Sunday, 24 December 2017

Lelaki Simpanan

PengakuanKu

Simpan kat mana? Kat mana lagi ?dalam hati saya lah. cia cia cia..

Jap, selain dalam hati saya ni, banyak lagi tempat jejaka2 Malaya ni boleh di simpan. Nanti sy dedahkan lokasi persembunyian mereka. Aku cerita ikut flow la eh, start daripada hari aku lahir sampai harini. Sekarang, umur aku hampir mencecah lewat 20-an, Dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran.

Kita mulakan dengan golongan pertama:

1. Si professional yang buta. Bukan matanya yg buta tapi yang buta itu ialah hatinya.

Taraf pendidikan diorang boleh dibanggakan. Ada degree dan jadi accountant, engineer, doctor. Tapi sayang, pak cik pekebun yang tiada kelulusan akademik tu lagi bijak dalam mendidik anak dan menyayangi keluarganya.

Kata si professional, life began at 40 sebab kerjaya dah stable. Masa ini, mula lah nampak cacat pada isteri sendiri. Pandai buat anak, tapi kedekut duit, kedekut tenaga. Didik, asuh, urus anak semua kerja bini A sampai Z. Petang or malam korang boleh jumpe lelaki macam ni diam membisu, baring atas sofa, goyang kaki, baca surat khabar. Anak-anak mengamuk, isteri membebel dan mengalami tekanan jiwa. Anehnya, dia buat dono je. Si ayah akhirnya melangkah keluar daripada hidup kami.

Itulah antara babak kehidupan bersama seorang absence father.

Bila aku meningkat dewasa, “ketiadaannya” menyebabkan aku terpaksa menjadi perempuan kental dengan 1001 guna demi mengisi kekosongan yang ditinggalkan olehnya selaku ketua keluarga.

Perit.

2. Ustaz Tali Leher- Belajar agama untuk makan gaji (jadi cikgu, lecturer or kerja office semata). Misinya kejar pangkat tinggi, jadi professor, prof madya dan lain-lain.

Jenis ni banyak dan boleh ditemui di universiti, kolej dan pejabat kerjaaan. Aku teringat beberapa kali aku gigih datang ke masjid universiti dengan harapan ada sesiapa menyampaikan kuliah maghrib atau tazkirah ringkas.

Tapi hampa.

Di mana semangat jihad dan jiwa pendidik dalam dirimu wahai ustaz? Aneh jugak aku..sebab, pensyarah aku dikatakan lulusan bukan sekadar daripada Malaysia tapi Jordan, Mesir dan seantero dunia. Niat di hati, nak lah cedok sedikit ilmu daripada diorang.

Tapi Hampa lagi.

Oh aku lupa! Kadang-kadang ustaz zaman sekarang, solat bukan lagi di surau atau masjid. Tak kan lah aku nak berharap diorang menyampaikan kuliah atau tazkirah kepada pelajar, warga univerisiti dan masyarakat setempat kan? Dia duduk rumah diam diam hadap wasap, fb dan youtube je; Atau busy siapkan kajian akademik siang dan malam. Lantak lah gejala sosial dalam kalangan student dan masyarakat setempat, asalkan hujung bulan duit gaji masuk. Itu bukan hal aku kata dia.

Aku pun hampa lagi dan lagi..

Teringat pada pak cik Aristotle. Katanya pendidikan minda semata tanpa pendidikan hati itu bukan pendidikan namanya. Aku nak tambah sikit: “Institusi pendidikan, kalau tiada program keagamaan itu bukan univeristi namanya! ”

3. Abang Sado- Bagus nih sebab jenis menjaga penampilan. Hensem dan Osem. (Awas: Wanita di luar sana, jaga pandangan eh, takut terjatuh cinta nanti sibuk kena tulis IIUM confession pula ! Huahahaa)

Pergi gym, daki gunung daik bercabang 3, membelah lautan api, lautan merah dan cycling berbatu batu. Bagus lah, sebab orang kuat mmg disukai Allah kan..

Tapi harus diingat, malu lah sikit bro, kalau surau atau masjid dekat rumah pun bro tak boleh nak jenguk untuk solat berjemaah dan dengar kuliah agama. Malu bro, malu..

4. Abang tak sado – Pagi petang siang malam main game, tengok movie.

Katanya lelaki gamers ni introvert, setia, simple dan tak memilih. Yela bro; Aku dipaksa percaya !!. Tapi relitinya aku panas hati tengok gelagat abang aku sendiri. Bila lapar dengan muka selamba jengok dapur. Kerja rumah lgsg x menolong. Belanja rumah seposen pun tak keluar. Kerja pon malas nak cari walau ada kelulusan. Masa terluang, tengok movie dan main game. Tak membina minda dan masyarakat langsung. Ceh, Apa beza kau dengan kera di hutan?

Aku sukar menelan kenyataan bahawa wanita single mcm aku nih tempatnya hampir 24 jam di dapur, cuci mangkuk pinggan, jamban, settle kan baju busuk dan 1001 kerja lagi berkaitan dengan kau. Huh, Apa beza aku dengan hamba abdi?

Siang hari pulak aku kerja makan gaji dan kena maki dengan bos yang juga lelaki. Lelaki lagi? hmmmm. Trauma !

Paling sakit hati bila aku terpaksa mengorbankan masa dan minat aku iaitu membaca. Sedangkan abang aku membunuh masa sewenang wenangnya. Kalau aku tak tolong segala kerja rumah, mak aku lah yang jadi hamba dia. Kesian pulak.

Kalau abang aku baik tu tak pe,aku tak kisah. Ini, kalau aku suruh tolong buang sampah dia buat pekak, kalau aku tegur sikit aku akan kene maki atau lagi tragis kene pukul. Kalau ibu tegur, dengan ibu sekali lah kena tengking, dia akan angin tak memasal. Macam tulah, kalau ayah layan isteri macam kuli, Anak lelaki pon akan layan sibling perempuan dan ibunya macam sampah. Kitaran akan berulang. Aduh sakitnye ku di sini ..Harap-harap aku akan dapat keluar dari rumah ini satu hari nanti.

Kecewa.

Senang jadi lelaki kan? Tenaga muda remaja dihabiskan kat game dan movie. Lupakah mereka bahawa satu hari di dunia itu cukup bernilai kat akhirat nanti? (Fakta: 1 hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia, rujuk surah Al-Hajj:140). Amacam? Tak tahu nak buat ape selain gaming? Kemon la bro !!

Aku jamin, nanti kalau aku jadi nenek, aku akan nampak lelaki tua bongkok pun asyik main dota depan PC. Bayangkan..

Buruk benar bro !!

5. Si Double Face – Aku hampir kagum pada si alim yg dibibirnya subhanallah, alhamdulillah dan dia suka show off yang kononnye dia hati bersih, kaki masjid dan kaki kuliah agama. Rupa rupanya, mulut cam haremm..

Syukur aku terselamat.

Ahli politik lagilah sinonim dengan double face. Kutip rasuah sana sini pastu declare beri derma kat tahfiz dan tanggung rumah anak yatim (guna duit rasuah tu lah). Apa dia fikir dosa rasuah tu boleh main cover dengan tabur sedekah dan zakat sana sini? Dasar politikus yg terkena belitan syaiton!

Si isteri politikus pulak bermewah macam dana negara/negeri ni harta pusaka mak ayah dia. Si politikus wanita pulak, suatu hari tu, kena usung kat court sebab rasuah, tengok esok terus pakai tudung. Penunggang agama lah tu. Sorry, pilihan raya nanti..aku tak akan undi parti orang double face macam tu!! Cukuplah engkau melembukan rakyat.

6. Jantan separuh masak. Tak matang atau tak cukup akal? Entah.

Sayang bini. Tapi, biadab pada ibu bapa. Jenis anak derhaka. Bini dilayan macam princess. Ibu bapa dilayan macam tunggul. Bawak bini tinggal rumah emak, emak pulak jadi kuli bini dia.

Dahsyat!

By the way takziah jugak kpd lelaki yg dapat bini ngok ngek. Akhir akhir ni, aku ada dengar cerita bini si pemalas kaki media social je. Suami tu kemain baik, tapi tak dihargai isteri ! Kesian..

7. Lelaki Simpanan Hati.

Dia tak pernah berhenti belajar agama. Dia menghayati quran dan membaca buku ilmiah. Dia solat berjemaah subuh sampai isya’ di surau atau masjid. Dia hormati ibu bapa dan adik beradik. Dia berdikari, Dia keluar menyertai masyarakat untuk menyumbang tenaga. Dia tahu makna sabar dan tahu apa itu taqwa. Dia ada maruah, bekerja demi membalas jasa ibu bapa. Walaupun dunia luar sangat teruk namun itu tidak mempengaruhi perbadinya..

Masihkah wujud lelaki seperti ini?

——
Akhir kata, didoakan agar kalian diberi hidayah untuk menjadi ayah terbaik buat anak-anak kalian dan juga masyarakat sekelilingmu . Seorang ayah yang tidak pernah aku miliki di dunia ini. Seorang ayah yang berterusan menasihati dan mendidik anaknya di sepanjang perjalanan hidupnya. Ayah yang berjaya membentuk anak menjadi pemimpin keluarga, agama dan masyarakat. Anak yang bakal menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk negara kita, Malaysia.

Itu sahaja harapan aku.

– A.M.M.Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.