Sunday, 24 December 2017

Tips Berjaya di Dunia

PengakuanKu

Assalamualaikum, harap admin boleh publishkan kisah ini. bagi aku, kisah ini perlu dijadikan panduan kepada semua. aku ade seorang kawan. tidaklah rapat sangat. tetapi kalu berjumpa di cafe tu, duduklah makan sekali. kawan aku ni, jenis perangai gila gila sket. buat lawak,pecah perut beb. ramai kawan aku senang dengan dia juga.

semalam aku berjumpa dia, di LRT masjid jamek. Tengah tunggu LRT,nak balik rumah. baru sudah kerja katanye. sebab lama tak berjumpa, dia ajak aku lepak. aku masih mengangur sekarang. padahal kalu nak di kira cgpa, jauh aku lagi baik dari dia. okay benda ini yang aku nak cerita.

aku mula bertanya apa cerita dia sekarang, iyelah sudah 2 tahun tak berjumpakan. Dengar dari kisah dia, jeles juga aku. Kerja bagus, berjalan sana sini, da ade rumah semua. Tunggu masa nak kawen je. Dia cakap tarikh,duit semua da ade. Calon je xde. harey betul suh aku tolong carikan. haha.

dan dia mula bertanya kisah aku pula, aku jawap dengan jujur la yang aku mengangur semua. aku luahkan semuanya kat dia. sebab bagi aku, dia jenis pendengar yang baik dari zaman belajar lagi. walau aku ada kelulusan yang elok, aku masih tiada pekerjaan sampai sekarang. aku minta tips dari dia. tetapi dia asyik duk ulang, dia pom xtw pape tips, cuma semuanye adalah rezeki. kalau cakap dengan dia, pusing pusing rezeki rezeki dan rezeki.

( dari sini,adalah lebih kurang kawan aku cerita)

kau tahu kan aku dulu macam mana, belajar ntah kemana, cgpa tunggu masa dean nak tendang aku dari kuliyah je. tapi satu hari,aku balik kampung. aku jumpa mak aku. aku cakap ada benda nak cakap. tetapi mak aku diam,mak aku ambil tudung, suh aku drive pergi pekan. aku ikut je la mak aku, masuk kedai kuar kedai,pastu tak beli pape pom, then mak aku ajak balik. otw balik, mak aku suruh aku berhenti. masa tu di tepi pagar airport.

disitu, baru mak aku tanya kenapa. aku cakap la kat mak, aku dah letih belajar, cgpa pom turun nk cecah kepala 1 da. nak berhenti belaja la mak. kuar universiti dengan result cmni, sapa nak ambik kerja.

mak aku tnya, da belaja sunguh sunguh ke? buat latihan semua. nota semua. dengan cakap cikgu.

aku angguk lemah.

ngah, (mak dia pngil kwn aku angah) kalu semua da buat. dah abih segala daya. kita serah je la. rezeki itu milik Allah. besar,luas. kadang kita tak pernah terfikir semuanya. tak terjangkau kat mana kita akan dapat rezekinya.

cuma satu pesan mak. nak berjaya dalam dunia ni, ingat dua perkara. pertama, hormat ibubapa. kedua , jangan kufur nikmat darinya. InsyaAllah , rezeki itu ada. cgpa ke ,dgree spm ke, ingt pesan mak ni. ngah tak akan susah kalu ingt pesan mak. tengok along, pmr je. tapi berniaga sampai ke indo. sebab ape. sebab dia tak pernah lawan ckp mak dan arwah abah. dia tak pernah membazir satu sen pom. kira tak kufur nikmat yang Dia berikan. dia rajin. dia buat semua bersungguh sunguh.

dulu kecik kecik, ngah suka ikut mak pergi pekan, kuar masuk kedai, walau mak tak beli pape, ngah ikut je. dan bila balik dari pekan. ngah selalu suruh arwah abah berhenti kat sini kan, tepi airport. ngah suka tengok kapal terbang naik. ngah selalu cakap, besar besar nanti, ngah nak masuk dalam awan, keluar awan. dan sampai sekarang, ngah tak pernah bising kalu mak ajak kuar. tu tanda ngah taat kt mak.

mak yakin, ngah akan berjaya. belajar lah, abiskan. nanti dapat kerja ke tak, kisah lain. itu rezeki yang kita memang tak akan tahu selagi belum sampai masanya. cuma yang pasti, ngah kene yakin.

masa tu baru aku perasan, kenapa mak bawak aku kuar pekan dan berhenti kat situ.

dan esokkan, aku balik semula ke uia, aku abiskan degree aku. walau cgpa aku cam haram, Alhamdulillah, berkat doa mak aku, dan pesanan mak aku. aku dapat kerja elok. dapat rezeki yang tak pernah aku bayangkan.

insyaAllah lan, (dia panggil aku lan). kalu kau da buat sesuatu sungguh, dan folow pesan mak aku ni, insyaAllah rezeki dari Dia akan datang. mungkin bukan sekarang, nanti nanti ada la tu.

lepas menenguk teh tarik dan roti canai, dia mengundurkan diri. bertukar no fon, salam salam.

lan,aku doakan kau berjaya dunia akhirat.

itulah kawan aku yang otak gila,perangai serupa setan,study mcm nk gagal,tetapi sepanjang aku kenal, amat hormat akan orang tua.

– Lan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.