Sunday, 24 December 2017

My Brain

PengakuanKu

Assalamualaikum. Hope admin dapat approve confession ni,thank you.Straight to the point ,saya berumur 16 tahun dan isunya di sini tentang masalah diri saya yang lambat pickup a.k.a loading .

Sejak saya sekolah rendah , saya selalu ambil masa yang lama untuk hadam sebarang arahan.Dalam otak ligat saya tafsirkan sesuatu arahan tapi terlalu lambat untuk bagi saya betul betul faham. Memang ramai kan yang menyampah kalau perangai spesies macam ni tapi saya sendiri taktahu macam mana nak atasi.Saya taknakla tunjuk sangat kat orang,jadi saya pura pura faham dan ikut arahan tapi dalam masa yang sama saya terpinga pinga. Pasal tu selalunya orang akan bagi arahan atau pernyataan berkali kali.Dan saya seriously fed up dengan masalah ni.Saya akan rasa ramai orang akan menyampah dengan sikap saya.

Saya jenis yang pendiam dan susah nak adapt sesuatu yang baru.Persekitaran saya sejak kecil memang teramat jarang bergaul waima dengan family sendiri pun banyak buat hal masing masing.Saya ada partime kat stall tepi jalan dengan orang yg saya tak kenal pun sebelum ni.Bila mak saya cakap cara saya buat kerja lemer ,saya sedih walau tu hakikatnya.Bila ada orang ajar something new ,saya agak perlahan untuk betul betul masuk dengan apa yg mereka ajar.Serious malu bila ada sikap macam ni. Walaupun saya berada di kelas atas atas dan pernah menjadi pelajar cemerlang, tapi bertapa strugglenya saya takde siapa boleh bayangkan.Biasanya ada topik saya tak paham dan misalnya saya personally nk cikgu ajar,saya pastikan ada sesiapa yg datang teman sekali untuk dapat keyakinan sendiri.

Dalam otak saya sentiasa ada bahan untuk diajak borak.Selalu mengelamun,tapi bukan berangan dengan fantasi.Terlalu banyak isu dalam otak yg saya takpasti kenapa dia muncul.Biasanya saya boleh buat satu benda je dalam satu masa.Pernah saya taktahu nak lompat bintang masa kelas pj. Padahal time tu saya dh form one.Pergerakan kaki dengan tangan saya tak seragam dalam otak.Cikgu saya kata otak kanan and otak kiri saya tak sampai maklumat.Saya rasa keliru nak ambil step seterusnya haha.Bila ada dalam orang ramai saya jadi menggelabah tak tentu pasal.Apa yg saya buat sangat clumsy.Dan yg paling stress bila ada apa apa berita yg ngeri,menyayat hati or tragis ,saya terlalu letakkan diri saya dlm situasi tu.Nauzubillahiminzalik.Cth kes culik dan saya akan follow cerita tu sedetailnya dan ada satu tahap tu saya menggigil . Time tu saya dengar video suara mangsa culik minta tolong tahun 2015 tak silap. Bila saya tahu tu hanya penipuan saya jadi lega sangat sangat. Susah nak cakap perasaan tu.

Senang cerita ,dari sekecil kecil perkara yg remeh pun saya akan fikir sumbat dalam otak sampai sesak dah rasanya. Honestly penat sangat rasanya tapi selagi mata ni terbuka,selagi tu la otak saya penuh. Macam dah tak ada cara nak buang sikap ni.Time berbual pun sempat saya mengelamun.

Nanti macam mana saya nak adapt dengan suasana baru bila berkerja or sambung belajar?Adakah sikap yg sama saya bawa? Ada ke sesiapa yang spesies sama macam saya dan macam mana nak atasi?

– Ariza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.