Salam semua. Sebelum aku kena maki berjemaah dengan mak cik bawang ke pak cik kopi ke aku nak bagitahu yang post aku ni pukul pukul rata. Just certai peniaga online sahaja. Siapa yang buat tu harap lepas ni bolehlah berubah ke arah yang lebih baik.
1. Jual barang tapi tak letak harga.
Suruh whatsapp/pm tapi sampai ke sudah tak reply. Ada yang reply tapi 2, 3 hari kemudian. Ada yang reply sepantas kilat then kita yang baru nak kira-kira ni bajet ni terbatut sebab dia duk tanya.. nak tak sis? Nak tak bang? Belilah sis. Belilah bang. Promosi. Siapa yg pm saya kira dia serius. No backout buyer. Ya rabbi. Kau tahu tak kami ni rakyat marhaen yang berkira2 nak keluarkan duit. Kalau nak beli baju baru pun sebulan sekali je. Sebab tu suruh letak harga awal2 dekat post. Senang kami nak kira bajet.
2. Berlagak/tak mesra alam
Dua kali jugaklah aku pernah hadap seller macam ni. Aku tnya harga jam. Dibantainya reply panjang then ayt bawah kami tak terima backout buyer. Tak de duit sila jangan pm. Perghh. Aku daripada nak beli terus tak jadi beli. Masalah utama berbalik ke isu no1 tadi. Tak ada harga.. memanglah ramai pm dia.
3. Testimoni menipu
Sejujurnya byk je testimoni menipu kt alam maya ni. Kawan aku sendiei pernah paksa aku beli ubat dia jual then bagi testimoni. Memang tak lah aku nak beli. Dia siap cakap kalau aku kasi testimoni bagus, ada diskaun khas untuk aku. Kalau dia jual baju ke benda lain ke hadaplah jugak aku nak beli. Masalahnya dia jual ubat kuat. Ya ampun.
3. Seller keep posting dekat fb
Kalau seller2 sekalian masuk kelas coaching meniaga online..mesti seller2 tahu pukul berapa dan waktu bila terbaik untuk post pasal produkkan? Okay aku ada approve beberapa orang seller kt fb. Dia punya post boleh dikatakan sejam sekali. Bayangkan. Tak nak kasi dorang terasa ke hape, aku unfollow jelah. Cuma nasihat aku hormat waktu sis. Post waktu yang memang orang tengok fb. Nak byk lg tips pm aku. Haha
4. Seller acah laku
Yang ni munafik sikit perangai. Dia keluarkan 10 set dalam masa 5jam dia kata tempahan ditutup. Aku punya beria nak beli alih2 tutup pulak. Tak lama lepas tu dia update “10 pos ke pahang, 5 pos ke melaka. Alhamdullilah laku”. Weird!. Kau keluarkan 10 set jwpun. Celah mana datang 15? Then after a few hours lagi dia chat aku. Salam sis ada lagi 10 set. Saya baru restock. Nak? I was lije. Seriusly restock dlm masa secepat tu. Wahai seller sekalian. Saya faham itu taktik anda menarik pelanggan tapi tolonglah jangan menipu. Kalau ada customer pm terus je cakap ada. Jangan nak putar belit acah laku atlast cari customer tu balik
5. Seller acah customer ramai.
Yang ni aku baru alami tadi. Dia post “1 hilang tak melatah pun. 10 yg datang tak menanv tangan dibuatnya. Rezeki saya Allah yg tahu. Saya yang tentukan bila nak cos. Jangan arahkan saya!” Wahai akak seller. Saya mewakili pembeli2 sekalian sangatlah tidak suka seller begini. Bukan apa, kami nak cod sebab kami nak tengok barang tu on the spot. Hakak nak jual, hakak kenalah consider sikit. Maybe customer tu baru balik kerja ke, busy ke. Tak pun kalau hakak tak nak dia arahkan akak, silalah chat dia personal. Ni tak pasal2 bergaduh kt komen. Haha. Aku yang tengok perangai hakak ni pun tak jadi beli. Takut kena maki. Haha.
6. Dropship.
Kalau dropship bilang terud dropship jangan nak acah2 agent sangat. Dropship ni selalu kena maki dengan customer gara2 tak dapat no trackinglah, supplier lambat poslah. Tak semua customer yang suka beli from dropship. So bagitahu awal2. Aku nasihat sebab aku pernah kena maki dgn customer.
Sekian. Nak maki ke ala aku tak marah sebab fikiran kita maai g2 berbeza kan. Aku harap seller2 ambik ambik apa yg aku tulis as a positive vibes untuk terus berubah. Kalau nak ambik negative silakan. Ada akal fikir, ada hati jangan mati.
– Pembeli
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment