Assalammualaikum.
Salam Sejahtera.
Macam mana tajuk begitulah isi. Malas nak bunga-bunga pendahuluan sangat.
Isu PTPTN hangat dari sebelum PRU 14 sehinggalah wujudnya Malaysia Baharu Pasca PRU 14 : pelbagai janji yang dijanjikan.
Kita sedia maklum antara janji Pakatan Harapan berkaitan PTPTN adalah ntuk memansuhkan senarai hitam imigresen atas dasar kebebasan bergerak kesana-sini adalah hak milik rakyat yang merdeka.
Ingat…yang mansuh hanyalah senarai hitam Imigresen sahaja bukan CCRIS. Haaa sudah apa pula CCRIS ni?? Sila Google sendiri. Saya cuma nak kata kalau CCRIS tak cun nak buat pinjaman kewangan dimana-mana institusi kewangan adalah SUKAR. Nanti susahlah nak beli kereta, rumah, loan peribadi, loan pergi melancong…ehh! Contoh lah.
Tamat sahaja belajar akan ada tempoh bertenang. Tempoh ini bukan bermakna suruh korang bersenang-lenang tapi tempoh untuk mencari pekerjaan sebenarnya. Aku malas nak sentuh isu sukar cari pekerjaan nanti panjang, itu biarlah orang lain sentuh. Okey berbalik pada CCRIS, nama korang akan mula disenaraikan CCRIS selepas 13 bulan tamat belajar tak silap, kalau silap sudilah betulkan diruangan komen.
Aku pernah pinjam PTPTN dan telah melalui situasi diatas….CCRIS, loan tak lulus, senarai hitam nak keluar negara bagai yada yada yada.
Bila dah lalui jadi aku nak share cara aku selesaikan masalah yang timbul gara-gara silap aku juga….TAK BAYAR!! Apa sebab tak bayar tak perlulah share sebab kita semua punya halangan dan alasan tersendiri.
Dulu aku tak cakna langsung pasal CCRIS, tahu pun bila buat loan tak lulus. Pegawai bank kata “Cik…CCRIS tak cantik sangat-sangat, cik usahakan selesaikan PTPTN dulu nanti datang jumpa saya semula….” ada cara ke? “Ada cik, saya cadangkan guna KWSP cara pantas kalau kata cik tiada simpanan lain….”
Terima kasih abang Bank Rakyat bila customer tak jadi dia bertanya dia bagi cadangan bernas.
Ok korang KWSP akaun 2 kalau ada boleh guna. Apa?? sayang??! tak payah nak sayang sangatlah, nak settle PTPTN kena korbanlah sikit….itupun kudrat korang bekerja juga. Jangan bimbang sangat, nanti KWSP tu bertambah lagi sampai cukup umur 50/55 tahun.
Tak lengah aku terus print penyata KWSP dan menuju ke kaunter PTPTN berhampiran. Ok aku nasihat awal-awal berurusan dengan pegawai-pegawai PTPTN korang kena ambil tahu banyak tentang apa yang dia tawarkan, bukan semua pegawai ringan mulut terangkan semua A sampai Z. Aku terkena dekat sini.
Pegawai berkenaan aku namakan M. Pegawai M uruskan dokumen yang perlu untuk aku majukan ke KWSP. Selesai urusan KWSP yang tak sampai 14 hari bekerja pun selesai (urusan dengan KWSP senang dan mudah….terima kasih KWSP!!) Aku kena pergi jumpa Pegawai M semula untuk Penjadualan & Penstrukturan Semula Pinjaman. Ya…masih ada baki pinjaman okey, KWSP akaun 2 hanya selesaikan tunggakan aku je. HAHA.
Aku terkena dekat part sinilah dengan Pegawai M. Dia berunding dengan aku tentang baki yang ada untuk buat Jadual Bayaran Balik (JBB). Nama je berunding, tapi sebab lurus macam pembaris aku follow je dia tanpa kona sana kona sini. Baki yang ada setelah di JBB berdasarkan anggaran penentuan 5%-8% daripada jumlah pendapatan kasar aku kena bayar sekian amaun RM1×× untuk tempoh 10 tahun.
Tengok jumlah RM1xx macam terkedu. Aku pun gaji besar mana, tanggungan lagi yada yada yada macam biasalah halangan dan alasan tersendiri. Tapi aku tiba-tiba ada rasa sedar diri hutang wajib bayar, lagipun dah sampai peringkat sini aku nak cantikkan CCRIS kan so aku tak nak la mengalah….aku cuba bayar. Setelah berfikir pendek untuk komitmen dan konsistensi aku guna cara pemotongan terus melalui penyata gaji. Mudah untuk aku dan juga tujuan perekodan sendiri juga. Selesai part berurusan dengan Pegawai M.
Pertama kali potong gaji aku punya seronok macam hape…haha. yelah dipermudahkan bayar hutang katakan. Tapi yang tak syok aku rasa terkena dengan Pegawai M berkenaan adalah dia takde cadangkan pun yang tempoh bayaran balik 10 tahun itu boleh dipanjangkan sehingga mencapai umur 60 tahun. Masa aku buat umur aku beberapa bulan lagi genap 30 tahun kot..bermakna kalau dipanjangkan boleh jadi 30 tahun dan bayaran bulanan akan rendah dan sangat mampu untuk dibayar tanpa aku perlu terkedu dengan RM1xx tu.
Aku tak puas hati, call Pegawai M berkenaan, semak nombor perjanjian pinjaman dalam rekod memang dia mengaku dia uruskan aku tempohari. Aku tanya adakah aku layak kalau mohon JBB tu sehingga umur 60 tahun, dia cakap layak. Aku tanya lagi dah kenapa tak cadangkan yang itu? Dia jawab “maafkan saya, ingatkan cik setuju yang 10 tahun sebab cik tak tanya pun yang sampai had umur 60 tahun tu…..” aku rasa terkena dekat sinilah. Silap aku juga masa tu kalut nak selesaikan segera tanpa buat kajian. Jadi aku share pengalaman untuk korang ambil iktibar sebab pegawai ni manusia biasa. Ada yang peramah suka terangkan semua perkara, ada yang ambil mudah senangkan kerja sahaja dah cukup bagi dia.
Ok. Benda pun dah lepas. 2 tahun dah berlalu, aku teruskan sahaja. Masih berbaki 8 tahun untuk selesai PTPTN. Suka untuk aku ingatkan, ini adalah cara aku yang memang tiada simpanan dan semuanya atas bahu sendiri, tiada bahu lain untuk berpaut. Kalau kalian ada cara lain untuk bantu rakan-rakan peminjam yang lain boleh share. Akhir kata aku doakan semoga dipermudahkan urusan kepada rakan-rakan peminjam PTPTN lain untuk membayar kerana apa jua halangan dan alasan kalian kena beringat bahawa sesungguhnya HUTANG WAJIB DIBAYAR.
– Acik Awak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment