Friday, 22 December 2017

Sebelum Terlambat

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, confession ini mungkin agak panjang untuk dibaca but i really hope you guys will read this. It’s okay if you skip some of this part but please get my point in this confession.

Aku tak cuba nk bunuh diri, tapi aku pernah baca ape impact bila makan banyak jenis ubat dalam satu masa. So aku kumpulkan semua ubat2 pil yg ade kat dalam rumah aku ni and mungkin aku akan telan SEKALI GUS SEMUA TU bila aku dah tak tahan dengan ‘sakit’ ni. Aku tak kuat emosi. Lemah mental. Sekarang ni aku cuma rasa ‘kosong’ dan aku tak tahu kenapa semua ni jadi. Aku cuma rasa macam nak mati je sekarang. Tak kuasa nk menahan ujian kat dunia ni. Aku baru je 17tahun, tapi ujian dh kuat mcam ni, macam mane aku nak hadapi ujian di masa depan lagi kalau aku selemah ni.

Aku tak kuat. Even aku cuba untuk tak tinggal solat and selalu mengaji… Tapi mental aku lemah. Aku rasa mcam nk kelar je tangan aku pakai pisau. Rasa mcam nk lompat terjun dari menara yg tinggi. Tapi aku takut… Aku takut sia2 je amalan yg aku dh buat ni tapi nnti aku masuk neraka sebab bunuh diri. So aku rasa kalau aku telan sekaligus pil2 ni paling tak aku sakit dulu sebelum aku mati. Lol.

I’m tired. Rasa ‘kosong’. I feel like I’m useless and hopeless. Rasa macam dah tiada harapan untuk hidup lagi. Aku ingat lagi dari dulu aku nak sangat ade kawan yg boleh teman aku. Yg boleh ade masa aku susah and senang. Yg tak khianat aku, yg hargai aku seadanya. Bertahun aku tunggu.. And now sebelum masuk bulan ramadan aku dah jumpa kawan. Tapi aku silap bila aku percaya yg mungkin bila ade kawan aku boleh share masalah aku and luah segalanya puas2. Aku silap bila aku percayakan kawan aku, Sebab mereka mungkin tak akan faham dengan masalah aku ni dan mereka takkan selalu ade bila aku perlukan. Aku patutnya doa dari dulu biar dikuatkan mental supaya aku kuat nk hadapi ujian kat dunia ni wlaupun seorang diri.

Aku pernah cerita masalah aku kat orang yg paling aku percaya tapi advice yg orang tu bagi amat ‘mengecewakan’. Aku dilabel ‘Gila’. Wow. Wei, orang gila dia takkan ingat Tuhan. Dia takkan tau mana baik mana jahat. Orag gila dia tak tau ape tu dosa. Aku cuma lemah mental je. Aku tak kuat lah. Dah penat dah acah2 jadi gembira. Dh penat asyik ketawa even takde yg kelakar. Aku dh bosan palsukan personality aku. I act like everything was fine, but the truth is it was never been fine. I fake it. Aku cuma rasa macam aku akan bagi beban je kalau aku share masalah aku kat orang lain. Sadisnya.

Oh ya, aku suka belajar pasal psychology. Banyak jugaklah buku yg aku dh baca pasal psychology. Maybe sebab aku tau ade something wrong dengan psychology aku. Aku selalu nmpak riang je tapi bila aku sorang2 takde pulak aku nk seriang tu. Bila aku seorang aku rasa kosong. Tapi aku selesa dan rasa aman bila duduk seorang cuma agak bahaya sebab aku selalu rasa hopeless dan rasa kosong bila sorang je. Aku cuma ade Tuhan tempat untuk aku berDoa je untuk mengadu kalau aku lemah. Siape je lagi yg nk paham diri aku sendiri lebih dari Allah, Tuhan yg telah menciptakan aku.

Orang sekeliling aku, yg rapat dengan aku samada family ataupun kawan2 aku dah terbiasa dengan sifat dan perwatakan aku yg riang, positive, easy go lucky, and my bright personality. Walhal mereka tidak tahu yg sisi sebenar aku ialah berlawanan dengan yg mereka selalu lihat. Aku perasan perubahan kat diri aku ni sejak umur aku 13tahun. Hingga kini umur aku sudah beranjak ke 17 dan dah nak masuk ke 18 tahun, masih tiada perubahan. This ’emptiness’ feel so endless. Kemurungan yg seolah takkan pernah hilang. Dan sejak dari dulu aku rasa seperti aku ni ‘useless and disappointing’. Dan sekarang aku cuma nk pergi dari dunia ni je… Sebab hidup kat dunia ni penat. And please jangan samakan penat kalian dengan aku. Aku punya penat ni lain, entahlah aku pun tak faham dengan rasa penat aku ni mungkin mereka yg sama situasi dengan aku akan faham jenis penat ni. Aku rasa kosong seolah2 esok emang dh tiada harapan untuk aku. Aku tak tahu nk share kat siapa, sebab aku bukanlah orang yg mudah percayakan orang. Ubat hati aku cuma quran je.. Itu pun kalau aku masih ‘waras’ baru aku baca. Kadang aku baca jugak setiap hari untuk elak dari lemah diri dan kuatkan semangat diri aku ni. Tapi Tuhan tu maha adil wei. Aku ade semua, hampir semua. Ape yg aku nk aku akan dapat dengan mudah, semua ilmu yg aku pelajari terasa senang je untuk diserap dalam otak. aku ade family yg perfect, ade kawan, well hampir semuanya sempurna, Alhamdulillah. Hampir tiada masalah. Cuma satu je tuhan uji aku. Dia uji aku dengan mental yg lemah… Itu tanda Allah itu maha Adil, tak ade munusia yg hidup tampa ujian.

Aku cuma nak orang kat sekeliling aku faham yg aku tak pernah positif. Aku tak pernah riang and happy go lucky pun. Selama ni aku cuma berlakon je. Sebab aku taknak orang perasan yg aku lemah. Aku actually dh rancang nk bunuh diri dari dulu lagi. Tapi mungkin sebab maut belum menjemput, hahahaha aku tak faham kenapa aku mintak mati padahal hidup aku hampir sempurna. Funny. Aku taknak bunuh diri, lagipun aku taknak susah and terseksa kat neraka pulak lepas dh mati sebab commit suicide ni. So aku sekarang banyakkan ibadah je dengan harapan lepasni aku tak perlu terseksa lagi kat Alam Sana.

Orang sekeliling aku selalu cakap aku selfish bila aku cerita problem aku kat mereka. Salahkah aku nak share? Beban ke bagi mereka untuk jadi pendengar setia? Dan yg paling buat aku geram ialah bila aku cerita pasal mental problem aku ni mereka selalu cakap yg hidup aku perfect so aku tak layak nak murung2 bagai ni, sebab semua yg aku nk aku dapat dengan mudah, sebab aku pandai sebab aku tak tinggal solat dll. Just want to clear something. I’m not really that selfish as people might thought. Just because i share my problem and told something bad that happen in my life doesn’t mean I’m selfish. I just want to share my story, my pain. But it’s okay if you think I’m selfish. Aku tak sepenuhnya selfish. Aku selalu cakap yg aku akan slalu ade untuk mereka kalau mereka perlukan tempat untuk share masalah, untuk peneman tangis sama2. When they need me the most, they needed to know that i always available for them. But still, Why?? Why i get this ‘selfish’ label on me? When I’m ready and always available for everyone who need me? Because no matter what aku selalu janji yg aku sanggup pergi kat orang yg perlukan aku, sebab aku paham ape rasanye bila kita perlukan orang tu the most in anytime but they always make excuse when you need them. I know the pain dear. I’m never selfish. I’m just hurt, and want to share my story. . .

Aku tak tahu nak mintak pertolongan siapa dan macam mana nak atasi ‘depresi’ ni. Sekarang ni aku harap yg aku dapat ‘bebas’ dari depresi. Dan sekarang aku faham kenapa orang yg depresi selalu cuba nk bunuh diri. I’m never going to judge why people commit suicide. Sebab sekarang aku pun struggle benda yg sama.

Maaf jika kalian rasa terbeban bila kalian baca luahan aku yg paling ‘tak penting’ ni. And kalau kalian skip baca setengah part pon tak ape. Sebab kisah aku emang tak penting pun. Oh ya, Tak usah lah nasihatkan aku untuk ke hospital untuk dapatkan rawatan. Aku takut and malu. Takut layanan yg diberi akan ‘mengecewakan’ dan Yg ada aku akan dapat tatapan sinis dan orang akan pikir aku gila. Useless, Itu lagi buat aku down. Dan kalau aku cerita kat family untuk minta mereka bantu aku pun mereka takkan faham, paling tak mereka akan anggap aku menganggu. Dan aku tak mahu mereka rasa terbeban dengan aku. Aku rasa lebih baik aku mati daripada dapatkan rawatan ataupun cerita masalah aku kat orang. Ini pun aku luahkan kat sini sebab aku nak kalian yg baca ni ambil iktibar. Please ambil berat kat family atau kawan korang terutama yg paling ‘ceria’ je tu sebab samada mereka betul2 ceria and positif or maybe worse itu lakonan mereka je. Mungkin ade something yg diorang sembunyikan dari kalian. At least tanya mereka jika mereka okay atau tidak dan jadi pendengar setia pun sudah cukup. Take an action, Before everything is to late.

– Aina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.