Sunday, 3 December 2017

Jangan Salahkan Aku

PengakuanKu

Hi & assalamualaikum,

Lemme introduce myself a bit more. Hi again guys ~~~ Just called me bcat. This year genap usia aku 20 tahun. Aku cuma dua beradik. Cukup kot aku rasa. But first of all sorry for my manglish version entry. The reason why aku tulis entry ni bukanlah niat untuk mengaibkan mana mana pihak. Maybe this is the way untuk share journey hidup aku selama 20 tahun aku hidup.

So, lets begin guys… Tidak dideniedkan setiap orang setiap insan kat muka bumi ni masing masing ada ujian hidup masing masing. Differ people differ the way Allah menguji hamba hambanya. Tidak terlepas family aku, family kecik aku. Selepas aku dilahirkan aku dibesarkan oleh my grandparents belah mak aku which i called them wan(lelaki) & tok(perempuan). I miss & i love my childhood. & tak terlepas dengan aku dikelilingi oleh my superb pak cik & mak cik till now. But, one day tanggal 15.09.03 that time i was 6 years old. Aku dikejutkan oleh tok ingat kejut nak pi sekolah tapi sebaliknya orang kampung mai rumah kata wan aku jatuh kat pasar lepas hantar pakcik aku pi sekolah. Then kitaorg bergegas pi clinic (not to detail) & bla bla naik ambulance smua n wan aku dihantar ke hospital we were waiting for the doctor, sampai sudah takde rawatan lanjut yang dilakukan & takdir Allah wan aku dijemput ke tempat yang lebih baik ( masa tu aku kecik tak tahu apa apa) just for your information aku dengan wan aku sangat sangatlah rapat cakap je apa yang aku nak, mana yang aku nak pegi semua dapat tak pernah sekali kata tidak. But, smua tu hanyalah sementara. Aku masih ingat lagi last aku cium wan muka dia senyum je. Hahaha wan mesti dah tau tempat dia dekat sana macam mana sebab tu dia senyum je. Selepas wan aku meninggal aku dibesarkan oleh tok aku sampai aku darjah tiga tok aku hantar balik kat rumah parents aku sebab takde sapa nak hantar pi sekolah & tuition. Aku dengan tak redhanya nak taknak kenalah pindah ikut parents aku duduk KL (benci KL). Perbezaan dia result aku terus down dari dulu masa sekolah kat kampung memang top student balik mai duduk KL result macam sampah. Tapi tu semua hanyalah sementara year by year aku ubah & usaha untuk baikkan balik result aku & alhamdulillah aku dah berjaya tamatkan diploma aku sekarang aku sedang merancang untuk further degree. Tapi… cite aku x habis kat sini.

The reality is aku kurang rapat dengan parents aku. Aku pun tak tau kenapa?! Tapi aku paling tak suka ayah aku maybe sebab dia banyak habiskan masa dengan kawan kot. & Aku dengan mak aku okay je. Cuma satu pasal ayah aku ni dia seorang yang panas baran (aku rasala). Hahaha ntahlah sebab aku tak rapat kot. Cuma aku dengan ayah aku ni jarang sangat nak bercakap. Masa sekolah ada la jugak nak cakap. But, bila dah masuk zaman universiti duduk pun dah jauh dengan depa lagi takde spark nak cakap. Bila balik time cuti life aku, sampai je rumah letak beg & terus keluar lepak dengan kawan kawan balik kul 10, 11 malam masuk bilik tidur. Siang aku banyakkan habiskan masa aku dengan scroll social media & membaca dalam bilik. Yup life aku memang boring. Tapi bila cuti panjang like seminggu or cuti sem aku banyak habiskan masa aku kat kampung dengan tok aku. Stay kat rumah KL sehari dua selebihnya semua life aku kat kampung walaupun kat kampung tu aku takde kawan tapi aku suka, aku suka life aku kat kampung. I’m happy with my kampung life style.

Sekarang hubungan aku dengan ayah aku makin lama makin panas. Ada je yang aku tak puas hati. I dont know why? Maybe layanan dia dengan wan aku lain towards aku. For example sekarang aku tengah intern kat sebuah company ni yang jarak dri rumah hanyalah 5. Something KM kalau drive tu dalam 15 min dah boleh sampai kalau tak jammed tapi semua tu hanya dongeng semata mata. Sebab apa? Sebab aku kena struggle bangun around 530 pagi siap siap 630 dah gerak adik aku hantar pi mrt. From mrt rumah aku, aku naik turun at kl sentral then amik lrt turun glenmarie and then from lrt glenmarie aku amik grab ke office. It took 1 hour and a half untuk sampai tempat kerja repeat the same things setiap hari and it cost 30 rm pergi balik just for transportation. Tak termasuk makan dan minum aku. Korang must be wonderingkan kenapa aku tak drive je kan pi office? Hahaha sebab apa aku tak drive bukan sebab aku takde license tapi sebab ayah aku tak kasi drive. The reason why aku pun tak tau. Yang paling pedihnya, sepanjang aku hidup dengan parents aku ni terutamanya ayah aku ni dia memang pentingkan kawan dari ANAK dia sendiri. Kasih sayang yang dia bagi totally tak sama dengan wan aku bagi. You guys imagine eh korang balik keje sampai rumah dah lewat, penat, balik nak makan tengah makan everyday kena nagging dengan my dad cause of aku banyak guna duit sebab aku pi keje naik train n grab setiap hari pegi balik. Wei tengah makan kot!!! Kalau korang rasa apa? Balik keje penat penat pastu kena nagging bla bla masa tengah kaut nasi nak masuk mulut tu aku rasa nak campak je pinggan :'( geram sangat mana taknya penat tau tak kena hadap benda ni setiap hari. Apa lagi solution yang aku nak buat? Naik bus? Aku sejujurnya tak tau nak naik bus & kawasan office aku susah nak dpt bus. Jalan kaki from office to lrt yang jarak 1.8 KM sorang sorang?! Pastu kena ragut pastu baru dia nak puas hati? Aku rasa kalau iman aku tak kuat dah lama aku bunuh diri. Dari zaman aku U lagi aku dah survive sorang sorang. Aku dah cukup penat dengan ayah aku. Apa lagi aku patut buat?

Dear readers if this entry dipublishkan tolongla bagi aku sugestion what should i do with my dad. That’s why aku cakap ” JANGAN SALAHKAN AKU” if one day aku boleh lupakan dia. Hope so not :'( Aku tak nak jadi anak derhaka.
Thanks.

Sincerely,
Bcat

– Bcat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.