Assalamualaikum warga iium dan terima kasih kepada admin sebab sudi siar confession saya berkenaan zuriat ni. Saya Aisyah bukan nama sebenar dan berumur pertengahan 20-an. Ni merupakan kali pertama saya membuat confession dan harap maaf sangat-sangat kalau penulisan saya banyak yang tidak tersusun huhu. Berdasarkan tajuk saya tulis pun mesti ramai yang dapat mengagakkan confession saya ni berkaitan apa. Sebelum saya mulakan penulisan saya ni, saya ingin memberitahu yang saya sudah berkahwin sudah 1 tahun 3 bulan, tapi belum ada tanda-tanda untuk saya merasa ada zuriat kecil dalam rahim ini. Saya tahu ramai wanita di luar sana pun macam saya juga masih menantikan kehadiran si kecil dalam rahim ini. Tujuan saya tulis confession ini sebab saya ingin bertanya kepada ibu-ibu dan wanita-wanita diluar sana macam mana untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan datang juga tidak tetap 2 3 bulan sekali barulah berkunjung tiba. Mungkin disebabkan masalah haid yang tidak tetap dan teratur dari zaman remaja lagi menyebabkan saya untuk sukar hamil. Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai tips-tips yang perlu diamalkan dan juga prosedur apa yang perlu dilakukan di hospital untuk membuat pemeriksaan kesuburan suami isteri untuk ‘ttc’ macam saya ni.
Kadang-kadang sedih juga tengok kawan-kawan baru berkahwin 2 3 bulan sudah ada isi. Tapi tu mungkin rezeki mereka, betullah orang cakap setiap orang ini ujian dia lain-lain. Dan saya pun tidak pernah terfikir pun untuk dapat ujian yang macam ni. Walaupun usia perkahwinan saya baru lagi tapi lebih baik berikhtiar daripada menunggu sahaja. Sebab saya pernah dengar ada doktor pernah cakap kalau usia perkahwinan kita sudah cukup 1 tahun dan tidak menggunakan apa-apa ‘protection’ tapi belum lagi berjaya hamil lebih baik pergi buat pemeriksaan doktor. Cakap pasal pemeriksaan doktor ini, saya pun nak tanye pada siapa-siapa yang pernah buat pemeriksaan untuk check kesuburan suami isteri macam mana prosedur dia kalau buat di hospital kerajaan ataupun swasta dan lama ke tidak untuk proses menunggu? Siapa- siapa yang sudah berjaya hamil setelah membuat rawatan di mana-mana klinik ataupun hospital bolehlah kongsi pengalaman anda di ruangan komen. Saya tahu mesti ramai bakal-bakal ibu di luar sana ingin tahu.
Saya berharap sangat dapat komen-komen yang positif daripada ibu-ibu dan ‘ttc’ diluar sana yang sudah berjaya hamil untuk membantu ‘ttc’ mcm saya ni. Saya juga berharap warga confession iium ini dapat mendoakan saya untuk mendapat zuriat pada tahun 2018 ini. Pada ‘ttc’ macam saya ini juga saya berdoa semoga dengan kehadiran tahun baru ini kita dapat merasa si kecil hadir dalam rahim kita nanti. Insyaallah, selagi seorang perempuan itu ada rahim selagi itu dia boleh mengandung. Cuma cepat atau lambat sahaja. Bagi mereka yang senang lekat pula, tak perlu untuk tanya soalan sensitif bila nak dapat anak dan tak ikhtiar ke?? Kalau lah mereka-mereka tahu bahawa masa awal perkahwinan lagi pun sudah bermacam-macam dah ikhtiar sebab nak cepat dapat anak. Tapi nak buat macam mana anak tu kan rezeki dan Allah yang bagi kita rezeki tu. Kalau kita dah usaha macam-macam tapi Allah belum bagi lagi nak buat macam mana. So pada mereka-mereka itu, jagalah percakapan anda dari bertanya berkenaan soalan sensitif ini. Akhir sekali, semoga saya mendapat komen yang membina dan positif daripada anda semua.
– -insan yg menantikan zuriat-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment