Terima kasih jika confession saya disiarkan.
Sedikit intro mengenai diri, saya Zana 27 tahun, seorang isteri dan ibu kepada seorang bayi comel.
Terpanggil untuk membuat confession sebab akhir-akhir ni banyak kes melibatkan guru yang dihadapkan ke mahkamah diatas kesalahan mendenda pelajar. Saya dulu bekas merupakan seorang pelajar yang bermasalah. Bukan favorite mana-mana guru sekalipun. Selalu di denda, rotan makanan harian, ponteng kelas/sekolah, curi2 keluar asrama, gaduh dengan guru. You name it, semua kesalahan saya pernah buat. Sedih dan menyesal ya bila ingat perangai lama. Harap anak saya tidak ikut jejak saya yang dulu.
Saya bersekolah aliran teknik dekat satu negeri kelahiran sendiri. Sekolah yang terkenal dengan pelajar yang bermasalah. Sebagai seorang ahli, saya tidak terkecuali. Masing2 berlumba buat masalah, mencari nama dalam kalangan kami. Masa tu, sape paling banyak kena rotan@kena panggil dengan cikgu disiplin dikira dia paling terror. Yes, itu tradisi kami masa tu. Sedih bila di fikirkan balik. Maafkan kami cikgu. Perangai kami teruk. Cikgu masuk ikut pintu depan, kami keluar ikut pintu belakang. Biasa. Buli, bertumbuk, semua makanan kami. Semua peraturan sekolah kami langgar. Nyatakan apa saja, kami akan buat yang sebaliknya.
Saya budak nakal. Bergaul dengan kawan2 yang rosak. Maaf, itu saja term yang sesuai, rosak. Pernah ikut kawan jadi pusher. Ada teman lelaki kaki pil kuda. Hujung minggu lompat pagar asrama sebab nak pergi konvoi moto. Buku langsung tak sentuh. Seriously, ape pun tak tahu pasal. Otak nak enjoy je.
Berdasarkan cerita tadi, boleh korang assume sekarang ape yang jadi dekat saya tak? Yes, maybe saya sekarang seorang janda anak berderet yang tiada kerja hidup melarat. Mungkin, kalau saya masih di takuk yang sama. Mungkin inilah saya sekarang. Tapi, saya bernasib baik sebab masih adan GURU2 yang terlebih prihatin akan nasib pelajar mereka. Terima kasih cikgu. Walaupun dulu aku benci kau sangat2, tapi kini aku berterima kasih. Betul lah apa yang selalu cikgu ucapkan bila kami kena denda, “You can Thanks me later!” Cikgu, later is now.. Thank you so much.
Cikgu. Sungguh saya berterima kasih kerana rotan itulah kini saya mempunyai segulung ijazah, ada kerjaya, ada seorang suami yang baik, dan terbaru ada bayi yang cukup comel. Hidup saya berubah 360°. Syukur kerana Allah S.W.T hadirkan cikgu yang begini untuk sedarkan saya. Sungguh besar jasamu. Teruskan perjuangan mu cikgu. Apa yang akan jadi pada saya jika cikgu kerjanya hanya mengajar subjek2 semata-mata?
Buat ibu bapa please, jangan manjakan anak sangat. Pantau anak2 anda, sebab budak2 nakal memang licik dalam menipu. Trust me. We are good in acting. Dan kepada adik-adik yang masih bersekolah. Akak harap sangat2, adik belajar rajin2. Tak rock pun dik buat perangai macam akak cite ni. Akak sampai sekarang rasa menyesal sebab lambat tersedar. Sebab banyak yang akak tertinggal. Di usia adik2 ni, dah boleh fikir apa adik nak jadi dalam beberapa tahun akan datang. Nak masuk university mana, nak amik course ape. Nak apply ptptn ke. Itu yang perlu dirisaukan. Sebab zaman sekarang betul2 mencabar dik, adik lambat, adik tertinggal. Yes memang sijil itu bukan penentu masa depan. Tapi at least adik kena ada something yang adik reti buat untuk dimarketkan. Siapalah saya untuk ubah persepsi adik2 semua tapi saya cuba.
Semoga hari ni lebih baik dari semalam.
– Zana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment