Salam. Aku nak bercerita pasal sesuatu yang melibatkan kehidupan korang. Aku pernah menulis di sini pada tahun 2016. Masa tu aku bercerita pasal macam mana fresh grad boleh dapat kerja dengan mudah, gaji permulaan tinggi dan pointer tak penting dalam dunia realiti pekerjaan. Bagi yang dapat pointer tinggi, itu adalah bonus dan tahniah.
Ketika korang sedang membaca perenggan kedua ni, aku dah resigned pada bulan Ogos 2017. Masa bekerja dulu bermula dari Fresh Grad, gaji aku tu okay la Alhamdulillah. Semua macam perfect lah. Banyak juga aku bantu beberapa kawan lain yang Fresh Grad untuk mendapatan kerja. Tapi.. Pada suatu hari dalam bulan June, 30hb 2017, aku tertengok Trailer cerita “The Greatest Showman”. Korang mesti tak percaya sebab trailer tu, hari yang sama aku decided nak resign dan hari tu jugak aku beli nama syarikat Sdn. Bhd.
Alhamdulillah nama tu lulus. Manager aku sebenarnya macam berat nak lepaskan aku sebab aku ada kelebihan transport sendiri.
Apa aku buat selepas resigned? Aku balik kampung untuk berjumpa dengan mak ayah orang yang aku suka. Aku nak propose kahwin. Aku pendekkan cerita, orang yang aku suka tu rejected aku. Ini salah aku sebab masa aku kerja dulu, aku terlalu obses dengan kerja sehingga aku takda masa dengan orang yang tersayang. So korang jangan jadi macam aku. Jangan terlalu mengejar sesuatu yang besar sehingga korang lupa yang kecil-kecil ni.
Aku memulakan perniagaan aku pada bulan November walaupun aku dah tubuhkan syarikat pada 18hb Julai 2017. Kenapa bulan November? Pertama sebab aku nak berehat dari hidup seperti robot. Kedua sebab aku sedih dan kecewa ditolak oleh gadis yang aku cintai.
Ini nasihat aku kepada mereka yang sedang bekerja di luar sana. Kalau korang betul-betul ada niat nak buka perniagaan sendiri, korang kena bermula dari sekarang. Pandai buat kerja dan pandai buat business adalah dua perkara yang berbeza. Aku nak bagi beberapa tips jika korang memang ada plan nak jadi Entrepeneur.
1. Jangan mudah terpengaruh dengan Skim Cepat Kaya. Ada banyak sekarang. Korang kena tahu, mana-mana perniagaan selain daripada Syarikat BERHAD, tak boleh simply minta duit daripada Public. Syarikat yang buat MLM wajib berdaftar dengan Skim Kepentingan di SSM. Daftar Perniagaan atau Daftar Syarikat Sdn. Bhd. saja tak mencukupi. Dan orang yang buat scammer ni adalah orang yang sama je. Macam mana nak tahu syarikat Sdn. Bhd. tu betul-betul buat business keuntungan juta-juta? Korang pergi laman web E-Info, beli profil syarikat yang berharga RM15.90, semak share capital diorang berapa. Kalau share pun setakat RM1 je, itu confirm Company Scammer sementara.
2. Cari Mentor yang dah ada result. Pergi seminar bagus, tapi kena tengok orang yang ajar pasal business tu dia ada tak background buat business dan memang terbukti berjaya? Sekarang terlalu banyak seminar yang jual air liur. Kalau seminar tu pasal marketing, kena tengok cara marketing dia pernah berjaya tak untuk business dia? Korang jangan pergi seminar sebab ikut kawan. Korang yang nak buat business, korang lah yang kena usaha cari ilmu yang betul.
3. Ketika masih bekerja, luangkan masa terluang untuk belajar selok belok asas business. Macam mana nak mula dari rumah, macam mana nak pilih partner yang betul. Aku cerita ni general je sebab kalau korang nak lebih details, korang kena datang ke seminar aku. Okay aku gurau je. Nak belajar kena datang jumpa depan-depan. Itu adab kalau nak minta sesuatu ilmu dengan orang lain sebab orang lain nak dapatkan knowledge tu bukan main susah payah lagi. Kau pula nak tahu hanya dengan WhatsApp je. Manner mana manner?
4. Invest dekat diri-sendiri. Invest knowledge. First and foremost mestilah tentang financial.
5. Abaikan tentangan dari orang terdekat. Biasalah, jarang nak jumpa keluarga yang support anak mereka nak masuk Line Usaha Wang ni, sebab diorang takut anak-anak mereka gagal dan tak boleh survive dalam dunia business. That’s why korang kena invest dekat Knowledge dulu supaya chance untuk buat silap tu diminimizekan. Macam mana nak abaikan? Korang buat senya-senyap. Tak payah tanya Family unless Family korang memang ada background business yang dah tersohor.
6. Jangan menipu dan jangan ambil hak orang lain.
7. Habiskan bayar hutang dengan manusia dulu.
8. Selebinya korang boleh fikir sendiri.
Persoalan yang kerap berlegar di minda setiap graduan. Antara makan gaji vs kerja sendiri yang mana satu harus dipilih? Jawapannya amat bergantung pada apa yang korang nak kerana setiap pilihan ada pro dan kontra. Ya, ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatu untuk kebaikan dirinya untuk jangka masa panjang.
Aku? aku dah tak boleh patah balik. Alhamdulillah, income aku selepas 4 bulan resigned sekarang, menyamai gaji yang aku berhenti dulu. Bezanya aku bebas dan ada masa sendiri.
Ini tips terakhir aku, pergilah tengok “The Greatest Showman”. Sebab trailer tu aku resigned. Sebab trailer tu aku buka Company sendiri. Sebab trailer tu aku tak akan give up lagi. Sebab trailer tu, apa yang aku plan 4 tahun, aku buat hanya 1 tahun 3 bulan je. Korang nak motivasi untuk mula? Pergi tengok. Aku dah tengok semalam.
A million dreams is all it’s gonna take,
A million dreams for the world we’re gonna make.
The Greatest Showman
– Fadhilat Cosec
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment