Monday, 25 December 2017

Inferiority Complex

PengakuanKu

Assalamualaikum readers semua.

Nota: Semua nama yang disebut adalah rekaan semata bagi menjaga privasi masing2, tapi kisah yang diceritakan adalah tiada yang tak benar melainkan benar2 belaka. Bagitau awal2 ni, perkongsian saya mungkin agak panjang terlebih, but worth to read kot sebab ada pengajaran penting buat kamu semua terutama golongan muda

Saya terpanggil untuk kongsikan tragedi ni yang terjadi kepada diri saya dan juge kepada insan yang tak bersalah yang dilakukan oleh insan yang tidak bertanggungjawab sebagai pengajaran dan iktibar yang mungkin boleh diambil dari kalangan pembaca. Nama saya Fulan. Orang biasa dan dari keluarga yang biasa2 juge kot.

Perkara ni mungkin berlaku disebabkan perasaan rendah diri yang tak dibendung.

Kronologinya, ia bermula dengan kisah percintaan antara dua orang yang berputik dari media sosial yang akhirnya menjadi satu tragedi (rasa mcm tak sesuai guna tragedi tapi takpa kot). Haikal, orang yang baik pada hemat saya. Dia ada akaun instagram yang kebanyakan postingnya adalah berbentuk kata2 nasihat, islamik dan kata2 yang berunsur sastera. Sedap dibaca dan mudah sampai ke hati dari bait-bait katanya. Sekali sekala ada post gambarnya pastu padam. Senang cerita humble la kot orangnya, tak mau tunjuk sangat penulis ni orang yang macam mana. Dia buat ramai kawan melalui IG dia, saling berbalas komen, DM dan sebagainya.

Sampai la satu hari, salah sorang kawan Haikal, Khadijah yang selalu juge berbalas DM, perkenalkan kepada Haikal kawannya, Ayu. Ayu ni cantik juge (sekali tengok macam retis) dan dari keluarga yang baik2. Sejak tu Haikal dan Ayu selalu bersembang kemudian bertukar nombor. Akhirnya dorang bercinta, selalu update life masing2, saling share gambar kalau pergi mana2, gambar family masing2, mak ayah adik beradik semua. Haikal pun selalu nasihat Ayu tutup aurat dan sebagainya, memang stok menantu la katanya. Kot la kan. Ayu ni umur 20an dan umur dia mungkin sesuai dah untuk berkahwin bagi perempuan. Haikal pulak muda setahun dari Ayu. Ayu perkenalkan Haikal kat parent dan parent dia pulak mungkin takda bantahan dan suka dengan Haikal bila Ayu banyak tunjuk gambar dan kata2 hikmah yang ditulis Haikal. Dan Ayu pun dah ready untuk bertunang dengan haikal memandangkan parents pun ok dan galakkan.

Tapi setakat hingga hari tu Ayu tak pernah dengar suara melalui telefon dan berjumpa in person pun dengan Haikal lagi. Ayu pun nak la juge berjumpa dengan Haikal tapi masalahnya Haikal ni selalu mengelak untuk berjumpa. Dorang ni selalu bermesej dan share hari tu kalu ada pergi ke mana. So tau la perkembangan masing2 dan aktiviti yang dilakukan kat lokasi mana2. Even bila dah dekat dengan lokasi yang Haikal beritau pun mengelak juge untuk berjumpa. Rupanya Haikal ni ada barah. Selalu ulang alik ke hospital. Selalu kebetulan masa Ayu nak jumpa dengan appointment Haikal di hospital. Tapi kalau hati dah cinta, barah mungkin bukan satu halangan kot untuk terus mencintai. Percintaan ini terjalin selama 2 tahun lamanya (if im not mistaken). Dan apa yang berlaku seterusnya ada kena mengena dengan penceritaan berikutnya.

Pause kejap kisah Ayu dan Haikal. Saya nak cerita kisah saya pulak.

Dalam 2-3 bulan yang lalu, ada dua orang perempuan add saya di facebook. Saya view profile memang tak pernah kenal tapi approve aje ler. Sehingga la 2-3 hari yang lepas, one of them chat me thru facebook messenger. Khadijah. Khadijah tegur saya tapi dia punya bersembang tu macam dah lama kenai je, friendly sungguh saya kata dalam hati. Tapi pelik ler juge kan, so saya tanya la dia untuk kepastian, takut saya dah terlupa kawan lama ke apa. “sorry kita kenal ke eh?” gituw, sebagai pemecah mood bersembang.

Then she answered “ler buat tak kenal pulak awk ni haikal”.

“Hahaha silap orang dah kamu ni cik Khadijah. Dah tentu2 terpampang nama Fulan kat profile saya ni, jauh benor bunyinya” lucu juge rasa hati ni berhadapan dengan orang yang konfiden je tegur rupanya salah orang.

Tapi si Khadijah ni beria ria bagitau yang saya ni Haikal. And she said Haikal dan Fulan ni orang yang sama, just Haikal ni nama glamour atau nama pena di instagram and she is very sure about that. Saya memang bertambah tambah pelik ler dah apehal pulaklah saya ada guna nama samaran Haikal ni. So I keep asking her what’s really going on here. Maka tersingkaplah segala perbuatan durjana Haikal ni yang menggunakan wajah saya sebagai dirinya dan menipu daya si Ayu tadi. Damn.
Sebenarnya Khadijah dah syak dah ada benda tak kena dengan si Haikal ni. Rasa syak tu mula bila Khadijah ada terserempak dengan satu post yang viral dari page yang agak famous juge di facebook tentang satu keluarga ni which is my family. Dalam post tu terpampang jelas muka mak ayah saya, dan dia kenal sungguh muka dua orang tu sebagai mak ayah Haikal. Lepas tu mungkin dia ada baca komen2 kat post tu dan ada beberapa orang tag nama fulan tegur pasal family fulan viral. Yang peliknya gambar Haikal tapi nama tertera Fulan pulak. Dari situ dia add saya dan cerita kat Ayu pastu Ayu pun add saya juge. Sepanjang 2-3 bulan lepas add saya, dorang ni fikir yang Fulan dan Haikal adalah orang yang sama. Tak tau la apa yang Haikal tu cakap. Rasanya macam tu lah kot tapi macam mustahil juge kan, 2-3 bulan tu lama juge, so mungkin dorang dah tau la kot penipuan Haikal lepas pada add saya cuma belum 100% pasti, until the day Khadijah chat me.

Kalu nak cerita lebih detail macam panjang sangat pulak nanti. So dipendekkan cerita, tak lama lepas saya chat dengan Khadijah, Ayu PM saya pulak dan bagitau yang Khadijah dah cerita semua kat dia apa yang dia sembang dengan saya sebelum tu. Sebenarnya dia lama dah nak PM tapi tak berani katanya, atau saya rasa mungkin dia ada rasa perasaan menafikan hakikat ketidakwujudan Haikal. Lepas tu Ayu attach kat chatbox messenger dengan berlambak-lambak gambar saya dari tahun bila entah yang kebanyakannya saya dah delete dah pun dan takda di mana2 media sosial saya dah. Gambar2 yang disangka life Haikal bersama family dan sebagainya. Mengucap panjang dibuatnya. Ayu ceritakan serba sikit tentang Haikal sepanjang dorang bercinta kat saya, dan saya memang kesian sangat kat Ayu dan geram dengan Haikal. Entah wujud tidak Haikal tu. Ada juge orang yang sanggup buat perkara tak senonoh cemni. Lepas tak lama Ayu add saya tu, dia siap pergi ke tempat kerja saya yang agak jauh dari rumahnya untuk bersemuka dengan saya, dan memang dah ada depan tempat kerja saya tengok dari jauh. Katanya dia nak cuba datang dekat saya, kalau saya kenal dia maknanya saya memang Haikal yang dia kenal, Kalau saya tak kenal dia memang saya bukan Haikal. Tapi end up dia balik je sebab tak berani. Seriously sedih gilerr. 2 tahun dipermainkan. Moga Allah beri kesabaran.

Sekarang masih belum confront dengan Haikal Fantasi ni. Hm.

So apa yang saya nak sampaikan adalah:
1. Media sosial boleh jadi salah satu platform yang sangat baik dalam menghubungkan orang-orang yang kita kenal maupun yang tidak kenal sebagai kawan baru atau juga kawan istimewa. Tapi waspadalah dengan orang2 yang psiko cemni, bersangka baik tu perlu tapi biarlah dengan rasional.
2. Jangan menunjuk sangat kot kat public life kita. Im not saying that its prohibited, but make it moderate as you can. Lepas kejadian ni memang saya tapis bebetul siapa yang follow saya di media social especially di instagram. Kalu facebook mungkin takpa public kot sebab banyak kata2 aje gambar tak banyak. Orang pun lebih ramai boleh dapat manfaat dari apa kita post.
3. Jangan merendah diri sangat sehingga hilang keyakinan pada diri. Dan dalam kes ni sampai sanggup pakai identiti orang lain untuk rasa diri lebih selesa, saya rasalah. tak taulah kalau dia ada sebab lain dia buat semua tu. Just be yourself.

Sekian, terima kasih membaca.

– Fulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.