Dah lebih 10 hari jonghyun mati bunuh diri. Kematian dia memang betul-betul terkesan pada aku. bukan sebab aku gila kpop. Tapi ada something yang mengajar aku untuk ubah sudut pandang pasal bunuh diri.
Jujurnya aku tak kenal pun siapa jong hyun ni. Bila dia dah mati, baru aku google pasal dia. baru tahu dia ahli kumpulan shinee. Aku rasa macam tahu je group korea ni. Bila aku search rupanya banyak lagu-lagu dorang yang aku pernah dengar. Sebab dari zaman sekolah tahun 2008 memang layan lagu dorang. Tapi masa tu aku tak amik port pun group mana, hanya dengar lagu-lagu yang aku rasa best.
Masa aku google pasal jong hyun dan kumpulan shinee ni, baru aku tahu si jong hyun ni ada buat lagu solo dan dah terbitkan 2 album solo dia. Selain tu dia jadi Dj radio dan penulis buku. Bila aku dengar lagu-lagu dia, ada antaranya yang menarik perhatian aku. Aku jadi suka dengar lagu-lagu dia. Kena dengan taste aku. Slow melody. So aku pun cari la maksud lagu-lagu tu..hasilnya??
Memang kebanyakan lagu dia cerita tentang depression yang dia alami selama ni. Tapi ramai yang tak perasan pasal depresion tu. Most of the songs he wrote about it. Tentang apa yang dia rasa. Apa yg dia alami. Kesakitan dia. Lonely dia. Cerita pasal betapa terseksanya dia, tapi tak dapat nak luah pada sesiapa. Dia pernah luah pada orang, tapi semua tak faham perasaan dia. Tak cuba pun nk faham dia. Last-last dia diamkan je. Tahan je dlm hati.
Kalau korang nak tahu, cuba la google lagu-lagu dia. antaranya:
-the end of a day
-lonely
-let me out
Melalui lagu yang dia tulis, Dia macam dah lama plan nak bunuh diri tapi dia hold.
**Disclaimer: jangan salahkan aku kalau korang trigger bila dengar lagu dia.
Bila aku baca translation lagu-lagu tu, aku memang boleh rasa apa yg dia rasa. We are in the same boat. Aku pun selalu rasa nak mati. Nak bunuh diri. Tak sanggup hidup lagi kat dunia ni. Macam-macam cara aku buat. Telan panadol berpapan, cuba kelar tangan, nak duduk tengah jalan biar orang langgar. Macam-macam idea nak bunuh diri.
Tapi dia bertuah, sebab dia ada bakat untuk luahkan perasaan dia melalui lagu. Dia pun pernah tulis buku untuk cerita pasal sakit dia tu. Mungkin itu antara cara dia nk lepaskan depression tu. Mungkin dapat kurangkan rasa sakit dalam diri dia. Dan itulah satu-satunya cara yang dia boleh keep going untuk hidup. Sampailah petang 18 disember tu, dia dah tak boleh lagi nak teruskan. Dia kalah dengan perang diri dia sendiri.
Aku tak salahkan dia mati.
Itulah jalan yang dia pilih untuk keluar dari rasa sakit depresi. Lagi satu sebab dia bukan islam, so orang tak judge dia berdosa ke apa. Ramai fan dia semua hormat keputusan dia bunuh diri. Sebab dia dah berjuang selama ni semampu yang dia boleh, walaupun akhirnya dia tewas di tangan sendiri.
Kisah jong hyun bunuh diri masuk dalam kepala aku dalam-dalam. Berhari-hari aku fikir pasal kematian.
Baru aku sedar yang bunuh diri bukan satu jalan penyelesaian yang baik malah memakan diri. Apatah lagi kita orang islam. Allah murka pada kita. Allah laknat. Nabi tak mengaku umat. Apa hak kita ambil nyawa kita sendiri setelah macam-macam nikmat yang Allah kurniakan pada kita?
Lagi satu, bila kita mati bunuh diri, lagi banyak kita kena jawab dengan Allah. Jawab dengan malaikat dalam kubur. Belum masuk lagi kita kena seksa, kena azab dalam kubur. Campur azab kat padang mahsyar lagi. Terus aku sedar kematian akibat bunuh diri bukanlah keputusan yang baik.
Lantaklah si jong hyun kalau dia nak bunuh diri. Itu yg dia pilih. Mungkin dia fikir lepas dia bunuh diri, dia dah tak rasa sakit. Tapi hakikatnya sama je seksanya dalam kubur tu.
So sapa-sapa yang dok fikir nak bunuh diri tu, fikirlah dalam-dalam. Berbaloi ke kita mati dalam keadaan terseksa macam tu? Seksa dunia seksa juga di akhirat.
Jangan tanya aku macam mana nak keep going to live sebab aku sendiri masih struggle untuk teruskan hidup dengan depresi. Sakit dan menyeksakan. Ya aku tahu. Tapi itulah yang Allah dah suratkan untuk kita.
Ketahuilah, Allah tak kejam. Allah tak zalim. Mesti ada sebab Allah bagi kita sakit depresi. Yang penting cuba positif dan bangun, cuba cari pertolongan untuk bantu kita teruskan hidup. Jangan asyik fikir mati je. syaitan memang suka kita mati. Sebab dia menang, hasut kita.
Aku tak kisah orang nak kecam ke nak troll ke ape. Atau orang nak cakap aku ni bajet alim ke tunggang agama ke. Ni apa yang aku rasa. Nama pun confession. Sape yang bace , aku harap korang sedar tindakan korang sebelum ambil keputusan nak bunuh diri. Yang tak nak baca sila scroll confession lain.
Akhir sekali, nasihat aku ..
Usahalah, ikhtiarlah yang terbaik untuk kurangkan depresi dengan apa cara sekalipun. Doalah banyak-banyak. Allah tak uji kalau kita tak mampu.
– SWD
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment