Friday, 22 December 2017

Dia Yang Pernah Hadir

PengakuanKu

Salam dan hai semua pembaca.Aku kembali lagi pada confession kali ni.Thanks admin sudi publish(yakin je admin nak publish..hahah..ok takpe..muah ciked setepek kat dahi).Biasa aku buat confession pasal peringatan/nasihat,tapi kali ni aku nak confess tentang hal aku kenal seorang lelaki ni(since dari semalam aku baca banyak confession pasal depression ngan kisah centa).Maaf la mungkin panjang sikit.

Aku kerja sebagai cashier (kerja sorang-sorang)je dan lelaki yang aku kenal ni salah sorang pelanggan aku.Mula kenal dia datang kedai ni seperti pelanggan lain,datang beli barang lepas tu blah.Kali kedua dia datang,sambil nak bayar dan aku tengah masukkan barang dalam beg plastik kami ada sembang sikit-sikit.Dia tanya hal biasa,ramai ke tak pelanggan setiap hari and so on.Aku jawab pun biasa-biasa je la.

Then,dia ada datang sekali lagi seminggu lepas tu untuk beli barang.Dia tanya nama aku dan duduk mana.Aku jawab nama singkatan yang bos aku panggil saja,tempat tinggal pun tak bagitaw betul-betul(ni precaution step la kiranya).Ada satu hari tu,aku terpaksa balik lewat pukul 10 sebab ramai pelanggan dan close account untuk hari tu.Biasa balik pukul 9.30 atau 9 je.Kebetulan malam tu abang ngan kakak aku kerja shift malam takde orang yang boleh ambil,terpaksa la balik jalan kaki.Rumah dekat je,10 minit berjalan tapi kena lalu bawah pokok dan lampu jalan yang suram.

Baru je beberapa langkah aku menapak keluar dari kedai,ada kereta berhenti tepi aku dan aku nampak dia.Dia nak tumpangkan aku balik tapi aku tolak.Banyak kali dia tawarkan sampai merayu dekat aku dengan ikhlas hati dia nak tolong hantarkan aku balik rumah.Aku tolak dan terus jalan tapi dia follow aku.Aku berkira nak naik sebab lelaki baru kenal kot walaupun muka baik je hati orang bukan boleh baca.Masa tu ada ramai plak bangsa asing baru balik kerja,jalan plak sunyi je masa tu,nak tak nak terpaksa la terima pelawaan dia.Tapi aku bagi syarat aku duduk belakang.Mula-mula dia kata tak boleh,kena duk depan(seat co-pilot),aku ugut biar jalan kaki jela.Terus laju dia terima saja.Plat kereta dia sempat aku baca.

Dalam kereta dia banyak sembang dan tanya tapi aku banyak senyap.Aku mintak dia hantar kat kedai runcit je dan dia pun ok.Dia ada minta nombor telefon aku dan aku bagi.Seminggu lepas tu dia datang kedai lagi dan lepas tu ada wassap masuk dari nombor tak kenal,DP pun gambar gril rumah).Rupa-rupanya dia.Perkenal diri dia(nama samaran aku bagi Am la ye) dan lepas tu dia senyap bila aku dah reply.Seminggu atau dua minggu sekali baru dia akan wassap aku.Bila dah reply terus senyap,last seen pun tak nampak,online pun tak.Cara dia caring lain macam bila dia wassap.Sampai aku angau terfikir dia je.Tidur tak lena,makan pun otak aku tercari bayang wajah dia,solat pun jadi tak khusyuk(ya Allah ampunkan hambamu ini).

Ada beberapa kali jugak la dia wassap nak hantarkan aku balik tapi aku tolak dan bagi alasan abang aku ambik eventho takde orang ambik pun aku hari tu.Syukur Allah jentik hati aku untuk siasat tentang dia sebelum aku betul-betul suka dia.Aku jumpa socmed dia ngan profil dia dalam web company dia.Punya terkejut sebab dia dah kahwin tahun lepas.Perwatakan dia tak menunjukkan dia dah kahwin pun.Cincin takde dijari.Terus aku block dia dari wassap lepas taw dia dah kahwin.Dan-dan aku rasa bodohnye la aku sebab tak sedar diri menaruh perasaan suka kat suami orang dan menduakan Illahi sampai solat pun tak khusyuk.Aku ada wassap dia tanya tapi takde bluetick pun text tu.

Dia ada datang tempat aku kerja pun aku layan dia selayaknya sebagai pelanggan.Bila dia tanya aku ok ke marah ke,aku jawab aku ok saja.

Moralnya kat sini:
1)Jangan terlalu dedahkan maklumat tentang diri sendiri.

Nak menipu atau bercakap benar boleh tapi kena bijak.Kalau tak memang kau letak nyawa kau dalam risiko.

2)Jangan cepat percaya orang baru kenal.

Lebih lagi nak tumpang dia.Kenal pasti nombor plat kereta dan bagitaw orang terdekat yang kau balik dengan kawan nombor plat kereta sekian.Duduk seat belakang kurangkan risiko kau kena raba ke ape-ape benda jahat yang dia berniat nak buat la.Drop pun tempat ramai orang.Kes aku,minta hantar kedai runcit terdekat dengan rumah dan menyelinap masuk dalam kedai untuk elak diekori.

3)Siasat sebelum kau buka hati kau untuk seorang lelaki.

Aku masih lagi Allah sayang sebab jentik aku untuk tahu kebenaran tentang lelaki tu sebelum aku betul-betul sayang dan suka dia.Syukur Dia lindungi aku dari sakit dikecewakan.Aku banyak baca quran dan cuba khusyuk solat untuk aku lupakan perasaan angau yang aku pernah rasa tu.Mengadu sambil berdoa pada Dia.

Itu je confession kali ni.Maaf andai panjang dan bahasa campur.Pesan aku pada Hawa,berhati-hati selalu dengan seorang manusia bernama lelaki.Bukan semua tak elok tapi jangan jadi mangsa sang buaya.Jangan cuba menjadi perosak rumah tangga orang.Banyakkan doa pada Allah untuk dilindungi dan dikurnia jodoh baik-baik selayaknya dengan kita.Jumpa lain confession.Chao!!

– Nor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.