Assalamualaikum dan hai semua. Aku NAS, seorang perempuan dan baru sahaja graduasi bulan oktober hari tu. Cerita aku di sini bukanlah niat menjatuhkan mana-mana pihak tapi aku harap semua akan lebih berfikiran yang tak semua klinik swasta tu bagus.
Sebelum graduasi, aku dapat kerja di salah sebuah klinik swasta di Selangor dan satu-satunya staff melayu di situ. Memandangkan ini pekerjaan pertama aku, aku memang niat kerja tu untuk tambah ilmu dan semestinya tolong mak ayah. Makin lama aku makin rasa tak kena dengan klinik tu. Dengan staff yang tak cukup, caj yang berubah-rubah dan banyak lagi sebenarnya.
Aku tahu ramai yang nak perkhidmatan yang cepat melalui swasta tapi korang tahu ke realiti sebenar? Memang korang akan dapat servis cepat, tapi selamat tak ubat-ubatan yang korang dapat tu? Sebulan sebelum aku berhenti kerja di klinik tu, aku dapat tahu yang klinik tu ada jual ubat yang dah expired kepada pesakit untung elak kerugian. Aku rasa memang tak patut seorang yang berstatus doktor buat macam tu. Orang tu dah la sakit, pastu tambah lagi sakit dia. Lepas korang dapat rawatan dan ubat, tolong pastikan expired date ubat ye.
Lagi satu, korang rasa dengan tengok simptom semata-mata boleh diagnosed kanser ke? Aku terkejut jugak la bila majikan aku ni tiba-tiba je diagnosed pesakit dia yang first time dapatkan rawatan kat klinik tu dengan tengok simptom je. Cek darah pun belum, x-ray pun belum. Bukannye aku menidakkan kebolehan dia sebagai doktor ataupun acah-acah aku ni bagus.Tak! Even doktor locum sendiri terkejut sebab banyak procedure yang perlu dijalankan sebelum diagnosed kanser. Bila dah jadi camni, secara tak langsung pesakit tu akan down. Korang tahu, sebenarnya patient tu takde kanser pun cuma dia ada masalah joints (Osteoarthritis). Better korang double cek dengan klinik lain or senang terus ke hospital since hospital lebih banyak fasiliti.
Korang percaya tak kalau aku cakap majikan aku tengok penampilan pesakit tu untuk caj? Kalau company korang yang bayarkan then, its okay, tapi kalau korang bayar cash, dia akan tengok kalau orang tu nampak mewah je, dia akan caj mahal sebab dia assume korang tu mampu nak bayar mahal. Aku jadi kesian dan tak sampai hati. Cara layanan majikan aku kat pesakit memang orang cakap pijak semut pun tak mati. Berbeza cara dia layan staff dia. Klinik tu pun tak sampai setahun tapi dah berbelas-belas staff yang dah berhenti termasuk aku.
Aku tak nak bersubahat jual ubat yang expired kat pesakit. Aku pun dah berhenti kerja kat situ, sebenarnya banyak lagi tapi takpela, biar Allah je yang balas dan buka hati diorang untuk bisnes secara jujur. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku tak dedahkan nama klinik tu. Aku dah pun buat laporan. So, lepas ni, korang hati-hati ye. Tolong jangan kecam aku, aku cuma berkongsi pengalaman, jika ada terkasar bahasa, aku mintak maaf. Terima kasih sudi baca penulisan aku yang tak seberapa ni.
-NAS
– NAS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment