Salam readers,
First of all, nukilan ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar meluahkan apa yang dirasa sebab rasa dah tak tertanggung dah perasaan ini. Sekarang nih hati dan perasaan saya terguris sgt. Semasa menaip ini, kami masih lagi belum bercakap.
Masyarakat kita selalu menekankan, isteri harus menghormati suami. Ye benar, itu jugak tuntutan agama. Tapi berapa ramai ibu dan ayah yg berpesan pada anak lelaki sblm mereka kahwin agar mereka perlu menghormati jg isteri?
Being a working mum, seriously memenatkan. Kerja pagi balik maghrib. Uruskan rumah dan anak. Alhamdulillah suami sy sgt bertanggungjawab bila melibatkan soal anak. Saya sampai rumah anak dah siap mandi, dah tukar baju. Suami saya juga selalu bermain dengan anak.
Saya? Lepas sampai rumah sy (kadang2) masak, basuh baju, iron tudung utk esoknya, kemas baju anak utk di bawa ke rumah pengasuh etc. Jujur, sgt kurang masa sy bersama dgn anak. Bila ank tido, kadang2 sy pun buat keje ofiz jugak kalo ada keje urgent. Berkenaan anak, Alhamdulillah boleh dikatakan 99% suami sy uruskan.
Tetapi, ada satu perangai suami sy yg saya tak suka. Dia suka menyindir tanpa usul periksa. Kalo saya duduk berdua dgn anak, sy akan masak utk anak, utk diri sy manakala suami sy pegi bekerja. Sampai rumah kadang2 dia sindir saya, ‘kenapa rumah berterabur’, walhal anak sy baru 1 tahun. Bila saya ke dapur, dia akan main kat ruang tamu, bila saya suap dia makan, dia akan tolak tgn sy smpi tertumpah bubur.
Pernah jugak suami sy sindir, ‘periuk dah 2 hari tak basuh’, padahal tu ialah periul sy masak bubur mlm semalam, jadi sy rendam dl esoknya sy basuh. Mungkin readers rasa, oh! Itu cuma soalan je, bkn sindiran.
Tp percayalah, nada tegur dan sindir ialah 2 nada yg berbeza. Dah banyak kali benda nih berulang. Sbg isteri, sy cuma nak kata2 yg elok dari dia, saya pun penat, sama mcm dia. Saya cuma nk dia tanya, perlu tak dia tolong sy, sbb sy pun keletihan.
Selama nih, segala keburukan dia sy hanya simpan dalam hati. Sy merajuk, dia buat x tau dan expect saya akan Ok sendiri. Sy cuba sgt pujuk diri, ‘Abaikan je la, x best gaduh’. Akhirnya kami pun berbaik, just like that.
Tapi malam nih, berlaku satu peristiwa yang membuatkan saya rasa sy perlu luahkan segala ketidakpuasan hati saya pada dia. Saya cakap, ‘awk bkn perfect, sy cuma x cakap je selama nih dan try to adapt’. Dan mcm2 lagi luahan hati dan perasaan sy sehingga dia menengking sy utk diam.
Saya tak tau ape akan berlaku selepas ini, tapi para suami, kami sbg isteri, kami pun mohon perasaan kami dihormati. Nak menegur,ada cara dan masa dia. Dan percayalah, masalah sebenarnya x selesai kalo kita tak bincang dan perbaiki. Ianya hanya buatkan masalah itu terpendam dlm hati. Lama2 meletup bagaikan gunung berapi.
Sekian.
– Wife
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment