Sunday, 31 December 2017

Siapakah Yang Menampar Johan

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Aizat. Saya pernah menghantar konfesyen di ruangan ini menggunakan nama ‘Aizat Abang Hensem’ yang disiarkan pada 21/10/17 lalu.

Terimakasih kepada admin yang telah menyiarkan kisah saya itu. Terharu sungguh rasanya saya membaca segala komen yang diberikan oleh pembaca, semoga ramai yang memperolehi manafaat daripadanya.

Untuk pengetahuan, isteri saya Anna telahpun selamat melahirkan puteri sulung kami lebih kurang tiga minggu yang lalu. Kepada puan yang menawarkan untuk menjadi besan kami, kami amat berbesar hati dengan hajat puan itu. Anna ada menyimpan profil puan. Tunggu selepas 20 tahun nanti insyaallah kita lihat ada atau tidak antara anak-anak kita yang sesuai dijodohkan. Sementara itu semoga kita semua mendidik amanah Allah dengan ilmu dunia dan akhirat yang seimbang.

Kepada saudara-saudaraku yang masih bujang, yang secara dasarnya sudah sesuai menjadi seorang suami (sesuai bagi saya ialah yang berumur 25++, sudah berkerjaya dan berkeinginan), saya nasihatkan usahlah bertangguh-tangguh untuk mendirikan rumahtangga. Alasan kewangan belum stabil, belum mempunyai rumah dan sayangkan kehidupan bujang jangan digunapakai sangat. Ini sekadar pendapat saya, samada boleh menerimanya atau tidak terpulang kepada diri masing-masing. Cuma saya suka sangat memberitahu, berdasarkan pengalaman sendiri – kehidupan berumahtangga membuatkan kita lebih matang dan bertanggungjawab. Ditambah pula dengan kehadiran cahayamata, Tuhan sahaja yang tahu betapa indahnya hari-hari yang dilalui.

Ada tak yang akan berkata; “eleh baru kahwin berapa tahun, anak baru seorang bolehlah cakap…. Belum jumpa dugaan berat lagi”? Lapangkanlah dada kita hatta mendengar nasihat daripada sesiapapun. Jangan lihat siapa yang bercakap tetapi dengarkan apa yang dicakapkan. Baru atau lama usia sesebuah perkahwinan bukanlah kayu pengukur untuk layak bercerita tentang bahagia atau derita kerana dugaan setiap manusia itu berbeza. Tidak juga kita perlu tua baru Allah mendatangkan ujian. Carilah panduan daripada mereka yang berpengalaman, praktikkan dan selebihnya berserah kepada Allah.

Jadi, abang-abang bujang, jomlah cari pasangan hidup.

Saya sebenarnya mahu menyampaikan cerita mengenai rakan sepejabat saya, Johan namanya. Dia terjumpa confession saya tempohari lalu mengungut (ugut-ugut manja sahaja) akan membocorkan rahsia penulis artikel itu kepada orang-orang di sekeliling kami. Sungguh tidak patut kan si Johan? Malah dia bersyarat pula, rahsia akan kekal rahsia jika saya sudi mewakili dirinya menulis d IIUM. Alasannya dia tidak pandai mengarang. Sayapun taklah sepandai mana, jenuh juga memikir cara menyusun ayat betul dan elok agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Ada yang berkata jarang berjumpa orang lelaki menulis panjang-panjang dan ada yang mendakwa dia menghabiskan masa satu jam membaca karangan saya tempohari. Saya harap tulisan saya kali ini (yang panjang berjela juga) tidak membebani pembaca untuk menghabiskannya. Maafkanlah saya justeru mencuri masa saudara saudari sekalian. Mungkin boleh dibaca langkau-langkau tetapi nanti tak faham jalan cerita pula tak begitu?

Saya bersetuju untuk memenuhi permintaan Johan bukanlah disebabkan takut dengan ugutannya (rahsia apa sangat yang hendak dibocorkan itu ya?), sebaliknya kerana saya rasa kisah beliau boleh dijadikan teladan.

Inilah kisah Johan. Jeng jeng jeng…
– Aizat Abang Hensem
(dah jadi penulis upahan)

*********
Hai, aku Johan. Rakan sepejabat Aizat sejak empat tahun lalu. Memang aku ugut dia walhal sebenarnya aku dan kawan-kawan kami tahu perihal dia mengurat Anna dan segala cerita alam nyata sepertimana yang ditulisnya. Cuma tak sangkalah kisah itu keluar dalam IIUM confessions.

Aku masih bujang, sedang dalam frasa mengenali seseorang yang aku berhajat untuk menikahinya secepat mungkin. Waktu ini aku masih menunggu jawapan sidia (Liya) samada menerima atau menolak hajat aku yang tulus ikhlas itu. Aku mengenali dia melalui kakak-kakak kami. Mulanya kakak aku tercebur urusan jual-beli online dengan kakak Liya tetapi disebabkan kakak aku kurang arif penggunaan internet banking maka ditumpangnya akaun aku. Dululah tak pandai, sekarang sudah sampai tahap mahir dia melakukannya sendiri.

Akupun memang menyelidik dengan siapa kakak aku berurusan semasa dia blur tentang internet banking tempohari. Akulah yang berwassap apabila ada transaksi dan lama-lama kenallah dengan kakak Liya. Sekali aku terpandang wajah Liya di halaman muka buku kakaknya. Terpana mataku, dup dap dup dap jantungku. Aku lelaki normal yang sudah lama berseorangan memang tertewas dengan keinginan untuk mendekatinya. Bagaimana cara aku ‘masuk jarum’ tidak perlulah aku ceritakan. Ia tak sama dengan cara encik Aizat sebab aku dan Liya tinggal di negeri berlainan yang lima enam jam juga jarak perjalanan satu sama lain. Dekat di hati sahajalah kiranya.

Bergetar sudah tulang rusukku haha. Liya meminta aku memberikan sedikit masa untuk kami saling mengenali dan mencari keserasian dahulu. Oklah tidak mengapa, aku menunggu dengan sabar walaupun setiap saat tidak pernah aku tidak mengingati dia. Angau!

Baru-baru ini seseorang yang menggunakan identiti tidak dikenali (fake account) telah menghantar satu mesej peribadi kepadaku. Tersirap darah aku tatkala membacanya, bukan kerana marah sebaliknya aku rasa bagaikan ditampar dengan satu tamparan yang sangat kuat dan memedihkan seluruh mukaku.

Siapakah yang ‘menampar’ Johan?
Johan a.k.a aku tidak tahu.

“Awak, awak mungkin orang yang baik dan merasa diri sempurna pada masa sekarang. Tetapi perasankah bahawa awak terlalu banyak mencari-cari kesalahan orang? Awak juga gemar menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada (riak dengan ibadah). Undurkan sedikit diri awak ke belakang dan periksalah jika aib masa silam awak sudah dibersihkan bersama taubat yang sebenar-benarnya?”

Begitulah pesanan yang aku terima yang menjadikan aku gelisah umpama cacing kepanasan. Aku membalasnya dan meminta insan misteri itu berterus terang mengenai maksud pesanannya, tetapi dia hanya menjawab; “aib awak banyak terpapar di Facebook, carilah sendiri sebelum mencalarkan nama baik sendiri dan mungkin memusnahkan masa hadapan oranglain”.

Huh! Berat tuduhan dia ni… Masa hadapan siapa pula boleh musnah dek aib aku? Aku perlu mencarinya di Facebook, tetapi apa dia… yang mana? Banyak sangat posting aku di Facebook ini hasil tulisan sendiri, salin tampal dan perkongsian daripada posting pihak lain. Puas aku skrol satu persatu sehinggalah aku sedar.

Zaman aku di universiti. Umur awal 20an, ketika akal tidak berapa matang. Melihat kawan-kawan mempunyai teman bercinta, hatipun teringin mengasihi dan dikasihi. Misi mengurat pelajar junior yang bermuka comel dan berperwatakan manjapun berjalan. Tersangkut seorang, namanya Intan. Bila diajak berkapel, dia bersetuju. Mudahnya memberi dan menerima cinta.

Hampir dua tahun aku dan Intan memegang title pasangan kekasih, sumber inspirasi katanya. Dalam masa yang sama apabila umur meningkat dewasa sikit, aku terikut-ikut juga geng yang rajin ke surau dan ke ceramah agama. Namun hati yang berbunga-bunga cinta sentiasa tergoda untuk berjumpa dengan Intan. Konon tak buat benda tak elok… dating di siang hari sahaja itupun cuma pergi makan-makan, tak pernah bersentuhan atau berpegang tanganpun, dudukpun jauh-jauh. Hahaha ingat tak berdosa ke macam tu?

Bab berjumpa mampulah aku kawal kerana ada juga kawan yang tegas melarang aktiviti ini. Terimakasih kawan kerana kau menyelamatkan aku daripada hanyut lebih jauh. Tapi text message setiap hari berkali-kali, telefonpun parah juga isi kredit. Habis macamana nak ucapkan sayang, rindu dan memujuk bila Intan merajuk? Oklah komunikasi dua hala, orang tak nampak sangat. Waktu ini belum ada applikasi wassap lagi. Yang teruknya bila Facebook yang sangat popular ketika itu dijadikan medium mencurahkan perasaan dan isihati.

Aku tulis apa-apa status, Intan akan jawab di ruangan komen dan begitulah sebaliknya. Kawan-kawan kamipun ikut sama sessi usik mengusik.
“Kau rindu dialah tu, uwekkk”
“Takde jelezpun, saya tahu awak sayang saya”
“Awak jaga diri masa saya takde kat kampus ni”

Itulah antara status/komen (sikit sangat tu, sekadar bagi contoh) yang lalu lalang di muka buku kami. Langsung tak timbul rasa malu menulis perkataan gedik begitu. Tengah bahagia bagaikan dunia milik kami sahaja. Intan yang perempuan dan muda lagi serta manja orangnya mungkin sesuai dengan gaya sebegitu, tapi aku yang lelaki yang telah separuh pengajian (kan aku senior) ni?

Melepasi setahun aku dan Intan berkapel, aku mulai sibuk dengan pengajian yang jadualnya bertambah padat. Jarang sangat kami dapat berjumpa dan kami mulai bergaduh. Biasalah orang perempuan… kalau kita berubah sedikit mulalah dia mengesyaki kita ada skandal lain. Akupun tak mampu sangat melaburkan wang untuk kerap-kerap belanja Intan makan atau membeli topup. Kursus yang aku ambil memerlukan perbelanjaan yang banyak. Mak dan ayahlah yang mencukupkan apabila duit pinjaman habis di akaun. Rasa berdosa pada mak dan ayah. Sekarang baru aku rasa, dulu masa mengambil kesempatan ke atas mereka tak fikirpun dosa pahala.

Perselisihan faham antara aku dengan Intan kian kerap berlaku. Selain berpunca daripada kesibukan, Intan mula pertikaikan mengapa aku semakin cenderung berkawan dengan pelajar-pelajar geng surau. Sebenarnya aku mulai memperlahankan rentak dalam percintaan. Aku sudah takut menghampiri maksiat, aku dah mula berkias-kias tentang kewajipan menutup aurat dengan lebih sempurna kepada Intan. Hinggalah suatu hari Intan menyuarakan yang kami tidak boleh bertahan untuk bersama lagi kerana perbezaan cara hidup. Katanya dia tidak akan mampu masuk dalam kelompok kawan-kawan dan kaum keluarga aku.

Nampak? Baru aku perasan, apa yang Intan cakap itu betul belaka. Kakak, abang dan adik aku pernah bertanya tentang Intan suatu masa dahulu tetapi mak ayah aku memang tak tahu. Tidak tergerak hati untuk nemperkenalkan Intan kepada mereka, begitu juga di sebelah Intan. Cuma menurut Intan, ibubapa dia maklum mengenai hubungan kami. Maklum gitu-gitu sahaja dan mereka tak kisahpun…

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk berpisah. Intan aku lupakan, dengan mudah dan tanpa kecewa yang terlalu dalam.

Aku terus aktif dengan rakan-rakan usrah dan program keagamaan sampailah sekarang. Lama juga aku menyendiri sehinggalah aku menemui Liya yang entah akan menjadi milikku ataupun tidak?

Aku tanya encik Aizat, apa pendapat beliau mengenai hal ini. Jawabnya, ada juga betulnya teguran si pengirim mesej misteri itu. Mungkin selama ini tiada yang menegur, maka aku rasa diriku sentiasa betul. Baru ada ilmu sedikit, aku angkuh hingga kadangkala mempersendakan oranglain, mempertikaikan pemimpin, kutuk itu kutuk ini. Semuanya menggunakan Facebook. Buruk rupanya perangai aku ini.

Kumpulan usrah itu tidak salah, orang di dalamnya (baca: sebahagian kecil sahaja) yang menjadi setitik nila tertumpah ke dalam sebelanga susu. Akupun termasuk golongan nila juga gamaknya, adoiii. Perasan baik jangan katalah, memang silap penerimaan terhadap pujian orang selalunya. Salah satu contoh; sekali tu aku menjadi imam ganti untuk solat Maghrib. Ramai yang memuji bacaan aku sangat merdu. Selepas Isyak masuk pula mesej dari orang yang aku tidak kenal, katanya “suara ustaz menusuk ke sanubari, bertuahnya jika ustaz menjadi imam saya”. Ya Allah perempuan manalah yang menyimpan angan-angan begitu? Muslimat-muslimat ini, maaf cakaplah (ikut pengalaman aku), asal nampak/kenal stok-stok lelaki soleh (soleh pada pandangan merekalah) mulalah tanpa segan silu menyampaikan hasrat hati samada melalui orang tengah bahkan ada yang lagi berani meluahkannya sendiri.

Encik Aizat ada baca ke status aku yang lama-lama dahulu? Tak ada katanya dan tak kuasa hendak menyelak buku aku yang tebal berjilid-jilid itu. Malu aku weyh kalau orang macam encik Aizat baca. Habis tu dengan Tuhan aku tak malu? Malu, malu sangat-sangat selepas disedarkan akibat kena tamparan daripada pengirim mesej misteri.

Hampir menangis aku bila menatap semula mesej/komen antara aku dengan Intan dahulu. Menangis bukan kerana sedih tetapi kerana kesal atas kelalaianku tidak memadam komunikasi kami sekian lama. Sungguh aku terlepas pandang akan hal tersebut.

Aku tidak membaca semua komunikasi yang ada (takut termuntah), tetapi aku berusaha memadam setiap bicara lagha yang melibatkan aku dan Intan. Dalam diam aku juga berharap Intan menyedari perkara yang sama dan mengambil tindakan serupa. Seram aku membayangkan jika suami Intan (Intan telah menikah pada bulan Ogos lalu) menjumpai butiran komunikasi kami dahulu.

Panjang analoginya. Sedangkan nasihat yang ingin aku sampaikan pendek (sedikit) sahaja. Nasihatku; duhai saudara-saudara kesayanganku,
1. yang pernah melalui zaman percintaan, kemudian putus di tengah jalan, tolonglah buang gambar kau bersama dia, padamkan semua mesej dengan sidia. Kau tak akan menjangka siapakah akan menjumpai dan melihat semua itu di media sosial, mungkin bakal suami/isterinya, kawan-kawan suami/isterinya, saudara mara atau makcik/pakcik bawang.
2. yang sedang berbahagia di alam percintaan, tak perlu menayang sangat kebahagiaan kalian sebab belum tentupun sidia jodoh kalian.
3. yang terjumpa ‘kesan percintaan yang tertinggal di media sosial’ kenalan, sudi-sudikanlah memberitahu kenalan yang berkenaan supaya membersihkan kesan tersebut.

Untuk kaum muslimah, kalaupun saudari minat kepada seseorang lelaki, jangan menampakkan sangat kepada umum yang saudari sedang cuba menarik perhatiannya. Apa maknanya kamu acah-acah tidak mempamirkan wajah di media sosial tetapi cara kamu menulis seperti meminta sang lelaki menjejaki kamu. Banyak pula kamu menyelitkan komen pada status Facebooknya.

Saat ini aku masih tertanya-tanya dan terfikir-fikir, siapakah agaknya yang menghantar tamparan berguna ini kepadaku? Adakah dia,
1. Intan
2. Suami Intan
3. Kawan aku atau kawan Intan
4. Liya
5. Adik beradik Liya atau adik beradik aku
6. Peminat rahsia aku
7. Aizat. Bukan dia, dia tak ada masa menjadi “stalker” kerana terlampau sibuk dengan keluarga terutama selepas memiliki anak

Baiklah, walau siapapun dia, aku amat bersyukur dan berterimakasih atas tegurannya itu. Kini aku hanya berserah kepada Tuhan atas kealpaanku, semoga dijauhi daripada fitnah. Semoga tidaklah perkara sebegini menjadi punca kemusnahan masa hadapan oranglain. Aku juga sedang menapis posting-posting lain dan akan lebih berwaspada pada masa akan datang.

Doakan aku menjadi lebih baik.

– Johan Belum Juara

– Johan Belum Juara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Buat Baik Atas Jalanraya

PengakuanKu

Aku duduk di pinggir KL dan kerja kat dalam KL. Orang kerja KL boleh faham la rutin pergi dan balik kerja. Kalau tak jem memang tak sah. Memang macam-macam ragam orang memandu dah yang aku dah jumpa. Dengan tak bagi signalnya bila nak masuk lorong. Pernah satu masa tu, jalan dua lorong yang sehala, aku belah kanan dan ada kereta belah kiri aku. Tiba-tiba je dia kona kanan sebab nak masuk simpang. Nasib baikla aku tak laju. Tolongla beb. Susah sangat ke nak tekan signal?

Lagi satu perangai orang yang aku jumpa, susah nak bagi laluan kat orang yang nak masuk ke jalan yang sama. Lagi orang tu mendekat, lagi kereta tu cucuk kereta depan, tak nak bagi ruang kereta lain masuk. Come on la, tolong la ada empati lebih sikit. Kita sama-sama stuck kat dalam jem. Apa salahnya beri ruang. Bila dia tak beri ruang, kereta tu dah tersekat kat situ, dan kereta lain tak boleh lalu. Orang yang duduk bandar mesti pernah kena macam ni dan faham apa aku nak sampaikan. Susah juga aku nak describe.

Dalam setahun aku kerja ni, aku bawa kereta ke tempat kerja. Aku tak bawa motor, sebab mak ayah aku dah memang tak kasi dan kerja aku memerlukan aku bawa barang yang banyak jadi kereta je pilihan terbaik. Aku memang dah sehabis baik ikut rules atas jalan raya. Sebab apa? Sebab aku memang menyampah orang yang tak ikut rules jalan raya terutama sekali yang tak bagi signal bila nak masuk simpang. Dah banyak kali aku kena mini heart attack dalam kereta sebab perangai-perangai macam ni.

Dan dalam setahun ni juga, aku belajar untuk lebih bertolak ansur atas jalan raya. Bila aku keluar kerja awal dan tak beberapa rushing ke tempat kerja, aku selalu beri ruang kat kereta yang nak masuk ke laluan aku. Tak kesah la dari simpang ke atau dari jalan yang sama. Dan aku perasan, bila aku buat macam tu, Allah permudahkan perjalanan aku. Maksudnya, bila time aku terlambat pergi kerja atau ada urgent, mesti jalan aku time tu jadi lancar. Lancar selancarnya. Orang mudah beri laluan, lori tak banyak atas jalan ( aku seriau dengan lori kat highway), senang parking kat mall, traffic light pun asyik hijau bila aku sampai.

Point yang aku nak highlight kat sini, kat atas jalanraya pun kita boleh buat baik kat orang. Cuba korang fikir, apa yang korang akan ucap dalam hati bila korang urgent sangat dalam kereta tu, nak sampai ke tempat yang dituju, ada orang beri laluan bila nak masuk simpang? dan mudahkan korang sampai ke tempat yang dituju? Mesti terdetik rasa bersyukur dan berterima kasih kat orang yang beri laluan kat korang tadi, kan? Macam aku, aku doakan sekali orang yang beri laluan tu supaya permudahkan apa jua urusan dia seperti mana dia permudahkan urusan aku hari ni. Macam tu jugak bila kita beri laluan kat orang lain. Mungkin orang tu rasa berterima kasih kat kita, dan doakan kita. Korang boleh cuba buat macam ni guys. Aku dah banyak kali experiment, Alhamdulillah. Rasa happy je hidup bila kita saling mendoakan.

Tapi janganla korang dok beri laluan sampai lane korang jem bagai nak rak. Haha. Pandai-pandaila. Sebelum mula memandu, biasakan baca doa menaiki kenderaan. Sebab jalanraya ni, boleh jadi medium kita menuju ke destinasi, ataupun ia sendiri destinasi yang terakhir untuk kita. Jadi, ingatlah orang yang tersayang.

– NAS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tak Dibenarkan Tidur Di Masjid

PengakuanKu

Tatkala aku menulis confession ini aku sedang menunggu subuh hari untuk pulang ke kolej menaiki bas transit.

Kisahnya aku daripada Kuala Lumpur bertolak ke stesen bas Kuala Kangsar (KK) pada jam 2.30pm. Hari pendaftaran adalah pada hari Selasa, namun sengaja aku pulang sehari lebih awal dengan harapan dapat mengemas apa yang patut di bilik hostel ku dan dapatlah aku berehat setelah itu.

Sesampainya aku di KK pada jam kira-kira 6.00pm. Lalu aku singgah ke kedai untuk membeli keperluan bagi memulakan semester baharu pada minggu hadapan. Kira-kira 6.30 aku mula mencari teksi untuk ke masjid berhampiran kerana dengan barang – barangku yang agak banyak agar sukar untuk berjalan kaki ke sana dan ingin mengejar waktu asar yang kian ke penghujungnya. Pakcik itu bertanya pada ku masjid mana yang ingin aku tuju kerana ada 2 masjid di situ. Aku pun tak tahu yang ada 2. Lalu dengan “konfiden” aku cakap masjid ubudiah kepada pakcik tersebut. Ok “Rm6”, kata pakcik itu.

Lalu semasa perjalanan aku mulai sedar yang jalan yang ke masjid aku “maksudnya” adalah tersilap. Aku dengan pantas memberitahunya yang masjid yang aku maksudkan adalah berhadapan dengan Dewan Jubli Perak. Masa yang diambil hanyalah kira-kira 2 minit untuk sampai ke sana. Sewaktu aku ingin mengira “Rm6” untuk diberikan kepada pakcik tadi, pakcik tu mencelah “Rm10” dik. Dah pusing-pusing. Aku dalam hati, “Allah. Tak logik kot.” Nak tak nak bayar je lah.

Sesampai aku ke dalam masjid aku mula tercari-cari pintu masuk muslimat dan aku bertanyakan kepada seorang pakcik. Memandangkan itu adalah kali kedua aku ke masjid itu, aku tidaklah berapa ingat sangat. Sebelum ini aku pergi dengan kakakku yang menghantar pulang ke kolej. Selepas Isyak, aku berniat untuk duduk di atas sofa di ruang rehat yang disediakan sehingga masuk waktu subuh, memandangkan tidak dibenarkan tidur di dalam masjid.

Kira-kira 10 minit aku duduk situ, ada seorang pakcik lalu dan menegurku “tunggu siapa dik”. Aku membalas “tunggu subuh”. Pakcik tersebut dengan sinis memberitahuku tidak dibenarkan duduk di sini. Kalau nak tidur ada bilik sewa disediakan. Aku pun hanya mengangguk diam. Pakcik tadi aku tak tahu ke mana.

Selang beberapa minit kemudian, datang lagi seorang pakcik, iaitu pakcik yang mula-mula aku jumpa tadi tanya pintu masuk. Dia bertanya dengan lebih berhemah berbanding pakcik tadi yang kurasakan agak sakit hati. Dia mula tanya aku mana, pergi mana, dah makan ke belum. Lalu mereka berdua bertembung. Pakcik yang agak ‘kerek’ tadi memberitahu pakcik tadi yang aku tak nak keluar dari situ. Aku pun mula geram tanyalah berapa sewa kat situ. Dia pun kata kena tengok bilik dulu lah. Ada yang aircond Rm50, biasa Rm40. Aku dalam hati “Perh, sumpah dah macam harga hotel”.

Dengan berat hatinya aku mengambil keputusan untuk menyewa semalam di situ. Pakcik kerek tadi bawa aku suatu bilik. Dia menyerahkan kepada ku kunci. Dia memberitahu bahawa tinggal 2 buah bilik sahaja yang kosong dan kedua-duanya beraircond. Lalu datang pak cik tadi bertanyakan bilik mana kepadaku. Sewaktu aku ingin membayar aku mengeluarkan sekeping not Rm100 yang sepatutnya aku gunakan wang itu untuk membayar yuran pada hari selasa ini. Pakcik baik tadi mengatakan kepada pakcik mereka tadi, resit dah penuh. Duit dah banyak sangat banyak malam ni. Dan dia menyuruhku untuk membuatkan bayaran pada subuh esok hari. Pakcik itu lalu membawaku ke bilik tersebut yang terletak di tingkat atas. Sewaktu perjalanan, pakcik itu memberitahu yang dia mencariku dari tadi, untuk tanya dah makan ke belum, nak tidur mana malam ni”. Keadaan biliknya agak baik. Namun bahmahal kos sewaannya. Sepatutnya pelajar diberikan harga yang lebih murah. Aku dan kakakku pernah menyewa sebuah hotel bajet yang harga cuma lebih RM10 sahaja daripada bilik di masjid itu, namun dilengkapi dengan bilik air di dalamnya dan TV.

Sebelum pak cik itu keluar meninggalkanku, dia sempat bertanyakan adakah aku selesa di situ, tak lapar ke. Dia menyuruhku agar mengambil nombor telefonnya jika ada apa-apa hal. Aku sangat terharu dengan layanannya terhadapku.

Sewaktu di pembaringan, aku mula memikirkan yang aku cuma ada RM400 dalam tangan. RM100 diberi oleh ayahku, Rm100 lagi diberi oleh kakakku. Lagi Rm200 adalah duit elaun yang telah aku keluarkan sewaktu sampai petang tadi. Otakku ligat berfikir “kalau lah Rm50 aku bayar sewa untuk semalam ni je, boleh buat makan seminggu”. Dan, tanpa membuang masa, aku mula memakai semula tudung dan stokin. Lalu aku memulangkan semula kunci kepada pakcik tadi, dan aku berjalan kaki ke stesen bas. Agak sakit kakiku berjalan agak jauh.

Jam menunjukkan 11.28pm. Aku perlu menunggu lagi beberapa jam untuk pulang ke kolej dengan bas esok pagi.

Terima kasih sudi membaca luahan ku yang agak tunggang langgang tatabahasa nya.

– Mujahidah Jalanan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Solat

PengakuanKu

Salam admin.. thnkz kalau confession ni disiarkan

Aku nak cerita sikit pasal solat. Aku baru abis diploma kat satu kolej ni. Oke satu bilik aku ada 3 org.. Aku dan 2 org kawan aku.. aku gelarkan dorg A dan B..

Aku lagi rapat dengan dengan A sebab aku kenal dia dulu dri B.. and perangai dorg sangat berbeza bagai langit dan bumi.. aku pulak biasa2 je.. aku ni mmg jenis yg x solat.. klu solat pun kadang2 je.. mak aku asik bebel kat aku suruh solat.. n kalau mak aku tanya aku dah solat belum aku akan ckp dah.. oke aku bukan nak bangga sebab x solat.. cume aku nak cerita diri aku yg dulu.. sebelum aku sambung diploma

oke kawan aku si A ni dia dr sekolah agama.. Solat tak pernah tinggal.. baik.. pandai mengaji.. selalu dahulukan hati org lain dr hati dia.. kira dia jaga hati org la.. dia x suka org benci dia

yg si B ni pulak dia sejak duduk sebilik dengan aku x pernah nampak solat.. n si A ni selalu ajak solat.. tapi dia ignore je.. aku xd masalah sangat dengan si B ni.. tpi perangai dia ni, asik nak menang je walaupun terang lagi bersuluh dia salah.

oke so apa yg aku nak cerita sekarang ni.. aku kan jenis tak solat.. so bila si A ni solat dia akn ajk aku dgn B solat.. si B ni buat bodo je.. n aku terpaksa solat walaupun tak ikhlas.. sebab setiap kali masuk waktu dia akan ajak kitorg solat.. aku ni jenis malu klau org tau yang aku ni tak solat sebab yela benda wajib kan..

so setiap kali dia ajak solat.. aku x boleh ckp dah.. sebab duduk sebilik.. nak xnak kene buat juga.. aku mmg stress sebab kene buat benda yang aku tak suka..

Aku solat bila aku kat hostel ja.. kalau balik kampung aku still sama.. still tak solat.. n kalau dia msj aku tanya dah solat ke.. aku akan cakap dah.. bole la tipu kan sebab dia x nampak

sepanjang sem 1 aku solat dengan terpaksa dan tidak keikhlasan.. yg si B ni pulak bila si A asik ajak solat dia cakap.. aku tak suka orang ajak aku buat benda yang baik

Aku dengan si A ni tediam.. yela sebab si A ni asik ajak solat kan.. mesti la A terasa dgn B bila B cakap mcm tu.. sejak dari tu A dah tak ada ajak B solat.. Dia akan ajak aku je.. aku pun solat jela walaupun malas.. lagi pun A ni kawan baik aku.. kalau aku x solat kang gaduh pulak..

so bila naik sem 2 aku dah rasa solat tu satu rutin.. aku dah tak rasa terpaksa pun bila buat.. dan paling menakjubkan bila balik kampung.. aku solat.. sebab bila tinggal tu rasa mcam tak sedap.. rasa tak senang hati.. Alhamdulillah benda yang aku tak suka buat dulu dh jd benda yg aku x boleh tinggal sekarang..

Sekarang aku dah abis belajar.. aku dah x tinggal solat lagi.. senang kata 2017 aku solat full.. kalau tertinggal pun aku akan ganti balik.. Alhamdulillah sebab Allah kirimkan kawan yang baik utk aku.. dan Alhamdulillah sebab aku tak terpengaruh dengan si B..

cuma aku kesal.. aku dan A tak mampu ubah si B jadi lebih baik.. Kami tak mampu.. kami hanya mampu berdoa…

Jadi kesimpulannye kt sini aku nak ckp solat la walau dalam keadaan terpaksa.. biar ia bermula dengan keterpaksaan dan ketidakrelaan.. betul awal2 mmg susah nak paksa diri utk solat.. tapi bila dah buat.. mesti syg nak tinggal kan solat.. rasa hidup ni tak lengkap klu tinggal solat..

Pastu cari kawan yang membawa kau ke jalan yang lurus… bukan nak ckp jgn kawan dgn org tak baik.. takk.. tapi kalau kau rasa kau tak terpengaruh dengan dia boleh je nak kawan.. tapi kalau kau rasa kau ni jenis yg kuat terpengaruh.. baik elakkan dri kawan yang x baik..

Confession aku ni bukan nak menunjukkan yg aku riak sebab aku solat.. tak.. tapi aku nak ckap yang semua org bole berubah.. tak kesa la berapa pun umur kau sekarang ni.. masih tak terlambat.. cuba paksa diri untuk solat.. sebab solat ni tiang agama.. solat penting utk kita umat islam.. byk kebaikan bila solat.. dan aku dh nampak apa kebaikan yg aku dpt..

last.. aku bersyukur sgt sebab Allah berikan aku kawan yang membawa aku kembali ke jalan yang benar.. Terima kasih A.. thnkzz sangat2

– ika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Couple Di IPT

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih kepada Admin kerana sudi menerbitkan artikel saya kali ini. Pertama sekali, ini merupakan artikel kedua saya dan saya amat berharap agar semua pembaca dapat mengambil ibrah daripada apa yang saya ingin sampaikan. Sengaja saya pilih tajuk seperti ini, semoga masing-masing dapat berfikir sendiri tentang isu yang ditimbulkan. Saya merupakan pelajar tahun tiga UIA, direct intake, dan sekarang tengah sibuk dengan final exam.

Saya ingin membincangkan tentang ‘couple’. Lumrah manusia ingin memiliki pasangan dan suka kepada perhatian. Couple daripada segi konteks masyarakat di Malaysia merujuk kepada pasangan kekasih yang belum memiliki ikatan perkahwinan. Kalau dah berkahwin, istilah couple jarang digunakan untuk merujuk kepada suami atau isteri. Realitinya, banyak artikel-artikel yang ditulis tentang tajuk ini melabel couple sebagai haram. Pada asasnya, hukum jatuh cinta, bertaaruf dan berkenal-kenalan atau seumpamanya adalah HARUS. Akan tetapi, terdapat tindakan atau beberapa keadaan yang boleh menjadikannya HARAM.

Impression pertama saya sebelum menjejakkan kaki di UIA, ada yang cakap dekat sini tak boleh bercouple. Kalau berdua-duaan dekat tempat terbuka macam di cafe mahallah pun akan ditegur oleh akhi dan ukhti. Malangnya, bila dah berada di sini, perkara tersebut jarang berlaku. Bila kawan-kawan sendiri yang bercouple, rasa kekok untuk menegur. Tambahan pula, yang bercouple tu ada title hafiz. Tak semua pelajar di sini berlatarbelakangkan sekolah agama. Jadi, pastinya suasana couple seperti ini akan memberi perspektif berbeza kepada ramai mahasiswa lain. Seolah-olah wujud istilah couple Islamik di IPTA. Bermula daripada merisik nombor telefon, bertegur-tegur di whatsapp, kemudian keluarlah berdating berdua-duaan.

Berkahwin amat digalakkan dalam Islam. Akan tetapi dalam keadaan masing-masing masih belajar, pasti keutamaan adalah pada pelajaran. Couple sampai angau sekalipun, tanpa persediaan dan kewangan yang cukup, takkan ke mana juga. Hanya menambahkan dosa dan menggalakkan kawan-kawan yang lain untuk terjebak sama. Rahimi Muslim(2013) dalam satu artikelnya menjelaskan terdapat lima sebab mengapa couple itu haram.

Pertama, ia menjadi haram apabila pasangan tidak mempunyai niat yang baik. Dalam sesebuah perhubungan istimewa antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Jadi, sebarang perhubungan seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus. Realitinya, budaya couple di IPTA adalah hanya sekadar trend dan majoriti pasangan tidak akan menamatkannya dengan berkahwin. Bila dah clash, hidup menjadi serba tak kena. Akhirnya pelajaran yang menjadi mangsa. Bila dah berada dalam alam pekerjaan, baru sedar bahawa banyak lagi pilihan yang menanti.

Sebab kedua adalah couple tidak mematuhi syariat agama. Lumrah bercouple, pastinya akan ada aktiviti seperti bergurau senda dan berdating. Paling tidak, pasti di dalam bercouple akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat.

Sebab yang ketiga adalah ia bakal menjatuhkan maruah peribadi seorang wanita. Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak jarang menyalahkan pihak lelaki yang bercouple, tetapi pihak perempuan yang akan dipersalahkan. Islam amat menitikberatkan penjagaan maruah seorang wanita. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut bukan wanita yang baik.

Sebab keempat adalah couple hanya membazirkan wang kepada perkara yang tidak wajar. Dalam budaya bercouple di IPTA, biasanya pihak lelaki akan banyak menghabiskan duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Terdapat juga keadaan di mana pihak perempuan yang berbelanja untuk pihak lelaki. Bila bercouple, berlakulah pembelian kad top-up yang keterlaluan hanya kerana call untuk bertanya khabar dan bersenda gurau bagi merapatkan hubungan pasangan. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Justeru, penggunaan wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

Sebab kelima adalah perbuatan ini hanya membuang masa kepada perkara yang tidak sewajarnya bagi seorang mahasiswa. Penggunaan masa yang berkesan di IPTA adalah amat penting bagi memastikan kualiti mahasiswa yang dihasilkan adalah bermanfaat untuk masyarakat. Malangnya, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan sia-sia yang ditegah oleh Allah. Pastinya kita dapat lihat, apabila seseorang memiliki kekasih, masanya dengan pelajaran dan perkara-perkara lain akan berkurangan.

Sebab seterusnya adalah kerana suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki-lelaki yang ajnabi sama ada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak. Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada didalam batasan yang digariskan. Suara wanita yang bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. Haram bercakap dengan nada yang lembut dan mendayu-dayu. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”

Walaubagaimanapun, Islam tidak mengharamkan secara total perhubungan seperti ini. Bertaaruf adalah amat penting sebelum bermulanya proses perkahwinan. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi Haram serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. Semoga artikel ini menjadi peringatan untuk diri sendiri agar tidak terjebak dalam budaya couple.

Jika kita melalui jalan yang haram untuk mendapatkan jodoh, ditakuti hidup kita sesudah itu tidak diberkatinya, perkahwinan kita tidak bahagia bahkan banyak berlaku pasangan yang berkahwin atas dasar cinta ‘separuh mati’ ini berakhir dengan perceraian. Semoga dengan kita mentaati semua perintah Allah, Dia akan menganugerahkan kita pasangan yang baik. Allah berjanji dalam Surah An Nur bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik. Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam menjalani kehidupan kita yang penuh dengan ujian ini..

– Syah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kekuatan Dalam Kesempitan

PengakuanKu

Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan. Tapi kadang-kadang saya benar merasakan tidak mampu atas segala ujian.

Banyak luahan saya baca di sini. Masing-masing dengan ujiannya. Terima kasih jika luahan saya disiarkan. Semoga dijadikan pengajaran.

2017 adalah tahun ujian saya paling hebat. Di sini saya ingin ceritakan bagaimana saya melalui tahun ini dengan hari-hari yang amat sukar setiap hari. Tiada siapa yang tahu kesukaran yang saya lalui, kerana kalau dilihat dari luaran saya adalah seorang perempuan yang berperwatakan ceria kerana sentiasa tersenyum dan amat komited dengan kerja seolah-olah kehidupan saya amat sempurna. Saya amat disenangi oleh kawan sekerja mahupun keluarga. Tapi hakikatnya apabila saya bersendirian, air mata pasti akan bergenang dan belinang. Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah berikan selama ini.

Menggalas tanggungjawab menanggung keluarga adalah suatu amanah untuk saya. Kerana amanah itulah yang memakan diri saya. Mungkin berpunca dari saya yang tidak pandai mengurus kehidupan terutamanya kewangan. Selama beberapa tahun yang lalu, saya berusaha mencukupkan segala keperluan keluarga walaupun hakikatnya saya tidak mampu. Demi sebuah senyuman saya akan buat apa sahaja untuk mereka. Sehingga saya berhutang terlalu banyak dengan bank dan pinjaman berlesen. Maka bermula tahun 2017 saya telah tiada gaji lansung kerana gaji saya digunakan untuk membayar hutang sehingga 100%. Saya sabar dan redha mungkin ini ujian untuk saya. Walau tiada sesiapa yang tahu , tapi saya ada Allah yang tahu sengalanya.

Kerana hutang-hutang tersebut saya telah menyertai program AKPK. Pihak AKPK membantu hutang yang berkaitan dengan bank sahaja dan tidak berkaitan dengan pihak pinjaman wang berlesen. Saya mula berusaha menambah pendapatan. Selain itu banyak barang peribadi yang telah saya jual untuk menampung perbelanjaan. Namun, desakan kewangan yang sering tidak cukup telah memaksa saya untuk menambah pinjaman dengan pihak pinjaman wang berlesen sehingga setiap bulan perlu membayar amaun yang amat besar kepada mereka. Tidak cukup dengan itu saya telah meminjam dengan ah long. Saya tersepit dengan segalanya. Tiada siapa yang tahu di sebalik senyum saya setiap hari saya sebenarnya bertarung dengan perasaan.

Saya bernekad untuk berubah untuk membantu keluarga. Saya membuat jualan beberapa produk secara dropship. Dugaan berjualan, kadang-kadang keluarga dan kawan-kawan pun tidak menyokong. Ada yang memandang produk yang saya jual dengan sebelah mata. Saya sedar mereka menggunaakan produk yang mahal sahaja yang dijual di pusat membeli belah. Saya tidak memaksa untuk membeli, tapi jangan lah menghina kawan yang mencari rezeki yang halal. Keuntungan satu produk walaupun hanya RM2.00 amat lah besar nilainya. Ianya lebih baik daripada saya meminta-minta dengan orang dan apatah lagi meminjam dengan ah long yang bunganya amatlah tinggi. Saya tidak mahu manambah hutang dan hanyalah berusaha untuk membayar hutang. Saya telah mengikut beberapa orang perancangan kewangan di media sosial dan cuba mengamalkan apa yang mereka kongsi. Saya buat segala amalan untuk menjemput rezeki. Sehingga sekarang, saya terus berusaha gigih berjualan. Iklan di sana sini, namun mungkin bukan rezeki saya dan saya redha.

Saya bukan lah seorang yang suka meminjam dan meminta , mungkin sebab itula saya membuat hutang selama ini kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan kawan-kawan. Bagi saya, biarlah saya sendiri yang susah daripada menyusahkan orang lain. Namun kerana terdesak sejak kebelakangan ini, saya tiada upaya dan telah meminjam dengan kawan-kawan. Terima kasih kawan-kawan yang telah menghulurkan bantuan selama ini. Ada telah saya bayar dan ada pula tidak kisah jika saya bayar kemudian, mungkin mereka kasihan kan keadaan saya. Saya amat bersyukur, mungkin itu salah satu bantuan dari Allah. Pada tahun ini juga saya telah kehilangan berat sehingga 13 kilo dan banyak yang menegur saya kelihatan sangat kurus . Saya sering tidak sihat dan kadang-kadang saya tidak makan sehingga 3 hari. Saya hanya akan makan jika betul-betul lapar. Saya tetap tersenyum di hadapan keluarga, kawan-kawan dan terus berusaha memperbaiki keadaan.

Namun sehingga hari ini, keadaan saya semakin teruk. Saya tidak dapat untuk untuk melunaskan hutang-hutang dengan pinjaman wang berlesen yang begitu banyak, sewa rumah yang tertunggak, segala bil yang perlu di jelaskan dan makan minum keluarga. Saya hanya mampu untuk memberi mereka makan nasi, telur dan ikan masin dengan hasil jualan yang saya dapat. Saya tidak tahu sampai bila dapat bertahan. Saya segan meminjam dengan kawan-kawan lagi. Saya tidak tahu apa harus saya jual lagi. Kalau saya jual telefon ini, tiada cara lagi saya mencari duit kerana saya menjual barang secara online. Saya amat buntu dan tertekan , apatah lagi dengan tuan rumah dan pihak yang mendesak saya membayar sewa/ hutang/ bil. Saya sedih melihat keluarga saya yang serba kekurangan. Hanya mampu bersabar dan berharap agar l mana- mana pihak berlembut hati tidak mengambil tindakan kepada saya. 2018 yang saya harapkan akan ada sinar dalam kehidupan, sama juga hambar seperti tahun sebelumnya.

Tidak cukup dengan itu , di atas kesusahan saya ada juga pihak yang mengambil kesempatan. Dengan rupa yang saya miliki, ada pihak yang menyuruh saya menjadi perempuan simpanan untuk mendapatkan duit banyak . Ada yang menyuruh menjadi escort girl. Ya Allah, dengan penampilan saya yang bertudung dan sentiasa berpakaian sopan pun di suruh begitu. Ada yang mahu meminjamkan duit sekiranya gambar bogel saya di beri. Biarlah saya hidup susah merempat saya tidak akan jual maruah saya. Sejak kebelakangan ini juga ibu saya telah bersikap dingin dengan saya mungkin kerana tidak mampu memberinya duit lagi seperti dahulu. Saya jadi kemurungan dan ada kalanya seperti saya mahu lari dari segalanya. Dia lah kekuatan saya selama ini, apabila dia tiada saya jadi semakin lemah. Saya berdoa agar hatinya lembut dan memahami keadaan saya sekarang.

Sesungguhnya saya amat tidak kuat melalui semua ini. Dugaan , ujian terasa amat berat. Setiap hari saya berperang dengan perasaan macam mana melalui keesokkan hari. Hari- hari berlalu juga sehingga ke hari ini 31 Disember 2017. Alhamdulillah, saya masih bernafas. Walau pun merasa tidak kuat , tapi disebaliknya ada kekuatan di hati saya iaitu dengan yakin Allah itu selalu ada untuk saya. Semoga menjadi pengajaran semua agar terus kuat, walau dalam keadaan terhimpit teruslah kuat. Mungkin Allah tidak menyelesaikan segala masalah, tetapi dengan memanjangkan masalah itu tanda Dia menyayangi saya. Dia mahu saya terus mendekatkan diri kepadaNya terus meminta hanya denganNya dengan seikhlasnya. Saya yakin ada sinarnya nanti, suatu hari. Pasti.

– Aishah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cita-citaku Dibatalkan dan Hikmahnya

PengakuanKu

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku seorang yang diajar dengan tegas dari kecik. Mak aku garang gila. Ini sebab aku kurang keluar berkawan dan sampai sekarang aku jadi jenis yang tak pandai berkawan (macam beliau jugak). Walaupun aku dah besar dan beliau tak marah aku berkawan sebab beliau tahu aku pandai jaga diri. Muka aku pulak dari kecik memang terikut jadi tegas. Tapi aku tak garang. Sebab tu lah orang-orang sekeliling tak nak kawan sangat sebab ingat aku suka marah orang . Yang penting aku tahu aku baik.

Ini kisah cita-cita aku. Dari kecik sampai besar cita-cita aku terpaksa diubah mengikut takdirNya. Ini perjalanan dan cita-cita yang aku ubah mengikut waktu. Masa darjah 4 dulu, kawan-kawan dan cikgu aku sendiri gelak sebab aku pernah cakap yang cita-cita aku nak jadi seorang posmen. Ini sebab aku terpengaruh dengan Cd E-Learning yang menyenaraikan kerjaya posmen kat Jepun salah satu kerjaya Proffesional masa tu. So aku rasa diorang tak berhak gelakkan. Bila dah fikir balik, itu kat Jepun. Dekat Malaysia tak la Pro sangat.

Tahun demi tahun aku pun membesar dan masuk sekolah menengah. Masa form 2, aku didedahkan dengan banyak aktiviti disiplin kat sekolah. Masuk perkemahan unit uniform, askar Wataniah pun ada buat majlis pengiktirafan kat sekolah kami masa tu. Tiba-tiba semangat aku nak jadi wira negara terus membara. Aku pasang cita-cita lagi, menjadi seorang tentera. Sesuai la dengan muka aku yang tak pandai senyum kan masa tu. Aku nekad memang aku nak. Dua tahun berlalu masa tu memang aku kaji dan belajar latihan-latihan tentera. Aku tengok video-video latihan, asas yang perlu aku tahu untuk jadi seorang wira negara. Aku pun pernah dapat nasihat pasal syarat badan dari sorang cikgu sukan a.k.a komandan askar Wataniah kat sekolah.

Masuk tingkatan 3 dengan cita-cita yang sama. Tahun tu aku ambik exam PMR. Result aku separuh je dapat A, lagi separuh B. Aku try apply Maktab Tentera Darat (MTD) kat Melaka tapi tak dapat. Mungkin ada step yang tak kena. Aku pun teruskan bawa cita-cita tu sampai SPM. Sementara tunggu result SPM, aku mula siapkan badan slow2. Aku workout, turunkan berat badan bagi ada shape. Aku praktik semua pasal tentera. Sampai semua ahli keluarga aku tahu aku nak jadi tentera. Pendek kata sampai makan pun ada cara dan gaya tentera. Result SPM pun keluar, walaupun kurang memuaskan (Ada satu subject gagal). Aku tahu itu tak penting untuk aku masuk tentera. Aku pun apply mana-mana yang berkaitan untuk aku masuk tentera.

Aku mohon SPA dan dipanggil interview 2 kali. Tapi mak aku tak bagi. Sebab apa? nah ini kisah lain didedahkan. Mak aku cerita kisah Paklong dan sepupu dia yang pernah masuk tentera. Dia dulu frust tak leh kahwin dengan dara pujaan dia. Dia lari tak tahu kemana, balik-balik je jadi tentera ATM dan kahwin dengan seorang janda. Masa tu dia pesan kat semua adik-beradik mak aku yang dia haramkan adik-adik dan anak-anak sedara dia masuk sebarang Uniform. Cukuplah dia sorang yang rasa perit dan seksa. Masa dalam sebuah kem di Johor, Paklong cakap bukan setakat boleh jadi gila akibat dera, tapi juga melibatkan dadah. Ya, diorang bagi dadah supaya jadi berani dan tak takut mati. Tapi bukan semua. Kisah sepupu mak aku pulak,dia masuk Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Dia pencen awal sebab faktor kesihatan. Sekarang emosi dia terganggu dan suka nasihat ramai orang. Dia kadang ok kadang tak, suka cakap dan tanya benda yang sama.

Lepas dari tu, semangat aku agak kurang tapi masih ada. Namun makin luntur lepas aku dapat offer diploma kat satu IPTA di Kuantan dengan kos E-Commerce. Aku pun mula minat bisnes dan pasang niat nak jadi Digital Enteprenuer. Tapi takdir berubah lagi, mak aku tak bagi jauh dan akhirmya aku sambung belajar di daerah sini. Sampai je last paper exam untuk semester pertama, mak dan abang aku eksiden masa otw balik dari hantar aku kat kolej. Pagi tu aku tak habiskan jawab soalan, aku keluar dewan awal sebab asyik menangis dalam hati. Kena dengan keadaan cuti sem, aku habiskan masa 2 minggu jaga abang aku lepas operate di hospital. Alhamdulillah mereka masih panjang umur. Rentetan dari tu, mak aku selalu sakit dan perlukan aku di sisi.

Indahnya perancangan Dia kan :) semuanya berhikmah. Untuk kamu semua yang kat luar sana. Redhalah dengan apa yang jadi. Semua tu ada hikmah dariNya.

– T.H.A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Saturday, 30 December 2017

Selagi Mereka Masih Ada

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Naomi bukan nama sebenar aku (haha). Saja layan page ni sementara refresh otak sekejap dari buat kerja. So, aku terfikir nk confess pasal family aku. Aku perempuan umur dah nak masuk 30 tahun pun. Aku tak reti nak mula dari mana sebab banyak sangat aku nak luahkan takut readers tak faham. Ni pun tangan berlumba-lumba dengan otak. Laju sangat proccessor otak sampai tak terkejar tangan nak menaip.

Keluarga aku, aku ada sorang abang, sorang adik perempuan yang pandai bodek kakak dia dan 4 orang adik lelaki yang gagah, hensem dan suka main game. Mak aku dah meninggal. Ayah aku ada lagi tapi dia dah kawin lain dengan mak tiri yang sebaya dengan abang aku (masa ni mak aku hidup lagi. Kiranya mak aku dimadukan tanpa pengetahuan. Huhu). Ni pun ada kisah sedih jugak. Now, ayah aku ada anak-anak kecil 3 orang. Ayah aku dh umur 50-an nak masuk 60 dah. Kadang-kadang aku kesian juga dengan ayah aku mesti orang ingat tu cucu dia bukan anak. Hehe

Adik-beradik aku pula, abang aku dah kawin dah, dah ada sorang anak perempuan yang super duper cute. Pasal abang aku ni, aku malas nak cerita sebab banyak sangat kisahnya. Yang aku nak cerita pasal pesanan (aku ambil as amanah dan wasiat) arwah mak aku selepas dia meninggal. Dalam adik-beradik aku, aku ni kira anak harapan keluarga. Memandangkan aku anak perempuan sulong, aku ni jadi tempat arwah mak aku luahkan perasaan. Masa kecik-kecik aku tak rapat pun dengan mak aku, aku lebih rapat dengan ayah (sebab aku satu-satu anak perempuan sebelum lahirnya adik perempuan aku lepas 12 tahun memegang takhta). Seingat aku, aku jadi rapat dengan mak since mak aku dapat tahu ayah aku kawin lain senyap-senyap kat siam. Mak aku terus jatuh sakit terbaring je macam mayat hidup bila satu-satunya lelaki yang dia percaya buat macam tu. Berat badan susut gila, sama saiz dah dengan aku. Aku dengan mak aku sama-sama nangis masa mak aku call bagitahu ayah aku dah kawin lain. Aku nangis gila-gila. Aku masa ni kat asrama, tengah belajar lagi. Masa tu aku ingat mak aku pesan, “kakak jangan la nangis. Kalau kakak nangis, mama lagi lemah. Mama kena kuat untuk anak-anak mama.” Aku lagi kuat meraung..:(

Dipendekkan cerita, lama-lama mak aku kuat demi anak-anak dia tapi mak aku tak boleh terima apa yang ayah aku buat. Mak aku minta cerai dan bawa diri ke rumah abang aku yang sulong. Lepas tu, ayah aku datang hantar 2 orang adik aku. Masa ni dorang darjah 2 dan darjah 4 kalau tak silap. Aku pula bru start kerja, Alhamdulillah, aku tak merasa menganggur sebab sebelum aku habis belajar lagi aku dah dapat offer kerja. Orang kata manusia ni ada pelbagai dugaan hidup. Macam tu jugak aku. Dipermudahkan dapat kerja untuk bantu keluarga aku. Awal-awal kerja, aku tak ada transport sendiri. Jadi aku sewa bilik yang dekat dengan tempat kerja supaya senang ulang-alik kerja. Rumah abang aku (sewa) dalam sejam dari tempat tinggal aku. Boleh kata setiap seminggu atau dua minggu sekali aku balik rumah abang aku, jenguk mak aku. Setiap bulan aku tak pernah lupa bagi duit belanja kat mak aku. Ajak mak aku beli barang-barang dapur. Apa yang aku beli untuk diri sendiri, mesti aku beli benda sama untuk mak aku. Aku rindu..Sumpah aku jealous bila aku keluar dengan kawan-kawan aku dorang cakap nak beli itu ini kat mak, mak masak macam-macam…Aku dah tak ada mak…

Aku sempat merasa lebih kurang setahun je jalankan tanggungjawab aku sebagai anak yang dah bekerja. Bagi mak merasa duit gaji aku. Masa ni mak aku dah start mengadu yang mak aku selalu batuk-batuk kadang keluar darah sikit. Masa tidur pun tak sedar tetiba ada darah meleleh kat bantal. Aku minta mak aku check kat klinik tapi mak aku cakap klinik cakap tak ada pape . Klinik bagi referral letter suruh refer kat hospital pakar. Sampai sekarang aku rasa sangat menyesal sebab aku tak amik serius dan tak cepat-cepat bawak mak aku check kat hospital. Aku ingat lagi seminggu sebelum mak kena masuk ICU, mak aku call aku tanya bila nak datang jumpa dia dah lama aku tak datang. Mak aku pun ada ngadu cakap abang aku tak hiraukan dia. Balik malam-malam buta (biasalah masa ni abang aku bujang). Masa tu kebetulan memang aku betul-betul sibuk dengan kerja. Aku bagi tau mak aku, aku akan datang minggu depannya. Minggu tu juga aku buat booking nak beli kereta sebab aku nak mak aku merasa anak dia ni ada kereta boleh bawa jalan-jalan. Lepas ni tak payah naik public transport or tumpang orang dah.

Mak aku call hari Jumaat malam, hari Ahad aku dapat call cakap mak aku dimasukkan ke ICU. Terus lemah longlai badan aku. Aku terus ke hospital tengok mak aku dah tak sedarkan diri dengan wayar pun berselirat kat badan dalam mulut semua. Aku tak pernah tengok keadaan macam ni depan mata aku. Selalu tengok dalam tv je. Aku terus menangis tak henti-henti. Aku salahkan diri sendiri sebab lalai jaga mak aku. Aku sibuk dengan kerja sampai abaikan kesihatan mak aku. Kalau aku ambil tindakan awal mesti mak aku tak jadi macam ni. Lepas sehari berkampung kat hospital, doktor panggil aku pukul 4 pagi. Doktor tunjuk xray mak aku. Doktor explain cakap mak aku tak ada tindakbalas positive walaupun dah bagi antibiotik kat paru-paru dia. Doktor cakap lagi kalau tak ada perubahan positive dia minta nak buka alat bantuan pernafasan tu. Doktor pesan suruh call sedara mara semua suruh datang. Faham kan maksudnya. Aku memang tak henti-henti menangis sambil call sepupu adik-beradik mak-mak sedara bagitahu semua.

Pagi-pagi doktor panggil semua adik-beradik cium dahi mak buat kali terakhir sebelum dia buka alat tu. Aku paling teruk menangis. Aku dah hilang mak aku, satu-satu mak yang aku sayang. Ya Allah, aku tengok muka mak aku senyum je…

Lepas tu aku uruskan semua urusan termasuk mandi jenazah, kafan, kat mana nak kebumi semua aku uruskan dengan bantuan orang-orang terdekat. Ni pertama kali kematian orang yang terdekat dengan aku. Aku lost tak tahu nak buat apa. Aku keluarkan semua duit saving ( yang tak berapa nak banyak pun ) untuk kos semua tu. Baru aku tahu semua kena bayar…Lepas seminggu mak aku meninggal, aku kemas barang-barang arwah mak aku..buku-buku dia. Aku ternampak satu diari terselit celah-celah buku. Aku buka. Aku baca. Dalam tu mak aku tulis perasaan dia kat anak-anak. Kekecewaan dia kat anak sulong (abang aku). Kebimbangan dia dengan adik aku yang 2 orang tu sebab masih kecik tak ada sapa jaga kalau dia dah tak ada nanti. Aku tengok tarikh, sebulan sebelum hari dia meninggal. Sambil baca sambil aku menangis. Aku selak lagi. Aku baca mak aku tulis dia yakin dengan aku. Dia yakin aku boleh jaga adik-adik aku dengan baik. Aku satu-satu anak yang dia boleh harap. Last skali dia tulis dia bahagia dapat suami (ayah tiri aku). Lepas bercerai, mak aku ada kawin lain. Ayah tiri aku yang mandikan, hiaskan dan jaga mak aku masa mak aku sakit.

Lama aku menangis. Flashback balik kejadian sebelum mak aku meninggal. Dia cakap ada benda putih lalu depan macam nak terkam dia tapi tiba-tiba hilang macam tu je. Rupanya ni tanda-tanda mak aku dah nak pergi. Nape aku tak perasan masa tu… Sedihnya, mak aku tak sempat pun nak naik kereta yang aku beli…

Hari-hari aku menangis rindukan mak. Teringat bebelan dia. Suara dia. Terngiang-ngiang suara dia call aku. Sampai sekarang selepas 5 tahun lebih mak aku dah pergi mengadap Ilahi, aku sentiasa rindu dengan mak aku. Aku sedaya upaya tunaikan wasiat mak aku supaya jaga kebajikan adik-adik aku. Dari start aku kerja, aku dah tanggung 3 orang adik bawah aku. Masa tu sorang duk MRSM, 2 lagi sekolah. Dari yang bongsu sekolah rendah, sampai sekarang buka sekolah ni dah tingkatan 5. Setiap tahun, aku dah macam mak-mak belikan barang-barang persekolahan adik-adik aku. Setiap kali raya, aku orang yang sibuk sediakan baju-baju raya, sediakan kelengkapan raya. Urusan hal-hal dorang semua aku ambil tahu. Ayah aku? Die cakap aku mampu sara adik-adik aku. Jadi dia serahkan dekat aku. Pernah raya tahun bila, adik aku 2 orang tu dapat RM10 sorang. Suruh beli songkok dan tudung sorang satu. Baju?ayah aku cakap, aku kan ada..Biarlah, aku taknak menghukum. Aku anggap apa yang aku buat salah satu tanggungjawab aku sebagai anak.

Oh, masa mak aku meninggal, ayah aku tak datang ziarah pun walaupun negeri yang sama. Aku pernah tanya. Ayah aku jawab tiada kaitan sebab dah berpisah. Terus-terang aku sangat kecewa dengan sikap ayah aku. Memang betul dah bercerai tapi tak boleh ke fikir perempuan yang meninggal tu pernah sama-sama susah senang dan melahirkan anak-anak untuk kau selama berpuluh tahun? Tindakan aku yang menguruskan pengebumian arwah mak aku juga di pertikai. Menurut ayah aku kenapa aku yang bersusah payah uruskan semuanya. Mak aku kan ada suami. Aku speechless. .

Aku tak bagi duit bulanan kat ayah aku. Aku tolong dia settlekan bil-bil yang tertunggak. Aku tolong settlekan sikit-sikit hutang dia. Mana yang aku mampu. Tapi setiap kali balik melawat ayah aku, aku akan selitkan sikit duit belanja untuk dia. Tipu la kalau aku cakap aku takda rasa marah atau sakit hati. Aku pernah lancarkan perang saraf dengan ayah aku sebab aku tak setuju cara dia buat mak aku. Akhirnya, aku dihalau dari rumah. Ayah aku tak izinkan aku jejak kaki ke rumah dia. Aku keluar, bertahun aku memang tak balik. Aku langsung tak berhubung dengan ayah aku. Last-last aku tak larat dah nak sakit hati. Aku minta maaf depan mak sedara, nenek aku. Aku peluk ayah aku. Aku cuba buat yang terbaik selagi mereka masih ada. Kalau ikut hati aku, terlampau banyak perbuatan ayah aku yang menafikan hak anak-anak dia ni tapi aku yakin Allah yang paling layak menentukan balasan. Aku berdoa supaya ayah aku sedar dan berubah. Tu je aku minta…

Pengajaran dari kisah hidup aku yang masih lagi panjang ni (InsyaAllah)…
1. Sayangi kedua ibu bapa semasa hidup
2. Walaupun sakit hati, kecewa atau terkilan dengan pelbagai dugaan, yakinlah bahawa Allah telah menetapkan jalan hidup kita…berdoa semoga sentiasa di dalam lindungan Nya
3. Setiap orang di uji dengan pelbagai ujian. Ada yang susah dapat kerja, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Redha dengan ujian Nya
4. Kaum lelaki terutamanya, belajar cara-cara menguruskan jenazah supaya senang sekiranya berlaku kematian di kalangan keluarga terdekat, boleh lakukan apa yang patut. Kaum lelaki juga perlu tahu tanggungjawab dan peranan mereka sebagai anak lelaki di dalam keluarga.

Tahun baru yang bakal datang beberapa tak lama lagi ni, aku berharap terus dikurniakan kesihatan yang baik supaya aku dapat terus berbakti kepada keluarga aku (to be specific, adik-adik aku). Adik-adik aku penguat semangat untuk aku. Buat masa sekarang, aku ada 2 orang adik yang masih belajar, sorang dah ke IPTA dan sorang lagi tahun depan tingkatan 5. Aku pun tak menghalang mana-mana adik aku (aku ada 5 orang adik) kalau dorang nak sambung belajar. Aku akan tolong sedaya-upaya mengikut kemampuan aku. Aku taknak adik-adik aku rasa terabai dan kekurangan akibat daripada penceraian ibu bapa kami. . Semoga Allah sentiasa menjaga hati aku. Doakan aku semoga terus kuat memegang amanah ni…

Aku yang masih berusaha,
Naomi
4.39AM

– Naomi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bagaimana Mereka Boleh Hidup

PengakuanKu

Salam admin, firstly thank you for posting this post.

I want to start directly confessing about students nowadays. I wanna be direct because I can’t stand it anymore. Day by day things about this is getting worse. Apadia tu Cik Joyah yang teruk sangat tu?

KEKOTORAN RUMAH SEWA/BILIK TIDUR

1) Kau kata kau takut lipas tapi rumah kau penuh dengan lipas. Dari bayi sampailah ke moyang. Dia lari lari manja depan kau sambil kau boleh makan, tgk tv!

2) Kau kata kau pembersih terhebat di dunia kononnya ada OCD tapi sumpah aku x tipu, bilik air kau la paling kotor pernah aku encounter seluruh hidup aku. Bila aku tegur? Kenapanya? Eh Cik Joyah bilik air aq okay la. Mana kotor nya? Kenapa kau ni geli sangat? Kau ni budak bandar sangatlah, x reti nak deal dengan benda macam ni. Ye la rumah kau kan ada bibik. (I’ll explain further on this later)

3) Kau kata kau OCD sampai kalau kau masak semua benda kau kena sental guna berus (kononnya) tapi bau dapur kau, keadaan dapur kau, sampai yang berhari-hari tak buang. Allahu, malu oii kalau orang tengok. Even span pun tak tukar-tukar. Sponge tu la tempat biak bacteria paling tinggi tau? Bila tegur “excuse me, aku tahu la. Aq selalu tukar sponge, housemate aku je yang selalu buat hal” ha memang housemate je salah.

4) Kain sembahyang (mukana) di letak je atas kerusi. Sayang, lipatlah. Simpan di dalam almari.

5) Buku. Aku tahu kau potterhead, novel head, percy head segala head novel kau la. Berselerak, Ya Ampun! Yes, memang ada rak buku. Memang ada meja. Meja kau penuh dengan buku, rak kau penuh dengan buku siap tumpang orang lain lagi tapi dari sem satu sampai skrang dah sem 8 ni keadaan dia sama la. You have to know, ni rumah sementara belajar ni je. Bawa la balik buku tu ke rumah kau sendiri bila dah habis baca. Nak buat apa simpan kat rumah sewa? Buat collection, bak ang! Dengan berguni guni nya baju-baju kau. Aku pun simpan baju basic nak ke kelas je hari-hari.

6) Alasan. Ni yang aq save for later ni. Diorang kata , xpalah kau ada bibik kat rumah. Hello tu kat rumah aq sia. Rumah, rumah la. Tapi aq pun duk hostel sama dengan enkorang en? Respect ah sikit. Aq x pernah pun berkira dengan hosmet aq tentang sponge ke, sabun basuh baju ke, sabun basuh pinggan ke, siapa tolong lipat kain ke, siapa basuh bilik air ke, siapa sapu rumah ke, TAKDE ORANG SURUH DIORANG BUAT SENDIRI. Termasuk diri aku. Kterang x pernah berkira or merungut. Even buang sampah pun dh jadi habit aq, setiap kali nk keluar dinner buang sampah.

Aq x kisah ah orang nak kata apa tentang post ni, one thing aq nak kata xyah nk ngaku kau tu OCD sangat or takut lipas if you can live with them and acknowlegde living in a mess. Sekian, Cik Joyah sign out!

– Cik Joyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Selfie, Kau Yang Panas

PengakuanKu

Terima kasih admin jika siarkan tulisan yang tak seberapa ini. Ada benda penting aku nak kongsikan buat wanita-wanita, anak gadis mahupun remaja sekalian. Eh, baca tajuk pun dah panas ke? Sabar. Sebelum itu nak beritahu, tulisan aku ini mungkin ‘berbau’ sedikit kasar. Tapi percayalah, bahawa aku tidak berniat melukakan hati sesiapa pun. Sekadar teguran cuma. Kalau aku tulis ceramah di sini, aku pasti, tiada orang pun akan ambil peduli.

Baiklah. Tengok pada tajuk, mungkin ada yang dah tahu apa yang aku nak kongsikan. Nak ajar cara selfie? Ke nak ajar cili mulut orang yang kutuk gambar selfie kau? Eh bukan. Sebenarnya, aku nak ajak wanita-wanita, anak gadis semua supaya jangan selfie. Jangan salah faham. Boleh selfie, tak ada masalah pun. Yang jadi masalahnya, bila kau letak gambar selfie kau di laman sosial. Oh ya, sebenarnya bukan gambar selfie saja, tapi semua jenis gambar.

Aku tahu, ramai sangat yang tak setuju dengan apa yang selalu aku utarakan. “Eh biarlah dia, gambar dia, suka hati dia la nak letak mana pun”. “Alah, bukan gambar seksi pun“. “Kau cemburu sebab dia lawa kan? “Alah, aku tak cantik pun, kalau letak pun tak ada orang teliur”. “Kau dulu pun sama juga, bersepah gambar kat facebook”. Itu antaranya. Aku nak tegur, tapi akhirnya, aku pula yang kena cili. Sedih.

Sejujurnya, tak pernah terdetik pun aku nak menyibuk atau dengki ke apa. Tapi mentaliti ‘manusia’ zaman kini, bila orang tegur, dikatanya dengki, sibuk jaga tepi kain orang. Tak mengapa, lupakan yang itu. Sebab aku dulu pun suka letak gambar di laman sosial juga. Tapi sampai suatu masa, aku rasa malu dengan diri sendiri. Kenapa perlu tayang diri pada semua orang? Lepas itu, aku padam semua gambar. Rasa malu yang teramat. Aku berubah.

Sekarang, aku nak tanya soalan yang sama pada semua, perlu ke tayang diri di laman sosial? “Alah, tak ada niat apa pun, saja nak kongsi gambar, salah ke? Dah nama pun laman sosial, tempat bersosial, kalau tak kongsi gambar, nak kongsi apa? Hmm. Aku kadang tak terjawab juga kalau disoal begitu. Tapi satu saja nak tanya, tak rasa ke diri kau tu mahal? Tarik nafas. Tepuk dada, tanya iman.

Ada orang bagi alasan. Bahawa gambar yang dimuat naik di laman sosial tu hanyalah untuk kenang-kenangan. Nanti gambar tak hilang. Boleh diterima. Alasan yang logik. Tapi, ada banyak lagi tempat yang boleh simpan gambar. Sebagai contoh, dalam hard disk atau dropbox. Baiklah, kalau nak sangat simpan gambar di facebook, pergilah edit privacy gambar tu, tekan ‘only me’.

Ataupun bukak akaun baru di facebook @ instagram. Pastikan jangan friend atau bagi sesiapa follow. Jadi boleh la kau nak simpan gambar tu dengan selamat. Harap-harap Mark Zuckerberg dan Kevin Systrom tak bubarkan facebook dan instagram. Kalau tak, hilang juga gambar kau tu. Hihi. Yang paling senang, pergilah buat photobook atau apa saja. Asalkan jangan tayang gambar di laman sosial.

Wahai wanita dan anak gadis sekalian, laman sosial ini percuma saja. Orang lelaki yang tengok gambar kau, tak kena bayar pun. Apatah lagi nak simpan gambar kau. Entah-entah, ada yang siap cetak gambar kau buat tatapan sebelum tidur. “Eh kau ni, buruk sangka sangat! Bukan buruk sangka, cuma nak takutkan. Macam zaman kecil dulu, ayah selalu cakap, jangan main/mandi sungai, nanti lemas, mahu.

Kaedahnya sama, bukan? Ayah cakap macam tu, bukannya mahu kau lemas. Cuma nak ingatkan, nak takutkan kau, supaya jangan main terlalu lama. Diri sendiri pun, kau tahu ke apa yang akan jadi esok hari? Okay lah, tak payah esok pun tak apa, beberapa minit akan datang. Kita tak akan tahu. Apatah lagi tentang orang lain. Aku bukan nak ajak berburuk sangka, tapi nak ajak lari sebelum jadi. Pepatah Melayu pun ada kata, ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’. Tak setuju ke?

Baru-baru ini, tunang aku tunjuk mesej dari group whatsApp kawan lama masa degree dulu. Semua lelaki dalam tu. Kami semua satu batch, satu kelas dulunya. Ada seorang ni, dia screenshot gambar perempuan (kawan kami satu batch juga), dan hantar dalam group lelaki, dengan niat untuk mengusik kawannya dalam group tu. Tapi lama-kelamaan, jadi benda lain. Aku malas nak sebut. Ada yang baik sikit konon bagi nasihat sambil bergurau, “Jangan, kawal nafsu tu”. Dan diringi dengan gelak ketawa beramai-ramai. Aku terkilan.

Itu baru satu kes. Aku yakin ada berpuluh, beratus, malah beribu kes macam ni. Kau bayangkan, aku baru saja tengok gambar kawan aku tu di instagram, gambar elok, tutup aurat, tak gedik pun, tiba-tiba dah masuk dalam group lelaki. “Alah, bergurau je pun dengan kawan-kawan, tak payah nak serius sangat”. Betul, bergurau. Tapi kau dijadikan ‘bahan’ gelak ketawa lelaki. Semua ahli group ter‘download’ gambar kau. Tak rasa ke diri tu murah sangat?

Bila jadi kes, gambar kena viral, kena edit yang bukan-bukan. Kau salahkan lelaki. Tapi berapa ramai perempuan yang salahkan dirinya sendiri? Yang tak tutup aurat, yang tutup aurat, yang bertudung labuh, yang berniqab, yang menggoda, yang tidak menggoda, yang seksi, yang tidak seksi, yang masih anak dara, yang sudah bersuami, pun sama saja. Walau berbalut kain 7 lapis pun, aku tetap tak setuju gambar tersebut perlu dimuat naik di laman sosial.

Jenis orang yang macam aku ni la yang selalu kena cili dengan ayat “Aku yang selfie, kau yang panas? Sesuai sangat aku dengan ayat tu kan. Ya, memang panas pun. Sebab aku risau. Aku sayang pada semua. Lupakah kita, bahawa Islam telah mengangkat darjat wanita yang dahulunya ditindas? Rasulullah s.a.w berjuang untuk kita semua. Kenapa kita seolah rela diri direndahkan semula? Mana sifat malu kita? Ya, malu mesti bertempat. Inilah tempatnya. Berhenti serlahkan diri pada mata-mata lelaki yang tidak halal pun bagi kau.

Panjang juga rasanya aku tulis. Bukan rasa diri terlalu bagus. Aku ulang. Sekadar teguran. Sekadar peringatan. Nak setuju atau tidak, terpulang pada diri masing-masing. Nak ikut atau tidak, perlu juga ikut kerana Islam suruh kita jaga pandangan, jaga kehormatan diri. “Alah, artis tu, ustazah selebriti, penuh gambar di media sosial”. Siapa pun dia, seeloknya, sebaiknya, dia perlu jaga kehormatan diri. Firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 31:

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sebagai orang Islam, kita wajib ikut apa yang sudah jelas disebut dalam al-Quran. Jangan nafikan dengan alasan yang direka sendiri. Bila orang tegur, terima dengan hati yang tenang. Kerana itu sifat orang beriman. Allah berfirman dalam Surah al-Anfal, ayat 2:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.

Semoga kita semua menjadi orang yang beriman.

– Cik Noni

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Biar Di Dunia Kita Berpenat, Nanti Di Syurga Kita Berehat

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Tujuan aku tulis confession ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat daripada ustaz ustzah aku, dari ceramah2 dan juga pembacaan aku. Rugi pula rasa kalu simpan ja ilmu ni sorang2 tapi tak kongsi dengan orang. Aku bukan orang yang baik tapi aku berharap sangat ilmu ni bermanfaat buat saya dan juga antum yang membaca confession ini. Apa yang aku ingin kongsikan harini ialah amalan2 sunat harian yang in shaa Allah akan menjadi topup bekalan kita di akhirat kelak. Kita masuk syurga bukan dengan amalan yang kita buat, tetapi dengan rahmat Allah. Tapi, macam mana nak dapat rahmat Allah kan kalau solat tak buat, puasa tak penuh, buat maksiat hari2. So, kita kena lah jaga semua amalan wajib kita and perbanyakkan amalan sunat kita. Semoga dengan amalan ini, Allah akan lebih kasih dan sayang akan kita dan pilih kita menjadi ahli syurga. Amin.

Berikut adalah amalan2 sunat yang boleh kita amalkan seharian.

1. Pertama sekali, solat tahajud. Mula2 memang agak susah nak buat, tapi lama2 in shaa Allah mudah. Mulakan sehari 2 rakaat dulu dan cuba untuk istiqamah sekali seminggu. Lepas tu up sikit 2 kali seminggu lepastu 3 kali seminggu sehinggalah kita berjaya latih diri buat setiap hari. Lepastu up sikit jadi 4 rakaat dan seterusnya. In shaa Allah, bila kita dah selalu buat, kita akan rasa berdosa sangat kalau tinggal sehari. Kalau nak cerita pasal kelebihan tahajud ni memang panjang. Aku cadangkan dengar ceramah2 ustaz tentang kelebihan tahajud. Kalau aku, aku gemar dengar ceramah ust. Adi Hidayat ngan ust. Dusuki. Kalau ust Dusuki bnyk tentang sakaratul maut dan alam barzakh. Bila dah tahu betapa pentingnya amalan tahajud ni nak tolong kita saat nak mnghadap Allah nanti, In shaa Allah makin bersemangat nak bangun tahajud.

2. Solat sunat sebelum subuh. Dua rakaat je tak banyk pun. Ada satu hadis sahih yg mengatakan dua rakaat sebelum subuh tu lebih besar nilainya dari dunia dan seisinya. Mashaa Allah!! Sekaya kaya manusia di atas muka bumi ni, kaya lagi orang yang solat sunat sebelum subuh tau. Nabi muhammad pun tak pernah tinggal solat sunat ni dan baginda sangat menggalakkan umatnya buat jugak. Harini mungkin kita tak nampak tapi suatu masa nanti mungkin diakhirat amalan ni akan menolong kita ke syurga. In shaa Allah. Dulu masa aku mula2 berhijrah, aku cuba istiqamah amalan ni dulu sebab liat sangat nak bangun tahajud. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

3. Baca ayat qursi selepas setiap kali solat fardhu. Mashaa Allah mudah sangat amalan ni tapi fadhilat nya subhanallah besar sangat la. Antara hadis yang selalu disebut oleh ustaz tntang kelebihan amalan ini ialah “sesiapa yang membaca ayatul kursi setiap kali selepas solat, maka jaraknya dengan syurga hanyalah kematian”. Aku banyak dengar hadis ni dalam ceramah ustaz2. So saya jadi cuba buat walau tergesa macam mana sekalipun. Sapa je tak nak syurga kan.

4. Baca surah Al-mulk sebelum tidur. Yang ni sangatlah penting sebab kita semua akan mati. Dan bacaan Al-mulk ni yang akan menjdi pendinding kita di alam kubur. Ngerinya alam kubur nanti hanya Allah je yang tahu. Kalau malas sangat nak bukak quran nak baca, aku akan bukak mp3 dan mainkan pastu aku ikut. In shaa Allah, lama2 kita akan hafal surah ni. Tak panjang mana pun. Inshaa Allah semua orang boleh. Aku ni penakut yang amat sangat esp kalu kena tido sorang2 so kalau aku baca surah ni kurang skit takut aku sebab aku yakin Allah hantar malaikat untuk jaga aku walaupun hakikatnya malaikat ada je sentiasa. Aku brharap sangat kubur aku nanti sentiasa bercahaya je sebab aku takut gelap so aku cuba untuk baca jugak walaupun malas macam mana sekalipun. Aku kongsi sebab nak ajak semua pembaca buat jugak. Nak istiqamah tu memang sakit tapi kita cuba n pujuk diri “Kalau semalam aku tak buat, aku mesti kena buat harini!” Atau “Aku dah baca semalam, tapi aku tak tahu mungkin ajal aku malam ni, so aku kena buat lagi malam ni!”

4. Akhir sekali bacaan Al-mathurat. Yang ni lazimnya dibaca dua kali lepas subuh dan asar. Tapi kalau tak mampu sekali cukuplah and bila2 masa pun boleh. Ada dua, mathurat kubra dan mathurat sughra tapi aku biasa amal yang sughra je iaitu yang pendek sebab aku hafal yang tu je. Ini satu lagi amalan yang sangat memberi impak kepada aku. Pngalaman aku sndiri, pernah diuji sakit sebab terkena gangguan and banyak kali jugak jumpa ustaz2 untuk berubat. Sekarang pun kadang2 masih ada jugak gangguan tapi Alhamdulillah tak teruk and aku cuba untuk ikhtiar sendiri dengan membaca ayat2 Al-Quran dalam manzil dan al mathurat tu. Sebabnya surah2 tu jugak termasuk dalam surah2 ruqyah. Selain tu, sambil bawak kereta ke motor boleh la baca al-mathurat, tak de lah buang masa kan lgpun dlm mathurat tu pun ada mcm2 doa. Aku sangat syorkan semua untuk amal al mathurat setiap hari dan kalau boleh hafal sekali. Mula2 hafal permulaan al-mathurat tu mula dari al fatihah sampai 3 qul Pastu slow2 hafal Zikir2 tu plak. zikir tu pun penting jugak sebab banyk doa2 dalam tu mcm doa pelindung diri, doa murah rezeki dan macam2 lgi lah. In shaa Allah kalau kita amal hari2 in shaa Allah kita akan ingt dgn sendirinya x payah susah2 hafal.

Itu sahaja yang aku mampu kongsikan buat kali ini. Maaf andai confession aku terlalu panjang. Sejujurnya banyak lagi yang aku nak kongsi dengan korang tapi in shaa Allah kalu ada rezeki aku pasti kongsi. Andai ada salah atau penambah baikkan korang boleh kongsi jugak di ruang komen. Semoga kita sama2 peroleh manfaat. Semoga matinya kita, tapi hidupnya perkongsian ilmu2 dari kita.

Mula slow2, nak istiqamah tu memang makan masa. Iman manusia ni ada turun naik, so kerajinan nak beribadah tu bukan setiap masa datang. Ada masa malas jugak. Sama macam aku. Time rajin tu buat. Time malas paksa diri untuk buat mana yg mampu. kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua. Semoga Allah kuatkan kau dan aku untuk terus beribadah. Amin.

Akhir sekali, aku nak mengajak semua orang untuk dengar ceramah2 di masjid ataupun di YouTube. Macam aku, aku suka dengar ceramah ustaz dusuki dekat youtube. Memang favourite akulah sebab ceramah2 tu buat aku lebih ingat mati dan berusaha untuk tingkatkan amalan aku.

~syurga kan luas. Jom kita masuk sama2.

– Fateh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Internship

PengakuanKu

Setelah membaca bebenang oleh salah seorang pelajar latihan industri yang telah menjalani praktikal di sebuah syarikat yang ternama, aku pun nak jugak bagi ‘bebenang’ kepada pelajar praktikal. Memandangkan aku tak ada akaun Twitter, so aku bagi bebenang aku kat sini.

Aku faham apa yang dia lalui. Aku pun pernah lalui zaman praktikal. Tapi agak menguciwakan apabila ramai pelajar praktikal yang ambil mudah dengan latihan industri mereka. “Ala, internship je pun.” Tahukah anda, latihan industri juga merupakan salah satu batu loncatan yang paling terbesar untuk kerjaya masa depan anda?

Meh aku bagi dulu definisi Internship. “An internship is a period of work experience offered by an organisation for a limited period of time.” (Sumber: Wikipedia).

Kalau malas sangat nak cerna dalam Bahasa Inggeris, aku terangkan dalam Bahasa Melayu. Latihan Industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan bagi setiap pelajar untuk diberikan pendedahan awal kepada mereka sebelum memasuki alam pekerjaan. Kalau still tak faham, abaikan je ‘bebenang’ ni.

So, apa yang perlu korang persiapkan sebelum praktikal?

1) Persediaan mental

2) Persediaan kemahiran bekerja

3) Persediaan kemahiran insaniah

Aku letak persediaan mental di tempat yang pertama sebab percayalah, korang akan rasa ‘mental’ dulu bila start praktikal. Semuanya baru. Selama bertahun-tahun asyik belajar teori kan. Tiba-tiba kena praktikkan segala teori dengan level kefahaman yang tenggelam timbul waktu belajar dulu.

Jangan fikir bila intern, kita duduk di pejabat, suasananya aman-damai memanjang. Main taip-taip keyboard komputer sambil kilatkan kuku. Pastu bancuh kopi kat pantri. Bila rasa nak kerja, kerja. Rasa bosan, call bf/gf. Dik, tempat kerja ni macam satu tempat peperangan tau, bukan tempat untuk ternak lemak. Especially bila intern di syarikat swasta yang terkemuka. Mental kena kuat.

Mentaliti nak jalani internship untuk dapatkan markah dan elaun sahaja perlu dijauhi. Sebaliknya, pasanglah niat, ini first step yang perlu kita lalui untuk memasuki alam pekerjaan.

Kedua, kemahiran bekerja sangat diperlukan. Sebab apa? Sebab semasa kita praktikal, majikan juga sedang membuat penilaian terhadap cara kita bekerja. Selagi rasa mampu untuk buat sesuatu pekerjaan yang diminta oleh majikan, say yes! Elakkan perkataan “Saya tak tahu”, “Saya tak pandai”. Kita kan ada akal untuk berfikir. Sekarang semuanya di hujung jari, boleh search je apa yang kita kurang tahu. Kalau betul-betul tak tahu, jawapan paling selamat, “Saya kurang pandai untuk tugasan ini, tapi saya boleh cuba.”

Jangan merungut kenapa perlu lakukan pekerjaan di luar bidang. Aku pernah trained student intern. Dah belajar dalam bidang dah pun. Praktikal pun kena buat kerja berkaitan dengan bidang. Aku tak pernah suruh bancuh kopi ke, cuci jamban ke, tapi masih bermalasan dan beralasan.

Luar atau dalam bidang bukan persoalan. Apa yang penting usaha. Kalau nak berjaya, perlu mula dari bawah. Kalau kita expect nak terus berada di atas, percayalah majikan yang korang rasa hanat sebab suruh bekerja di luar bidang, tak mustahil korang lagi hanat suatu hari nanti. Sebabnya tak pernah dan tak nak mendalami kesusahan bekerja sebagai kelas bawahan. Btw, aku pun golongan pelajar praktikal yang bekerja di luar bidang. Pernah jugak kena maki kat public dengan staff, tapi chill k. Itu semua menjadikan kita lebih kuat.

Ketiga, kemahiran insaniah atau soft skills. Kenapa perlunya ada kemahiran ini? Sebab ianya berkait dengan etika dan attitude kita. Kalau kita buka perniagaan sendiri pun, masih memerlukan kemahiran insaniah untuk menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Percayalah, bila kita berkelakuan baik, semua orang akan senang dengan kita. Tapi kalau still orang tak senang dengan kita, itu tandanya kita jauh lebih baik daripada dia. Biasalah, orang kita ni level ‘PhD’ (perasaan hasad dengki) boleh tahan.

Pernah ada seorang pelajar praktikal berbangsa India tanya aku, “Kak, orang Melayu memang selalunya kentut kuat ye?” Terbeliak mata aku dengar soalan dia. Dia bagitahu aku yang sekumpulan pelajar perempuan yang juga intern di situ pernah ‘buang angin’ tanpa rasa segan-silu depan dia. Jawapan epic pelajar-pelajar intern perempuan ni tadi, “Rileks lah, biasa jelah macam ni..” Jangan pandang remeh dengan ‘habit’ korang yang tak semenggah.

Apa yang perlu dipraktikkan adalah ilmu dan pengetahuan kita semasa belajar, bukan tabiat buruk yang kita selalu buat waktu belajar.

Sekiranya ada permasalahan seperti masalah kesihatan, kewangan atau tempat tinggal yang jauh, maklumkan kepada majikan atau bahagian HR syarikat supaya tidak timbul isu di kemudian hari.

Majikan tak ada ilmu hipnotis untuk baca fikiran kita. Jadi, kita yang perlu bertindak. Apa jua permasalahan, bersemuka atau hubungi majikan untuk selesaikan. Kalau segan atau buntu, kita boleh tanya pendapat supervisor industri atau supervisor universiti/kolej kita. Elakkan daripada mengadu masalah kepada staff ‘bawang’ kalau rasa tak nak menangis di penghujung praktikal.

Selain membawa imej diri, kita jugak sedang membawa imej universiti/kolej dan juga imej keluarga. Kesian, nanti adik-adik junior kita tak boleh praktikal di syarikat tersebut disebabkan masalah kita.

Sekiranya syarikat tersebut benar-benar melakukan kezaliman, maka buatlah laporan kepada pihak yang berkuasa, bukan laporan di muka buku. Kita juga ada hak dan kita juga ada undang-undang kan?

Good luck untuk semua student praktikal. Semoga segalanya dipermudahkan. Trust me, pengalaman akan mendewasakan kita. Kalau benda yang sama berulang, itu tandanya kita tidak belajar dari kesilapan.

– Temah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Brutal

PengakuanKu

Hai tuan admin salam kejauhan daripada Princes Dustbin bukan nama sebenar hahahahaha… sorry kalau confession ini terlalu panjang.

Lets start,
Dah terlalu lama sy berniat utk mennulis kat sinni, tp sy dihantui sikap mls. Walau bgaimmanapun, bnyk confession kebelakangan ini menarik yg telah mendorong tertulisnya confession ini. Haaa baru ni mmg ada geng sy yg kurang jls penglihatannya tp smstinya sy jauh lebih teruk hahaha… Lps tu ada lg seorg hot guy yg cerita fsl perbelanjjaan tu, menariknya I got my first impression on that guy hehehe

Ok! sy ialah seorang OKU yang mengidap penyakit Retinitis Pigmentosa (RP). Sehingga kini seluruh dunia belum menemui kaedah rawatan RP. Namun sedikit pun sy x rasa kecewa hahaha… knpkah sy begini??? Sabar! nt bila ada kesemmpatan sy bg tau ye… Meskipun begini namun sy terbang ke utara Malaysia untuk mengembara mencari ilmu demi untuk bergelar graduan Berjaya. Alhamdulillah bulan lepas telah Berjaya menggenggam segulung ijazah kelas pertama & never jobless even OKU expect as a sampah dalam industri…. Hmm nmpk mcm senang je kan… tp zahirnya sy terpaksa merentasi laut Cina Selatan n batinnya sy terpaksa beranang di dalam lautan api…. Wauuu hahaha.

Sy dilahirkan dlm kluarga miskin, yatim tp bukan piatu… sy benci doctor mata kerana dulu merreka langsung tak selamatkan hidup sy. Sy dibiarkan, ke sekolah sy langgar pagar, ke kantin sy langgar tiang, dlm kelas sy duduk mcm budak bodoh. Bila exam sy dpt no 0, bukan no uncit ya. Akhhirnya sy berhenti sekolah & jd kkuli di rumah. Settelah 1 thun menganggur mulalah sy depress, knonnya “bagus sy mati ikut atok, hidup pun bosan je” hahaha skg sy sdr rupanya time sy berusia 9 thun dlu sy pnh mengalami depression. Time kat kampus ada gak jd balik dengan cerita n mslh yg berbeza
Sy pnh salahkan cikgu sys bb kata mereka seronok hidup d universiti. Tapi tu tipu. Hidup d university sebenarnya sgt sengsara bila tiada mata. Tp happy juga sbb ada duit, boleh makan2, beli belah, jalan2 etc hahaha. Sejak zmn skolah lg mmg org ckp sy gadis brutal tp turun naik hidup kita siapa tau?

Sy suka duit, sy suka asset. bg sy duit lbih pnting dpd kasih syg. Sy tak kisah tak ada orang yg menyayangi sy kerana sy mampu je menyayangi diri sndri, allah pun syg kan makhluknya trmasuklah sy. Sy sgt pndai simpan duit sejak dulu hingga skg. Tp kemampuan sy menyimpan sgt kecil 5 angka ja berserta dua bidang asset. Biasalah student kan, xda business pla tu. Dulu2 mak bg bekal ke asrama RM20-30 je utk berbulan2 d asrama, nak beli 1 tin biskut sedap pun sy x mampu, slalu sy buat muka 10 sen dgn kwn klu nak mkn biskut sedap hahaha maluuuu nya…. Habis SPM sy carri bapa sy utk dptkn 500 utk belajar IT kat semenanjjung. Janji punya janji lastly dptlah sy hanya RM50 huhuhu. Sakit hati sy time tu, sy pulgkn balik duit tu n berjanji x akn minta lg duit dpd bapa sy, n suatu hri nnt sy x akn bg dia dduit langsung hahaha jahat betul… Sbnrnya time tu sy ada je saving lbih 5k tp x nak kacau sbb nak bg genap 10k utk apply lessen kontraktor. Bukan kontraktor yg tukul2 bangunan, beerpanas2 tau yg sy nak… sy nak jd orang yg pegang tander tu. Hahaha budak mentah, rumah pun ko tak dde, tinggal bilik sewa je. Ada hati???

Alhamdulillah dulu hingga kini saya bebas ke mana-mana dgn duit sy tanpa menyusahkan sesiapa. Memang hidup sgt menyakitkan tp sy buang je kesakitan tu dlm tong sampah. Lebih menyakitkan lagi bila tubuh sy yg kecil ini terkadang tak mampu dah nak angkat minda n hati sy. Susah juga jadi manusia yg terlalu berjiwa besar. Sangat penat, minda sentiasa berlari-lari manakala sang hati pula tak berdaya nak mengejar minda.

Ok cukup dulu setakat ini ye. Kalau cerita ni disiarkan insya allah tajuk cerita akn datang ialah aku dan semua dendam cinta.

Akhir sekali, ambillah isi yg baik2 dan yg buruk buang ja dlm tong sampah ye.

Bye bye from Princes Dustbin

– Princes Dustbin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Disebalik Sekotak Chizza

PengakuanKu

Aku menghempaskan punggung di katil. Letih rasanya perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam daripada segamat ke johor bahru.Di hujung mejaku terdapat sekotak chizza yang aku bungkus semasa di segamat tadi, hajatnya untuk buat makan malam nanti. Tanpa ku sedar air mata mengalir, bersedu sedan aku menangis. Apalah hibanya rasa hati ini, bergelinang air mata sehinggakan pandangan aku terhadap chizza itu semakin kabur. Aku memejamkan mata. Ya Allah berkati hubungan kami berdua ya Allah.

2 jam tadi Allah telah menjentik hatiku yang keras ini. Ya hatiku yang keras terhadap kekasihku. Aku bersungut kerana aku merasakan kekasih aku ini sambil lewa orangnya. Aku melepaskan marah kerana kekasih aku ini tidak bertegas dengan orang yang mengambil kesempatan kepadanya. Aku menengkingnya kerana aku merasakan sudah cukup lama aku membuang masa bersamanya. Akan tetapi aku tidak pernah lihat apa yang kekasih aku lakukan selama ini. Aku tidak tahu apa yang dia usahakan dibelakangku. Aku tidak pernah bertanya kesulitan dan kesukaran apa yang ditempuhinya sehingga aku merasakan dia tidak berusaha untuk bekerja. Di sebabkan kebodohan dan keras hatiku, aku melepaskan geram dan amarah kepadanya. Akan tetapi kasih sayang dan cinta sejati yang di balasnya. Tiap kali aku marah dia akan mengusap belakangku untuk menenagkan amarahku. Oh Tuhan butanya aku, tidak nampak usaha dan kasih sayangnya selama ini.
Sekali lagi air mataku mengalir tak kala menulis kesedaran diriku sendiri. Mungkin siapa yang membaca tidak akan faham apa yang aku maksudkan kerana rasa hati ini dan cinta kami berdua terlalu sukar untuk dijelaskan dan mengerti. Hanya mereka yang ikhlas sahaja akan faham.

Di sini bermulanya hati kerasku lulus dan air mataku jatuh. Aku melihat ke dapur rumahnya. Hanya terdapat sebungkus nasi sahaja. Nasi itu kepunyaan adiknya, dibeli oleh ibunya. Aku bertanya,
“hai satu je, ni untuk adik abang kan?untuk abang tak ada ke?malam ni nak makan apa?”
“macam tu lah sayang, abang kat rumah ni, tak apa lah abang ada beli Meggie tadi, nanti abang masak Meggie kalau lapar”
Aku lalu secara sembunyi meletakkan chizza yang aku beli tadi di mejanya. Sambil menahan sebak aku melangkah keluar, setibanya di pagar aku memberitahunya
“abang, orang letak chizza kat atas meja tu, malam nanti makan tu”

Dia marah dan memanggilku. Dia cakap, dia tidak suka akan perbuatan aku itu. Dia lelaki dan sudah diajar untuk hidup kuat. Aku menitiskan air mata, oh kuatnya kekasihku. Aku mengambil semula sekotak chizza itu dan terus belalu ke kereta untuk gerak balik ke JB. Sempat aku mengerling ke raut wajahnya. Seperti menangis, ntahlah. Mesejnya bukan disebabkan makanan, akan tetapi kisah hidupnya yang terlampau memilukan. Ada keluarga seperti sebatang kara. Di situ aku sedar bukan kudratnya untuk memilih hidup seperti ini. Tiada pekerjaan yang tetap, makan minumnya tidak terjaga apatah lagi pakaian nya. Dia berusaha sedaya upaya, jika kita manusia normal perlukan usaha 100% tetapi kekasih hatiku ini memerlukan lebih lagi untuk meletakkan diri sama seperti kita. Itulah cinta hatiku, kekasihku si buta. Mohon Allah berkati jodoh kami. Mohon doa daripada kalian juga. Terima Kasih.

– kekasih Si Buta

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Zuriat

PengakuanKu

Assalamualaikum warga iium dan terima kasih kepada admin sebab sudi siar confession saya berkenaan zuriat ni. Saya Aisyah bukan nama sebenar dan berumur pertengahan 20-an. Ni merupakan kali pertama saya membuat confession dan harap maaf sangat-sangat kalau penulisan saya banyak yang tidak tersusun huhu. Berdasarkan tajuk saya tulis pun mesti ramai yang dapat mengagakkan confession saya ni berkaitan apa. Sebelum saya mulakan penulisan saya ni, saya ingin memberitahu yang saya sudah berkahwin sudah 1 tahun 3 bulan, tapi belum ada tanda-tanda untuk saya merasa ada zuriat kecil dalam rahim ini. Saya tahu ramai wanita di luar sana pun macam saya juga masih menantikan kehadiran si kecil dalam rahim ini. Tujuan saya tulis confession ini sebab saya ingin bertanya kepada ibu-ibu dan wanita-wanita diluar sana macam mana untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan datang juga tidak tetap 2 3 bulan sekali barulah berkunjung tiba. Mungkin disebabkan masalah haid yang tidak tetap dan teratur dari zaman remaja lagi menyebabkan saya untuk sukar hamil. Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai tips-tips yang perlu diamalkan dan juga prosedur apa yang perlu dilakukan di hospital untuk membuat pemeriksaan kesuburan suami isteri untuk ‘ttc’ macam saya ni.

Kadang-kadang sedih juga tengok kawan-kawan baru berkahwin 2 3 bulan sudah ada isi. Tapi tu mungkin rezeki mereka, betullah orang cakap setiap orang ini ujian dia lain-lain. Dan saya pun tidak pernah terfikir pun untuk dapat ujian yang macam ni. Walaupun usia perkahwinan saya baru lagi tapi lebih baik berikhtiar daripada menunggu sahaja. Sebab saya pernah dengar ada doktor pernah cakap kalau usia perkahwinan kita sudah cukup 1 tahun dan tidak menggunakan apa-apa ‘protection’ tapi belum lagi berjaya hamil lebih baik pergi buat pemeriksaan doktor. Cakap pasal pemeriksaan doktor ini, saya pun nak tanye pada siapa-siapa yang pernah buat pemeriksaan untuk check kesuburan suami isteri macam mana prosedur dia kalau buat di hospital kerajaan ataupun swasta dan lama ke tidak untuk proses menunggu? Siapa- siapa yang sudah berjaya hamil setelah membuat rawatan di mana-mana klinik ataupun hospital bolehlah kongsi pengalaman anda di ruangan komen. Saya tahu mesti ramai bakal-bakal ibu di luar sana ingin tahu.

Saya berharap sangat dapat komen-komen yang positif daripada ibu-ibu dan ‘ttc’ diluar sana yang sudah berjaya hamil untuk membantu ‘ttc’ mcm saya ni. Saya juga berharap warga confession iium ini dapat mendoakan saya untuk mendapat zuriat pada tahun 2018 ini. Pada ‘ttc’ macam saya ini juga saya berdoa semoga dengan kehadiran tahun baru ini kita dapat merasa si kecil hadir dalam rahim kita nanti. Insyaallah, selagi seorang perempuan itu ada rahim selagi itu dia boleh mengandung. Cuma cepat atau lambat sahaja. Bagi mereka yang senang lekat pula, tak perlu untuk tanya soalan sensitif bila nak dapat anak dan tak ikhtiar ke?? Kalau lah mereka-mereka tahu bahawa masa awal perkahwinan lagi pun sudah bermacam-macam dah ikhtiar sebab nak cepat dapat anak. Tapi nak buat macam mana anak tu kan rezeki dan Allah yang bagi kita rezeki tu. Kalau kita dah usaha macam-macam tapi Allah belum bagi lagi nak buat macam mana. So pada mereka-mereka itu, jagalah percakapan anda dari bertanya berkenaan soalan sensitif ini. Akhir sekali, semoga saya mendapat komen yang membina dan positif daripada anda semua.

– -insan yg menantikan zuriat-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Friday, 29 December 2017

Jong Hyun, Depression, dan Bunuh Diri

PengakuanKu

Dah lebih 10 hari jonghyun mati bunuh diri. Kematian dia memang betul-betul terkesan pada aku. bukan sebab aku gila kpop. Tapi ada something yang mengajar aku untuk ubah sudut pandang pasal bunuh diri.

Jujurnya aku tak kenal pun siapa jong hyun ni. Bila dia dah mati, baru aku google pasal dia. baru tahu dia ahli kumpulan shinee. Aku rasa macam tahu je group korea ni. Bila aku search rupanya banyak lagu-lagu dorang yang aku pernah dengar. Sebab dari zaman sekolah tahun 2008 memang layan lagu dorang. Tapi masa tu aku tak amik port pun group mana, hanya dengar lagu-lagu yang aku rasa best.

Masa aku google pasal jong hyun dan kumpulan shinee ni, baru aku tahu si jong hyun ni ada buat lagu solo dan dah terbitkan 2 album solo dia. Selain tu dia jadi Dj radio dan penulis buku. Bila aku dengar lagu-lagu dia, ada antaranya yang menarik perhatian aku. Aku jadi suka dengar lagu-lagu dia. Kena dengan taste aku. Slow melody. So aku pun cari la maksud lagu-lagu tu..hasilnya??

Memang kebanyakan lagu dia cerita tentang depression yang dia alami selama ni. Tapi ramai yang tak perasan pasal depresion tu. Most of the songs he wrote about it. Tentang apa yang dia rasa. Apa yg dia alami. Kesakitan dia. Lonely dia. Cerita pasal betapa terseksanya dia, tapi tak dapat nak luah pada sesiapa. Dia pernah luah pada orang, tapi semua tak faham perasaan dia. Tak cuba pun nk faham dia. Last-last dia diamkan je. Tahan je dlm hati.

Kalau korang nak tahu, cuba la google lagu-lagu dia. antaranya:
-the end of a day
-lonely
-let me out

Melalui lagu yang dia tulis, Dia macam dah lama plan nak bunuh diri tapi dia hold.

**Disclaimer: jangan salahkan aku kalau korang trigger bila dengar lagu dia.

Bila aku baca translation lagu-lagu tu, aku memang boleh rasa apa yg dia rasa. We are in the same boat. Aku pun selalu rasa nak mati. Nak bunuh diri. Tak sanggup hidup lagi kat dunia ni. Macam-macam cara aku buat. Telan panadol berpapan, cuba kelar tangan, nak duduk tengah jalan biar orang langgar. Macam-macam idea nak bunuh diri.

Tapi dia bertuah, sebab dia ada bakat untuk luahkan perasaan dia melalui lagu. Dia pun pernah tulis buku untuk cerita pasal sakit dia tu. Mungkin itu antara cara dia nk lepaskan depression tu. Mungkin dapat kurangkan rasa sakit dalam diri dia. Dan itulah satu-satunya cara yang dia boleh keep going untuk hidup. Sampailah petang 18 disember tu, dia dah tak boleh lagi nak teruskan. Dia kalah dengan perang diri dia sendiri.

Aku tak salahkan dia mati.
Itulah jalan yang dia pilih untuk keluar dari rasa sakit depresi. Lagi satu sebab dia bukan islam, so orang tak judge dia berdosa ke apa. Ramai fan dia semua hormat keputusan dia bunuh diri. Sebab dia dah berjuang selama ni semampu yang dia boleh, walaupun akhirnya dia tewas di tangan sendiri.

Kisah jong hyun bunuh diri masuk dalam kepala aku dalam-dalam. Berhari-hari aku fikir pasal kematian.

Baru aku sedar yang bunuh diri bukan satu jalan penyelesaian yang baik malah memakan diri. Apatah lagi kita orang islam. Allah murka pada kita. Allah laknat. Nabi tak mengaku umat. Apa hak kita ambil nyawa kita sendiri setelah macam-macam nikmat yang Allah kurniakan pada kita?

Lagi satu, bila kita mati bunuh diri, lagi banyak kita kena jawab dengan Allah. Jawab dengan malaikat dalam kubur. Belum masuk lagi kita kena seksa, kena azab dalam kubur. Campur azab kat padang mahsyar lagi. Terus aku sedar kematian akibat bunuh diri bukanlah keputusan yang baik.

Lantaklah si jong hyun kalau dia nak bunuh diri. Itu yg dia pilih. Mungkin dia fikir lepas dia bunuh diri, dia dah tak rasa sakit. Tapi hakikatnya sama je seksanya dalam kubur tu.

So sapa-sapa yang dok fikir nak bunuh diri tu, fikirlah dalam-dalam. Berbaloi ke kita mati dalam keadaan terseksa macam tu? Seksa dunia seksa juga di akhirat.

Jangan tanya aku macam mana nak keep going to live sebab aku sendiri masih struggle untuk teruskan hidup dengan depresi. Sakit dan menyeksakan. Ya aku tahu. Tapi itulah yang Allah dah suratkan untuk kita.

Ketahuilah, Allah tak kejam. Allah tak zalim. Mesti ada sebab Allah bagi kita sakit depresi. Yang penting cuba positif dan bangun, cuba cari pertolongan untuk bantu kita teruskan hidup. Jangan asyik fikir mati je. syaitan memang suka kita mati. Sebab dia menang, hasut kita.

Aku tak kisah orang nak kecam ke nak troll ke ape. Atau orang nak cakap aku ni bajet alim ke tunggang agama ke. Ni apa yang aku rasa. Nama pun confession. Sape yang bace , aku harap korang sedar tindakan korang sebelum ambil keputusan nak bunuh diri. Yang tak nak baca sila scroll confession lain.

Akhir sekali, nasihat aku ..
Usahalah, ikhtiarlah yang terbaik untuk kurangkan depresi dengan apa cara sekalipun. Doalah banyak-banyak. Allah tak uji kalau kita tak mampu.

– SWD

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

My Imperfect Parents

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt dear readers. I want to share today about my parents and my family. Hope it will give some lessons to us all. Harap tak da mak cik dan pak cik bawang yang kata buka aib ke apa sebab well you will not know me and my family.

My father is now a middle aged man. He is the definition of typical malay man nowadays. He is now a smoker after successfully quit for 20 years. Katanya sebab anak dah besar. He has poor financial knowledge and management skills. To be honest i prefer he does not work. Sebab akan makin banyak rugi. Ayah bekerja sendiri, dia sangat baik, dah lah bagi harga murah then bagi orang hutang plak. Dah lah kerja ayah banyak pakai tenaga dan masa. At the end orang yang tak bayar hutang (lagi2 saudara mara dan kawan2) and ayah lah pulak yang berhutang dengan supplier. Ayah suka buang masa dan ayah suka makan luar, pergi lepak dengan kawan-kawan dan main dam. Tapi ayah sangat baik walaupun duit dia tak banyak tapi suka belanja kawan2 dan family. Tapi dalam erti kata lain ayah ni boros. Ayah tak suka hadirkan dalam program sekolah anak2 sampai orang ingat mak saya ibu tunggal. Saya tak pasti sebab apa. Mungkinkah sebab dia rasa lemas pergi majlis formal? One fine day insyaAllah saya akan tanya.

Ayah ada perangai ‘diva’. Dia suka barang branded. Dia suka pilih barang personal dia sendiri. He’s choosy. And i will never buy any gift to surprise him. Nak belikan dia something bawa dia, bagi dia pilih sampai puas hati. But please sila pastikan duit anda cukup. Haha. Ayah tak suka pergi klinik kerajaan sebab dia tak suka menunggu. Buang masa katanya (sambil saya buat mata ke atas). Siapa yang follow up kat klinik kerajaan tahulah biasanya makan separuh hari jugak. Dia kalau boleh sampai tu terus masuk jumpa doktor. Untuk orang macam ni private la jawapannnya. Tu pun tak leh klinik biasa sebab klinik swasta biasa pun ramai orang. He supposedly under follow up klinik pakar swasta, datang ikut temujanji supaya dia tak perlu menunggu. Haha tapi kan macamlah dia tu kaya sangat. Saya suka klinik kerajaan sebab bukan sahaja murah tapi anda akan dijaga sepenuhnya. Penilaian risiko, start ubat dan tengok capai target tak dan ada kesan sampingan tak.

Eh habis tu takkanlah ayah saya tak da sifat bagus? Ada.. banyak jugak. Dia tegas dan Alhamdulillah sebab ayah tegas anak2nya so far semua menjadi. Alhamdulillah syukur sangat2 Allah jaga keluarga kami daripada masalah sosial. Ayah tak boleh tengok anak2 dia pakai pakaian tak cukup kain semua. Ayah tak tinggal solat dan pada umur sekarang sangat rajin mengaji. Another bonus point for us to respect him more. Saya sangat pantang orang merokok so i cant hold myself from nagging when he smokes. Tapi syukur ayah saya tak kuat merajuk. Ni antaranya tapi nanti saya akan cerita pulak kekuatan both of my parents as a partner.

Mak saya? She is an iron lady. Opposite to my father, mak saya adalah pengurus kewangan di rumah. Tanpa mak, hancurlah kewangan keluarga kami. Dari kecil bila isi borang kami anak2 akan isi yang mak adalah suri rumah. Tapi maklah the real breadwinner in the family. Mak buat macam2, berniaga macam2, pernah buka gerai luar sekolah, bawa van, angkat generator dan tong gas untuk niaga, at current age mak masih jadi distributor agents untuk beberapa produk makanan (real makanan bukan produk mengarut: contoh kerepek) selain keluarkan produk makanan sendiri. Mak kerja keras and salah satunya untuk bayar hutang2 ayah pada supplier sebab orang2 yang tak bayar hutang ayah. Tangan mak kasar. Mak tak sempat jaga penampilan. Mak is a bad housewife. Rumah kami selalu sepah. Salah satu sebabnya tak sempat nak kemas rumah sebab sibuk cari duit. Tapi alhamdulillah ayah dan anak2 tak pernah dibiar kelaparan, sebab mak kerja sendiri mak boleh adjust masa untuk masak.

Lawan pada ayah juga mak sangat jimat. I still remember vividly when i offered to buy a handbag to my mum 2 years ago. Tak mahal pun, mall tengah buat YES dan harga dia cuma RM80. Mak saya cakap tak minat. Sebenarnya dia tipu, dia takut saya tak cukup duit belanja sebab waktu tu saya baru transfer dan memang guna banyak duit bila transfer tu. Sebelum beli apa2 mak akan tanya diri dia ada tak kepeluan lain rumah atau anak2 yang dia kena beli.

Mak ayah saya memang tak sempurna. Tapi they are the biggest gift from god for me. So precious. “Maka nikmat Tuhan-mu yg manakah yg kamu dustakan?” Mak ayah dah tunaikan tanggungjawab dia memberi nama yang baik pada kami, pendidikan duniawi, pendidikan akhirat, kami diajar mengaji al-quran dari kami kecil dan khatam quran semasa sekolah rendah, mak selalu jadi cikgu tuisyen buat summer camp untuk matematik buat kami, terutamanya masa mak muda dulu bila kudrat dia masih banyak. Ayah disebabkan dia boros jugak, dia tak pernah berkira untuk beli makanan berkhasiat untuk kami. Mak ayah (lagi2 ayah) sangat pantang junk food dan fast food. Umur anak2 besar dia dah nak masuk 30 tahun and junk food dan fast food masih haram di rumah kami. Kecoh rumah kami kalau terjumpa plastik maggi di belakang rumah. Haha siapa kantoi makan sorok2 tu?

Mereka sangat2 jarang bergaduh jadi kami membesar dengan mental yang sihat. As far as i can remember cuma sekali mak dan ayah berperang besar, depan makanan waktu tu. Kami adik beradik menangis. Sangat terganggu perasaan walaupun tiada physical contact dibuat. Tapi mujur semua tu hanya disebabkan mak waktu tu ada hyperthyroidism, emosinya sangat labile dan sangat cepat irritable. Alhamdulillah sementara je, lepas tu mak disahkan sihat tanpa perlu operate atau ubatan. Saya tak boleh bayang betapa teruknya emosi anak2 dari broken family, yang mak ayah selau gaduh besar. Saya dan adik2 yang rasa sekali pun sangat terganggu.

Lagi sebab lain yang menyebabkan saya sangat sayang pada mak ayah saya adalah they are always there for us. Mereka ada pada setiap jatuh bangun kami. Pada usia sekarang, mereka layan kami dan hormat kami anak2 seperti orang dewasa. Dulu2 sama je macam korang, masa saya habis spm, terlampau banyak drama dan air mata sebab my parents against what i want. Tak bagi study abroad.

Now they listen to our hearts, they accomodate to each of our character and personality. Bila anak2 gaduh, mereka jadi orang tengah, tak jadi batu api suruh masing2 bersabar walaupun anak2 degil gedegaq. Mereka bukan mak ayah yang paksa anak beri sesuatu di luar kemampuan, tak ada minta itu ini walaupun dia tahu anak mereka mampu, tak ada asyik call anak minta duit, minta kereta baru semua. Malah mereka yang risau cukup tak duit kitorang. Alhamdulillah sekarang saya sekarang seorang pegawai berpangkat agak tinggi, belum berkahwin, kalau ikut mata pak dan mak saudara expectation diorang tinggi bukan main. Tapi mak ayah saya tak. Ayah saya pernah cakap pada mak, “angah cukup tak duit tu? Kalau tak cukup duit keluarkan semua duit tabung haji abang.” 1 lagi unlike other Malay parents they never force me to get married eventhough i am almost 30. There is no rush till i am ready. Hmm love u so much mak ayah.

Mak ayah, kita dari keluarga susah. Masa kecil2 dulu kalau minta sesuatu contoh bila angah cakap, “mak boleh tak mak tolong post kain dalam dan sabun basuh?”. Purposely suruh mak post 1 sebab memang nak 2nd sebab jealous tengok orang lain asyik dapat parcel dari parents. Mak akan post, tapi lambat dan mak akan bagi yang 2nd hand. Kain dalam yang dah pakai, lusuh dah berbulu dan sabun basuh yang dah dibuka, splitted into 2. Kalau fluid detergent mak akan letak dalam botol mineral kecil. Angah tak dapat merasa dihantar ke kelas renang, kelas piano semua tu. But i do love you and i know u have done your best. I know it’s time for me to treat you like a king and queen. I want to be ur uwais al-Qarni. Majlis kahwin angah (jika angah kahwinlah) is 100% on me (or with my spouse). I will make you happy, i will work harder so that i can give you more and to make your dreams come true. It’s time for you to retire and enjoy the life.

– Your UWAISah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.