Salam, aku Wirda.
Aku nak ceritakan pengalaman aku masuk kelas-kelas belajar bisnes dan marketing dengan para jutawan kosmetik tempatan anak Malaysia.
Aku memang minat sangat berniaga, tapi aku berniaga barang elektrik. Takde kena mengena dengan kosmetik ya. Ada satu kelas tu, aku dapat duduk di sebelah salah seorang jutawan kosmetik di Malaysia. Memang sangat teruja. Ye lah kita orang biasa-biasa dapat duduk dengan jutawan dan instafamous juga. Aku ajak dia berbual panjang dan korek rahsia kekayaan dia. Dia peramah dan tak sombong. Sampaikan modal barang pun semua aku tanya.
Aku memang terkejut, patutlah mereka ni cepat kaya. Modal tak sampai RM30 satu barang, harga jual untung sehingga 200%. Bunyi macam menarik sangat kan?
Jujur aku cakap, muka dia berlekuk-lekuk macam bulan. Tapi boleh jual produk kecantikkan yang mempromosikan kulit wajah halus, mulus, flawless, & putih melepak. Aku sangat hairan!! Kenapa semua testimoni yang produk dia siarkan, semua bagi maklumbalas yang mengujakan. Walhal, founder sendiri muka berlubang-lubang dan tak cerah pun. Aku suspek dia tak pakai pun produk dia sendiri. Pengguna ni tak tengok ke muka founder produk yang mereka beli?
Bukan dia seorang sahaja aku jumpa, ada ramai lagi founder kosmetik. Aku ajak mereka berswafoto. Jujur, bila jumpa depan-depan. Yang mereka dalam gambar kau orang tengok kat media sosial tu semua menipu. Mereka tak flawless dan tak putih pon. Kulit muka berminyak, jerawat banyak (mekap je tebal), dan kulit gelap. Tapi semuanya dah kaya raya jual produk kecantikan iklan gunakan model yang dah memang cantik! Aku terfikir, berkat ke perniagaan sebegitu?
Nampak tak senangnya rakyat Malaysia terutama wanita ni ditipu sewanangnya. Share testimoni dua tiga post, berduyun yang nak beli.
Oh lagi satu, produk mereka semua ambil dari kilang ye. Maknanya memang produk timbang kilo pun. Sebab tu jenama lain-lain kita beli tapi barangnya hampir nak sama.
Kadang aku kesian dekat yang membeli, habis beratus RM. Letak bahan kimia macam-macam kat kulit muka. Yang kayanya, founder produk. Kalau muka kita rosak, ada ke mereka peduli?
Aku bukan nak buruk dan jatuhkan perniagaan mereka. Aku hanya nak kita sebagai pengguna, jadi celik dan bijak memilih. Jangan sebab dua tiga testimoni, kita senang ditipu. Fikir-fikirkan dan selamat beramal..
– Wirda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment