Assalamualaikum semua
Aku berusia 19 tahun. Akunak share masalah aku iaitu alone , overthinking dan tekanan. Aku mengalami masalah overthinking semenjak tingkatan 4, aku malu nak bercerita tapi aku kuatkan diri untuk cerita masalah ini. Overthinking aku pada awalnya mengenai lintasan hati iaitu cukup kah bilangan solat? Sah kah wuduk anda ? dan entah kenapa overthinking aku mencapai tahap kritikal adakah islam benar ? Ke kristian benar? Adakah Allah wujud? Lepas tu aku ingat lagi aku terbaca satu artikel secara tak sengaja mengenai incorruption of saints maksudnya mayat-mayat pendeta kristian tak reput kat internet berlambak. Allhamdullilah aku fight diri aku , aku baca artikel yang buat aku yakin kembali islam iaitu perbezaan mayat fresh intact dan mayat mereka seakan berkilat wax. Aku sedih dengan diri aku .
Macam-macam perkara pasal overthinking tentang keburukan islam ganggu aku . Aku rasa aku berdosa dan kadang-kadang rasa aku jatuh murtad. Aku cuba lawan suara-suara tersebut tapi aku asyik kalah. AKu juga overthinking mengenai kematian, aku jadi takut kerana satu masa dulu kami sekeluarga hampir lemas di air terjun dan ayahku orang terakhir mereka selamatkan. Aku takut kehilangan keluarga aku kerana aku seorang yang kesunyian tanpa rakan baik sekarang. Aku pernah berjumpa kaunseling sewaktu 17 tahun tapi semuannya tak berjalan.
Semasa di tingkatan 4 juga aku ditikam belakang oleh kawan baiik aku mungkin pada mata orang nampak remeh tapi sahabat baik aku semenjak tingkatan 1 dalam diam cuba flirt dengan crush aku since darjah 1 membuatkan aku terus takut untuk berkawan di matrik. Di matrik aku tiada masalah mengenai alone kerana ada kawan-kawan yang menemani aku.
Masalahnnya bermula sekarang . Aku belajar di IPTA di tengah ibu kota. Aku mengalami peningkatan berat badan yang drastik menyebabkan aku menjadi overthinking dan anti social. Aku tak mahu jadi anti social. Tapi hampir 1 sem ni aku tak berjaya menemui rakan baik atau rakan to tag along. Aku sedih dan kecewa , bila aku buka sosial media aku cemburu melihat orang lain mudah mendapat kawan di universiti. Kenapa aku rehat alone, pergi naik bas alone dan tiada kawan berborak di sini. Aku tertekan dengan mata-mata yang memandang serong terhadap aku bila aku jalan sorang2 dan rehat sorang2 sebab aku gemuk. Mereka menjauhkan diri dari aku kerana aku dianggap pelik. Adakah aku perlu ubah penampilan?
Sebab mengapa aku rasa tak ada sesiapa mahu berkawan dengan aku kerana aku tak tahu mahu bual apa dengan mereka yang baru . Aku takut . Aku overthinking apa persepsi mereka terhadap aku kerana aku gemuk . Aku terus buntu. Aku cuba bergaul dengan rakan-rakan 1 program tapi setiap kali perbualan menjadi akward. Roommate? Roommate aku dari awal lagi cakap dengan aku dia jenis tak berapa rapat dengan roommate semenjak matrik dan dia gemar bersama rakan senegerinnya tapi dia seorang yang baik dan peramah. Semenjak aku alone di IPTA masalah overthinking aku makin datang dan aku tertekan. Aku kemurungan . Aku takut mahu bercerita pada parents kerana mereka dah tua dan ada penyakit darah tinggi.
Aku end up menjadi pendiam di universiti dan tidak reti bergaul. Aku buntu aku keliru . Aku tertekan dengan masalah overthinking aku yang semakin menyesakkan otakku saban hari. Hampir 3 tahun aku dibelenggu overthinking mengenai keburukan islam dan menyebabkan aku rasa nak akhirkan saja kehidupan aku tapi aku tahu itu dosa besar. Aku tak larak lawan diri aku , aku benci melihat aku yang sekarang. Aku buntu tolong bagi tips dan pendapat untuk mengatasi masalah overthinking , alone dan tekanan.
– Zana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment