Salam. Saya harap admin dapat siarkan confession saya ni. Beberapa hari yang lepas, saya rasa kebanyakan orang pun dah tahu berita tentang kematian artis Kpop, Kim Jonghyun disebabkan depression sehingga beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri. Dan beberapa hari selepas itu, peminat di Malaysia pun ada buat ‘memorial event’ lah. Dan beberapa video event tersebut dah pun viral. Saya pun tergerak hati untuk membaca komen komen dekat video tersebut dan terus terang saya cakap, angkuhnya melayu ni.
Memang betul, upacara mcm tu tak patut dilakukan untuk kita yang beragama Islam ni. Saya pun tak setuju dengan peminat beragama Islam yang hadir dekat upacara tu. Tapi boleh kan tegur dengan cara yang lebih baik?
“Daripada korang menangis meratapi orang kafir ni, baiklah korang nangis dekat orang yang mati dekat Palestin sana”
Seriously? Apa rational ayat ni sebenarnya? Sedangkan agama dah ajar kita untuk tidak meratapi kematian sesiapa, tak kira lah Islam atau pun tidak, sebaliknya sedekahkan lah doa. Jadi, adakah ‘lebih baik’ meratapi kematian di Palestin? Tolonglah, jangan buat malu agama sendiri.
“Eh budak gemu* kau acah acah cakap korea pulak blablabla”
Banyak sangat komen yang condemn peminat yang baca surat dalam video tu. Dan kebanyakan komen sangatlah kasar. Rational? Kenapa nak serang dia? Apa salah dia? Ada ganggu hidup korang ke? Memang apa yang di buat tu salah, tapi apa hak korang nak komen pasal fizikal dia, pastu kutuk kutuk suka hati. Doesn’t make you any better.
“Dah lah mati dengan cara kafir”
This comment hits me. Ye, dia bukan Islam, tapi apa hak korang untuk menghina cara kematian seseorang? Korang yakin ke akan mati dengan cara yang mulia? Kita tak tahu kan. Jangan sombong sangat.
Dia mati kerana depression. And depression is a disease. Depression can hit anyone, tak kira lah korang Islam ke tak. Prefontal cortex yang control kita punya emosi dan kemampuan untuk membuat keputusan. Bila depression, badan kita produce lebih banyak cortisol, menyebabkan prefontal cortex ni mengecut, dan menganggu kemampuan seseorang untuk membuat keputusan yang rational.
Kalau bahasa medical, depression is a mental illness. Tapi kalau bahasa pasar melayu yang penuh stigma, kita panggil ‘gila’. Tak kisah lah apa mental illness pun, melayu akan cakap orang tu gila kan.
Anyone can have depression. Tolonglah jangan prejudis sangat. Bila seseorang depress, tolong dia, bukan condemn dia. Someone with depression tak dapat nak berfikir dengan rational apa lagi nak meminta tolong, jadi kalau nampak kawan kita, anak anak, family kita atau sesiapa je lah yang terlalu stress, tolong lah diorang. Jangan judge je cakap nak attention seeker lah, mengada lah. Diorang perlukan perhatian and trust. Jangan simply judge sesuka hati.
– Aira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment