Monday, 25 December 2017

Takut Patah Hati

PengakuanKu

Assalamualaikum, nama aku Farah (bukan nama sebenar). Aku pelajar tahun akhir di salah sebuah Universiti di Semenanjung. Dari kecil aku diajar untuk berdikari oleh ibu dan ayah aku dalam setiap hal sehingga aku besar, aku banyak melakukan kerja seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun. Satu lagi, aku tidak pernah berorganisasi dengan lelaki secara partner. Jatuh cinta? cinta aku sering bertepuk sebelah tangan sejak dari dulu lagi. Alhamdulillah, hal itu menjadikan aku tidak pernah bercouple secara realiti, bercouple secara maya pernah tapi dua bulan je. Itu pun masa zaman jahil aku. Aku kurang rapat dengan lelaki, kebanyakan masa organisasi aku hanyalah bersama sahabat-sahabat perempuan sahaja. Allah beri aku hidayah untuk berhijrah, makinlah aku menjarakkan diri dengan lelaki sebab aku tidak ingin jatuh cinta dan patah hati lagi.

Selepas zaman matrik, aku berpeluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti di Semenanjung. Selepas beberapa minggu, aku mengenali seorang pelajar lelaki bernama Haris (bukan nama sebenar) melalui sahabat aku. Dia seorang yang alim, baik dan ramai peminat. Mereka menunjukkan kepada aku gambarnya yang ada di Facebook. Biasalah diorang ni mak jemah kan, sentiasa up to date dengan perkembangan semasa di Universiti.

Pertama kali aku melihat Haris, persepsi pertama ialah dia poyo sebab dia dengan diri dia dan telefon je. Nak senyum dengan orang lain memang tak lah. Lama mengenali dia, baru aku tahu perwatakannya memang begitu. Seorang yang agak pendiam dan hanya bercakap bila perlu. Aku letakkan dinding untuk tidak mempunyai apa-apa perasaan dekat dia walaupun hakikatnya semakin aku kenal dia, aku tertarik dengan peribadi dia. Aku dengan dia ibarat langit dan bumi, ramai yang kenal dia tapi aku…? budak kos aku jelah yang kenal aku. Setelah berlalu beberapa semester, aku masih mampu berada pada keadaan yang sama iaitu tidak meletakkan apa-apa harapan perasaan dekat dia. I am survived!

Tetapi! keserabutan bermula apabila aku dipilih untuk menjadi timbalan presiden organisasi persatuan di Uni aku. Masalah utama bukan kerana jawatan itu tetapi masalahnya ialah apabila aku perlu berurusan dengan presiden persatuan itu iaitu Haris. Aku menjadi sangat kekok dan perlahan-lahan, perasaan itu datang menguji, dush! Aku cuba untuk menjadi profesional yang mungkin apabila berurusan dengan dia, whatsapp pun, aku cuba untuk menjadi skema yang mungkin. Lantaklah apa yang orang cakap, aku tak nak jatuh cinta sebab aku takut akan patah hati lagi. Dia mempunyai ego tapi dalam masa yang sama dia seorang yang prihatin. Orang yang rapat dengan dia sahaja yang kenal diri dia yang sebenar. Kalau aku sakit, dia akan tanya keadaan aku dari masa ke semasa. Hati wanita mana yang tidak tersentuh, aku cuba untuk kuat menepis perasaan ini sampai aku pernah menangis sebelum tidur untuk tidak jatuh cinta dengan dia.

Dah tiga tahun aku bergerak kerja dengan dia, susah senang bersama. Aku tahu jatuh bangun dia. Dia pandai simpan kesusahan dia, jatuh dia hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Aku banyak memberi motivasi dan kata semangat dekat dia. Dalam masa yang sama, aku cuba menjaga jarak batasan. Perlahan-lahan dinding itu mula rapuh, Dia tidak bersalah, perasaan ini juga tidak bersalah. Tapi sebab aku tak nak patah hati, aku pendamkan perasaan ini. Aku istikharah minta petunjuk, aku letakkan pergantungan kepada Allah.

Sampai sekarang, aku simpan perasaan ini. Kejap lagi, pengajian aku nak habis dah. Entahlah, aku buntu. Kalau boleh aku nak pendapat korang semua, apa patut aku buat? biarkan je perasaan itu pergi atau beritahu perasaan yang sebenar? aku buntu…

– Gadis buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.