Bismillah,
Pertama sekali aku nak maklumkan yang confession aku ini berkaitan kewangan. Tajuk pun aku main bedal. Haha. Lately ramai yang menulis soal kewangan, jadi aku pun terjebak. Nak kongsi sikit pengalaman. Kalau kau jenis yang bosan nak ambil tahu tentang kewangan, better kau baca sampai sini je. Nanti boring, kau salahkan confessor. Lepas tu minta balik 6 minit kau yang rugi tu sebab baca. Haha. Gurau je.
Aku gadis bujang yang baru minat nak kumpul duit. Sebelum ni aku takda kesedaran nak kumpul duit. Dapat gaji asyik beli itu ini terutamanya baju. Awal tahun 2017 aku mula sedar aku mesti kena ada simpanan. Jadi aku bermula dengan ASBF (aku yakin) setelah aku follow beberapa orang hebat, saudara Amir Syahir, Harith Faisal, Nurul Athirah Adam, Syafieqah Alya. Mereka ini banyak sedarkan aku tentang kepentingan menabung. Aku mulakan RM550 sebulan. Itu force saving tapi aku rasa seronok dan alhamdulillah aku tak rasa terbeban.
Aku tinggal menyewa dengan 2 orang lagi kawan, guna kereta yang bulan-bulan RM389 (dulu ada, sekarang mungkin dah tak ada). Mula-mula kerja dulu, aku cadang nak beli motor je sebab aku risau dengan komitmen kereta (minyak, servis) tapi atas nasihat kawan-kawan dan faktor keselamatan aku sebagai perempuan, mereka nasihatkan aku beli kereta. Aku cuba cari kereta kecil yang installment bulan-bulan tak lebih dari RM400. Haha. Aku bukan jenis kedekut tapi macam aku sebut tadi, aku takut dengan komitmen kereta. Dan aku nak beli kereta baru supaya tak ada masalah asyik rosak (memandangkan aku bujang dan risau kena tipu duit kalau hantar ke bengkel.)
Komitmen aku bulan-bulan agak tinggi sebab aku buat personal loan(PL). Ok kau dengar je personal loan, jangan kau terus negatif. Pertama aku buat juga PL sebab nak tolong tambah rumah mak ayah aku dekat kampung. Alhamdulillah , itu niat aku waktu zaman study nak bantu mak ayah aku, aku dapat bantu mak ayah aku untuk keselesaan mereka. Kedua, aku ada juga tolong abang aku untuk dia buat bisnes (walaupun kurang menjadi) tapi aku redha. Sebab abang aku pun dah banyak tolong aku waktu zaman study aku.
Tahun depan, aku nekad nak kumpul duit lebih lagi sebab nak beli rumah. Itu azam aku. Aku pernah terbaca, rumah pertama tak semestinya rumah idaman kita. Aku pun selalu follow sifu hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, Khairul Ezuwan Ismail (KEY) dan ramai lagi aku tak tersebut. Aku cadang nak cari rumah subsale. Sebab sepupu aku pernah dapat rumah subsale dan agak selesa. Aku harap ada rezeki aku tahun depan. Tolong doakan aku.
Aku ada buat tabung hijau (RM5) dan tabung oren (RM20). Tapi hakikatnya lebih banyak hijau dari oren. Tabung oren tu kadang terguna juga. Haha. Dalam masa setahun aku berjaya kumpul 2 ribu lebih. Aku gigih pergi masukkan dalam akaun maybank guna mesin CDM sampai orang belakang jeling. Sebab senang nanti aku nak transfer ke ASB guna Maybank2u. . Untuk yang bakal bertanya kenapa tak ke kaunter je, aku cuma taknak, itu je. Hehe.
Pada hakikatnya, komitmen bulanan aku agak banyak, PL, kereta, rumah sewa, takaful, bagi parent tapi aku rasa bersyukur sangat sebab rezeki selalu ada. Benda yang membuatkan aku yakin dari mana aku dapat keberkatan rezeki itu, bila aku mudahkan urusan mak ayah aku. Aku bukan nak riak, aku minta maaf kalau kau orang fikir macam tu. Cuma aku nak bagitahu, kau jangan berkira dengan mak ayah kau. Alhamdulillah parent aku dah tunjuk contoh teladan yang baik sejak kami kecil.
Ayah aku jenis suka bersedekah, kalau pergi pasar malam, nampak peminta sedekah, mesti dia terus bagi. Kalau ada 2-3 orang disitu, dia akan bagi semua. Orang datang kutip derma dirumah pun dia bagi. Dulu masa aku nak pergi kelas tuisyen, dia mesti hulur juga duit walhal aku dah ada duit belanja. Aku tolak, sebab aku taknak susahkan dia, tapi dia suruh aku ambil jugak. Sampai kawan aku kata, “Pelik la hang ni, ayah hang nak bagi duit pun tak mau.” Jadi, sebab tu sekarang ni aku tak pernah rasa duit aku habis untuk benda yang sia-sia. Aku baru dapat duit KWSP sebab aku tukar ke skim pencen, ditakdirkan ayah aku jatuh sakit. Ayah aku memang dah lama sakit tapi tahun ni tiba-tiba jadi makin teruk. Aku fikir-fikir, aku nak bawa ayah aku ke hospital swasta (jangan tuduh aku berlagak sebab taknak bawa ke hospital kerajaan). Aku bawa ke swasta sebab disitu ayah aku dipantau doktor pakar 24 jam.
Jumlah aku habiskan dalam 8 ribu. Aku tak rasa ralat pun tapi aku bersyukur. Memang pada asalnya, duit KSWP tu aku nak kumpul deposit rumah dan nak langsaikan PTPTN, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Dalam hati aku pernah cakap, demi Allah aku tak pernah rasa rugi dan menyesal bila habiskan duit untuk mak ayah aku walaupun beribu sebab kalau nak bandingkan pengorbanan mereka terhadap aku dan adik beradik, lagi besar nilai dia dan aku tak mampu pun nak balas dengan wang ringgit.
Doakan aku terus istikhamah menyimpah. Oh ya, aku nak ajak bakal suami (yang tak tahu siapa dan dimana) untuk buat ASBF. Game plan aku, nak buat tabung persaraan. Buat ASBF, aku labur RM263, dia pun labur RM263 dengan rate 4.8% selama 30 tahun. InshaALLAH kalau panjang umur, boleh nikmati pulangan RM 709,639. (Nak tahu lebih detail, sila follow saudara Amir Syahir). Nak hibahkan, mana tahu umur tak panjang. Sebab nanti ada makcik bawang akan cakap, kau kumpul duit banyak bukan boleh bawa mati. Sebab itu makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang jangan cakap ikut sedap mulut, malu nanti orang nampak kau macam tak ada ilmu. Kalau tak tahu apa-apa, baik diam. Aku pun bukan ilmu hebat sangat, tapi aku suka baca dan follow orang-orang berilmu. Ini tidak, kau asyik follow KRT, lepas tu kau nak meroyan tak tentu pasal.
Sesiapa yang terasa hati dengan confession aku, aku nak minta maaf. Kalau kau orang nak kondem atau komen negatif, dipersilakan. InshaALLAH segala cemuhan negatif tak akan menjadi kudis dihatiku. Hehe.
Sekian, segala tulisan baik adalah ilham dari Allah kepada aku dan segala yang tak baik itu adalah dari kelemahan aku sendiri.
– Lavendersweet
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment