Assalamualaikum semua pembaca. Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya sebagai Dr JA. Saya adalah doktor perubatan yang berkhidmat sebagai MO biasa/general, tiada kepakaran. Tapi insyaAllah akan cuba melanjutkan pelajaran dalam bidang psikiatri. Semenjak dua ni saya nampak banyak post mengenai depressi, anxiety. Dan banyak komen-komen saya terbaca mengenai tanggapan negatif komentar dan penulis confessor terhadap ubat-ubatan moden.
Sebelum itu, saya cuma mahu beritahu disini, depressi bukanlah semata2 perasaan sedih, hiba sunyi. Depressi adalah keadaan di mana badan kita totally shut down from any social interaction, interest/ anything yang berkaitan kehidupan. Selalunya org yang mengalami depressi ni, bila kita tanya kenapa? apa punca? mereka akan jawab tak tahu. Sebab biasanya punca depressi ni berlaku 3-5 tahun sebelum depressi muncul. bukan sehari dua atau seminggu sebelum tu. Ia ibarat komputer yang terlalu berat dengan data kemudian ‘hang’. Komputer yang ‘hang’ itulah depression. Badan kita ‘hang’ tak tahan dengan emotional burden yang terlalu sarat selama bertahun2. Semua sistem badan akan jadi haywire. Tak tentu hala dan tak tentu arah. Di sinilah ketika idea untuk bunuh diri akan timbul.
Sama seperti anxiety (penyakit kerisauan). Anxiety ni bukan setakat kita takut gelap, takut hantu, takut nak buat presentation. Tapi orang yang hidap anxiety ni, jantung dia laju, bdan berpeluh, tubuh mengeletar, fikiran meloncat2 gementar. Kadang2 tanpa punca. Sebabnya badan kita sistem fisiologinya dah haywire. tak mcm org biasa. Diorang tak boleh relax dengan hanya tidur. Diorang tak boleh tidur pun sebenarnya sebab degupan jantung terlalu laju.
Saya setuju bila orang ramai kata kembali kepada Al-Quran dan solat. In fact, untuk semua penyakit pun mmg itulah rawatan utama yang kita lakukan. Bergantung kepada Allah swt. Tetapi, penyakit mental/emosi adalah penyakit. Maka selain dari mendekatkan diri ke arah rohani, mempunyai hubungan yang sihat dengan ahli keluarga dan rakan, RAWATAN DOKTOR adalah penting. Untuk pengetahuan umum, doktor pun tidak mempromosikan ubat. Kami mahu pesakit bebas ubat. Tapi dalam keadaan pesakit depressi dan anxiety yang mana keadaan sistem badan mereka sedang haywire dengan jantung laju, tak boleh tidur, berpeluh2, tiada tenaga, tiada kekuatan utk bangun, makan dan mandi. Macammana kita dapat mempositifkan minda dan cara pemikiran dengan keadaan tubuh yang begitu? Fungsi ubat adalah untuk cuba mengembalikan keadaan fisiologi tubuh kepada hampir normal/ normal. Kemudian barulah pemikiran boleh dimotivasikan dengan psychoterapi/ talk therapy untuk mengubah cara pemikiran dan cara untuk cope dengan situasi yang mendatang. Bukan bergantung dengan ubat seumur hidup ya. Ubat itu cuma sementara untuk menstabilkan keadaan diri pesakit sahaja. Dan ada komen yang kata ubat adalah HARAM. Sila keluarkan fatwa yang mengatakan ubat psikiatri adalah haram. Jangan pandai2 mengharamkan apa yang anda tidak tahu dan bukan bidang anda. Jangan nanti di akhirat kita dipertanggungjawabkan atas keberanian kita menabur fitnah yang halal adalah haram.
Akhir kata, jika anda mampu mengawal depressi dan anxiety anda tanpa ubat, tahniah. Tapi jika anda berasa terlalu berat untuk menanggungnya, berjumpalah pakar psikiatri dan ambillah ubat untuk menstabilkan keadaan anda sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Saya doakan semua pesakit berani mencari rawatan dan mengambil ubat bila perlu dan tidak menyerah kalah pada penyakit ini. Akhir kata, jika anda demam denggi, tentulah anda ke doktor dan mengambil ubat selain solat dan doa. Begitulah juga penyakit mental/emosi. Jangan memandang negatif pada rawatan doktor. Hentikan stigma.
– Dr JA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment