Monday, 23 July 2018

Kasihku Untukmu

PengakuanKu

Pertama sekali terima kasih menyiarkan coretan liku liku kehidupan aku. Aku di besar bersama family angkat aku. Pakcik yang aku panggil ayah adalah sepupu mama kandung aku. Umur aku 12 tahun baru aku ditemukan dengan family kandung aku. Aku terpisah sejak kecil dengan family kandung di sebabkan abah aku lelaki yang tak bertanggungjawab dari segi nafkah zahir batin. Mama kandung aku waktu mengandungkan aku mengalami tekanan mental akibat perbuatan abah aku yang memukul mama aku (tapi mama jenis tak kacau orang) . Masa mama mengandungkan aku abah aku letak mama aku kat Perak which is kampung pakcik (ayah angkat) aku so kira nenek angkat aku jaga mama aku. Waktu aku dilahirkan aku terus di serahkan dgn family angkat sebab takde siapa boleh jaga aku sbb orang susah so family angkat aku ambil aku iaitu ayah dan ibu aku.

Waktu family angkat aku ambil aku waktu itu ibu angkat aku meroyan disebabkan anak dia meninggal dunia so aku ni jadi peganti arwah anak dia. Kiranya arwah anak dia lahir bulan 5 aku lahir bulan 6 so aku menjadi anak susuan ibu angkat aku. Tapi hidup aku tak pernah indah bukan tak reti bersyukur cuma family angkat aku mempunyai sorang anak tunggal iaitu abang aku. Aku tak ada dan tak pernah rasa cemburu sebab aku tahu aku siapa. Dimana aku datang. Waktu aku kecil and last aku kena tali pinggang waktu umur aku 20 tahun. Ayah ibu selalu cakap diaorang tak ada pilih kasih tapi hakikatnya memang ayah dan ibu aku seorang yang obses kepada abang aku. Dalam segala hal apa jua keadaan ayah dan ibu selalu menangkan abang. Sebab abang seorang anak tunggal lelaki pulak tu. Aku ingat lagi time aku nak pergi sekolah sama mcm abang ibu cuma buat air untuk abang tapi ibu tak buatkan untuk aku. Alasan dia sebab aku perempuan. Layanan diaorang tak sama.

Aku sengsara tapi aku tetap bersyukur kerana aku disekolah di universiti tapi time aku study dulu aku memang struggle. Aku buat kerja part time. Penat memang penat cuti semester semua orang seronok balik kampung tapi aku tak. Aku lebih selesa duduk berjauhan dan aku cari duit poket sendiri sebab aku ambil masscom field. Masscom memang byk pakai duit sebab selalu buat event sana sini. Jika aku minta duit family angkat aku suka mengungkit. Ayah ibu abang selalu cakap aku selalu menyusahkan diaorang. Untuk itu aku seorang jenis suka kat bilik bila balik rumah family angkat aku and buat hal aku lepastu diaorang ckp aku ni orang gua jenis taknak bercampur. Dalam segala hal aku asyik kena marah. Buat itu salah buat ini salah. Dari aku kecil aku tak pernah rasa kasih sayang.

Sekarang ni, aku bekerja dengan syarikat terkemuka tetapi aku contract. (Alhamdulillah masih ada kerja) Allah itu sebaik baik perancang. Aku ditemukan dengan manager aku. Aku bagi nama dia Ines. Ines ni berumur 45 orang borneo. Berstatus berkahwin dan mempunyai zuriat. Family Ines di Borneo. Life Ines dulu memang social tempat kerja aku memang tempat yang highly social. History dia minum arak berjudi jadi fucker boy dan sebagainya. Tapi aku tak judge dia dari luaran. Sebab aku percaya semua orang boleh berubah.Aku tengok dia memang jenis tak terurus. Tapi aku tertarik nak kenal dengan dia sebab dia seorang yang jujur dan ikhlas dia tak mcm orang lain. Dia ada masalah dengan family dia. Dia pernah cerita dekat aku dulu isteri dia pernah curang dgn kwn yang dia kenal.

Lepastu Ines ni jadi fucker boy. Fun fun start minum arak and berjudi. Family Ines ni memang social. Anak anak dia jenis fashionista. Tapi sekarang Ines ni tengah broke sebab dia bayar hutang ahlong yang dia pinjam waktu dia berjudi dulu. Aku byk tolong dia belanja dia makan semua dia pinjam duit aku aku bagi. Walau aku tak kaya. Gaji aku tak besar. Time Ines ni tengah broke aku tengok lifestyle dia and aku not simply judge tapi memang highly standart punya orang. Ines cerita dekat aku. Family dia suka dia time dia berduit je. Aku kesian tengok dia. Struggle life. Dia work hard untuk settle kan everything. Aku pernah tanya takde orang tolong ke. Ines kata dia tak pernah minta nafkah yg dia bagi kat isteri dia.

Aku dan Ines rapat. Kami memang becinta dan terlanjur. Aku dengan Ines dan tak pernah ada sesiapa orang yang boleh bahagiakan aku mcm Ines buat. Aku dapat kasih sayang yang tak pernah aku dapat sebelum ni. Ines ada bagitahu aku. Selepas dia settle everything dah stable dia nak kahwin dengan aku. He hoping for the happy ending with me. Tapi bila Ines balik kampung dia. Aku sunyi sangat Allah sahaja rasa. Sekarang Ines lain. Cara dia mungkin dia fadeup sebab aku banyak tanya dan environment kerja yang tak seronok orang sibuk jaga tepi kain orang. Aku memang sayang sangat pada Ines. Tak semudah itu untuk aku buka pintu hati aku after aku break dgn first love aku and Ines the one guy yang pernah sentuh aku. We make love. Mungkin lead us disebabkan kitaorang punya past and family background. Relationship aku dgn Ines makin suram.

Aku meminta petunjuk pada Allah. Aku rasa kosong sekarang ni. Aku terjatuh terduduk dan terdiam. Aku sujud kepada Allah. Aku menangis meraung setiap hari fikir benda ni. Aku takda mood untuk pergi kerja. Memang out of focus sebab aku bertahan dkt tempat kerja sebab Ines. Dia yang beri aku semangat selama ni. Orang tempat kerja aku kuat sangat membawang. Lagi satu aku pernah kena sexual harrasment by call kat tempat kerja. Kerja aku memang stress dan risiko. Kalau orang tak tahan boleh depression.

Cuma sekarang aku fikir nak cari kerja lain yang boleh improve diri aku dan aku nak busy kan diri. Aku tak pernah menyesal kenal Ines. Aku bahagia. Aku bersyukur dengan Allah sebab berikan aku rasa bahagia ni.Semoga aku dan Ines diberikan kebahagiaan kesenangan. Ines, I doakan you i’ll be here for you. Korang, doakan aku hidup aku tenang bahagia dan semoga aku dan Ines dapat pengampunan dari Allah.

Ikhlas mencintaimu,
NAAM

– Kasih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.