Sunday, 10 December 2017

Pick A Job, Don’t Pick A Boss

PengakuanKu

Hai. Terima kasih sekiranya dapat menyiarkan artikel yang tak seberapa ini.

Aku bekerja di sebuah syarikat swasta dalam pembuatan perabot. Kerja aku sebagai Planner dan korang mesti tahu betapa stressnya kerja sebagai planner. Stress kerja tu aku tak kisah sangat ia normal mana-mana tempat kerja pun pasti ada level stress yang tersendiri. Aku okey dan paham semua tu cuma yang menjadi aku tak tahan kerja di company adalah sikap bos aku. Ya dia seorang perempuan dan pastinya level cerewet itu sangat tinggi.

Dalam tempoh aku bekerja selama 5 bulan macam-macam perangai bos aku dah mula nampak. Membodek bos, mengata pekerja lain, menuding jari salah orang lain dan macam -macam lagi. Semuanya politik dalaman yang dimainkan. Aku sebagai staff dia sendiri pun dia boleh mengata. Bila dengan aku dia kutuk staff dia yang lain bila dengan staff yang lain dia mengata aku. Ikutkan aku tak tahan dah kerja dengan bos aku nie. Semangat aku nak kerja tu jadi hilang. Aku pun taktahu kenapa dia mengata aku dan staff lain semua kerana bila meeting dia tak dapat nak present dengan baik dekat bos so sume salah dituding pada staff sebab report salah report tak details dan sebagainya.

Sebagai bos sepatutnya dia train kita tegur kita mana part tak betul. Bukan menjaja staff sendiri tak bagus dan mengata. Lagi satu membebel dalam ofis sampai satu ofis dengar atas kesalahan kecil yang sebenarnya boleh dibawa bincang pun satu isu jugak. Kau salah key in dalam report abis satu ofis kau membebel boleh dengar aku nie baru dalam bidang nie kalau dah experience 4@5 tahun tu boleh terima lagi tapi nampak sangat macam semua kerja yang staff kau buat tak betul dan kau sorang je yang betul.

Untuk pengetahuan dia level Asst. Manager aku masih ade lagi sorang bos iaitu HOD department aku. Kalau dah dia marah atas kesalahan kecil kau rasa apa pandangan HOD aku ni mungkin dia ingat aku ada buat salah besar dan sangat rugi hired aku sebagai staff dia. Banyak kali aku kena sampai aku rase aku takde buat salah tapi ada je point dia nak marah aku pasal filing lah body posture lah pergi ke area production tak bagitahulah. Ikutkan hati memang tak tahan hadap semua ini tapi aku sabar sebab aku tahu kerja swasta ni lompat-lompat company pun kau mungkin akan jumpa jugak karakter orang macam nie.

Pada aku yang aku nampak bos aku nie nak orang pandang dia kononnya dia bagus serba-serbi. Nakkan pulangan macam naik pangkat naik gaji bonus tinggi dan sebagainya tapi karakter dia tu salah. Memang nampak ko membodek gila pangkat dan seumpamanya. Tak tahu nak cakap mungkin situasi nie ada jugak di persekitaran korang.

Swasta nie politik dalaman dia lain macam. Tak boleh jangka ada saja orang yang gila pangkat bodek bos dan sebagainya. Okeylah sekian itu sahaja luahan saya sebagai pekerja swasta ini. Terima Kasih.

– Lurima

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.