Hi . First of all , aku kenalkan diri aku as a woman, a student , berusia 22 tahun ke atas. Seorang pelajar di salah sebuah IPTA yg tertua di Malaysia . Tajuk aku kali ni adalah mengenai hobi. Yes, semua orang ada hobi tersendiri. Memang ianya berguna untuk kita isi masa lapang kita. Yes, semua orang main game. Tak kisahlah video game, pc games mahupun mobile game. Kita hidup di zaman kecanggihan teknologi. Memang tidak dinafikan aku juga merupakan seorang mahasiswi untuk degree computer science. Dan aku faham akan perkembangan teknologi ni seperti anda-anda di luar sana. Ilmu di dada masih tidak mencukupi. Perlu banyak aku kene “absorb” untuk aku gunakan buat kebaikan masyrakat sejagat in shaa Allah. Doakan aku berjaya.
Kat sini aku nak cerita sikit pengalaman pasal hamba “game”. Memang tidak dinafikan, game seperti dota, CSGO, ARK Survival , Battlefield & etc memang diminati ramai terutamanya golongan muda. Kebanyakkan student universiti lah yang biasa ke arah game ni. Aku setuju kerana, game macam ni lah menandakan aras E-Sport tu ada & diiktiraf dunia. Cuma dari sudut negatifnya tetap ada . Mengikut pengalaman aku sendiri & rakan-rakan yg lain, terkene sedikit sebanyak tempias negatif daripada gamer. Tak semua gamer macam tu. Tapi sesetengah (sebilangan kecil) ada yang membuatkan kami ni (not gamer misalnya) sometimes tu terkene tempias negatif . Contohnya, kes kawan aku & tunangnya. Si lelaki I ni main game dari pagi- malam. Kat dalam class pun still sempat main “mobile legend”. Belum lagi bila balik bilik je terus cari game kat laptop. Open steam account then zass main sampai tak ingat dunia. Bila ws / call ada penting sampai di marah & maki hamun cakap game lebih penting. Game is life. Bila kalah , mula lah nak marahkan si tunang I ni. Maka si tunang ni terpaksalah mengalah. Try faham cara kehidupan dia. Setelah hampir 3 tahun, lagi teruk cara si lelaki I ni layan dia. Belum lagi si tunang ni jumpa message inbox yang bukan-bukan dengan perempuan lain. Allahu, kuatkan hati jelah membacanya. Namun, hati tu retak Allah sahaja yg tahu. Tak kisahlah nak follow sampai ke instagram dgn player2 perempuan online game. Tapi bile si tunang ni tanya pasal player- player perempuan ni , mula lah dengan tanpa fikir panjang si lelaki I terus marah. Padahal si tunang ni tanya je, game apa yang korang main. Ha nampak tak belangnya di situ? And lagi satu, pergi jalan ke makan ke apa apa si tunang ni macam rasa kekosongan. Aku perhatikan si lelaki I ni asyik asyik asyik leka dengan phone. Walaupun sikap dia yg aku perhatikan dah sedikit kurang, but still dia ignore kan jugaklah tunang dia. Kekadang , apa apa tunang dia yg selalu buatkan such as siapkan assignment dia, buat itu ini yg bukan kerja course dia. Si lelaki I ni haih tak sedar dek untung.
Sampai ada satu tahap boleh gaduh sebabkan “game” ni. Yelah, cara dia ignore kan tunang dia , macam takde hati & perasaan. Aku banyak kali nasihat dia suruh dia bersabar & try nasihat cara baik. Tu tak tahulah tang solat tu cemana. Malas aku nak tanya. Sendiri dah besar boleh ingatlah & boleh fikir. Sebabkan game jugak lah, si tunang ni kene hampir-hampir nak kene lempang dengan lelaki I ni. Punca ? Kalah game masa tunang dia suruh alihkan cawan. Masa ni tengah makan kat Mcd. Aku ni duduk meja sebelah pun rasa marah. Just aku try leraikan cara baik. Lepastu, bila team game si lelaki I ni spoil, mula lah marah-marah kat meja tu, ketuk meja lah, mencarut lah. Boleh dengar kot meja yg berdekatan. Malu nya haih.
Then masa study week, nak final exam. Memang tak dinafikan, ada segelintir manusia yg di mana otak dia boleh digilap kepandaiannya based on game yg memerlukan skill untuk main. Time study, bile si lelaki I ni bosan , dia on game dia. Bile aku and tunang dia mintak tunjuk ajar dia try ignore. But still ajar jugak cuma kene tunggulah si lelaki I ni win game tu. Masha Allah , sabar lagi. Sampai dia buat tunang dia ni macam tak wujud. Bila si tunang ni stress study, nak at least nak keluar kejap 2jam setengah pergi tengok wayang pun tak boleh. Dia merungut kata jimatlah , asyik nak keluar je, kalau stress tengok lah movie. What??? Hati tunang dia macam mana? Tahu lah ada game . Haih. Boleh pulak cakap macamtu. Bila si tunang try bidas statement dia dgn cara lembut by saying “takpelah awak ada game tu, saya nak release stress kejap tak boleh ke? Awak tu asyik dgn game game game, dota dota , CSGO & etc awak tu. Cubalah study sama sama.” Tapi end up hm , kelaut jugak lah respond lelaki I ni.
So pengajaran di sini. To all gamers, yes you can play , but biarlah kene dengan caranya. Jangan abaikan orang sekeliling yg care & dan banyak membantu. Tanggungjawab tu kene ada. Jangan asyik fikir pasal soal hati & perasaan awak dan game awak , orang lain pun kene consider jugak. Sabarlah bebanyak kepada mangsa yang terkena tempias negatif & kemarahan. Jangan terlalu taksub or obsess dengan games. Minat tak salah. Cuma kalau caranya salah, susah lah jawabnya. Maaf andai kata-kata ada mengguris hati pihak tertentu. Hargailah mereka yang ada di sekeliling . Sekian.
— — Miss F
– F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment