Sunday, 24 December 2017

Kena Friendzone

PengakuanKu

Assalamualaikum semua and thanks admin kalau publish ini story. Sedikit intro, aku perempuan awal 20-an menuju ke pertengahan. Tiga tahun something single. Tiga kali patah hati. Satu tu paling kritikal. Jangan risau, kali ni post ni bukan pasal depression/stress/kemurungan atau yang sekutu dengannya(seperti yang tengah trend kat iium confession sekarang). Cerita ini cuma tentang aku, hidup aku dan diri aku. Sorry kalau post ni panjang nak mati or pendek macam tali.

Well, macam aku cerita. Aku dah tiga tahun single sejak putus dengan ex aku. Sebab putus? Kitorang je yang tahu. Siapa yang putuskan? Yang itu aku. Tahun kedua aku single, aku ada terfikir nak get back balik dengan ex aku. Ye aku tau sikap aku ni sikap terkeji, jangan kecam aku. Setiap orang ada kelemahan dan ketidaksempurnaan memasing. Mohon faham. HAHA. So aku confront dengan dia, korang rasa apa jawapan dia? Sila lihat tajuk kembali. Dari situ aku rasa remuknya hati aku. Aku jadi pendiam. Berat badan aku turun berkilo-kilo. Setiap malam aku tengok dada langit kalau-kalau ada bulan atau bintang. *itu adalah salah satu cara aku terapi diri aku bila aku sedih. Berkali-kali aku pujuk dia, last pujukan aku. Aku give up. Bukan sebab aku tak nak pertahankan hubungan atau pulihkan, tapi aku give up sebab terasa tiadanya maruah aku sebagai seorang gadis. Dan kecewanya aku, bila lelaki yang aku pernah sayang dulu,yang pernah aku bagi beberapa kali peluang bila dia tersalah tingkah, langsung tak memberikan aku hatta satu peluang untuk aku tebus kesilapan lalu. Lelaki dan EGOnya, terlalu angkuh dan sombong.

Okay, lupakan tentang ex ni. Masa aku single, tahun kedua aku clash tu aku ada crush dengan seseorang. Mohon jangan kecam. Takdelah clash2 tu aku terus sangkut dengan orang lain. Tidak! Aku ambil masa nak crush dengan sorang lelaki ni. Aku panggil dia M la kay. AKu memang tangkap cintan gila maut dengan mamat ni. Ada haritu aku post dalam ni tentang dia, lama dah. Betapa seriusnya aku crush dengan dia ni sampai post ke sini HAHA. Kalau korang cari pun post tu belum tentu jumpa. Tapi makin lama aku crush, makin aku terasa aku tak serasi dengan dia. Jadi aku putuskan crush dengan dia, LOL crush pun ada putus-putus. HAHA. Dan dari situ la aku terfikir nak getback balik dengan ex aku.

Tapi, macam aku cerita kat atas. Aku terima jawapan tajuk post ni daripada ex aku. Dan macam aku cerita, segala perubahan yang terjadi kat aku adalah kerana jawapan tu. Tak silap aku hampir sebulan dua jugaklah aku macam tu. Kalau dah sehari tu kau makan nasi sekali je, tak ke susut gila badan gempal kau jadi macam lidi? Tapi tu lah, sekecewa aku dengan apa aku rasa, Allah hadirkan insan yang mampu membuatkan aku rasa hidup kembali. Cewah. Acah mati ja kena reject.

Post ni sebenarnya adalah cerita tentang insan ni. Tapi intro je kemain kan? Tak, bukan apa. Aku nak bagi korang faham jalan cerita ja. Karang kalau tak paham, korang hentam aku kat komen. HAHA. Insan ni aku bagi nama dia Black la. Bukan Black Mentor tu, bukan jugak sebab kulit dia black or bukan sebab dia orang black. No no no. Aku kasi nama dia Black sebab hitam adalah warna kegemaran dia. Eh melalut pulak. So Black ni mai dalam hidup aku masa aku jadi mayat hidup tak berkeranda sebab ex takmau rujuk balik. Kami bermula sebagai kawan. Makin lama makin rapat. Rapat dan rapat sehinggakan orang pun sangka kami ni ada hubungan istimewa. Dan aku pun tak sangka aku terpaut hati dia. Duhai..

Dia tak pernah kata dia sayang aku, atau mahukan aku lebih dari seorang kawan. Tak pernah. Tapi dari cara layanan dan perhatian yang dia bagi kat aku, bukan biasye2 bruh. Mohon jangan fikir lain. Maksod aku, layanan dia sama mcm orang duk kata tentang kami. Macam orang couple bercinta. Awal-awal perkenalan, aku kenal family dia. Maksud aku by gambar ja. Bila aku tanya, ada perempuan lain tahu tak tentang family awak macam saya tahu? Dia cakap no. Aku ja. Dan aku pun, OKAY. Kitorang selalu keluar makan sama-sama. Jalan-jalan sesama. Lah malas ah nak cerita, pendek kata macam orang bercintalah.

Disebabkan layanan dia tu plus dengan patah hati aku masa tu, aku rasa jatuh hati kat dia. Adalah jugak beberapa kali aku cuba tanya isi hati dia tentang hubungan percintaan, jawapan dia cuma dia tak bersedia walau dengan siapa pun. Masa tu aku kecik hatilah jugak, kau treat aku macam pewincess but then you said like that. Apa kau nak aku buat klip video macam Nabila Razali ka? Masa tu, aku pujuk lagi hati aku. Stay je kawan macam tu. Pegang kata dia, kalau ada jodoh..adalah. Kalau takde, maka tak berjodohanlah. Kadang aku rasa sebenarnya dia pun ada rasa yang sama, cuma dia tak pasti dan takmau bagi harapan palsu plus tak real kat aku. So dia takmau mengiyakan. Kadang aku rasa macam aku perasan ja. Tapi hati aku kuat mengatakan kadang yang pertama tadi. HAHA dasar perasan.

Tapi, sampailah satu hari tu. Entah macam mana, masa ktorang gosip tentang kawan-kawan kitorang. Terbukaklah pulak cerita tentang hati dan perasaan. Dan aku tahu apa dia rasa sebenarnya bila dia cakap dia risau kalau orang ada hati dengan dia. Dan bila ditanya kenapa, dia cakap sebab dia takmau(atas faktor tak sedia, plus faktor nak jaga mak ayah plus faktor entahlah). Bila aku tanya siapa, dia cakap siapa-siapalah yang rapat dengan dia, or mungkin aku. Okay, masa ni aku dah start menangis. Menangis la woi, bila harapan kau sebenarnya memang harapan je. Tapi aku cool lagi ws dia macam takde apa-apa berlaku. Padahal hati aku dah menyumpah, sedih nak mampus plus rasa nak hilangkan diri daripada dia untuk selamanya.

Tapi aku sedar, aku harus berfikir seiring dengan usia. Malam tu memang kaw-kaw aku nangis. Pagi tu aku bangun dengan semangat baru. Aku bisikkan kata positif, cuba berfikiran optimis. Jangan kerana perasaan aku, sebuah persahabatan yang indah menjadi patah. Jadi aku ambil jalan mudah, aku lupakan apa yang aku tahu. Kawan macam biasa. Doakan memasing jumpa jodoh yang sesuai. Andai kata berjodohnya kami, maka aku bersyukur ke hadratMu Ilahi. Andai tidak, maka aku tahu apa yang terbaik untuk diri kami sendiri. Kepada girls, aku taktahu nak nasihat apa. Sebab aku pun terumbang-ambing dengan keputusan aku sendiri. Cuma aku nak pesan, hargai pasangan kau seadanya. Cuba terima dia walaupun beribu kelemahan dia *applicable kalau memang rasa jodoh kuat. Dan aku nak pesan, konsep perigi cari timba boleh jadi benda yang menggembirakan, tetapi boleh jadi perkara yang mendukacitakan. Aku melalui kedua-duanya, Alhamdulillah diberi kesempatan merasa suka duka bercinta macam ni.

Kepada lelaki, kalau kau rasa kau taknak memperisterikan dia, mohon jangan kacau bahagian hati dia untuk insan yang tersayang. Perempuan mudah terasa dengan layanan yang baik dari seorang lelaki yang baik. Mereka bukanlah mudah perasan, tapi mereka terasa dihargai dan disayangi. Kalau sayang, cakap sayang. You will have no idea kemampuan perempuan tunggu korang ready untuk pinang dia. Untuk cerita aku dengan Black, kalau dia confess dan mintak aku tunggu sampai dia stabil, aku sanggup tunggu. Asalkan aku dapat bersama dengan orang yang aku sayang. Sakitnya kena friendzone macam ni, yang pernah alami ja tahu macam mana rasanya. Rasa dia tu macam kau minum air jus peria, tambah madu. Bukan manis yang kau rasa dulu, tapi pahit yang merajai. Macam merepek kan analoginya? Tidak mengapa, yang penting aku nak cakap friendzone itu sakit. HAHA.

Kepada readers, mohon doakan pengakhiran yang baik untuk aku dan Black. Korang tahu kan apa isi hati aku nak daripada Black? HAHA. Tapi aku tahu cinta tak boleh dipaksa, cinta yang dipaksa tidak ada mahabbah didalamnya. Cuma aku berharap, semoga jodoh aku jumpa jalan ke arah aku ikut GPS and location yang aku sharekan. HAHA. Dan terima kasih sudi membaca. Mohon komen kata semangat kat aku, tolong share ubat kay. Jangan racun. Hati aku pun tengah rapuh ni. Okaylah readers and admin, Thanks yo !

– Mek Dia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.