Wednesday, 27 December 2017

Kerja Untuk Atau Hidup Untuk Kerja

PengakuanKu

Assalamualaikum geng iium. Nama aku Haibara, perempuan dan berumur awal 20-an.
Tengok tajuk pun korang boleh tahu kan aku nak cerita tentang cabaran hidup seorang fresh graduate. Aku nak tanya pendapat korang. Bagi korang dalam bekerja ni apa yang penting? Masa bekerja, jumlah gaji atau persekitaran iaitu sikap staf atau bos itu sendiri?

Aku nak meluahkan rasa yang terbuku dalam diri aku ni. Dah lama aku tahan, takut nanti makan diri pulak. Haha. Aku kerja dah lama tapi setiap kali balik kerja, aku selalu cakap esok aku nak berhenti. Kenapa?

Gaji tak berbaloi dengan kerja? Memang ya. Tapi tu bukan sebab utama. Gaji aku standard gaji fresh graduate. Ye kot. Rm1500. Cukup atau tak, aku tak kisah sebab niat asal aku adalah cari pengalaman kerja. Cukup setahun, aku nak cuba nasib cari kerja dekat rumah orang tua aku berdasarkan pengalaman yang ada. Walaupun gaji aku orang tengok macam rolling duit seharian. Habis bulan, habis duit. Simpanan? Zero. Apatah lagi kerja di kota raya. Bilik sewa pun hampir 1/3 gaji aku. Memang tak berbaloi. Tapi aku tahan sebab pengalaman. Aku pun tak tahu aku ni kerja untuk hidup ke hidup untuk kerja..Huhu

Jawatan aku kerani. Tapi kerja serius memang penat. Bukan kerani syarikat besar. Syarikat kecil macam tempat aku kerja ni, kerani memainkan peranan penting. Walaupun kau hanya kerani, sebenarnya tugas kau lebih dari tu. Kau lah kuli, kaulah HR, kaulah cleaner, kaulah pekerja am. Dan kaulah segala-galanya. Kalau takde kau, memang huru hara syarikat tu.

Dah penat-penat buat kerja, tak di pandang pula. Ini sebenarnya yang membuatkan hari2 hidup aku macam neraka. Aku ada assistant. Tapi assistant ni macam lebih sudu dari kuah. Semua kerja yang bos bagi pada aku, satu pun tak lepas pada dia. Bagi je, merungut. Sumpah seranah macam apa yang aku hands out tu seratus peratus dia kena buat. Dia bukan maki aku depan2 tapi dia maki kerja yang aku bagi. Natijahnya, aku pejam mata dan habiskan sendiri. Dia dahlah datang kerja lambat. Sampai je goyang kaki. Tapi bila bos ada pandai pulak buat muka bajet tengah busy tahap langit nak runtuh. Cukup working hours tamat, dia angkat kaki.

Dah assistant bermasalah, orang atasan pulak buat hal. Dia bagi bermacam jenis kerja setiap hari dah tengahari dah tanya siap ke belum. Aku hari2 balik kerja malam sebab nak siapkan kerja dia bagi. Harini aku balik pukul 11 malam. Haha.. Tapi esoknya dia marah maki macam aku tak buat kerja. Dia punya bahasa macam satu pun aku tak reti buat.

Sebulan awal kerja dulu, hari2 dia main emosi aku. Kata aku lembap, slow buat kerja. Bagi dia, there is no time for you to adapt yourself. Work and adapt at the same time. Training? Tak ada! Kau di terima kerja, kau pandai2 lah tahu apa tugas kau. Salah sikit, hadaplah maki sampai esok. Apa yang dia tahu, kerja kau kena perfect. Satu salah, matilah kau. Mula-mula aku sabar. Aku kan pekerja baru. Hari-hari aku ingatkann diri sendiri, hidup bekerja memang begini. Apatah lagi aku ni tak berpengalaman. Sakit sikit, itu biasa. Tapi lama-lama, aku kalah. Kalah dengan penat emosi dan fizikal. Setiap malam lepas balik kerja aku selalu rasa nak menangis. Aku tekad nak berhenti tapi fikir betapa susahnya kerja zaman sekarang, aku telan je. Aku ni jenis tak kisah masa kerja lama macam mana, kerja bertimbun pun aku redah. Tapi aku paling kalah kalau berdepan dengan attitude orang lain. Apatah lagi, kita punya kerja tak di hargai. Kau rasa kau buat kerja dah macam nak mati, dia cuma nampak kerja kau tu macam biasa.

Sekarang ni belum cukup setahun aku kerja, dan aku berkira2 bila nak berhenti. Korang rasa berapa lama lagi aku mampu tahan? Aku risau, cukup setahun kerja nanti.. aku pulak yang sakit jiwa. Haha..
Pengalaman korang bekerja macamana?

– Haibara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.