Aku menghempaskan punggung di katil. Letih rasanya perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam daripada segamat ke johor bahru.Di hujung mejaku terdapat sekotak chizza yang aku bungkus semasa di segamat tadi, hajatnya untuk buat makan malam nanti. Tanpa ku sedar air mata mengalir, bersedu sedan aku menangis. Apalah hibanya rasa hati ini, bergelinang air mata sehinggakan pandangan aku terhadap chizza itu semakin kabur. Aku memejamkan mata. Ya Allah berkati hubungan kami berdua ya Allah.
2 jam tadi Allah telah menjentik hatiku yang keras ini. Ya hatiku yang keras terhadap kekasihku. Aku bersungut kerana aku merasakan kekasih aku ini sambil lewa orangnya. Aku melepaskan marah kerana kekasih aku ini tidak bertegas dengan orang yang mengambil kesempatan kepadanya. Aku menengkingnya kerana aku merasakan sudah cukup lama aku membuang masa bersamanya. Akan tetapi aku tidak pernah lihat apa yang kekasih aku lakukan selama ini. Aku tidak tahu apa yang dia usahakan dibelakangku. Aku tidak pernah bertanya kesulitan dan kesukaran apa yang ditempuhinya sehingga aku merasakan dia tidak berusaha untuk bekerja. Di sebabkan kebodohan dan keras hatiku, aku melepaskan geram dan amarah kepadanya. Akan tetapi kasih sayang dan cinta sejati yang di balasnya. Tiap kali aku marah dia akan mengusap belakangku untuk menenagkan amarahku. Oh Tuhan butanya aku, tidak nampak usaha dan kasih sayangnya selama ini.
Sekali lagi air mataku mengalir tak kala menulis kesedaran diriku sendiri. Mungkin siapa yang membaca tidak akan faham apa yang aku maksudkan kerana rasa hati ini dan cinta kami berdua terlalu sukar untuk dijelaskan dan mengerti. Hanya mereka yang ikhlas sahaja akan faham.
Di sini bermulanya hati kerasku lulus dan air mataku jatuh. Aku melihat ke dapur rumahnya. Hanya terdapat sebungkus nasi sahaja. Nasi itu kepunyaan adiknya, dibeli oleh ibunya. Aku bertanya,
“hai satu je, ni untuk adik abang kan?untuk abang tak ada ke?malam ni nak makan apa?”
“macam tu lah sayang, abang kat rumah ni, tak apa lah abang ada beli Meggie tadi, nanti abang masak Meggie kalau lapar”
Aku lalu secara sembunyi meletakkan chizza yang aku beli tadi di mejanya. Sambil menahan sebak aku melangkah keluar, setibanya di pagar aku memberitahunya
“abang, orang letak chizza kat atas meja tu, malam nanti makan tu”
Dia marah dan memanggilku. Dia cakap, dia tidak suka akan perbuatan aku itu. Dia lelaki dan sudah diajar untuk hidup kuat. Aku menitiskan air mata, oh kuatnya kekasihku. Aku mengambil semula sekotak chizza itu dan terus belalu ke kereta untuk gerak balik ke JB. Sempat aku mengerling ke raut wajahnya. Seperti menangis, ntahlah. Mesejnya bukan disebabkan makanan, akan tetapi kisah hidupnya yang terlampau memilukan. Ada keluarga seperti sebatang kara. Di situ aku sedar bukan kudratnya untuk memilih hidup seperti ini. Tiada pekerjaan yang tetap, makan minumnya tidak terjaga apatah lagi pakaian nya. Dia berusaha sedaya upaya, jika kita manusia normal perlukan usaha 100% tetapi kekasih hatiku ini memerlukan lebih lagi untuk meletakkan diri sama seperti kita. Itulah cinta hatiku, kekasihku si buta. Mohon Allah berkati jodoh kami. Mohon doa daripada kalian juga. Terima Kasih.
– kekasih Si Buta
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment