Assalammualaikum kepada pembaca dan ucapan terima kasih kepada admin jika menyiarkan confession aku. Mostly, yang kita selalu baca, confession pasal roommate atau housemate yang perangai buruk-buruk kan. So, kali ni, aku nak cerita pasal sorang roommate aku ni. Kalau korang rasa bagus, amik lah sikap dia sebagai panduan hidup. Yang mana tak bagus, jauhkan lah. Okay, aku start.
Dalam rumah sewa aku, ada 6 orang anak dara termasuk aku. Aku namakan roommate aku sebagai Kak Tania. Masa awal sem aku datang ke rumah sewa tu, Kak Tania tak sampai lagi. Tapi, kawan kepada Kak Tania yang datang sebab nak ambil barang. Masa tu, kawan Kak Tania pesan, “nanti, awak mula kan dulu berkenalan dengan Kak Tania. Sebab dia jenis pendiam.” Peh, masa tu aku da cuak lah. Risau la beb, manalah tau, tak serasi.
Esok hari, Kak Tania pun datang. Aku ikut nasihat kawan Kak Tania. Maka, sesi ice breaking pun bermula. “Ermm, kak nama apa (padahal dah tau nama dia, wakaka)?” Dia pun jawab lah. Pastu dia tanya aku balik, nama apa. Aku pun jawab. Lepas tu, tamat lah sesi ice breaking kami yang tak berapa nak breaking ni. Mula-mula, aku annoyed gak ah. Yelah, aku rasa macam sorang-sorang dalam bilik tu walaupun dia ada. Aku Tanya 10 patah, dia jawab sepatah. What the heck. Haha.
Tiba-tiba ada satu malam ni, pas maghrib, aku solat dulu, tapi tak baca Quran lepas solat sebab Quran tertinggal kat rumah (teruk kan aku). Terdetik hati aku, kak ni mesti jarang baca Quran. Lepas cabut telekung, aku dok ruang tamu, selang beberapa minit, aku dengar dia tengah baca Quran. Masa tu rasa bersalah gak ah, sebab awal-awal dah judge dia. Jahat kan aku. Jadi, disebabkan aku tengok dia selalu baca Quran lepas solat, aku pun terikut. Dan Kak Tania seorang yang solat di awal waktu. Ada lah jugak terlewat, tapi mostly, dia akan solat awal. Korang mesti dok terbayang, perwatakan dia, ala-ala muslimah kan. Sebenarnya, tak beb. Tudung dia pakai selalu bidang 45 je. Baju tak dek la labuh macam wanita muslimah tu.
Next, kelas aku setiap hari Selasa, and aku perasan dia sorang je tak dek kelas hari tu. Aku ni ada buat service delivery makanan, so memang aku yang dok conquer dapur tu. Kak Tania ni pula, tak guna dapur, beli makanan kat luar ja. So, bila aku dah habis memasak, memang lah aku kemas. Memang cari hanas kalau tak kemas balik. Mampus aku kalau kena viral. Tapi, masa hari tu, aku baru balik dari kelas, aku pergi dapur. Aku tengok dapur, kemas dia lain macam. Macam ada orang yang bersihkan. Aku pun tanya, Kak Tania. Memang dia lah orang yang membersihkan dapur tu. Aku pun rasa bersalah lah kan.
Point aku kat sini, nak tunjuk betapa baiknya Kak Tania ni, yang mungkin jarang ada pada seorang housemate atau roommate yang lain adalah sikap tak berkira. Walaupun dia jarang guna dapur, tapi dia kemas juga dapur tu tanpa berkira atau mengungkit pada kami. Dan dia tak pernah lagi, keluarkan notis dan tampal di dinding seperti orang-orang lain buat. Contoh, “Sila jaga kebersihan, bla..bla”. Lain pula cerita housemate aku lagi sorang ni, aku namakan, Hana. Dia tampal notis “Sila Jaga Kebersihan Dapur, bla..bla”. Bila si Hana ni naik notis macam tu, dah sah-sah, dia tujukan pada aku, sebab kami berdua je yang guna dapur. Aku bukan pengotor tahap gaban bila guna dapur tak reti kemas. Cuma adalah kadang-kadang, terlewat basuh kuali sebab bangun pun waktu tengahari rembang. Oppss. Tapi, satu aku nak bagi tahu, hidup dalam rumah sewa ni, macam give and take lah. Tak perlu nak berkira tahap gaban. By the way, part Hana tu, aku terima je kalau dia nak tegur dengan cara tu. Duduk rumah sewa kan, kenalah bertolerasi, malas nak gaduh-gaduh. Iye dok.
Next, ada satu hari, aku nak delivery makanan, tapi kawan yang selalu aku tumpang, dia busy waktu tu. Aku cuba minta tolong kak Tania, nak pinjam motor dia. And guess what, dia kata, “haa, boleh, ambil lah”. Aku pun, wow!. Tak sangka lah, dia boleh bagi aku pinjam kan motor dia walaupun kami hanya kenal tak lebih 4 bulan. Baik kan dia. Berbeza dengan Hana ni. Ada lah satu hari, kak Tania tidur, aku segan nak kejut dia, untuk pinjam motor. Aku nak minta tolong Hana untuk pinjamkan motor dia. Tapi, hati aku rasa berat sangat. Tapi, dah terpaksa. Banyak pulak tapi. And bila aku cuba nasib, tanya si Hana, “boleh tak nak pinjam motor ?” And Hana jawab, sorry, memang motor kita tak bagi pinjam kat orang. Oh, I see. No wonder lah, aku rasa berat hati nak minta tolong dia. Apa-apa pun, aku terima ja sebab maybe dia takut aku jahanamkan motor dia pulak kan. Nak tak nak, aku terpaksa kejutkan Kak Tania dalam perasaan yang serba salah. Dan dalam keadaan sedang mamai sambil tersenyum, Kak Tania cakap, “ambil je la kunci tu, ada dalam almari”. Fuh, lega hati aku.
Ada lagi satu. Maaf, panjang pulak cerita ni. Ada satu housemate aku namanya, Anna. Dia pakai iron Kak Tania tanpa minta izin dan tak bertanya pun siapa pemiliknya. Aku malas nak ambil port. Aku pun guna iron Kak Tania juga. Satu pagi tu, aku tengok iron dah rosak. And the last person yang guna adalah, Anna. Aku rasa serba salah la,walaupun bukan aku yang perosaknya. And aku tengok Anna, dia tak responsible atas kerosakan tu. Aku cakap lah Kak Tania yang iron dia dah rosak. Pastu, disebabkan rasa bersalah dan malas nak gaduh dengan Anna, aku dengan tak rela hati nak ganti iron Kak Tania. And guess what, dia cakap apa? Dia kata, tak payah ganti lah iron tu. What ?? Orang dah rosakkan barang kau kot ? And iron tu harganya mahal kot, berpuluh! Some people, mesti akan meradang marah bila ada yang rosakkan barang dia. Tak pun, suruh ganti. Memang, Kak Tania tu, roommate yang paling baik, aku pernah jumpa.
Tapi satu je, kurangnya Kak Tania. Dia kalau solat subuh, mesti tak kejut aku. Sampai berkali-kali aku mengqada’ solat subuh ja. Agaknya dia nak masuk syurga sorang-sorang kot. Haha. Aku tak salahkan dia. Memang, solat tu, tanggungjawab masing-masing. Tapi masalahnya, handphone aku ni bateri cepat mampus. So, memang dah tak kedengaran alarm jawabnya.
Apa-apa pun, aku bersyukur ada roommate baik hati ini walaupun dia pendiam. Dan Kak Tania orang Kelantan. So far, orang Kelantan yang aku jumpa, semua baik-baik ah. Kipidap, haha. Bagi mereka yang ada masalah dengan budak-budak rumah sewa, korang ambil jalan untuk bersabar je lah. Mostly perempuan lah yang teruk bergaduh, sampai berpindah rumah. Bila ditanya, apa puncanya. Haa, dia ni tak buang sampah. Dia ni, tak basuh pinggan sendiri. Mostly, sebab perangai berkira tu ada dalam diri. Betui dak ?
Semoga korang boleh menjadikan Kak Tania sebagai contoh teladan. Maaf lah jika penulisan aku, tunggang langgang dan bahasa agak kasar. Dah terbiasa. Itu sahaja dari aku. Jumpa lagi!
– Budak rumah sewa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment