Alhamdulillah
Sambungan Kerana magic Al-Malik..
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua nikmat. Terima kasih pihak iium dan pembaca semoga Allah kurniakan kebaikan buat kalian semua. Tahu tak apa itu Asy Syakur? Asy-Syakur adalah salah satu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Mensyukuri. Lebih mudah, Allah pun bersyukur kepada kita dengan sedikit amal yang kita buat dengan berikan balasan berlipat ganda dunia akhirat.
In shaaAllah aku akan teruskan tentang ‘magic’ yang berlaku dalam hidup aku hanya kerana sedikit kebaikan yang aku buat.
Waktu ni jam hampir pukul 12 malam dan aku duduk berseorangan di bilik,roomate aku tidur bilik kawan. Aku kene berjaga untuk siapkan assignment. Aku tak tahu kenapa waktu ni aku teringin sangat nak makan ayam kfc tapi dah lewat malam. Aku mengadu kat Allah “Ya Allah laparnya rasa nak makan kfc” sambil senyum sendiri sebab malu. Hehehe. Tak lama lepas tu bilik aku diketuk. Bila aku buka rupanya jiran aku. Dia cakap ada belikan ayam madu, tapi banyak dan tak habis makan. Jadi dia bagi aku. Aku terima dengan hati penuh syukur walaupun tak dapat kfc, ayam madu pun best jugak. Alhamdulillah.
Kerana ‘magic’ Asy-Syakur…
Magic ni berlaku masa aku dalam latihan praktikal. Aku menyewa diluar berdekatan tempat praktikal dan aku cuma berjalan kaki. Petang tu, aku rasa letih sangat dan rasa tak larat sangat nak jalan kaki tapi aku kene jalan jugak. Masa tengah jalan ni aku beristighfar sebab aku nak jaga hati aku. Tak sampai 5 minit tiba tiba ada kereta berhenti depan aku. Rupanya housemate aku. Dia cakap dia ternampak aku dan nak tumpangkan aku sekali. Betapa Allah tahu aku sedang dalam keletihan dan dia menghadirkan seseorang untuk membantu. Sebelumnya aku cuma mengadu “Ya Allah hambaMu letih sangat ni sambil beristigfar dan jalan”. Allah Dia tahu isi hati dan datangkan pertolongan dengan kebaikan istighfar.
Seterusnya, Aku ingat lagi benda ni berlaku dekat aku dan housemate aku. Masa tu hujung minggu, dalam pukul 11 tengah hari tu aku ternampak housemate aku solat dhuha. Aku pun dengan malasnya cakap dalam hati sekejap lagi la aku solat. Masa ni iman tengah turun. Then dalam pukul 12, tiba tiba tak tahu kenapa aku teringin nak makan laksa. Aku pun text housemate aku yang solat dhuha tadi untuk ajak pergi makan laksa. Then dia cakap dia baru sahaja terpikir pasal laksa dan teringin sangat nak makan tapi housemate aku tak pandai bawak kenderaan untuk beli. Aku pun terkejut dan bermuhasabah mungkin Allah sedang memberi balasan kepada housemate aku kerana dhuha tadi. Aku apa lagi cepat-cepat pergi solat dhuha sebab aku tahu ini teguran dari Allah buat aku juga. Alhamdulillah.
Antara salah satu amalan yang aku nak kongsi dan aku selalu buat adalah doakan orang lain. Selepas solat, aku akan berdoa untuk semua orang yang aku kenal sesuatu yang aku perlukan. Contohnya aku nak Allah permudahkan urusan aku, aku akan doakan untuk semua orang. Tak hanya pada waktu solat tapi diluar juga. Contoh dalam perjalanan ternampak sesorang sedang baiki kenderaan, doakan orang itu dipermudahkan urusan. Contoh kalau aku pergi ke pasar malam, aku akan doakan penjual itu dimurahkan rezeki. Aku melatih diri aku untuk buat sesuatu bukan untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah aku tak rasa rugi buat semua ni kerana aku yakin aku ada Allah Yang Maha Mensyukuri. Walaupun kebaikan itu tampak kecil, tetapi ianya sangat besar di sisi Allah swt.
Dalam surah Asy-Syura ayat 23,
“Dan barangsiapa mengerjakan kebaikan, akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”
Marilah kita berusaha untuk tingkatkan lagi amal kebajikan dan perbanyakkan ibadah kerana Allah akan bersyukur pada kebaikan kita.Semoga bermanfaat. InshaaAllah kalau diizinkan aku akan sambung ‘magic’ di post akan datang pula.
Terima kasih sudi baca
– Hamba
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment