Assalamualaikum, aku kenalkan diri aku sebagai MISS S (bukan nama sebenar), aku tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa tapi untuk memberi pencerahan dan menyatakan kebenaran ke atas aib yg dilemparkan keatas aku sekeluarga. Cerita ini aku simpan kemas selama ini kerana berhasrat untuk menjaga aib pihak disebelah sana tapi tidak sangka pihak sana tidak putus-putus mengaibkan aku sekeluarga.
Aku namakan pihak sana sebagai A. A adalah isteri abang aku yang dikahwini hampir 10 tahun. Ceritanya bermula 4 tahun (2014) lepas, apabila aku terjumpa FB kedua A dan kekasihnya yang pada ketika itu A masih sah sebagai isteri kepada abang aku. A telah block semua ahli keluarga aku dekat FB kedua itu. Macam mana aku jumpa FB dia? Sebab aku syak ada sesuatu yang tidak kena dgn A maka aku buat FB fake akaun untuk siasat A and yes memang betul sangkaan aku. Aku mula syak sebab hampir setiap minggu (sabtu dan ahad) A akan outstation tanpa bawa anak-anak. Dia cakap ada kursus lah, sambung belajar lah, bawa budak sukan dan macam-macam lagi alasan. Aku kumpul semua bukti (Printscreen semua post FB A dan kekasihnya) selama 2 tahun tanpa pengetahuan sesiapa hatta abang aku sendiri. Perit weh tgk gambar mesra-mesra dan komen-komen yang boleh buat muntah hijau mereka tapi tak boleh nk luah dekat sesiapa.
Lepas dah tahu aku memang menyampah teros nak tengok muka A. Pernah sekali A tipu mak aku, dia cakap dia ada kursus dekat Maktab Perguruan dekat Lipis siap send surat dalam whatsapp family kami. Tapi yang kelakarnya surat tu kononnya dari kemeterian (tak ingat dari PPD atau JPNP) tapi takde no rujukan file, lepas tu tarikh kursus tu yang bulan lepas. Berdekah aku ketawa. Lepas itu kakak aku siap tanya kenapa bulan lepas kursus ni, bukan minggu ni. Dia nak cover dia ckp kononnya kerani sekolah dia peram surat tu lama-lama dan 30 minit lepas tu dia send gambar surat baru, kononnya PPD/JPNP baru fax surat yang baru dan surat tu masih tak ada no rujukan file, jadah apa surat kerajaan takde no rujukan file. Berdekah lagi aku ketawa.
Then pada sabtu pagi, kononnya dia akan bertolak ke lipis untuk kursus, dia send gambar selfie dia depan Maktab Perguruaan tu dekat mak aku kononnya dah sampai lipis. Tapi bila aku buka FB fake dia, dia upload gambar dia dekat situ dgn kekasih dia tu dengan caption “Singgah sekejap sebelum teruskan perjalanan”. Dia bercuti dengan kekasih dia ke Perak sebenarnya. Sumpah aku marah giler masa ni. Pernah juga dia tipu kononnya rombongan sekolah ke Kelantan tapi sebenarnya dia pegi Siam dgn kekasih dia. Oh btw dekat FB kedua tu dia cakap dia dah bercerai dengan abang aku dan kekasih dia tu SUAMI dia. Siap upload gambar cium-cium pipi lagi. Banyak lah penipuan dia, kalau nak cerita boleh buat novel. Korang mesti tertanya-tanya kan, tak kan abang aku tak syak isteri dia ada laki lain, aku pun tak tahu samada abang aku memang tak tahu atau dah ‘dibodoh-bodohkan’.
Sampailah pada September 2016 , A tu dan tunjukan perangai sebenar sebab A bercadang untuk bercerai dengan aku dan berpindah ke daerah lain pada tahun 2017. Pada December 2016 aku bongkarkan semua rahsia A dekat mak dan kakak aku tapi abang aku masih tak tahu sebab aku tak tahu macam mana nak bagitahu abang aku. Anak mereka berumur 7 (Abang) dan 4 (Adik) tahun pada ketika itu. A pindah dari rumah mereka ke daerah lain bawa lari adik yang memang dari lahir rapat dengan mak aku. Makan, mandi dan tidur pun banyak tidur dengan mak aku sebab A tu terlalu ‘sibuk’ pusing Malaysia dengan buah hati dia. Oh lupa nak bagitahu, buah hati dia tu SUAMI orang ada bape orang ntah anak tapi aku kenal 2 orang anak jantan tu , macam mana aku tahu? aku siasat habis-habisan pasal laki tu, sampai alamat rumah, kerja semua aku tahu. Masa dia bawa lari adik tu, hampir sebulan A tak benarkan adik jumpa kami sekeluarga. Kesian adik, terdera emosi dia ketika itu. Kenapa abang tidak ikut? Sebab abang sempat lari masa A tarik untuk masuk kereta. Kejadian ini jadi masa tu A datang rumah aku dan berlaku pergaduhan antara A dan abang aku yang kebetulan aku dgn kakak aku takde masa tu, pergi KL. Buat pengetahuan A memang suka serang menyerang orang (cikgu sekolah lama A cerita).
Bermula persekolah 2017, Abang aku dah pun daftar anak saudara aku untuk masuk Sekolah Rendah Islam di tempat aku tinggal tapi malangnya A telah pun bawa lari kedua-dua anak mereka tanpa pengetahuan abang aku, dia telah tukarkan kedua-dua anak mereka ke sekolah di daerah lain. Bermula lah episod air mata kami sekeluarga sepanjang setahun itu. Diaorg dibenarkan pulang pada cuti hujung minggu ke rumah abang aku. Setiap jumaat tgh hari kami akan ambil abang dan adik disekolah dan akan hantar semula pada isnin pagi. Setiap Isnin aku dengan mak aku yang akan hantar diaorg sebab hanya aku yang tak bekerja pada masa tu (baru habis degree). Adik akan menangis sebab tak nak balik, peluk aku kemas-kemas masa cikgu dia nak amik bawa masuk dalam sekolah. Ya Alah luluh hati aku nak lepaskan diaorg tp apakan daya. Setiap isnin mesti aku pun turut sama menangis lepas hantar diaorang. Sampai cikgu sekolah adik whatsapp mak aku, tnya masalah sebenar adik sebab adik kemurungan dekat sekolah, tidak mahu bercakap, tidak mahu berkawan dan adik akan ceria pada hari jumaat, sampaikan sepanjang masa terintai-intai di tingkap sekolah menanti untuk pulang ke rumah kami. Berderai air mata aku sekeluarga baca whatsapp cikgu adik. Rumah kami atas tanah pusaka arwah abah, jadi rumah abang aku dekat dgn rumah aku, dalam kawasan tanah yang sama sebab tu anak-anak diaorg rapat dengan kami.
Disebabkan itu, abang aku bertekad untuk tuntut hak penjagaan kedua-dua anak mereka. Lagipun tiap minggu balik, anak abang aku yang sulung akan tnya “bila ayah nak amik abang duduk dgn ayah, abang nak duduk dgn ayah” dan yang adik akan cakap dekat aku, dia tak nak balik. Tapi kami akan pujuk setiap kali diaorg cakap macam tu dan kami tak pernah ajar diaorg MEMBENCI A. Aku serta kakak teman abang aku untuk jumpa peguam yang akan mewakili abang aku dekat mahkamah nanti.. Abang aku tahu kecurangan isteri dia masa berjumpa peguam tu. Mengucap panjang abang aku sebab tak sangka sejauh itu isterinya sanggup buat. A whatsapp dan call mak aku marah-marah lepas tahu kami amik peguam, kononnya dia nk cerai je dekat mahkamah tak payah guna khidmat peguam semua. Dia marah lepas dapat surat dari peguam abang aku.
Anak abang aku yang sulung tu pernah bagitahu yang kekasih A tu duduk sekali dengan diaorg dan tido sebilik dengan A. Jadi aku pun beria nk jadi penyiasat, pinjam kereta kenalan aku then follow kereta A sampai dekat rumah dia pahtu tunggu depan rumah dia sampai malam sebab nk tengok laki tu datang ke tak, kiranya kalau laki tu datang aku nak call pejabat agama tapi laki tu tak datang. Rupanya laki tu bekerja dia daerah lain, akan datang bila hujung minggu atau bila outstation ke daerah A.
Proses mahkamah bermula dari awal tahun (tak ingat bulan berapa) sehingga September 2017 kes selesai. Sepanjang kes mahkamah bermacam-macam whatsapp yang A hantar dekat mak aku sampaikan call cakap kurang ajar dengan mak aku. Tapi mak aku masih layan A dgn baik, sampai satu tahap aku sendiri pun geram dengan mak aku. Tapi mak aku cakap, ‘biarlah dia nak marah-marah ma, ma tetap layan dia baik sebab ma tak nak dia buat bukan-bukan dekat cucu-cucu ma’. A memang suka bertindak ikut suka hati dia. Pernah dia pukul anak saudara aku yang sulung sampai teruk tangan tu kesan berbirat (aku masih simpan gambar kesan luka tu) dan kebetulan masa dia pukul tu kakak aku ada, kakak aku tarik anak saudara aku dan ugut nk report polis baru dia diam. Pernah juga dia halau anak saudara aku yang sulung (masa tu umur 7 tahun) dari rumah sebab degil, nasib rumah kami dekat. Anak saudara aku tu datang duduk rumah aku. Bila tnya dia, dia cakap dia tak nak tenguk muka budak tu, aku simpan lagi printscreen whatsapp ni. Weh budak tu baru 7 tahun, atas apa kesalahan sekalipun dia tak berhak halau anak dia. Masa anak-anak duduk dgn dia dalam proses kes mahkamah tu, pernah juga dia halau anak sulung dia duduk luar rumah, tanpa sehelai pakaian pun. Terbaru dia cubit perot anak saudara aku sampai lebam teruk dan kami report polis untuk kes ni untuk jadikan bukti jika berlaku apa-apa nanti. Tak kurang jugak dia hantar saitonnn yang direjam dekat anak-anak dia supaya kami benci dekat budak-budak tak bersalah tu.
Pada September 2017 mahkamah putuskan hak penjagaan kedua-dua anak itu jatuh dekat abang aku dan abang aku tidak akan bayar nafkah dekat A dan A setuju. A setuju pada ketika itu sebab peguam abang aku cakap kalau dia tak setuju, peguam abang aku akan bongkarkan kisah kekasih dia. Sepanjang hampir setahun kes dia tu, peguam abang aku tak pernah buka pasal kes A ada kekasih sebab masih nak jaga aib dia dalam mahkamah. Aku selalo follow pegi mahkamah sebab time tu aku penggangur berjaya (hahaha). Abang aku lafaz cerai September 2017 dan Disember 2017 anak dalam perut A meninggal (aku tahu dari informer aku, ada orang yang bagitahu and yes benda tu betul) yang ketika itu kandungan dia dh 6 atau 7 bulan. Bukan anak abang aku tapi anak dia dengan kekasih dia. Lepas tu A amik anak angkat, baby baru lahir. Sepanjang 4 tahun A dan ‘kekasih’ dia bercinta dan banyak kali dia gugur (sumber FB A).
Jan 2018 anak-anak (abang 9 tahun dan adik 6 tahun), abang aku daftarkan bersekolah di Sekolah Rendah Islam yang berhampiran dengan rumah kami. Result anak abang aku yang sulung dari sekolah lama sangat teruk (sepanjang setahun 2017 duduk dgn A dh 3 sekolah dia tukarkan anak-anak dia,sebab A ditukarkan atas masalah disiplin sebab kalau dia cuti, anak-anak pun tak pegi sekolah, dia buat sekolah tu macam dia punya) dan adik masuk ke sekolah baru tu tanpa kenal ABC dan nombor. Adik dah 6 tahun ye tahun ni tapi ABC tak kenal, menulis pun tak tahu. Sedih, sedih sangat masa ni.
Sepanjang semua ini berlaku, bermacam-macam cerita yang A spin dekat FB dia tentang keluarga aku. Kalau tanya cikgu-cikgu sekolah lama dia, semua tahu ‘perangai’ dia.. Setiap post dekat FB untuk raih simpati orang, kononnya anak-anak teraniaya duduk dgn ayahnya, anak-anak terabai. Hakikatnya anak-anak duduk dgn dia yang terabai (ABC tak kenal), boleh dikatakan Maggie tu dah umpama nasi, kerap sangat bagi anak-anak makan Maggie sampaikan sahur pun bagi makan Maggie. Setiap Jumaat amik anak-anak, kuku panjang badan berdaki, rambut kusut masai.. Buku sekolah tak payah cakap lah, dengan tak berbalut, pencil pemadam takde. Belum tahap berbagai jenis benjol dan lembam serta kesan gigitan tak tahu sape gigit. Tapi masih salah di pihak abang aku sedangkan abang aku hantar anak dia sekolah yang terbaik untuk bagi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dia. Anak sulung setiap malam selasa dan khamis hantar tuisyen (atas kerelaan), petang rabu class swimming juga atas kerelaan kedua-dua anak dia sebab suka sangat berenang, then yang abang khamis petang class Karate dekat sekolah, dia sendiri yang request untuk masuk kelas karate. Dekat mana yang terabainya ? Makan, pakai semua cukup.
Aku bukan nk taksub benda-benda ghaib tapi baru-baru ni A sendiri yang buat sesuatu dekat anak sulung mereka supaya malas belajar. Minggu lepas result peperiksaan pertengahan tahun keluar dan result anak saudara aku yang sulung tu teruk sangat berbanding result ujian awal tahun. Sanggup seorang ibu buat macam tu dekat anak sendiri. Yes A sangat taksub dengan bomoh, macam-macam dia bomohkan tapi Allah maha KUASA (panjang kalau nak cerita kisah ni). Lepas tu dia post result anak abang aku yang sulung tu dekat FB dia, kononnya anak-anak terabai duduk dengan ayah sebab tu dapat result teruk (masa duduk dengan dia result pun teruk). Tapi dia tak post result adik yang banyak peningkatan. Cikgu adik pun cakap adik banyak peningkatan dari 3 bulan pertama dia masuk sekolah tu. Banyak cakap, dah kenal huruf, pandai mengira (adik suka buat soalan matematik), dan dah boleh mengeja. Ye aku yang berusaha tiap malam ajar adik membaca sebab tak nak anak saudara aku tu tercicir tapi A masih salahkan kami sekeluarga. Dia yang sebenarnya jadikan anak dia macam tu, dera emosi anak-anak, suka paksa anak-anak. Setiap hari call cakap yang bukan-bukan dekat anak-anak.. Tak boleh ke dia jadi ibu yang sebenar, doakan anak-anak untuk berjaya bukan buat macam-macam untuk puaskan hati dia. Anak saudara aku cakap, ibu selalo paksa suruh cakap nak duduk dengan ibu walhal anak yang sulung tu selalo bergaduh dgn ‘kekasih’ A tu. Anak saudara aku yang sulung tu nampak yang emosi dia sedikit terganggu atas semua tu, dia kerap memberontak, melawan. Kami sekeluarga bercadang untuk bawa dia jumpa doktor nanti.
Sampai detik ini, aku masih tak tahu apa kesudahkan kisah ni. Terlalu banyak derita yang kami sekeluarga simpan, apa yang aku cerita ni baru 50% dari semua cerita. Tapi sampai sekarang aku musykil, keluarga A tu dh dibodohkan oleh A atau pejam mata je dengan semua kesalahan A? Dan sampai sekarang aku masih simpan semua bukti (Print screen post FB, prinscreen whatsapp, video) dan korang yang baca ni, tolong doakan aku serta keluarga sentiasa sihat dan terhindar dari terkena perkara-perkara yang dilaknat Allah dan tolong doakan anak-anak saudara aku tidak lagi didera emosi oleh sesiapa pun dan doakan mereka berjaya dunia dan akhirat.
MISS S
– MISS S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment