Sunday, 24 December 2017

Tanggungjawab dan Hutang

PengakuanKu

Terima kasih admin kerana menyiarkan ini. Tiada siapa di dunia yang memahami apa saya rasa. Tiada tempat meluahkan segalanya. Hanya Allah tempat saya mengadu.

Masalah saya ialah mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab. Saya mohon kepada semua memberi nasihat apa yang harus saya lakukan. Ada kah patut saya bercerai atau terus bersabar..

Saya seorang yang berpendidikan dan mempunyai kerja yang baik. Namun saya telah berkhidmat di negeri lain dan kami sekeluarga berhijrah ke negeri tersebut. Pada mulanya saya saya tidak menyuruh suami bekerja kerana menjaga anak saya yang masih bayi ketika itu dan mengurus anak saya yang bersekolah. Lagipun kesihatan tidak mengizinkan untuk bekerja berat pada ketika itu.

Sebelum saya mempunya kerja dahulu, di negeri asal suami saya bekerja. Dari awal perlahwinan, suami saya menunjukkan sifatnya yang tidak bertanggungjawab. Tidak memberi nafkah zahir untuk perbelanjaan saya dan anak-anak. Sepanjang berkahwim 13 tahun, suami tidak pernah membeli baju raya untuk saya sehelai pun. Ada pun hanya ihsan dan keluarga saya dan keluarganya. 6 tahun selepas berkahwin suami berubah menjadi seorang kaki judi dan terlibat dengan dadah. Saya malu dan saya hanya mampu bersabar. Dia amat baik di hadapan keluarganya dan mereka tidak tahu perangai sebenar anaknya. Pernah saya berbincang hal ini kepada mereka, namun mereka tidak ambil peduli.

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa saya mendapat pekerjaan dan baik. Namun keadaan makin teruk. Saya menanggung segalanya. Dia mendesak meminta duit selalu, apabila aku katakan tiada duit dia tidak memahami lansung. Saya terlibat dalam hutang yang serius. Duit gaji dan hasil jualan yang saya buat hanya untuk membayar hutang, sewa rumah , kereta dan segala yang perlu di bayar.

Beberapa tahun awal bekerja keadaan o.k. Namun sejak setahun ini keadaan berubah. Saya tidak mampu menanggung segalanya. Kerana sebelum ini saya telah banyak berhutang untuk menampung segalanya. Yang paling teruk saya telah berhutang dengan pinjaman wang berlesen dan beberapa orang Ah Long. Setiap hari saya membayar hutang dengan Along antara RM70 ke RM280 sehari. Gaji saya digunakan untuk membayar hutang sahaja. Saya telah berusaha mencari pendapatan tambahan dengan berniaga online beberapa produk. Namun usaha saya tidak dapat juga menampung segalanya. Saya telah banyak meminjam wang dari saudara dan kawan juga , saya amat segan dengan mereka kerana masih tidak mampu membayar. Namu jika ada yang berkeras meminta saya usahakan juga membayar. Telah banyak barang peribadi yang dijual untuk menampung membayar hutang.

Suami saya masih dengan sikapnya, tidak mahu berusaha memperbaiki keadaan kami sekeluarga. Sepatutnya dia seorang suami dan ketua keluarga harus memikirkan dan berusaha untuk mengatur segalanya. Namun dia serahkan segalanya tanggungjawab kepada saya. Saya amay buntu, apa harus aku buat?. Terlalu berat rasa, dengan gaji dan untung untuk membayar hutang sahaja. Makan minum aku berkais untuk mendapatkan nya. Saya kasihan kan anak-anak.

Persekolahan anak-anak akan bermula beberapa hari lagi. Namun saya langsung tiada duit untuk membeli barang persekolahan dan untuk yuran sekolah. Berkali-kali say memberi tahu suami perkara ini, namun saya dipersalahkan kerana tidak mengurus kewangan dengan baik dan banyak hutang. Sedangkan saya berhutang bukan untuk kepentingan sendiri. Saya sedih dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab lansung. Saya amat tertekan dengan keadaan ini. Sekurang-kurangnya dia berusaha menambah pendapatan untuk makan minum dan membantu membayar hutang. Saya kadang-kadang tertekan sehingga mahu membunuh diri.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Alhamdulillah, selama dalam masalah ini saya telah mendekatkan diri kepada Allah. Bukan setakat solat 5 waktu. Solat dhuha , hajat, dan tahajud saya buat. Hanya Allah tempat mengadu dan saya tidak pernah putus berdoa setiap masa. Tiada lagi lagu-lagu di bibir, melainkan istighfar dan zikir. Al-Quran menjadi sahabat baik,sehinggakan sekarang aku telah hafal surah Al-Waqiah dan surah Yaasin. Itu sahaja yang memberi kekuatan kepada saya untuk melalui hari-hari yang sering kali tertekan sehingga mahu membunuh diri. Mungkin ini ujian dari Allah untuk saya dan saya redha dengan semuanya.

Apa saya harus lakukan untuk rumahtangga dan kehidupan kami sekeluarga… diharap kalian dapat memberi nasihat dan apa harus saya buat. Doa dan usaha sudah saya lakukan. Masih tidak dapat mengatasi masalah yang di tanggung dan sikap suami terus tidak berubah. Sudah di paksa bekerja, sehingga bergaduh. Apa perlu saya buat supaya dia berubah dan memahami keadaan saya.?

– Raisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.