Wednesday, 27 December 2017

Buntu

PengakuanKu

Assalamualaikum..
Tujuan saya menulis confession ini adalah untuk mendapatkan sedikit pendapat dan cadangan dari anda semua.

Saya ringkaskan disini, saya seorang sales executive dan sudah sedia maklum tugasnya adalah mencari pelanggan baru untuk company dan mestilah mencapai target yang telah ditetapkan. Saya suka dengan kerjaya seperti ini disebabkan usaha penat lelah saya, income saya juga ‘lebih’ berbanding orang lain. Siapa yang tidak mahu berkerja ada basic+ komisyen+ allowance+ claim+bonus+ increment setiap tahun. Kalau rajin komisyen pun boleh lebih dari 10k.

Tapi, setelah hampir 5 tahun bekerja, sales saya agak merosot memandangkan kesihatan tidak mengizinkan. Sedangkan saya mempunyai komitmen yang tinggi. Tahun ini sahaja klinik refer saya kepada specialist sebanyak 3 kali dan di diagnosed dengan 2 penyakit. Mc hampir maximum saya guna, hospitalization sudah separuh digunakan. Jadi sales saya memang merundum jatuh. Dan terbaru iaitu lebih sebulan lepas saya baru sahaja removed breast lump. Iaitu sejenis complex fibroadenoma with sclerosing adenosis and focal ductal hyperplasia dengan 3.5cm besarnya. Mulanya selepas operation saya dah sedikit tenang, dan selepas 2 minggu, sy kembali jumpa doctor untuk mengetahui result pembedahan tersebut. Doctor cuma terangkan secara general dan kata beliau saya tidak perlu bimbang lagi memandangkan lump tersebut telah berjaya dibuang dari akarnya. Jadi waktu itu saya cuma mendengar sahaja memandangkan saya bukanlah tahu sangat medical terms yg digunakan dalam report tersebut. Setelah dirumah, saya meng google term tersebut dan agak terkejut juga kerana org yg mempunyai complex fibroadenoma mempunyai chances untuk mendapat breast cancer adalah tinggi. Sebelum ini sewaktu ultrasound dan biopsy sy beraggapan ianya hanyalah simple sahaja. Next appointment saya kena minta doctor clarify benda ni. Tapi kalau ada sesiapa disini adalah breast surgeon bolehlah jelaskan samada jenis tersebut adalah bahaya atau tidak dan adakah ianya ada kemungkinan untuk datang lagi in future.

Okay berbalik pada cerita tadi, saya sebenarnya tidak boleh fokus dengan kerjaya saya pada waktu sekarang dan sebenarnya doctor di klinik ada mengatakan punca dari segala penyakit saya adalah disebabkan stress. Sebelum saya di diagnosed dgn penyakit2 tersebut, saya selalu demam, period tidak teratur, migrain, sembelit, rasa lemah tak bermaya, dan doctor di klinik pernah beri saya mc selama 4 hari, katanya punca saya sakit adalah datang dari stress. Tapi sebenarnya saya sendiri tidak pasti tahap stress saya tersebut. Saya rasa biasa-biasa sahaja. Memanglah kadang-kadang stress terkejar sana sini jumpa pelanggan, bersengkang mata diofis, Kena push dengan boss. Tapi bagi saya itu adalah normal bagi orang bekerja.

Tetapi rasanya keadaan saya makin melarat, dan bila berfikir pasal kesihatan saya ingin berhenti kerja, tetapi bila memikirkan komitmen, sesak nafas sekejap. Sebenarnya komitmen paling besar saya adalah personal loan, saya buat loan untuk renovate rumah parent saya. Dari rumah kayu yang saban hari dimakan anai-anai, jadi saya mengambil keputusan untuk merobohkannya dan menggantikan dengan batu. Dengan harga barang yang mahal sekarang, cost sebuah rumah pun agak mahal juga.

Tetapi baru-baru ini saudara jauh ada ingin membantu memberi modal untuk membuka dobi self service, kira saya boleh bayar ansur-ansur modal yang dilaburkan berdasarkan keuntungan. Saya ada buat sedikit research berkenaan dobi tersebut, kalau buka di tempat yang stategik boleh untung. Jadi saya agak tertarik dengan offer tersebut, dan sekiranya ianya menguntungkan bolehlah saya berhenti kerja.

Jadi, saya ingin tanya pendapat dari anda, perlukah saya accept offer tersebut? maklumlah modalnya agak mahal juga. Bimbang akan risikonya juga. lagipun dengan keadaan saya sekarang ni, saya rasa saya tidak mampu lagi bertahan lama dengan kerjaya saya. Maklumlah kalau asyik mc je, bos mana yang sukakan? Jadi saya perlu mencari inisiatif lain untuk mendapat income.

Jadi kalau saudara- saudari ada pendapat boleh lah komen dibawah ni. Saya akan baca satu-satu. Tapi harap-harap tiada kecaman lah. ;)
Terima kasih

– Anak perempuan mama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.