah. Saya tak pasti kalau cara saya akan berkesan utk orang lain. Sebab kita semua kan berbeza. But kita tak tahu kan selagi tak cuba? Just make sure to not give up kalau tak berjaya dengan cara di bawah. Apa apa pun, cuba dulu

Saya sampaikan dlm bentuk kronologi supaya lebih mudah difahami.

1. Orang yang depressed perlu SEDAR & TERIMA yang dirinya sedang melalui fasa depression. Awalnya saya tak tahu saya depressed buat kali kedua. Tapi secara tiba2 Counsellor mintak saya buat ujian tekanan. Dan keputusan waktu tu mmg mengejutkan saya. Saya tak expect, dalam keadaan saya rasa saya dah fully aware tentang depression, saya masih dapat lagi. Dulu dah pernah dapat satu round. Pengajarannya — jangan pandang remeh soal emosi. Kita tak sedar sbnrnya bila depression ni datang. Dan once dah sedar kita depressed, kita kena berlapang dada utk terima. Yang penting kena cari semangat utk ubah situasi tu. Selagi kita deny, selagi tu kita takkan cari cara utk hilangkan depresi.

Tips: Boleh buka website Ministry of Health, cari borang DASS. DASS stands for Depression, Anxiety and Stress Scale

2. Cari PUNCA depression. Waktu saya tahu tu, sumpah sedih sangat. Saya nekad. I want to be normal. I want to live happily tanpa depression. Saya percaya selagi depression ada, saya takkan happy. Macam mana nak happy kalau minda saya still diracuni dgn negativiti kan? So cuba beberapa ujian lagi. Saya tengok dekat soalan2 specific, sbnrnya apa masalah saya. Contohnya soalan “Are you sad?” Saya akan teliti skala berapa saya jawab soalan tu. Kalau agree tahap tinggi, then saya akan take note

3. Jangan rasa MEMBEBANKAN orang lain. Dari meneliti secara specific tu, baru saya sedar masalah saya. Saya jenis yang memendam. Jenis yang tak share dengan orang. Jenis yang rasa, “Aku boleh lalui ni sendiri. Takpe. Orang lain pun ada masalah jugak.” Turn out husnuzdhon saya memakan diri sendiri. Sebenarnya sahabat2 kita sangat la care dan nak bantu. Tapi our depressed mind says, mereka ada urusan yang lebih penting drpd menjaga kita.

4. Cari KAWAN yang EMPATI. Bila dah macam tu, saya cuba cari seorang kawan yang saya yakin dan percaya dia takkan menghukum apa yg saya sedang lalui. Kawan ni tak pernah depressed. Tapi alhamdulillah dia memahami. Mungkin kerana nilai empati nya tinggi.

5. MENANGIS SEPUAS HATI. Ada masa saya menangis sepuas hati. Sampai satu tahap, weekend saya tak keluar bilik sbb everytime habis solat, saya akan menangis. Mata waktu tu memang bengkak lah. Tapi bila dah lama macam tu, dah rasa puas. Saya reach one point, “Ok aku dah puas dah ni nangis. So boleh dah fikir cemana nak bangkit balik.”

6. JOURNAL. Kali ni depression saya cepat pulih. Sebab bantuan journal dan penulisan. Kita menulis sbb nak meluahkan rasa. Dan kebanyakan orang akan menulis di status. Bagi saya di status takde masalah. Cuma buat orang yg membaca, mereka akan detect, there’s something wrong. Dan bagi kita yg menulis pulak, sbnrnya kita tak rasa puas pun menulis di media sosial. Sbb kita tak betul2 all out. Kita takleh tulis nama org yg terlibat, kita takleh cerita secara detail apa benda yg dah jd sbb jaga aib orang2 tertentu. So bila guna journal ni, saya boleh tulis sepuas hati saya. Saya mulakan dengan mencari buku yang simple dan menepati kriteria. Buku tu saya hias cantik2. Jaga buku tu, ibarat jaga hati sendirilah. Sbb dalam buku tu terkandung semua rasa dan emosi. Lepas tu, awal2 journal tu. Saya lebih kepada mengisi,

• What is the purpose of my life

• What is my timeline (by age berapa nak achieve apa, nak travel mana, nak menyumbang apa)

• Who are the important people in my life

• Penulisan tentang punca depresi. Things that had happened

• Daily journal dan ada refleksi tentang apa yg dilalui (maksudnya, mulakan mencari nilai positif dari setiap yg dilalui, dan ditulis dlm journal).

Kalau perasan, penulisan journal saya, saya mulakan dengan back to basics. Saya mencari jawapan apa benda yang penting dlm kehidupan saya. Journal yang membuatkan saya sedar, my future is full of excitement dengan cita2 saya yang masih byk untuk dicapai. Waktu tu saya sedar, saya dah tak patut menangisi masa lalu. Sebab future saya is more exciting.

7. I STOPPED WRITING IN SOCMED about my worriness, anxiety dan anything yg sounds negative.

8. I DELETED IG & TWITTER for 3 months utk heal. Even now, Twitter saya follow good things only. Malas nak layan benda2 yg viral. Sekali sekala boleh la. But I put barrier between me and the negative world outside. Saya hanya mencari positive sources di socmed. I no longer read negative quotes. Kalau terbaca, saya akan cepat2 counter balik situasi tu

9. I TURNED OFF notification Whatsapp for 3 months.

10. I became more penyayang, expressive dan appreciative. Kalau dulu saya tak suka manja2, cakap rindu, cakap sayang. Tapi lama2, I do that. It makes me feel better. It makes me feel, I really want to appreciate all the people and things that I have now. Bcs one day, these people will not be in my daily life anymore. Setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan. Kalau tak berpisah secara zahir di dunia, mati pasti akan menjemput kita suatu hari nnt. With this mindset, I always do my best when it comes to relationship. Because I know, this is my chance. And at the same time, saya rasa berlapang dada utk melepaskan orang2 ni pergi dari kehidupan saya. Detachment.

11. I started my day by saying, “Today will be a great day” while smiling in the mirror. Enjoy every moment of the day. No anxiety for future, no regrets for the past. Do what I can do for TODAY.

12. Al-Quran jangan pernah tinggal walau sehari pun. Read it before Subuh or every morning. Prioritize this before doing any other chores.

13. One day saya terbaca surah al-Baqarah, ayat 186. I cried that day. Bangun solat. Saya minta doa dengan Allah dengan sepenuh keyakinan ayat 186 tu. Besoknya Allah makbulkan doa itu. Allah memang akan memakbulkan doa. Selagi kita sabar dalam ujian, meminta pertolongan dengan solat dan doa. Dan juga tidak terburu buru mahu doa dimakbulkan.

So keywords dia;

* AWARE

* TERIMA

* CARI PUNCA

* JANGAN RASA MEMBEBANKAN

* CARI TEMAN

* MENANGIS SEPUAS HATI

* SOCMED

* JOURNAL

* BE BETTER THAT WHAT I WAS – cthnya didik diri jadi penyayang dan appreciative

* POSITIVE START OF THE DAY

* AL QURAN

* DO NOT ASK FOR IMMEDIATE ANSWER FROM ALLAH. TENANG DAN SABAR LALUI SETIAP MOMEN.

Jadi, itulah yang saya share dengan sahabat saya. Hope it helps others too.

Just. Dont. Give. Up. Okay?

We are our own heroes!

Adios

– AN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.