Friday, 29 December 2017

Perlu Ke Post Masalah Kerja di Media Sosial

PengakuanKu

1. Aku scroll Twitter, terjumpa satu thread pasal dia kena buang kerja dengan majikan dia.

2.By the way, budak yang buat thread ni budak intern.Agak terkenal juga majikan dia ni.

3. Aku tak nak cakap sangat pasal isu budak intern dengan majikan dia yang dulu. Sebab aku takde dekat tempat sana.

4. Aku nak beritahu sebab sebab kau tak perlu cerita masalah tempat kerja kau dekat dalam media sosial kau. Walaupun kau nak cakap ‘FB aku, suka hati aku lah !!’

5. Sebab pertama. Nama kau (yang suka cerita mende buruk dalam FB) akan jadi buruk, busuk bau bangkai. Adehh. Maksudnya dekat sini, bila kau suka post masalah kerja kau, tak puas hati dengan orang tu, orang ni, orang akan tengok kau sebagai seorang yang tak matang. Nak perhatian lebih. Tak reti nak selesai masalah secara professional.

6. Akan menjatuhkan nama syarikat. Tak semua syarikat sempurna. Kan. Yelah, kadang pekerja yang salah lebih. Kuat ngulor, main fb, main tepon. Bila kena warning, nak marah syarikat. Adeh. Padahal salah sendiri. So, kalau tak puas hati dengan majikan. Pergi lah ke saluran yang betul.

7.Bila korang dah post buruk buruk dekat FB, karang ada isu pula dengan rakan sekerja. Korang nak cakap dengan A, tapi si B terasa. Dah bermasam pula muka tu. Dah lah dekat office dua orang je. Haha

8. Apa yang korang tulis di internet, akan kekal lah di internet sampai bila bila. Sebab apa? Macam kes ada intern twit problem dia dekat Twitter, dah delete kot Twitter dia, adehh. Walaupun dia delete akaun Twitter dia, tapi netizen netizen dah screen shoot dah. Ehm

9. Ada juga majikan sekarang ni, nak ambil pekerja, dorang tengok media sosial bakal pekerja tu. Kalau korang punya wall penuh dengan mende buruk, maki hamun bos. Kau ingat majikan nak ambil korang. Memang tak lah kot. Karang ada je mende nak up dengan socmed.

10.Cuma aku nak cakap satu je, hal dalam office. Jangan bawa masuk ke social media. Bukan hal office je, hal hal lain yang tak perlu untuk post. Nak guna media sosial, guna secara berhemah. Tapi kalau kau jenis nak juga bercerita masalah peribadi kau, apa kata bila kau post, kau settings only me je. So kau sorang je boleh baca. Haha.

– Laila Lily

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.