Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Naomi bukan nama sebenar aku (haha). Saja layan page ni sementara refresh otak sekejap dari buat kerja. So, aku terfikir nk confess pasal family aku. Aku perempuan umur dah nak masuk 30 tahun pun. Aku tak reti nak mula dari mana sebab banyak sangat aku nak luahkan takut readers tak faham. Ni pun tangan berlumba-lumba dengan otak. Laju sangat proccessor otak sampai tak terkejar tangan nak menaip.
Keluarga aku, aku ada sorang abang, sorang adik perempuan yang pandai bodek kakak dia dan 4 orang adik lelaki yang gagah, hensem dan suka main game. Mak aku dah meninggal. Ayah aku ada lagi tapi dia dah kawin lain dengan mak tiri yang sebaya dengan abang aku (masa ni mak aku hidup lagi. Kiranya mak aku dimadukan tanpa pengetahuan. Huhu). Ni pun ada kisah sedih jugak. Now, ayah aku ada anak-anak kecil 3 orang. Ayah aku dh umur 50-an nak masuk 60 dah. Kadang-kadang aku kesian juga dengan ayah aku mesti orang ingat tu cucu dia bukan anak. Hehe
Adik-beradik aku pula, abang aku dah kawin dah, dah ada sorang anak perempuan yang super duper cute. Pasal abang aku ni, aku malas nak cerita sebab banyak sangat kisahnya. Yang aku nak cerita pasal pesanan (aku ambil as amanah dan wasiat) arwah mak aku selepas dia meninggal. Dalam adik-beradik aku, aku ni kira anak harapan keluarga. Memandangkan aku anak perempuan sulong, aku ni jadi tempat arwah mak aku luahkan perasaan. Masa kecik-kecik aku tak rapat pun dengan mak aku, aku lebih rapat dengan ayah (sebab aku satu-satu anak perempuan sebelum lahirnya adik perempuan aku lepas 12 tahun memegang takhta). Seingat aku, aku jadi rapat dengan mak since mak aku dapat tahu ayah aku kawin lain senyap-senyap kat siam. Mak aku terus jatuh sakit terbaring je macam mayat hidup bila satu-satunya lelaki yang dia percaya buat macam tu. Berat badan susut gila, sama saiz dah dengan aku. Aku dengan mak aku sama-sama nangis masa mak aku call bagitahu ayah aku dah kawin lain. Aku nangis gila-gila. Aku masa ni kat asrama, tengah belajar lagi. Masa tu aku ingat mak aku pesan, “kakak jangan la nangis. Kalau kakak nangis, mama lagi lemah. Mama kena kuat untuk anak-anak mama.” Aku lagi kuat meraung..:(
Dipendekkan cerita, lama-lama mak aku kuat demi anak-anak dia tapi mak aku tak boleh terima apa yang ayah aku buat. Mak aku minta cerai dan bawa diri ke rumah abang aku yang sulong. Lepas tu, ayah aku datang hantar 2 orang adik aku. Masa ni dorang darjah 2 dan darjah 4 kalau tak silap. Aku pula bru start kerja, Alhamdulillah, aku tak merasa menganggur sebab sebelum aku habis belajar lagi aku dah dapat offer kerja. Orang kata manusia ni ada pelbagai dugaan hidup. Macam tu jugak aku. Dipermudahkan dapat kerja untuk bantu keluarga aku. Awal-awal kerja, aku tak ada transport sendiri. Jadi aku sewa bilik yang dekat dengan tempat kerja supaya senang ulang-alik kerja. Rumah abang aku (sewa) dalam sejam dari tempat tinggal aku. Boleh kata setiap seminggu atau dua minggu sekali aku balik rumah abang aku, jenguk mak aku. Setiap bulan aku tak pernah lupa bagi duit belanja kat mak aku. Ajak mak aku beli barang-barang dapur. Apa yang aku beli untuk diri sendiri, mesti aku beli benda sama untuk mak aku. Aku rindu..Sumpah aku jealous bila aku keluar dengan kawan-kawan aku dorang cakap nak beli itu ini kat mak, mak masak macam-macam…Aku dah tak ada mak…
Aku sempat merasa lebih kurang setahun je jalankan tanggungjawab aku sebagai anak yang dah bekerja. Bagi mak merasa duit gaji aku. Masa ni mak aku dah start mengadu yang mak aku selalu batuk-batuk kadang keluar darah sikit. Masa tidur pun tak sedar tetiba ada darah meleleh kat bantal. Aku minta mak aku check kat klinik tapi mak aku cakap klinik cakap tak ada pape . Klinik bagi referral letter suruh refer kat hospital pakar. Sampai sekarang aku rasa sangat menyesal sebab aku tak amik serius dan tak cepat-cepat bawak mak aku check kat hospital. Aku ingat lagi seminggu sebelum mak kena masuk ICU, mak aku call aku tanya bila nak datang jumpa dia dah lama aku tak datang. Mak aku pun ada ngadu cakap abang aku tak hiraukan dia. Balik malam-malam buta (biasalah masa ni abang aku bujang). Masa tu kebetulan memang aku betul-betul sibuk dengan kerja. Aku bagi tau mak aku, aku akan datang minggu depannya. Minggu tu juga aku buat booking nak beli kereta sebab aku nak mak aku merasa anak dia ni ada kereta boleh bawa jalan-jalan. Lepas ni tak payah naik public transport or tumpang orang dah.
Mak aku call hari Jumaat malam, hari Ahad aku dapat call cakap mak aku dimasukkan ke ICU. Terus lemah longlai badan aku. Aku terus ke hospital tengok mak aku dah tak sedarkan diri dengan wayar pun berselirat kat badan dalam mulut semua. Aku tak pernah tengok keadaan macam ni depan mata aku. Selalu tengok dalam tv je. Aku terus menangis tak henti-henti. Aku salahkan diri sendiri sebab lalai jaga mak aku. Aku sibuk dengan kerja sampai abaikan kesihatan mak aku. Kalau aku ambil tindakan awal mesti mak aku tak jadi macam ni. Lepas sehari berkampung kat hospital, doktor panggil aku pukul 4 pagi. Doktor tunjuk xray mak aku. Doktor explain cakap mak aku tak ada tindakbalas positive walaupun dah bagi antibiotik kat paru-paru dia. Doktor cakap lagi kalau tak ada perubahan positive dia minta nak buka alat bantuan pernafasan tu. Doktor pesan suruh call sedara mara semua suruh datang. Faham kan maksudnya. Aku memang tak henti-henti menangis sambil call sepupu adik-beradik mak-mak sedara bagitahu semua.
Pagi-pagi doktor panggil semua adik-beradik cium dahi mak buat kali terakhir sebelum dia buka alat tu. Aku paling teruk menangis. Aku dah hilang mak aku, satu-satu mak yang aku sayang. Ya Allah, aku tengok muka mak aku senyum je…
Lepas tu aku uruskan semua urusan termasuk mandi jenazah, kafan, kat mana nak kebumi semua aku uruskan dengan bantuan orang-orang terdekat. Ni pertama kali kematian orang yang terdekat dengan aku. Aku lost tak tahu nak buat apa. Aku keluarkan semua duit saving ( yang tak berapa nak banyak pun ) untuk kos semua tu. Baru aku tahu semua kena bayar…Lepas seminggu mak aku meninggal, aku kemas barang-barang arwah mak aku..buku-buku dia. Aku ternampak satu diari terselit celah-celah buku. Aku buka. Aku baca. Dalam tu mak aku tulis perasaan dia kat anak-anak. Kekecewaan dia kat anak sulong (abang aku). Kebimbangan dia dengan adik aku yang 2 orang tu sebab masih kecik tak ada sapa jaga kalau dia dah tak ada nanti. Aku tengok tarikh, sebulan sebelum hari dia meninggal. Sambil baca sambil aku menangis. Aku selak lagi. Aku baca mak aku tulis dia yakin dengan aku. Dia yakin aku boleh jaga adik-adik aku dengan baik. Aku satu-satu anak yang dia boleh harap. Last skali dia tulis dia bahagia dapat suami (ayah tiri aku). Lepas bercerai, mak aku ada kawin lain. Ayah tiri aku yang mandikan, hiaskan dan jaga mak aku masa mak aku sakit.
Lama aku menangis. Flashback balik kejadian sebelum mak aku meninggal. Dia cakap ada benda putih lalu depan macam nak terkam dia tapi tiba-tiba hilang macam tu je. Rupanya ni tanda-tanda mak aku dah nak pergi. Nape aku tak perasan masa tu… Sedihnya, mak aku tak sempat pun nak naik kereta yang aku beli…
Hari-hari aku menangis rindukan mak. Teringat bebelan dia. Suara dia. Terngiang-ngiang suara dia call aku. Sampai sekarang selepas 5 tahun lebih mak aku dah pergi mengadap Ilahi, aku sentiasa rindu dengan mak aku. Aku sedaya upaya tunaikan wasiat mak aku supaya jaga kebajikan adik-adik aku. Dari start aku kerja, aku dah tanggung 3 orang adik bawah aku. Masa tu sorang duk MRSM, 2 lagi sekolah. Dari yang bongsu sekolah rendah, sampai sekarang buka sekolah ni dah tingkatan 5. Setiap tahun, aku dah macam mak-mak belikan barang-barang persekolahan adik-adik aku. Setiap kali raya, aku orang yang sibuk sediakan baju-baju raya, sediakan kelengkapan raya. Urusan hal-hal dorang semua aku ambil tahu. Ayah aku? Die cakap aku mampu sara adik-adik aku. Jadi dia serahkan dekat aku. Pernah raya tahun bila, adik aku 2 orang tu dapat RM10 sorang. Suruh beli songkok dan tudung sorang satu. Baju?ayah aku cakap, aku kan ada..Biarlah, aku taknak menghukum. Aku anggap apa yang aku buat salah satu tanggungjawab aku sebagai anak.
Oh, masa mak aku meninggal, ayah aku tak datang ziarah pun walaupun negeri yang sama. Aku pernah tanya. Ayah aku jawab tiada kaitan sebab dah berpisah. Terus-terang aku sangat kecewa dengan sikap ayah aku. Memang betul dah bercerai tapi tak boleh ke fikir perempuan yang meninggal tu pernah sama-sama susah senang dan melahirkan anak-anak untuk kau selama berpuluh tahun? Tindakan aku yang menguruskan pengebumian arwah mak aku juga di pertikai. Menurut ayah aku kenapa aku yang bersusah payah uruskan semuanya. Mak aku kan ada suami. Aku speechless. .
Aku tak bagi duit bulanan kat ayah aku. Aku tolong dia settlekan bil-bil yang tertunggak. Aku tolong settlekan sikit-sikit hutang dia. Mana yang aku mampu. Tapi setiap kali balik melawat ayah aku, aku akan selitkan sikit duit belanja untuk dia. Tipu la kalau aku cakap aku takda rasa marah atau sakit hati. Aku pernah lancarkan perang saraf dengan ayah aku sebab aku tak setuju cara dia buat mak aku. Akhirnya, aku dihalau dari rumah. Ayah aku tak izinkan aku jejak kaki ke rumah dia. Aku keluar, bertahun aku memang tak balik. Aku langsung tak berhubung dengan ayah aku. Last-last aku tak larat dah nak sakit hati. Aku minta maaf depan mak sedara, nenek aku. Aku peluk ayah aku. Aku cuba buat yang terbaik selagi mereka masih ada. Kalau ikut hati aku, terlampau banyak perbuatan ayah aku yang menafikan hak anak-anak dia ni tapi aku yakin Allah yang paling layak menentukan balasan. Aku berdoa supaya ayah aku sedar dan berubah. Tu je aku minta…
Pengajaran dari kisah hidup aku yang masih lagi panjang ni (InsyaAllah)…
1. Sayangi kedua ibu bapa semasa hidup
2. Walaupun sakit hati, kecewa atau terkilan dengan pelbagai dugaan, yakinlah bahawa Allah telah menetapkan jalan hidup kita…berdoa semoga sentiasa di dalam lindungan Nya
3. Setiap orang di uji dengan pelbagai ujian. Ada yang susah dapat kerja, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Redha dengan ujian Nya
4. Kaum lelaki terutamanya, belajar cara-cara menguruskan jenazah supaya senang sekiranya berlaku kematian di kalangan keluarga terdekat, boleh lakukan apa yang patut. Kaum lelaki juga perlu tahu tanggungjawab dan peranan mereka sebagai anak lelaki di dalam keluarga.
Tahun baru yang bakal datang beberapa tak lama lagi ni, aku berharap terus dikurniakan kesihatan yang baik supaya aku dapat terus berbakti kepada keluarga aku (to be specific, adik-adik aku). Adik-adik aku penguat semangat untuk aku. Buat masa sekarang, aku ada 2 orang adik yang masih belajar, sorang dah ke IPTA dan sorang lagi tahun depan tingkatan 5. Aku pun tak menghalang mana-mana adik aku (aku ada 5 orang adik) kalau dorang nak sambung belajar. Aku akan tolong sedaya-upaya mengikut kemampuan aku. Aku taknak adik-adik aku rasa terabai dan kekurangan akibat daripada penceraian ibu bapa kami. . Semoga Allah sentiasa menjaga hati aku. Doakan aku semoga terus kuat memegang amanah ni…
Aku yang masih berusaha,
Naomi
4.39AM
– Naomi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment