Friday, 22 December 2017

Gila?

PengakuanKu

Assalamualaikum. Hai admin, kalau rasa worth to be posted, pos la, kalau x, xpe min baca je la sorg2. Ni pun dah terima kasih dh sb min sediakan medium utk buat luahan perasaan secara anonymous.

Hai semua. Aku Hisako, seorang guru. Maaf kalau pos aku ni tunggang langgang, bahasa dan tatabahasa tak menentu, shortform banyak dsb. Ni lah masalah aku paling besar sebenarnya yg aku nak cerita.

Aku baru je posting. Kalau org kata setahun jagung, usia perkhidmatan aku lagi muda dari jagung tu ha. Dan masalah yang aku nak ceritakan ni aku pun tak tahu nak mula dari mana.

Ok pertamanya aku nak cakap, aku ni jenis manusia yang kalau makin banyak masalah, aku akan jd antara dua ni. Makin banyak tidur, atau makin banyak bercakap.

Makin banyak tidur tu maksud aku, kalau aku biasa tidur 6-7 jam, aku boleh tambah sekali atau dua kali ganda n mungkin boleh jadi lebih dari tu lagi masa tidur aku. Bangun hanya bila perlu (mandi dua kali pagi n malam, minun kalau haus, sembahyang). Aku pernah tidur sampai hampir dua hari! Aku tau ni tak normal.

Ok kedua aku kata aku akan jd banyak cakap bila aku tgk kerja aku banyak sgt n aku nak lari dari buat tu. Banyak cakap tu maksud aku, aku akan banyak bercerita, gelak, p cari org semata2 nak bersembang. Pernah je aku buat perangai naik bilik student aku (aku warden), sebab housemates aku semua balik kg n aku xnak fikir kerja aku. So aku naik bilik budak, join diorg menyembang gelak2 etc.

Kalau org lain, akan stress bila budak xsiap kerja ke, xdengar kata ke. Aku kalau dlm kelas, kalau budak buat aku nak marah, aku xboleh marah. Paling teruk aku bebel je. Lepas tu aku gelak n cakap “Dah sy penat la bebel korang. Bukan jadi ape pun.” Tak pernah la aku nak marah sampai naik suara ke ape ke, even masa yg aku kecewa sgt dgn perangai diorg. Tak tau benda ni baik ke tak sebenarnya, sebab aku xboleh nak lepas marah aku.

Then baru ni dlm 2-3 bulan lepas aku baru lepas break ngan ex aku. Aku sedih. Ye sedih. Sedih sangat2 sampai semua benda aku buat aku teringat kat dia. Tgk teddy bear teringat kat dia, time drive teringat dia, time student aku duk cerita pasal pakwe diorg aku teringat kat dia. Pendek kata byk la benda yg buat aku teringat kat dia, smpai aku lgsung xrply msg member kerja or student aku yg laki secara personal, (aku respon dlm group kerja/kelas je), hanya sb aku rasa aku nak setia pada kayu mati tu. Tp aku tak boleh nak menangis. Org kata menangis tu boleh buat kita lepas semua masalah. Tp aku tak boleh nak nangis bila dia kata kitorg ‘done’.

Time aku kat bilik guru pun. Kalau aku tgk meja aku penuh kertas/fail etc utk diselesaikan, kalau aku rajin, aku akan simoan semua tu bawah meja, luar dari pandangan aku. Atau kalau aku malas, aku pergi bilik member aku. Tp aku xcerita la kenapa aku lepak dgn diorg. Aku cuma duduk tgk diorg buat kerja kalau diorg busy, kalau x aku menyembang benda merapu. Bukan la aku xsiapkan kerja, tp aku xboleh mula selagi tak last minute. N tak pernah lagi kerja aku tak siap, sebenarnya.

Dan aku paling tak suka, walaupun aku lari dari semua benda dlm hidup aku, benda2 tu sentiasa akan ada dlm mimpi aku. Aku xpernah mimpi benda lain selain benda yg aku fikir.

N perasan x aku xcerita lgsung pasal makan? Aku rasa mcm makan bukan prioriti utama aku, maksudnya aku boleh kalau setakat tak makan 4-5 hari, tambah2 kalau dtg masa aku tidur lama. Kalau aku puasa pun, kalau bukan bulan puasa, selalu sgt aku terlupa nak berbuka sb aku xigt pun aku puasa. Aku kata makan. Bukan minum. Aku byk je minum, cuma makan tu aku kurang sangat. Bukan sb aku diet ke apa ke, tp aku jrg ada selera makan. Kadang kalau order makan pun, aku makan sesudu dua, lepas tu dh kenyang.

Aku tak tau apa punca aku jd mcm ni sebenarnya. Aku takut aku gila dlm diam je sebenarnya ni. Dah la aku cikgu, kerja dgn org. Risau aku buat sakit anak org je.

– Hisako: The Long Live Child

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.